PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Kenapa Aku Suka Kau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pernah hati ini terluka bila melihat engkau menerima pinangan orang lain selain diriku. Kenapa aku harus menerima ujian ini? kenapa engkau permainkan kata janjimu dulu. Di mana bicara manis mu?di mana impian yang kau cipta? kemana menghilang semua itu?
mimpiku, anganku musnah sekelip mata. Haruskah aku setia menanti dirimu? engkau telah separuh menjadi milik lelaki lain. perlukah aku seikhlas hati menunggu kehadiran mu ke pangkuan ku? kukuhkah hatiku untuk menerima mu kembali? atau masih ada ruangkah di hatiku untuk mengukir nama mu untuk menghiasi ruang hatiku yang telah engkau calarkan dulu.

Keluhan hati seorang pemuda bila hati nya dihancurkan sekelip mata dengan keputusan pertunangan kekasihnya dengan lelaki lain. Apa yang dirasakan gelap,kelam sunyi tiada lagi keindahan tiada lagi erti ceria pupus makna kebahagiaan. Apa yang dilakukan serba tidak kena. masa berlalu, setahun dilalu tanpa makna.




Tiba tiba hadir seorang gadis dalam hidupnya, mereka mula mesra. bergurau senda dan semakin erat. lama kelamaan erti cinta mula berputik di dasar hati mereka. benar kata perpatah, hati yang sedang kecewa dan bersedih mudah untuk menerima cinta baru. tiba tiba gadis tersebut bertanyakan satu soalan kepada pemuda tersebut.


Kenapa Abang Cintakan saya? kenapa abang pilih saya?


Kenapa sayang bertanyakan soalan itu? soal pemuda tersebut. Abang cintakan kerana sayang kerana rupa sayang yang cantik, mata sayang yang bersinar, kulit sayang yang putih. jadi! jika saya da tua tak cantik lagi abang akan tinggalkan saya? 'ya benar' ringkas jawapan pemuda tersebut.


Menitis airmata perempuan tersebut mendengar jawapan yang diberikan oleh pemuda tersebut. tiba tiba pemuda tersebut bersuara, "kenapa sayang menangis? tahukan sayang bahawa hati abang sedang luka menerima soalan yang sayang berikan". "kenapa?" soal perempuan tersebut.


Kerana Cinta adalah satu hadiah daripada Allah kepada makhluknya yang bernafas dimuka bumi ini, nikmatnya yang bergitu bernilai ini tak perlu kita persoalkan, tak perlu kita ragui. bukan mudah untuk menerima cinta yang hakiki. seringkali manusia terkeliru diantara cinta dan nafsu. Benar kata ibu ku cinta, bukan pada rupa,tidak pula pada harta dan nama. cinta adalah cinta. siapa pun pandai mentafsir cinta, apatah lagi bermain cinta. tapi pernahkah kita bersyukur untuk pemberian ini.


Percaya la pada cintamu, jika dia benar milikmu, bukakanlah pintu hatimu untuk dirinya walaupun sehebat mana luka yang pernah kau alami dulu. mungkin 'dia' adalah penawar dan penyeri hidupmu. 




Akhir kata dari pendamba, perit luka lama masih mampu diubati dengan kebahagian cinta baru. percaya pada cinta jangan pula terkeliru dengan nafsu. Jangan sesali kegagalan bercinta tapi amiklah sebagai pengalaman untuk lebih bersedia menerima cinta baru.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

17 bicara cinta:

yad'z said...

dah kembali berjiwang-jiwangan.. ahhahaha...

Nyamuk Terbang said...

pergh jiwang

fierul said...

btol3 . hehe . stuju sgt :)

Cik Asma BLuppy said...

patah tumbuh, hilang berganti.. hahaha

Kathy Tuah said...

cinta tak bersebab ^^

PinKy MoMMa said...

dah macam dr. love pulak huhu...

..cik gugu.. said...

suka jiwang~~~~~~

Ai-Sis said...

daa sudahhhh.berjiwang pula abg kita sorang ni.hahaha

Capital A said...

:0 .. best.. rasanya orang dah banyak kali bagi soalan macam tu kt setiap lelaki.. hehe

echa takashimaya said...

sanagt setuju!

sha my heart said...

suka perenggan kedua terakhir tu..

sweet jer.

kim heeruul said...

dh lame lu tak buat entry mcm nie..hihi..

Nizam Ijam said...

aku jgk yang xde org suka..hehe

nelly said...

sangat suka !

~eFFa sLumBeR~ said...

suka n cinta dua perkara berbeza yg sering disalah tafsir..
mudah utk menyintai apabila telah menyukai..

cinta yg dah berlalu perlu dilupakan demi cinta yg baru hadir tapi kenangan akan tetap bersemadi dlm ingatan...

Miss Purple Ungu said...

PM dh berjiwang2 semula hehehe
ada bakat tulis novel cinta :)

Honey Liyana said...

Jiwang lg..heehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD