PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Auratmu Santapan Nafsuku

Hai pembaca blog PM, 2012 da mula menunjukkan sinarnya, ayuh kita sama menanamkan azam suapaya kita lebih baik dari sebelum ni. Kali ni PM ingin berbicara mengenai pemakaian. Sejujurnya kenapa PM tak nak bercakap tentang lelaki , kerana PM nak pandangan mengenai pemakaian lelaki datang dari seorang perempuan. Jadi kali ni PM ingin berbicara tentang pemakaian perempuan yang dikatakan sempurna tapi sebenarnya tidak.

Terlebih dahulu PM mintak bantuan dari kalian untuk sedekahkan satu klik ye untuk PM. SINI

Bila berbicara mengenai pakaian perempuan mesti perkara utama yang ditekankan adalah berkenaan aurat.
Maksud ayat Al Quran menyatakan

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)

Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Aurat bagi seorang perempuan dikhalayak ramai adalah seluruh tubuh nya kecuali muka dan tapak tangan, tetapi jika wajah yang dimilikinya sangat cantik hingga menimbulkan fitnah maka dia wajib menutup wajahnya.


Merujuk pada gambar di atas, nampak biasa je kan? "tak la ketat sangat berbanding t shirt yang remaja suka pakai sekarang" kata kita. Tapi sebenarnya pakaian itu pun dah haram bagi kita kerana menampakkan tubuh badan perempuan tersebut. Jom sama sama teman teman perempuan PM yang baca entri ni, kita renung sementara, kita pakai baju hingga menampakkan tubuh badan kita sebenarnya nak tunjuk kat siapa?

Dari kecil ibu bapa menjaga anda sebaik mungkin , menyediakan segala keperluan anda dari segi makanan ,pendidikan hinggalah ke pakaian. Tapi bila dah sedikit meningkat dewasa kita sudah mula hanyut dengan permainan dunia fesyen. Insyallah ingatlah balik, mana sebenarnya landasan yang patut kita susuri insyallah kita akan cantik menuuju ke jalanNya.

Ah! PM dah tu lelaki yang gi tengok perempuan pakai seksi tu apa plak? ok la PM akan jelaskan mengenai hukum melihat aurat.Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini yang giat menunjukkan segala aset yang mereka miliki. 

hukuman dan balasan biarlah ditentukan oleh Allah tapi kita sebagai makhluk nya haruslah menjaga peribadi kita semua, kan elok mencegah dari mengubati, apa kata kita yang mengambil langkah pertama untuk menuju ke jalan yang diredhaiNya. 

Maafkan PM atas kekurangan atau kesilapan untuk entri ini. PM manusia yang penuh khilaf serta serba kekurangan. Pelihara auratmu pelihara maruahmu, pelihara pandanganmu terjagalah hatimu..sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

29 bicara cinta:

.M.E.A.S.M.Y.S.E.L.F. said...

:) terima kasih atas ingatan ye abg :)

DiDiE eLa said...

PM sekadar mengingatkan...betul PM tuliskan... thanx you peringatan itu.. sukaaa penulisan PM..jeles~!

Falling . said...

mekasih share~

mizz_pua said...

peringatan di awal thn baru..:)

Ukhtifarhana said...

bgus entry ni...satu dakwah jugak ni...tq dik atas peringatan..

CikTeddyCorner said...

kalau la cik ni brkuase,akn ku haramkan sume penyiaran hiburan yang x tntu hala tu..

Unknown said...

betul , tp pakaian mcmtu skrg ni dijadikan busana muslimah kononnya tp hakikatnya hmmm ,

Azzah said...

pakai kat umah untuk suami jer..thanx share..

yura said...

info yang menarik

Unknown said...

besh la en3 ni..
bg0s utk peringatn semua..:D

ascil.punye.lah said...

kita pon banyak lagi kekurangan dalam menutup aurat.terimakasih PM sebab ingatkan kaum wanita=)

Saddila said...

insyaAllah akan berubah sempena tahun baru ni . doakan la kaum perempuan yang terdekat dgn PM supaya tidak terpengaruh dengan dunia luar yang dah rosak . dan untuk kita juga .
amin .

anamizu said...

ramai yg sggup beli & pakai baju mahal2 gitu.. pd hal kalo pakai baju kurung biase je,lg sopan :)






luv,
cik ana

miszfyeza said...

sy pun bnyk kekurangn dlm mnutup aurat ni .. thx abg PM share .. sharing is caring kan xD

najihahfara said...

nk komen ape2 pon x berani sbb fara pon x la lengkap mane..
x sempurna mane dlm menutup aurat tapi as long as kite ingat sebagai peremouan kne tutup aurat alhadulillah..
thanks pm :)
for sharing

kim heeruul said...

ramai yg pakai macam tu

Amyra said...

nice entry PM....
thax sebab memperingatkan.. :)

happy blogging.. :)

Unknown said...

oh...terlalu kuat godaan diluar sana...menjual pakaian yg sgt cantik2...n murah2...cmner pompuan xtergoda utk membelinyer dn memakainyer...lumrah perempuan utk sentiasa tampak cantik...adoyai..bro pm tlg buatkan design baju pompuan yg best2 leh?..hehehe...

♥Nur Ayuni Khalib said...

thx for the reminder:)

reenapple said...

tul jugak.. aku pom kadang-kadang pelik jugak asal la diorang nak upload gambar diorang sorang2 kat FB.. lawa memang lawa.. tapi kadang-kadang boleh buat orang tergoda.. aku pom turut tergoda.. eh... aku pompuan.. heheh. gurau3..

papeppom.. terima kasih di atas peringatan itu..=)

Qil_Zawawi said...

trme ksh ats ingatan.,

Noor Maizan said...

terima kasih mengingatkan :) sama sama berusaha ke arah lebih baik

iAmCekbolat said...

maceh abam PM

smilenajah93 said...

yeah ! PM yang terbaik ! bgus2 :)

Nabiel said...

dugaan bg lelaki cukup kuat skrng nie..yelah,klu alihkan pandangan dri yg sblh,jap lgi sblh lgi ade..alihkan lagi,tgk2 dpn pun ade..alih ke blkg pn ade.so?kne tnduk jelah jwpn nye..

pelik ade stgh pmpn,bila lelaki tuh jln tnduk jek,dikatakan tk macho dn sbginye..tapi bila lelaki tuh tengok dia,mrh plak sbb duk tgk dia..hahaha

pelik tapi benar..=)

Putry said...

thanx pm :)

aindzaya said...

mekaseh share sedikit ilmu ;)

widiea azira said...

ni slh satu dr azam sy awl muhrrm dlu utk jg cr pmkaian. .tp msih dlm proses mperbaiki haha..thnks share

akak smiley said...

heheh..bru terbaca pasal ni...tpi thanx sbab mengingatkan,insyaallah akan berusaha untuk menutup aurat dgn lbih baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD