السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai entri kali ni pendamba buat khas untuk sahabat pendamba Amalina..
Gambar pertama untuk amalina.. nampak cahaya didalam daun dan kegelapan?? cahaya tu keindahan, kegelapan itu kesedihan dan daun itu cabaran dan halangan... sebanyak mana dugaan, sebanyak mana kesedihan kita masih nampak keindahan .. hidup kita sebagai manusia memang tak kan lari dari dugaan kerana dugaan itu mematangkan kita.. setiap kesulitan yang kita lalui akan memberikan kemanisan kepada diri kita pada masa hadapan..
gambar kedua untuk amalina... Jalan tu melambangkan kehidupan kita.. pokok tu seperti sahabat kita.. kita akan meneruskan perjalanan kita menuju ke destinasi yang kita tujui ditemani sahabat sahabat kita disisi.. tapi adakah ketika kita sampai ke destinasi yang dituju kita masih bersama sama sahabat yang menemani kita pada permulaan perjalanan tadi?? jadi jangan terlalu bersedih jika kehilangan seseorang dalam hidup kita kerana pasti ada sesorang yang baru akan muncul untuk terus berada disisi kita menemani kita dikala kegembiraan dan kesedihan..
gambar ketiga dan yang terakhir buat amalina... amalina nampak sampan usang tu?nampak sungai dihadapannya? sampan itu usaha.. sungai itu halangan dan dugaan.. bagaimana amalina nak hadapi dugaan itu dengan sampan usang itu? mampukah? kita insan lemah bukan?? perasan kah ana pada segelung tali tu? tali itu pegangan yang kita ada... harapan kita... andai amalina lemah dan telah berputus asa bermohon la pada Yang Esa nescaya Dia akan membantu insan dalam kesusahan.. dan jika amalina berjaya menyusuri sungai tersebut amalina akan melihat banyak lagi sampan lain di seberang sana itulah keindahan dan kemanisan yang bakal amalina kecapi..
untuk amalina,
andai kesedihan menyelimuti mu
izinkan kegembiraan menyusupi kedalam ruang hatimu
jika kesunyian terukir dalam dirimu
izinkan daku menghiburkan dirimu
sebagai temanmu,sebagai sahabatmu
tika air mata mu menitis
izinkan aku menyapunya
dengan harapan engkau
akan mengukir kembali senyuman
yang pernah terpahat diwajahmu..
ikhlas dariku FAIZ..
sekian
5 bicara cinta:
terima kasih.. :) terharu sangat.. :)
sama2..:).. ingat kata2 saya ni taw
waaaaaaaaaaaaah sweet sgt rasenye ;)
I do I need Iman waaaaaa..hehe,, mekassih mawar
em,gambar yang menyenagkan!like2x
Post a Comment