PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Bila Kau Membuka Hatiku

Dalam sebuah perhubungan , terselit beberapa perasaan yang akan kekal melekat di hati kita, dalam percintaan kita mengenal apa itu erti kerinduan, apa itu makna cemburu, dan kadang kala kita mencari cari fahaman kesetiaan dan keikhlasan. Bila kita telah membuka pintu hati kita untuk seseorang kita perlu bersedia untuk menerima satu tugas baru dan beberapa perasaan baru yang telah dimuaturun di dasar hati kita.


I said i fell in love at first sight
i said i love you
i said we'll be together forever
i though they were just lines that appear in movie
but what should i do..?
i've become the main character in the movie

Bila kita jatuh cinta, secara automatiknya diri kita akan berubah. Berubah dari segi cara pemikiran kita. Jika dulu kita hanya memikirkan tentang kita, kita dan kita. Tapi kini bila hati kita telah terukir satu nama baru yang perlu kita jaga sebaik baiknya apa yang bakal bermain di benak fikiran kita hanya dia, dia dan dia.


Kadangkala apa yang tersebunyi di dasar hati insan yang kita sayangi dapat kita rasai melalui satu getaran cinta. Jika kita berhadapan dengan orang yang kita cintai, bagaimana untuk kita sedar bahawa kita telah jatuh cinta? Sukar untuk mengetahui tentang cinta dalam sekelip mata, kerana biasanya kita akan merasainya bila kita sudah kehilangan dirinya. Tapi percayalah jika benar dia adalah milikmu, engkau sendiri akan mengatahuinya. Ikhlas kan hatimu dalam menerima cinta.

My dear, 
i can hear everything
the sound of your heartbeat
if two hearts that are already apart grow futher apart
they will not trust each other anymore

i'm very curious
can i know how you came into my heart
i want to be in your heart too
i hope you have the same feelings..

Cinta hadir tanpa kita sedari, tapi kita pasti dapat merasainya memiliki sebuah percintaan adalah satu anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan manusia, lebih lagi bila kita dicintai oleh insan yang kita cintai. Itu adalah kenikmatan dan keindahan yang paling agung dalam hidup. Kita akan merasai apa itu nikmat kebahagiaan dan kegembiraan.Akhir kata dari PM, terimalah madah cinta terakhir dari PM,sekian.

Please don't forget the heart throbs you feel now
also,next time, even if we're just wishing for something small
even when we're both a little tired
please remember this feeling
and come back to this very moment
but i believe in you

p/s: maaf menggunakan bahasa bercampur baur english malay. Saja nak test english PM.hehe.. 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

16 bicara cinta:

cik ika said...

PM da jatuh cinta..hee~~

Anonymous said...

whoot2.....

nooghulegha said...

suka entri nie terutama dekat ayat nie

"Jika dulu kita hanya memikirkan tentang kita, kita dan kita. Tapi kini bila hati kita telah terukir satu nama baru yang perlu kita jaga sebaik baiknya apa yang bakal bermain di benak fikiran kita hanya dia, dia dan dia."

smilenajah93 said...

amboi PM , jiwang semcm je nie ? hehe ~

Zul De Alexis said...

nice entri PM kalau awek baca nie tergoda nie...hehe..Betul tu bila dh bercinta kita memang akan selalu memikirkan orang yg kita syg.

Anonymous said...

kenapa sejak dua menjak ni, entry PM banyak jiwang? hhehehe

Falling . said...

betol.. kne sedia 3ma cinta walaupon aty ni masih ragu2.. cinta tu bkn mbawa kekecewaan kalau kte betol2 ikhlas.

CikTeddyCorner said...

xpe,ur english is quite go0d..i loike this^_^

pinky_liscious said...

memang betol! kita akan merasai and tahu bila kita telah kehilangan sesorg yg amat kita cintai..thats love.. waktu ade kita sukar nak rasai.. tapi kita kene yakin and percaya jika benar dia tertulis utk kita,,tetap akan milik kita.. :)

Idzanfashila said...

lme ta jengok PM. miss tak? HAHA!
mkin jiwang la. tp i loike! :D

RinsyaRyc said...

serius, kartun tu memang comel gile..

<---terdonload. ihihihi~

kim heeruul said...

dh pandai buat entry English..keep it up.^^

reenapple said...

Hurm.. but he didn't have the same feeling as I do have for him.. =)

nice entry..=)

aamalinaazman said...

aduhai PM
kalo x buat entri cinta tak sah ye =]

cinta itu milik semua
raihlah ia =]

Just Mini Love said...

agak jiwang.. hee

ade org di hati ke?

hee.. cinta memang best..
tapi time tak best sgt perit untuk diterima..

Sophie Al-Yahya said...

bagi tips cara-cara perempuan ingin mendekati lelaki tanpa digelar perigi cari timba boleh? susah x? hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD