PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Impian dan Harapan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Impian?Percintaan? Memiliki yang tersayang? anda semua mempunyai semua ni?? hai semua pendamba ingin berbicara tentang tiga perkara tersebut.. layan lagu ni...hehe.. 



Bila bercakap soal impian dalam perhubungan percitaan,kita pasti sentiasa impikan yang sempurna menjadi milik kita kan?walaupun kita sedar tiada seorang manusia pun yang sempurna di dunia yang fana ni.. pendamba sendiri impikan jodoh yang terbaik bukan atas dasar memilih, tapi sapa nak yang tak baik kan? apa apa pun jodoh,rezeki dan ajal terletak pada Tuhan kita sebagai makhluk ciptaan Nya berusaha sahaja untuk mengecapinya.


Bagi seorang lelaki.. pasangan bagaimana anda inginkan?


Bagi seorang perempuan.. pasangan bagaimana anda inginkan?


mesti yang terbaik kan? tapi kita fikir tak kita sendiri cam mana? terbaik kah kita?sempurnakah kita? pendamba pasti kita tahu kelemahan kita kita tahu kekurangan kita... jadi ubah dulu diri kita menjadi yang terbaik jika anda impikan yang terbaik.. bukan pendamba cuba merendahkan diri anda,dan menghalang impian anda.. tapi nampak tak berbaloi kan jika impian anda setinggi gunung dengan pencapaian anda yang sekadar mencecah ketinggian lalang di padang..


Ceh!pendamba nasihat orang diri tu da baik sangat ke?da sempurna sangat ke?impian nak ngorat Fatin Liyana..huh! ok la pendamba serba kekurang banyak lagi perlu diperbaiki.. dan cakap pendamba tak salah menyimpan angan setinggi langit..tapi usaha la segigihnya... baru la tercapai impian tu...


ok la itu dalam perhubungan percintaan.. biar pendamba selitkan sikit tentang blog.. faham situasi ni


alamak aku newbie la blogging ni, ada ke orang masuk blog aku,ada ke nak follow blog aku.. hurm sedih la cam ni... dah la aku tak sehebat diorang nak menulis.. rupa pun tak la cantik dan hensem sangat..cam mana ni..putus asa la blogging cam ni


biasa dengar ayat cam ni?? untuk pengetahuan newbies semua.. anda mesti ada kelebihan untuk menarik orang datang ke blog anda... pertamanya law ada orang menegur tentang blog anda..terima dengan hati terbuka... amik pandangan mereka .. ramai masuk blog pendamba sekarang comel nye blog, ramai nya follower.. ok mereka tak tahu berapa kali da pendamba dihentam.. berapa kali pendamba da usaha tukar itu tukar ni.. betapa tebal muka pendamba gi tanya  tanya orang lain macam mana nak buat itu ini.. usaha dear..usaha la..jangan sombong dalam blogging.. saya yakin saya ley maju sorang sorang dalam blog..bohong! tak de orang ley maju law sorang dalam blog..


Untuk anda yang baru baru jangan la segan bertanya pada mereka mereka yang pkar ok.. nak tanya pendamba? sila ..pendamba izinkan tapi tengok la soalan dengan tahap pendamba yang 3 bulan lebih tak sampai setengah lagi ni.. berbalik pada tajuk..impian... impian blog pendamba pada awalnya pendamba nak 500 follower selepas 5bulan blogging.. alhamdulillah sebelum 3 bulan pendamba da dapat..macam mana pendamba buat?usaha la...usaha ..buat entri sampai ada pembaca.. blog sentiasa update.. percaya la anda rajin anda dapat tengok usaha anda berbaloi atau tak.. sekian..
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

10 bicara cinta:

Falling . said...

betol3~ setuju yg utk newbies..

kte nk nek msti ssh dlu..

Pendamba Mawar said...

mekasih cik gugu.sayang lebih la..hehe

Ukhtifarhana said...

lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan bgitulah sebaliknya..yang pnting, sentiasalah berdoa supaya dipertemukan dgn jodoh yang baik.

tentang blog plak~ setuju..usaha itu mmg perlu..jgn mmbndingkan diri dengan org lain..percaya dgn diri..saye sndiri pun dah dri 2010 ag dh ade blog..cume sy xbukak2 dah bile dftar dulu sbb mula bukak pun sbb lecturer suh..so,kite bt jelah..pelan2 kayuh..follower tu satu bonus klu ramai..xrmi pun xpa..pelan2..klu info yg kite bri dlm blog tu bley bg manfaat dan org bce n org amal, scara xlgsung kita pun dpt pahala..=)

eh,terpanjang plak..hehe..

Pendamba Mawar said...

hehe..tentang jodoh kita sendiri tak tahu.bdoa je la..:)

terima kasih atas pandangan saudari..benar kongsi kan ilmu yang kita tahu.. kelak kita sendiri dapat ganjaran dalam keikhlasan dalam menyampaikan ilmu..ttg follower insyallah law orang mint penulisan kita ada la yang follow jgan terlalu mengharap..nanti blog sndiri tiada isi yang ditulis

Nyamuk Terbang said...

kekasih ku di dalam nya berliku
dlu time aku mula2 trjun bidang blog..pnh gk aku trfkir
ad ka org nk view blog mcm aku
haha

Pendamba Mawar said...

mesti ada nye..kreatif kan la.. cari cara nk tarik orang datang blog

khairulsyarafi said...

tnga dengar ni.. :)

Pendamba Mawar said...

hihi sila2

fydakachak said...

semua orang memang mengharapkan kesempurnaan,tetapi mereka tidak tahu yg kesederhanaan itu lebih baik.. *betol ke?* hee

ohh..betol..nak berjaya kena rajen..tapi,saya sangat malas..huu~

Pendamba Mawar said...

sederhana kan lagi bgus ye dak..:)


ala malas?kena rajin la..ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD