Hai , selamat pagi semua pembaca blog pendambamawar.. da pukul 2.22pagi tapi pendamba tak dapat nak tido jadi pedamba nak berbicara sikit .. sehari sebelum kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Pendamba teringin nak berkongsi dengan anda semua pengalaman puasa pendamba dulu ketika masih belajar di Pulau Pinang.. tapi siapa lah pendamba untuk berbicara tentang itu.. Jadi pendamba nekad untuk menukar bicara pendamba untuk mengulas mengenai blog..
Pendamba teringat masa pendamba mula blogging... pendamba blogwalking blog orang lain.. pendamba tanya la owner blog tu..cam ne nak buat blog cantik cam ni.. ada bagai bagai dalam blog dia... Dan dia jawab guna coding.. argh sudah! Mana pendamba nak taw coding coding ni.. tapi tak lama keluhan pendamba.. 3 hari lepas tu pendamba google giler giler tutor tentang blog.. pendamba buat semua tutor tu..ha sekali cek..blog pendamba berat giler loading..dengan lagu dengan float widget,dengan livetraffic,jam,tulisan gerak gerak,blink blink..
Blog pendamba da memang pendamba rasa cantik giler giler la dengan lagu,blink blink..benda gerak gerak bagai.. tiba tiba tanpa disedari.. haters mula wujud..dia hentam kaw kaw blog pendamba berat penulisan tak best font tak ley baca.. tika tu pendamba da down giler giler..nak berhenti blogging pun ada... baru dua minggu pendamba blogging da wujud haters...tapi pendamba takde la buat entri tentang tu..hehe.. dengan mood down.. pendamba amik kritikan kritikan tu. Nak maju kan..kena hadapi cabaran yang datang..
Selepas peristiwa tu pendamba semakin gigih mengedit blog..pendamba nak cuba hasilkan sesuatu yang simple tapi dapat menarik orang untuk ke blog. Pendamba bertanya lagi pada blogger blogger macam mana nak buat gambar gambar transparent?diorang jawab..guna photoshop..sekali lagi down...sebab pendamba takde photoshop dan tak pandai photoshop..time tu frust..sebab tak dapat nak buat cantik cam diorang tapi pendamba tetap menulis walaupun untuk mendapatkan 3 komen untu satu entri tu susa..tapi pendamba tetap terus update blog pendamba dengan entri entri baru...
Dan kini.. blog hasil penat lelah otak pendamba sendiri.. walaupun kartun tu pendamba amik google tapi pendamba cuba mencorakkan kan kartun tu...dan alhmdulillah perubahan dan penambaikkan dalam design blog dan penulisan kini memberikan hasil..ada blogger yang follow dan komen entri entri pendamba..ok sampai sini je cerita tentang pendamba..
Kenapa pendamba cerita semua ni?ada ke orang nak tahu? Amik iktibar ok untuk blogger yang baru dari pendamba... korang tengok blog pendamba sekarang dan korang bandingkan dengan blog yang pendamba ceritakan pada awal entri ni.. mana lagi ok?? Sebenarnya. Nak maju dalam blog ni perlu rajin..jangan pernah mudah untuk putus asa... walaupun entri anda tiada blogger lain yang komen..teruskan menulis jangan biarkan blog bersawang.tentang penulisan.. cuba anda elakkan menggunakan ‘shorform’ ..percaya cakap pendamba.. emosi dan penulisan.. law boleh masukkan la tapi jangan melampau... dan untuk design blog..pendamba harapkan terbaik dari anda..pendamba taw anda lebih kreatif dari pendamba... tak perlu widget yang pelik pelik.. blogger baru take a note la pesan pendamba jika korang nak berjaya.. memang la blog dinilai dari penulisan... tapi ingat! Kekemasan sesuatu blog yang menarik pengunjung masuk blog anda dan baca entri anda... sekian