PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Egokah Cinta Ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Percintaan merupakan suatu keindahan dan kenikmatan yang lahir di lubuk hati makhluk Allah SWT yang menginginkan  perkongsian kasih sayang di antara dua individu yang berlainan jantiina. Cinta hadir tanpa kita sedari , dan kebanyakkan insan merenung kekesalan apabila mereka menyedari cinta yang mereka idamkan, kebahagiaan yang mereka angankan selama ini telah terbang bersama hembusan kerinduan yang mereka sendiri semaikan sebelum ini.


Tapi kenapa kita seringkali terleka apabila cinta sudah mula bertapak di lubuk hati yang mendambakan. Mungkin kerana kita terlalu mencari yang sempurna sehinggakan kita telah terlepas cinta sejati buat kita. Benar cinta yang hakiki hanya pada Allah SWT tapi kita sebagai insan yang penuh khilaf memerlukan pasangan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang fana ini di samping menutup kekurang yang kita miliki.

Persoalan pendamba, benarkah kita menerima cinta kita dengan seikhlas hati? Pendamba pernah merasai erti kebahagiaan , jua pernah mengenal erti mengecewakan dan dikecewakan . Tapi itu lah keindahan dalam percintaan. Pahit manis dilalui dengan hati yang terbuka. Jadi layakkah kita untuk menemui cinta sejati. Egokah kita menyintai seseorang walaupun secara luarannya kita takkan dapat memiliki hatinya apatah lagi menyunting dirinya menjadi teman sehidup semati kita.

Jika benar kata orang, cinta itu buta. Kenapa kita mengatakan cinta pada Allah itu cinta yang hakiki? kenapa kita cintakan ibu bapa kita? cinta sebenar adalah suci, tapi kerana kita manusia yang seringkali digoda oleh nafsu, kita menyalah tafsirkan erti cinta yang sebenar.



Bukan paras rupa yang menjadi nilaian,bukan pula kerana harta yang menjadi landasan, tapi kerana hati kecil ini membenihkan sekuntum mawar percintaan, walaupun hati seringkali terluka kerana durinya, tapi demi cinta yang ikhlas hati ini masih mampu setia menanti mawarnya membuka pintu hatinya untuk menerima dirinya.

sekian

p/s: nukilan pendamba


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

22 bicara cinta:

RinsyaRyc said...

meremang bulu roma.. ekekeke ^^


http://bulatmata.blogspot.com/

nurulain1011 said...

full of meaning..

;)

jamilah izzati said...

berikan kasih sayang nescaya kamu akan dikasihi,
berilah keampunan nescaya akan diberikan keampunan:))))

Unknown said...

aku suke entri ni.. :)

miss jambu said...

penuh dgn maksud tersurat dan tersirat..


MAAF SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT

SETELAH DI PUJUK RAYU,AKHIRNYA GENK RELA

Just Mini Love said...

ada mkna yg tersimpan ni..

tieka said...

ada makna di seblik semua kata2...niceee....:)

nurulain1011 said...

sori komen sini.. ;)

bismillah tu saya just aplot dari folder dari laptop saya. kira macam letak gambar dalam post ;)

CikTeddyCorner said...

eh x sangke encik kasih pon suke lagu ni..wow!
anyway,i agree with u!

Nizam Ijam said...

xpandai bercinta..hu2

nurul diana said...

nice bro :)

ayuna ayuni.. said...

meaningful...~~~~

satu lagi entry yg wat aku mcm nak lekat kat blog ni...!!

haish

reenapple said...

ego tak... better diamkan diri before something bad happened...
ego dalam suka seseorang secara diam3...bukan salah...

echa takashimaya said...

jangan tanamkan rasa cinta tapi tanamkan rasa kasih.insyallah berkekalan =)

Idzanfashila said...

maksud yg begitu t'sirat & t'surat :)

Falling . said...

mula2 dlu gugu tak eclas pon ngan dy.. tp Tuhan maha kaya,dia lah yg gugu syg skrg.. seikhlas aty ;)

Noraien said...

suka entry niee !

ade makna yg mendalam laaa :)

Hirdayu Rahmat said...

emmmmmmhh ^___^ maya pun setujuuuu ^___^

maya dah takmo leka dah lepas ni ~~

Cik Ija Akmal said...

like like like entry nie:)

shamyheart said...

Pergh, memang merasa ianya sebuah nukilan hati pendamba

kim heeruul said...

yg part cinta itu buta gua sokong..=)

I do I need Iman said...

cinta bermain dgn kata kata ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD