السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai pembaca blog pendamba mawar,mungkin pendamba da lama tak on9 akibat masalah yang mendatang tapi hari jumaat yang penuh keberkatan ini pendamba ingin berbicara mengenai satu isu yang agak memalukan bagi pendamba sebagai umat Islam, dan agak keterlaluan bagi sesetengah orang.
Seperti semua sedia maklum setiap hari jumaat kaum Adam akan menunaikan solat jumaat secara berjemaah di Masjid, tapi sempena hari ini, raya ke 4 pendamba memerhatikan sesuatu yang agak, agak memalukan la. Anda pergi ke masjid, dengan baju baru,jeans, selipar baru.ok cukup! perkara pertama yang pendamba ingin bicarakan.
Kenapa perlu letakkan selipar yang 'mahal' tu di tempat tinggi? haha simpan selipar tu takut dicuri, agak pendamba la apa yang dia fikir masa sedang menghadap Allah ketika itu?"alamak law selipar kena curi cam ne?'' da taw takut selipar kena curi tak payah la pi masjid pakai yang mahal mahal. lagi satu mengenai baju, kot ye pun baju raya tak sepatutnya baju yang berlatarblakangkan gambar yang bukan bukan. pendamba pelik sebab yang pakai baju t shirt yang 'berfesyen' tu bukan nya orang luar tapi orang kampung tu sendiri.
Yang lagi memalukan pendamba tadi bila khutbah sedang dibacakan masih ramai anak muda umor 20an dan pakcik yang sebaya ayah pendamba masih leka menghisap rokok dan berbual dengan teman teman. pandangan pendamba apa yang mereka fikirkan? khutbah tu sekadar untuk tunggu jemaah penuh ruang masjid ke? sangat sangat memalukan.
akhir kata dari pendamba , pendamba tak tahu apa nak jadi ngan umat Islam sekarang , bila ditegur dikatanya diri ini masih mentah. tapi bila tak ditegur rasa bersalah pula. jadi pembaca blog pendamba, pendamba tak mahu perkara ini berlaku pada anda ok. jaga Agama kita sebaik baik nya. pendamba bukan arif mengenai Islam,bahkan bacaan Al Quran pendamba jugak tidak sempurna, dan ilmu tentang agama yang pendamba miliki hanyalah sebesar zarah, dan sering kali leka untuk menunaikan solat..itu kekurang diri pendamba, tapi pendamba tak mahu anak muda sekarang yang lebih muda dari pendamba langsung tak tahu mengenai agama, lupa apa itu Al Quran dan tidak tahu menunaikan solat.Fikir fikirkan la. kita bakal mendatadbir negara. ini ke yang kita cuba didik?sekian
3 bicara cinta:
camne masa depan umat Islam~~~
manusia...manusia
entri yg bgs...pasal kasut no komen...mgkn dorg nk tunjuk yg kasut dorg mahal kot...psl bju tu mmg sengal la..ada ke ptt lambang2 cm tu dipakai mse solat...yg dok lepak tu mmg aku tak suka...dah r kadang2 dok wt bising,..senget...kn bgs kalo dorg tu dok dgr btol2...ppe pn semoga dorg terima hidayah..smoga bnde ni tak jd kt aku..amin~~
Post a Comment