السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kenapa ramai yang datang kerumahku, kenapa ibu bapa ku menangis.. kenapa diorang membaca ayat suci Al-Quran di sebelahku.. kenapa mama ku menangis melihatku... mama kenapa? apa yang berlaku..kenapa aku tak dapat bergerak.. kenapa keranda berada dalam rumahku.apa yang berlaku....mama abah kenapa nak tanam pendamba? apa yang berlaku.. Ya Allah,apa terjadi padaku....kenapa nak tutup pendamba dengan tanah ni...
Layan lagu ni
Sesungguhnya manusia diciptakan daripada tanah,dan akan kembali jua pada tanah...
Hai pembaca blog pendambamawar,kali ni pendamba ingin berbicara tentang kematian.. Andai pendamba menghembuskan nafas buat kali terakhir selepas entri ini.. agak nya korang sedar tak tentang kehilangan pendamba.. tiada lagi jasad bernama pendamba..hanya nama yang mungkin menjadi sebutan.. Itu pun jika ada yang sudi mengingati nama pendamba.. tak mungkin untuk selamanya..
Pendamba baru pulang dari tanah perkuburan , melawat waris pendamba yang baru sahaja menghembuskan nafas beliau pagi tadi.. ketika pendamba berada di persekitaran rumah pendamba melihat gelagat tetamu yang datang.. dan benak fikiran mula mencanting sesuatu.. ' Bagaimana jika pendamba adalah si mati??' ada ke jiran dan teman yang sudi melawat jenazah pendamba? cukup ke bekalan pendamba untuk menemui Pencipta pendamba? Adakah pendamba sudah mampu untuk meninggalkan dunia yang fana ni?
ramai yang datang melawat... dan mereka pergi selepas melihat jenazah dan menghadiahkan ayat ayat suci Al Quran.. menitis air mata pendamba bukan kerana meratapi kematian si mati.. tapi titisan air mata memikirkan nasib pendamba nanti.. ya ahli keluarga ramai yang menitiskan air mata tapi mampu ke air mata tu menghidupkan kembali si mati.. ramai ahli keluarga yang mengiringi si mati ke tanah perkuburan.. Tapi semua berlalu selepas selesai majlis tersebut.. tinggal seorang diri di liang lahad.. Ya Allah. mampukah pendamba.. pendamba masih belum bersedia untuk semua ni.walaupun pendamba sedar.. tika tiba masanya...sesaat pun tidak dapat diubah..
tapi ada sesuatu yang menarik pandangan dan halwa telinga pendamba tadi... tentang seekor kucing yang berkelakuan agak aneh hari ni..tidak seperti sebelum ni. kucing tu selalu ' mengeaowwww' jer..tak henti henti.. kita mesti pernah mendengar kan tentang kucing ni mampu meramal kematian... kucing tu betul betul menarik perhatian pendamba ..walaupun pendamba peluk dan belai kucing tu..tapi kucing tu seolah olah 'ternampak' sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.. ragam kucing tu seolah olah takut dengan 'kehadiran' sesuatu. sedangkan hanya pendamba yang memeluk dan membelai kucing tersebut... apa yang berlaku , adalah di luar permainan minda pendamba..
yang terakhir dari pendamba... jika pendamba menghembuskan nafas terakhir.. izinkan pendamba memohon supaya menghadiahkan pendamba bacaan surah Al Fatihah dan ampunkan segala dosa dosa pendamba dengan anda semua.. ajal maut da tercatat sejak azali.. tak mungkin kita mampu melawan qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Nya..sekian..
22 bicara cinta:
mengingati mati itu adalah lebih baik :)
mekasih erma
semua manusia akan mati kelak...ajal maut di tangan Tuhan...
selagi kita hidup.. pintu taubat sentiasa terbuka.. kecuali semasa hari kiamat
muhasabah diri..
mekasih.pendamb sedar pendamba selalu leka..hurm...
mengingati mati adalah sesuatu yg baik...tapi, meminta kematian adalah sesuatu yg salah.....
yer saya ingat tu..:)
tatot...
sedih:(
mati itu adalah perkara pasti :)
mati itu pasti.... dan mengingati mati adalah perlu... supaya kita sentiasa mendekatkan diri padanya.. insya Allah.. doa lah kita pergi nanti dengan keimanan.. aminn.. =)
berubah lah sebelum terlambat.
kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia..
dari DIA kita dtg.. kpd DIA kita kembali....
fara kenapa sedih
syakila.>ya itu benar
yadz>abg harap cam tu lah
kim>insyaallah
ain> sy setuju
tq sbb ingatkan :)
setiap yg hidup pasti akan bertemu penciptaNya..selagi diri masih diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi Tuhan, same2lah kita perbaiki diri..amal maaruf nahi mungkar..err..mawar ade penah bce,kite xboleh percaye dgn ramalan atau ape2 petanda mcm kucing tu sebenarnye..wallahualam..itu ape yg mawar tahu la..hee..ajal maut di tangan tuhan...
suatu yang pasti....
ajal maut ditgn tuhan..kita manusia sentiasa berusaha dan buat preparation utk mengharungi alam barzakh kelak...
uhuk! terkejut ana bace intro die..seram!
hadis Rasulullah - orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati~
tahniah! bro faiz seorang yang bijak.. smoga sentiasa bermuhasabah diri.. :) peringatan untuk ana jugak!
Ku>sama2 la kita
anna Farhana> ye pendamba taw ..kepercayaan tu mmg xley pkai.. cuma tadi menjadi pelik ngan tingkah laku kucing tu..:)
Nazratul>harap kita telah bersedia bila tiba masanya
aesya>insyallah..
ana>mekasih.. sama2 la kita
diakalangn org yg beriman adalah mereka ygsuka mengigati maty dan mengmbil iktibar ;)
tahniah.
:) masih senyum
Post a Comment