PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Dari Pendamba Untuk Anda


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
main lagu ini sambil membaca ok..

Hai.. kali ni izinkan pendamba membicarakan sesuatu...hanya untuk ingatan pendamba dan mungkin untuk korang jua... kadang kadang dalam keasyikkan blogging dan facebooking pendamba sedar da banyak perkara yang pendamba terlepas.. banyak sangat... ibadat?rutin? hurm berdosanya pendamba... ya.. kelekaan akan membawa keburukkan... pendamba masih tak sedar tentang itu.. seronok nya pendamba melayan blog dan FB sampai terlewat untuk menjalankan kewajiban sebagai seorang umat Islam.. keasyikkan juga menyebabkan pendamba kurang tumpuan pada abah dan mama pendamba yang sentiasa inginkan pendamba di sisi mereka... pendamba anak derhaka kah Ya Allah.. Kadang kadang pendamba menangis,ya menangis.. dosa pendamba terlalu banyak.. tapi pendamba cuba untuk minima kan nya..
Yang kedua tentang perasaan.. pendamba berharap buat masa sekarang jangan ada sesiapa pun jatuh cinta pada pendamba... mungkin pendamba ungkapkan kata cinta pada anda.. dan memanggil anda dengan panggilan yang istimewa.. tapi jangan pernah untuk jatuh cinta ngan pendamba ok.. bukan kata cinta pendamba hanya sandiwara, tapi pendamba takut pendamba kalah pada tuntuan nafsu.. kerana pendamba masih belum berkerjaya.. bukan pendamba tak mahu berkasih sayang.. tapi pendamba takut kecewakan anda...Insyaallah andai jodoh kita tetap akan bersama...
yang ketiga, pendamba ni bukan la jenis yang sombong sangat.. setakat nak menolong pendamba ok jer... pendamba akan tolong ..tapi jangan cuba amik kesempatan atas kebaikkan pendamba... pendamba bukan benci,tapi pendamba takut .. lama kelamaan kamu terhutang budi dengan pendamba.. jarang pendamba menolak jika orang meminta pertolongan sesuatu..lebih lebih lagi tentang blog.. walaupun kadang kadang pendamba sendiri tak tahu apa yang patut dibuat tapi pendamba cuba usahakan untuk korang..harap jangan amik kesempatan ok..dan korang boleh luahkan apa saja pada pendamba.. Insyaallah pendamba akan jadi pendengar setia dan cuba memberi semangat pada anda
Dan yang terakhir.. pendamba harap korang semua maafkan pendamba..pendamba sedar banyak kesilapan yang pendamba buat...especially siapa saja yang tag nama pendamba untuk baca blog diorang.. pendamba terus akan klik unsubscribe bukan pendamba sombong.. tapi pendamba akan terjah blog tu kalau pendamba minat.. so maafkan pendamba ok... dan juga pada siapa siapa yang tak suka pendamba boleh terus bagitahu pendamba.. pendamba akan terima dengan hati terbuka...pendamba bukan jenis pendendam..
entri ni betul betul luahan hati pendamba..dan pendamba tak kan share untuk mana mana group..hanya pengunjung yang datang dengan kesudian je akan baca entri ni... terima kasih pada semua kerana membantu pendamba dalam blogging..pendamba tak kan pernah lupakan korang semua...pendamba sayang korang..Pendamba sayang semua kawan kawan pendamba... ikhlas..pendambamawar aka zulkarnaim faiz

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

11 bicara cinta:

Rafidah Farhana said...

Dan aku telah singgah untuk membacanya.
Chill, hidup kena happy selalu :)

Pendamba Mawar said...

ahaks..mekasih..:) kamu slalu datang blog ni..:P

Ammar said...

Sedihnya dengar lagu ni sambil baca artikel ni

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

bergenang air mata bila baca.. :')..

Pendamba Mawar said...

ammar>terima kasih sudi baca luahan pendamba


amalina>:) senyum ok

Si Orkid said...

bce entry ni..ok lah tu..ade kesedaran dlm diri.."batter late then never".jd, bila dah sedar..blh lah slow2 buat perubahan..insyaAllah..

p/s : entry ini juga mnyedarkn diri zatiey yg kadg2 lalai..same2 tmbh ape yg kurg dlm diri k..:)

Pendamba Mawar said...

zatiey>insyallah harap dapat jadi lebih postif

Si Orkid said...

hehe..okeh!

I do I need Iman said...

kalau mwr ade wat salah. mwr pon nk minx maap kalau ada salah ;)

Pendamba Mawar said...

sama la ngan zul

Just Mini Love said...

sape zulkarnaim faiz ?? huhu


sedih bace...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD