PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

1 Group 10 Suara



Selamat datang undangan penyeri 
Apam Polkadot memperkenalkan diri 
Bicara kami terlukir dihati 
Segala kekhilafan harap dimaafi. 

Assalamualaikum pengunjung dihormati 
Pemberi cetusan idea dan inspirasi kami 
Usaha dari kami bakal dilayari 
Buat tatapan dan ingatan di hati 

Alhamdulillah selesai sudah sesi perbincangan dari kami 10 orang ahli kumpulan Apam Polkadot untuk menjayakan aktiviti ke sembilan Geng FiQ’Ra yang bertemakan 1kumpulan 10 suara. Ternyata dengan aktiviti ini kami semua dapat mengenali dengan lebih rapat siapa ahli kumpulan kami. Jika sebelum ini kami hanya bertegur secara biasa kini kami telah pun berusaha mencapai motif utama Geng FiQ’Ra untuk menjadi sebuah family. 

10 Ahli bukan mudah untuk berkongsi
namun atas usaha ini yang kami hidangi
buat jamahan pengunjung disini
ku perkenalkan senarai ahli kami

Aqidah Nuwairah ☜♥☞ http://iniblogciknuwairah.blogspot.com/
Aziera Adenan ☜♥☞ http://ierasukamenaip.blogspot.com/
Hafizah fitrah ☜♥☞ http://izamindorayakis.blogspot.com/
Nurin Najwa ☜♥☞ http://qesahsaya.blogspot.com/
Intan Syazwani ☜♥☞ http://msyarz.blogspot.com/

Bila berbicara lebih lanjut mengenai aktiviti ini, kami ditugaskan untuk mencipta sebuah kumpulan kami sendiri, bagaimana kami merancang strategi, bagaimana kami berkomunikasi bagaimana kami mencorakkan aktiviti yang diberi. Alhamdulillah dengan izin dari Allah SWT kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi pada waktu yang diingini tanpa menghadapi kesulitan. 

Kami akan mempersembahkan hasil perbicangan kami. 

Idea dikongsi bukan untuk dibaziri, 
Menjadi panduan dalam merancang strategi, 
Biarpun simple tapi mudah untuk diingati 
Kupersembahkan nama ahli kumpulan kami 



Walaupun kami berbeza dari segi jantina, umur, asal dan padangan tapi bila bersama satu gabungan yang berkualiti kami hasilkan. Sesukar mana dugaan yang kami hadapi untuk berkomunikasi itu bukanlah satu halangan yang besar untuk menidakkan kami mencapai apa yang kami hajati. 

10 nama sudah ku hidangi 
Buat tatapan hadirin kesini 
Menjadi bualan bukan itu yang kami impi 
Hanya ingatan yang sudi tersemat di hati 

Penat lelah kami berusaha 
Akhirnya hasil ini yang kami terima 
Resepi kita, kejayaan bersama 
Menjadi tagline kami semua


Apam polkadot, cantik ditatapi enak dirasai . Apa acuan nya? Apa pula resepinya?jadi melalui nama kumpulan , kami semua menetapkan satu tagline yang akan menjadi pengenalan kumpulan kami iaitu resepi kita, kejayaan bersama. Apa resepi kami ? apa strategi kami? Itu menjadi rahsia kami. Bersaing itu kami pasti, ukhwah bersama juga tak lupa kami pahatkan dihati. 

Pemilihan tagline ini berdasarkan apa yang bakal kami lakukan, apa pula perancangan kami untuk menjadi salah sebuah kumpulan yang mampu memberikan saingan secara “challenger” kepada kumpulan lain. 

Animasi menjadi pilihan dihati
Agar tertarik indah dipandangi
Banner ku hamparkan untuk ditatapi
agar engkau menjadi penilai sejati


Mesti anda tertanya tanya kenapa banner kumpulan kami seperti tu. apam polkadot kecil kemudian besar, kami akan terangkan, banner ini terhasil menepati kesesuaian tagline kami, resepi kita, kejayaan bersama. Apam polkadot kecil tu sebenarnya merujuk apa resepi kami, apa strategi kami. Manakala apam polkadot yang besar tu menujukkan kejayaan yang bakal kami kecapi.

Seperti kapal perlukan arah untuk ke destinasi 
Begitu juga Apam polkadot sekumpulan 
Matlamat sudah diukir bakal kami turuti 
Menjadi landasan mencipta kejayaan 


Kesedihan bakal kami tutupi dengan senyum tawa, susah senang bakal kami penuhi dengan kelebihan yang ada pada ahli kumpulan kami, yang akan menghasikan kami sebagai sebuah kumpulan yang happening dan ceria sokmo. Oh ya sokmo itu bermaksud selalu. Apa jua berlaku, sesukar mana dugaan yang bakal kami hadapi insyallah kami hadapi dengan tenang . Berpegang pada matlamat.sebuah group yang happening dan ceria sokmo. 

Hampir selesai persembahan kami,
tapi video kami tak nampak dicari
lupakah kami atau ini hanya konspirasi
video intro kami ada di SINI

Bukan menjadi kumpulan yang sepi 
Diam diam kami diam berisi
Indah rangkap tersusun bait berpuisi 
Menjadi irama hiasan di hati 

Madah bicara inspirasi di hati
didendangkan pula bersama irama melodi
lagu dicipta bukan untuk khazanah diri
tetapi sebagai penghibur pengunjung kemari
Lirik Percaya pada Apam Polkadot

Aku tak tahu apa yang kurasakan,
Dalam kumpulan ku semuanya bersatu,
Lihat leaderku lihat member kumpulanku

Resepi kita kejayaan bersama,
Itu tagline kita untuk slamanya
Walau dugaan menimpa kita tetap bersama

Rahsiakan resepiku juga strategiku,
Percaya padaku juga kumpulanku
Hingga akhir waktu ku tetap bersatu..
-nada percaya padaku-ungu.
Kami akhiri pengenalan kumpulan kami
bukan tugasan seorang kerana kami kumpulan
hasil terhidang kami rasa berkualiti
harap kepuasan terukir dihati kalian

Dengan lafaz Terima kasih kami sudahi
kerana sudi menjadi penyeri
Idea kami, penulisan kami
tetap bersama walau ada yang mencaci.

sekian.

P/s : alhamdulillah nampak hasil kerja kami sekumpulan. semua idea diolah dan berbincang bersama bersama.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

37 bicara cinta:

Diyana Norman said...

fullamak... siap ade lagu! caya lah!

izamin said...

fuhhh,.. :)) best ah entry ni

anamizu kaito said...

wahh smuenye liplap liplap!!
smue PM yg buat ke nih??
tererrr arrrrr! =P








luv,
cik ana-cuppieS

Selendang Merah said...

perghhhh..bestnya..rugi dulu sm x join...^^

fieha said...

semua berkkerja keras..tahniah2..semoga berjaya ye :)

Putry said...

terbaik :D

fierul said...

huhu tak dpt nk msuk sebab bila tgk smua dh ckup spulh org .. :'(

ascil.punye.lah said...

tengok banner yg menyelerakan.apam polkadotttt.semoga berjaya kalian!=)

Mya Dixxeose said...

lawaaaa :) cpt sht lhaa cenggini tgk hasil kump kte :]

CekbOlat-bOlat said...

ececeh.. pewwitt =)

En. Muncit said...

terbaik la PM .
ayat die tu yg best tu !
heeee

Diyana Ali said...

pm terbaik. hehe lawa ..

Amoychanteks said...

amboihh! pantun bagai!

Eza Boom Boom :) said...

best2 :) terbaik lah PM & the group! :D

era kecik said...

FULAMAK! cayalah PM.. hehe :D

tersengih-sengih era tengok.. pantun pon best, bannernya yang lip-lap gitu.. hehe .. ^^

>> gud luck PM =)

..cik gugu.. said...

wahh nice lah pm !

Phat said...

wah best nya

masa untuk membuang undi ..mari la mari kita mengundi tunaikan kewajipan pada blogger http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=37 hahaha

Noraien said...

perghhh,hebak hebak :D

Kamil Kahar said...

hehe...penuh dgn pantun...kreatif korang kalo bab2 pantun nie...gudluck...

Nisa Greennnpanda said...

wah..suke la tgk banner korg...
colourful gitu..

Pm, wat kn banner utk sy, lalala~.. >_<

all the esbt, group apam polkadot~!!! ^_^

Miss Nadya said...

banyak nye banner..nk curi..:D

kim heeruul said...

kumpulan lu power

ieyza afieyna said...

gudluck ye...mesty happening je group ni kn..

fiQ'Ra said...

cantiknya banner.. besnya pantun.. hihi.. tahniah group apam polkadot :)


admin,
GF

DiDiE eLa said...

liplapliplap...weee gudluckk

Original CikTeddy said...

wah3..jeles tngok group die.hahaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

bak sni apam stu..hihi..

dari cheesecake~

yad'z said...

wahhh.. nice.. congrats korangg... ukhuwah tu yang penting.. hehe.. =)

widiea azira said...

eh knpe sy x join ni..sedihnye

Nizam Ijam said...

nak lagu gak..hehe

Ain Dzaya said...

terbaik la PM...=)

dengan gagahnya ain bersengkang mata buat entry nie =)

http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rindu-perasaan-sakit-yang-indah.html

I do I need Iman said...

amboi maju sudah dia :)
ketinggalan smua mwr.

goodjub:) nice

Cheyah said...

nyanyi sikit lagu tu nak dengar. lirik best dah. hehe

reenapple said...

good luck..=)

merpatisejoli45 said...

hye, sudi x exchange banner ngn saya?
if sudi tgglkn komen di blog saya ye. :)

done folow u, jemput jd folower saya blik ye. :)

Pondok Usang said...

wahh.. nak jadi ahli kelab jugak.. hee.. Salam Maulidur Rasul.. =)

Putry said...

terbaik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD