PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Malaysia takkan layak Piala Dunia

Hai pembaca blog PM, ramai yang membuat entri tahniah buat skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir menentang Indonesia. Tapi bukan ucapan tahniah dan kata pujian yang akan PM hiasi dalam entri ini. Sejujurnya da banyak blogger yang mengucapkan tahniah jadi PM nak berbicara soal sebaliknya.
MALAYSIA TIDAK AKAN LAYAK KE PIALA DUNIA JIKA INI CORAK PERMAINAN YANG DIAMALKAN.
Sejujurnya ini yang akan berlaku, skuad kebangsaaan kita tak kan pernah layak ke piala dunia jika corak permainan seperti semalam ditunjukkan oleh skuad Malaysia. Weh! yang main untuk piala dunia tu skuad rajagopal la bukan skuad kendalian Ong Kim Siew. Bodoh ar PM ni tak tahu bola ke. Ok PM jelaskan knapa PM kaitkan dua skuad ni dengan Piala Dunia, untuk piala dunia seterusnya, berkemungkinan besar pemain bawah 23 ni akan menyarung jersi skuad utama negara jadi jika tidak di didik sekarang, kemana hala tuju bola sepak Malaysia? adakah akan layak sehingga pusingan kedua je?
Pemerhatian PM mengenai perlawanan semalam, skuad Malaysia sangat lemah, tak dinafikan kepantasan dan sokongan dari penyokong tuan rumah mempengaruhi prestasi pemain,tapi apa yang PM dapat lihat pemain Malaysia seringkali leka tentang pemain yang perlu diberi perhatian. ok kita beralih dari satu posisi ke satu posisi yang lain.

Pertahanan, kebanyakkan pertahanan bawah 23 bermain untuk skuad kebangsaan, yang PM dapat lihat pertahanan terlalu banyak memberi ruang kepada penyerang pasukan lawan untuk maju ke kotak penalti Malaysia. Ruang yang dibuka terlalu luas terutamanya bila pemain lawan membuat serangan secara 1,2 banyak pertahanan Malaysia yang leka dengan strategi lawan seperti ini. Dan pertahanan malaysia sering terbuka apabila ada pertahanan Malaysia yang melakukan overlapping sehingga mengabaikan penyerang pasukan lawan.
Pemain tengah dan sayap, bahagian tengah malaysia tidak mengalami masalah bila skuad Malaysia mempunyai pemain pemain yang rajin melakukan larian ketika menyerang dan bertahan seperti Baddrol, Irfan,Nazmi,Fandi dan sebagainya. Mereka bijak mengawal bola di bahagian tengah dan banyak punca gol bermula daripada hantaran mereka. 

Pemain penyerang, PM harap ketua jurulatih Malaysia sedar bahawa penyerang pasukan Malaysia memerlukan stamina, larian , body balance, kemahiran berfikir, ketepatan yang amat tinggi. Jangan terlalu mengharap kepada ketinggian sahaja untuk mendapatkan kelebihan untuk bola setpiece. Harap lepas ni jurulatih dapat mengenal pasti pemain pemain yang mampu membuat larian dan kawalan bola yang kemas ketika counterattack dilakukan.

Maaflah entri bukan untuk memburukkan pasukan kebangsaan Malaysia, tapi PM taknak skuad Malysia masih di takuk lama, hanya mendapat rentak selepas dibolosi. Harap pemain sedar semua ni. sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

11 bicara cinta:

cik ika said...

ta tgk pun bola mlm td..:;(

Nabiha Zaidi said...

still kena ucapkan tahniah . kalau kita yang main , tah menang ke tidak . walaupon just penalti . .

khryh said...

perasan gak. banyak ruang sebenarnya yang skuad kita tak jaga. sebab tu awal awal lagi Indonesia dah skor gol.

Nadia said...

betul tu PM..tak dinafikan pasukan mereka lemah di padang...paling ketara bila dorang mengharapkan apek..lagi satu strategi untuk menang semalam memang tak nampak..

semalam masa indon masuk gol dari sudut pon nad dah bengang sebab dorang xfocus kat padang...

huhhu...nad ni cakap macam nad jurulatih pulaks..ngee..^_*

Unknown said...

betul tu PM...Fida setuju...but still kena ucapkan tahniah...walaupun macam xnampak fokus kat mana...tapi tahniah atas usaha dorang dah buat walau hanya dengan tendangan penalti...kalau dorang xde pon Malaysia susah jugak...tol x? so...Go Malaysia Go...Go Harimau Malaya Go...^_^

monologmalamhari said...

btul tuh .. sy stuju sgt .
malaysia slalu ltkkn diri dlm zone selesa mmbuatkan mereka brusaha tak bgtu jitu . :)

Hirdayu Rahmat said...

maya plop lain eghita.. maya tak minat bola... tapi tahnia atas usaha Malaya !



tapi semalam memang dekt apartmen erempuan teruk betul dorang maki maki idonesia ! heshh ! dahsyat bila perempuan tengok bola !

EkaTikah said...

apa-apa pun mereka sudah berusahakan..dan hasilnya kemenangan berpihak kpd mereka...tpi mereka jngn terus senang jew..kne tingkatkan lagi skill permainan dyeorg kalau nak terus mendapat kemenangan itu... :)

nurul ezzatie zulkarnain said...

yup..
paper pown..
dorunk lgi tau situasi dorunk kat dlam padang tu..
kiter juz tengok dri skrin tv jer..

tapi pasal yg leka tu mmg btol..
lelagi kalo malaysia dpat jaringkan gol dulu..
dorunk cepat seleser..

tapi paper pown..tahniah lha even penalti..

Sara said...

stamina kurang..tektikal lemah..
and i agree "MALAYSIA TIDAK AKAN LAYAK KE PIALA DUNIA JIKA INI CORAK PERMAINAN YANG DIAMAlkan

x lupa pada penyokong..hentikan memaki pemain bila kalah.sedih sangat semalam bila ada penyokong yang blah dan sesedap rasa cakap

"alamak dah gol..malas la nak tengok dah"


memang tak patut.xde semangat kesukanan langsung.

dan paling x best ramai yang kutuk fakri saarani..

dia dah buat yang terbaik..jangan cepat menghukum orang..

sejujurnya dia memang wajar terima teguran dari peminat.tapi tolonglah jangan judge pemain berdasarkan satu game semata-mata..

walau apepun..tahniah skuad malaysia..tahniah ong kim swee..
sekian,terima kasih..

teruskan menyokong pasukan negara.walau kalah berdiri bersama.bukan mencaci mereka..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

setuju sgt..
depa nmpk x cukup stamina.. indon main ngn baik tp kasar :(

alhamdulillah, rezeki kita menang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD