PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Izinkan Aku Pergi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lupakan aku, tinggalkan aku!! lafaz zulkarnaim pada kekasihnya.. mereka bakal melangsungkan pertunangan mereka kurang dari dua minggu lagi .. tapi zulkarnaim membuat keputusan untuk berpisah.. kekasihnya Ira terkedu dengan keputusan mengejut yang dibuat oleh Zulkarnaim... tanpa salah silap Ira ditinggalkan.. sangat kejam tingkah laku zulkarnaim terhadap seorang insan yang lemah seperti Ira.

Dalam masa sebulan mereka berpisah.. Ira hanya mampu bersedih dan duduk di dalam bilik masih memikirkan apa salah nya.. dan zulkarnaim telah pun senyap tanpa khabar dari nya.. genap 20 Julai Ira menerima sekeping kad sempena ulang tahun kelahiran nya yang ke 21.. ditilik kad itu,dan dia menyedari kad tersebut daripada Zulkarnaim.. Ira terus membaca isi kad tersebut yang tertulis..

Ke hadapan permaisuri hatiku ira, Maafkan zul kerana memutuskan perhubungan kita..maafkan zul membuat Ira berfikir apakah salah Ira,maafkan zul tak dapat menunaikan impian kita bersama,bukan keinginan zul,bukan harapan zul,tapi zul redhai dengan kehendak ibu bapa Ira..Maafkan salah silap zul,bukan niat zul melukai hati ira..Harapan zul janganlah ira membenci mereka kerana mereka telah merancang yang lebih baik dari zul..Andai jodoh kita sampai di sini saja,berbahagialah dengan apa yang pernah kita kecapi sebelum ni..sampai di sini sahaja perhubungan kita Ira..Jangan pernah bertanya ke mana zul menghilang ..terima kasih kerana pernah mengisi hati ini dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke-21 Sayangku IRA. yang ikhlas zulkarnaim 


selepas membaca kad tersebut Ira terkedu, sekarang dia sedar kenapa zul tiba tiba memutuskan perhubungan mereka.. Ya sebelum ni zul pernah dihina oleh ibu bapa ira kerana berhubungan dengan Ira.. tak sangka akan berakhir begini perhubungan mereka.. selepas 3 bulan peristiwa itu berlaku Ira telah diijabkabulkan dengan seorang lelaki lain... sejak dari itu zul telah menghilangkan diri buat selama lamanya...

apa yang pendamba cuba sampaikan... seteguh mana kasih sayang kita.. keizinan dari ibu bapa juga memainkan peranan.. jangan anda jadi seperti zulkarnaim yang terpaksa melepaskan cintanya kerana tidak mendapat keizinan daripada ibu bapa Ira.. cintailah hati orang yang menyintai, cintailah keluarga mereka..semoga mereka dapat menerima kahadiran kita kelak..sekian



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

11 bicara cinta:

Anonymous said...

taknak jadi kat diri aaaaaaa.... huhuhu >.<

Pendamba Mawar said...

:) berdoalah

yunZatie said...

tau xpa. pernah ada mak sowang mamat yang ak kawan ak ni kal aku tanpa pengetahuan mamat ni. sound ak jgn kwn dgn ank dy. smpai skang ank dy x tau

Jenny Pa-un said...

huhuhu takut juga kalau2 perkara mcm nie terjadia kat diri

Pendamba Mawar said...

yunz>sabar la ea... cuba tarik hati mak dia


cik beskod>usaha la mndekati hati ibu bapa pasangan

akhmal ariff kepal said...

bagus lah zulkarnain tu kan. ta pe lah. na buat macam mane. bkn jodoh :)

Pendamba Mawar said...

utamakan parent diorang meskipun hati mmg da giler xnk lepas

CikTeddyCorner said...

oh bgitu..cik kecik lgik..hik3 tp cik tau restu mak bapak tu penting

Pendamba Mawar said...

kecik2 pon ini kena taw..hehe..:)

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

tu yang mama cakap
'kalau ada sesape kawan LELAKI kakak nak kawan dengan kakak.. bagitahu mama dulu~ haha

Pendamba Mawar said...

so awak da gitau lom kat mama sal saya..lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD