السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
disaat aku hanya mampu melihatmu dari kejauhanBait ini pendamba terima dari seseorang.. adakah lafaz kekecewaan? atau satu kegembiraan? ingin pendamba utarakan bicara ini.. apakan daya hanya persoalan yang timbul di benak fikiran pendamba.. ' dari kejauhan aku hanya mampu memerhati tingkah laku dirimu, merenung gerak gaya mu, dan berkongsi suka duka dengan dirimu'. Tapi kenapa dari jauh? kerana aku tak mampu bersama disisi mu, dan tak mampu membahagiakan dirimu jika aku bersamamu.
Tika engkau mula ketawa aku tersenyum melihat dirimu, kala engkau menitiskan titisan mutiara, aku juga bersedih kerana mu.. sampai bila harus bergini perilaku ku... kenapa tidak aku membahagiakan dirimu? kenapa aku tidak berada di sisi mu tika engkau suka mahupun berduka? bukan kah aku menyayangimu? bukan kah aku yang sanggup berkorban demi dirimu.. tapi itu dulu.. engkau telahpun dimiliki.. kini aku bukan lagi siapa siapa dihati mu... luka semalam masih berdarah di hatiku, tapi ku cuba baluti dengan perasaan ku.. ingin ku memiliki mu tapi aku tak berdaya.. hanya ku mampu... melihat mu dari kejauhan...
semakin lama semakin jauh.. semakin kabur penglihatan ku padamu.. engkau telah dibawa juah oleh kebahagiaan yang engkau kecapi kini dan aku semakin jauh dalam kedukaan yang telah diciptakan ini.. harapan ku,engkau akan terus bahagia,terus mengukir senyuman,da terus dengan hilai tawamu..agar engkau tidak lagi bersedih..agar engkau terus memadamkan namaku.. dan aku......akan terus memerhatimu di kejauhan..sentiasa bersama mu dikala suka mahupun duka..sekian..
12 bicara cinta:
waahh..bermadah plak :D hehehe
aha...madah2 gitu..kihkih
Sedihnyaa.. Tak apalah, sebab bukan hak kita sbb tu kena tengok dari jauh je. Esok lusa kalau dapat, tgk la dekat2 sampai puas. Tapi, mungkin ke jadi hak sendiri ? Tak payah banyak fikir, teruskan hidup dgn gembira sudaaah :D
Peace out ! *Tak pandai bermadah yoo..
yeay.. teruskan hidup dengan syuman itu yang terbaik..ahaks...
puitis sgt ;)
wish the best for u .;)
maaf tak dpt buat kesmpulan.
tolak markah untuk mawar..hahaha..:)... xley dapat markah a+ la...mawar dapat b jer..kihkih
kadang kala, hati merasai kepedihan yang mendalam, tetapi, kita memaksa wajah kita terus mengukir senyuman~ teruskan berjuang wahai sahabat~ :)
ya..senyum dan terus tersenyum... mencipta kbhagian seseorang membawa seribu erti untuk seseorang yang lain..ahaks
andai suatu hari dia mencari mu,
lapangkanlah dada menerima.
*nice blog plus ros hijau.*
imah follow blog mawar hijau..
hehe mkasih2
haha yelah yealh b je. sbb arine blur jap ;p
hahaha..bgus2.sok2 score A bila da aktif.. haha
Post a Comment