PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Mana Hilang Kisah Cinta

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No one is perfect until you fall in love with them.

hai pembaca blog pendamba mawar, hari ni pendamba nak berbicara soal ' kemana hilangnya  cinta dahulu' apa  yang pendamba maksudkan adalah kemana hilang nya entri entri cinta yang pendamba bicara dahulu. Pada awal kemunculan blog pendamba , blog ini dicop sebagai blog jiwang. Mungkin kerana entri entri yang pendamba bicarakan hanyalah berkaitan soal cinta.

biar pendamba berbicara serba sedikit kenapa konsep blog pendamba dari segi penulisan selalu berubah. sewaktu permulaan blog ini ditubuhkan entri pendamba memang tertumpu pada CINTA. pendamba sangat gembira menulis entri cinta, mungkin ramai kata ' eh lelaki ni jiwang karat betol,geli aku'. mungkin ada yang berkata demikian. tapi entri pendamba sebenarnya berdasarkan situasi yang berlaku bukan hanya rekaan semata mata. Jadi apa yang pendamba tulis sebenarnya perkara yang boleh diaplikasikan. Tapi pendamba tak dapat teruskan bila pendamba mendapat hentaman pertama dari anon. ye pendamba waktu itu hanya la blogger baru. Jadi pendamba bertukar konsep penulisan.
Pendamba mula bercerita mengenai Fatin Liyana dan Ben Ashaari, masa penulisan ini pendamba tak tahu apa makna traffik,apa erti UV apa sebenarnya pageview. yang pendamba tahu menulis dan mencari pembaca. pendamba seronok tengok follower pendamba menaik melalui segmen abg Ben yang pendamba sertai dan komen yang banyak dari entri berkaitan Fatin Liyana. tapi sekali lagi pendamba dihentam. atas tuduhan mencari traffik menggunakan nama blogger popular dan hentaman ketiga mengenai kualiti penulisan pendamba yang rendah. 
salah satu faveret pic pendamba

Sejak dari itu pendamba mula menulis secara serius, tiada lagi entri CINTA, tiada lagi segmen BEN ASHAARI, tiada lagi entri mengenai FATIN LIYANA. Entri pendamba semakin serius , setiap entri pendamba tiada lagi entri gurauan. penulisan pendamba ketika itu sangat emosi. sehingga blog ini ditegur oleh 'adik' pendamba sendiri dalam entri beliau, bahawa blog pendamba sangat serius hinggakan dia pun da tak masuk blog pendamba lagi. Sejak pendamba ditegur bergitu pendamba berfikir benar juga katanya, blog pendamba mula kehilangan pembaca dan pengunjung. Akhirnya pendamba kembali menulis secara santai sehingga sekarang.
Penulisan pendamba mungkin tak sehebat blogger lain, tapi tujuan asal blog ini ditubuhkan untuk berkongsi apa sahaja yang pendamba ingin kongsikan pada anda semua. sebab tu entri pendamba macam budak budak, ada je cerita kartun, ada je game, ada je entri kosong. Pendamba ucap terima kasih pada yang sudi menerima blog pendamba. tanpa anda siapa lah pendamba.

Berbalik pada madah di atas sekali, setiap orang tak kan sempurna sehinggalah anda jatuh cinta pada mereka. Jadi cuba la menerima seseorang ok. Jangan ego untuk tegak bersama citarasa anda sendiri. faham fahamkan lah maksud sebenar apa yang pendamba cuba sampaikan pada anda. 

Berapa kali anda dihentam, berapa kali orang lain cuba jatuhkan anda, Jangan pernah putus asa. mungkin pendamba masih baru dalam dunia blogging untuk berkongsi tips dengan anda. Tapi yakin la anda mampu menjadi blogger berjaya jika anda ada identiti sendiri. entri apa pun biar itu hasil idea da penulisan anda sendiri. sekian.

p/s: pendamba rindu nak manulis madah cinta cam dulu.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

9 bicara cinta:

monologmalamhari said...

jrang nak jumpa laki yang minat tulis ttg madah cinta nie .

Cik Asma BLuppy said...

hai abg jiwang.... buat la entri jiwang sekali..=)

I do I need Iman said...

apepon pdmba tulis, mawar stil bace mcm biase kalau ade kelpgn.

berubah utk kebaikan. ape salah nye;p gdluck.

tulislah psl cntta. lme tk jiwang ;p

Faez Rusni said...

cinta best...tulisla la ea..banyak ley share naty

yayath said...

no one is perfect until you fall in love with them:)

banyak maksud tersirat kat ayat tuh:)hehe~~

Anonymous said...

macam mana pun kande pendamba saye.. saye tetap sokong dia :)

reenapple said...

seriously, bila kita baca balik entry3 kita yg lama.. rasa macam OMG... sound stupid je entry3 nie.. hehe

dan maybe... bila kita rasa cam selalu blogwalking .. maybe cara penulisannya akan berubah...

setiap orang ada sebab why diorang jadik blogger... just keep it real.. =)

Falling . said...

skali skala tulis entry cnta xpe.. pelbagaikan blog kte.. dlu pon gugu knl blog pendamba dari madah2 cnta tu lah ;)

Hun_eyes said...

nak blaja jiwang kat sini.. heee ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD