PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Empat musim Dunia Impianku

Hai pembaca blog PM kali ni pm nak membicarakan dunia yang menjadi impian PM, eh bukan PM tapi kekasih PM. Siapa? korang tak perlulah tahu ye. #bila entah aku ada kekasih. Jom sama sama kita membincangkan mengenai impiannya untuk tinggal di dunia empat musim. Setahu PM salah satu negara yang mengalami 4 musim setiap tahun adalah Korea. Mana PM tahu? Dulu kan PM study Korea. haha. #dalam mimpi.

Apa dia dunia empat musim ni? ya empat musim iaitu musim panas, sejuk, luruh dan bunga. Mungkin kerana keindahannya kita akan memilih dunia ini sebagai dunia percintaan kita. Dah! jangan kaitkan cinta la PM. Bagi PM dunia empat musim adalah satu kekuasaan Allah SWT dalam pengaturan dunia fatamorgana ini. Ditunjukkan kekuasaannya dalam mengawal ciptaanNya. Kita sebagai hambanya selalu terpana dengan keindahan yang diberi tapi kita selalu lupa mengucapkan kata syukur atas nikmat yang diberikan kepada kita.

PM akan terangkan satu persatu, Musim panas , pada musim ini cuaca dikatakan sangat sesuai untuk menghiasi aktiviti kita dengan aktiviti aktiviti luar termasuk la bersukan. Pada musim ini kebanyakan dari kita akan mengambil kesempatan untuk melancong kerana panorama yang diciptakan pada musim ini sangat indah, dengan cahaya matahari yang tidak pernah berputus asa untuk menyinari segala keindahan yang terdapat di taman dunia ni. Tapi kekurangan yang terdapat pada musim ni, bila cahaya matahari mula meningkatkan suhunya ,dimana kita akan menjadi panas dek keterikan sinaran matahari. Aktiviti yang dijalankan mungkin terganggu kerana faktor cuaca yang panas. Selain itu fokus kita untuk menjalankan aktiviti/kerja juga terbantut kerana tekanan cuaca yang melampau.

Pada musim sejuk, pada saat ini lah salji mula memperkenalkan diri, kita sangat gembira melihat keindahan salji, dapat bermain dengan orang salji, segala nya dipandang indah. Tapi kita lupa akan kesan daripada salji, salah satu kesan yang bakal kita rasai bila musim sejuk berlangsung dalam tempoh masa yang agak lama berbanding sebelumnya, dimana kita mula kehabisan bekalan yang telah kita siapkan. Kemungkinan besar aktiviti kita untuk ke tempat kerja, tempat belajar juga terbantut kerana banyak jalan yang tertutup oleh salji yang tebal. Masalah kegatalan pada kulit juga berlaku jika kita terdedah pada salji dalam tempoh masa yang agak lama. Pada saat ini la kita mudah dijangkiti penyakit kerana cuaca yang sangat sejuk.

pada musim bunga pula, merupakan salah satu musim yang sangat digemari kaum hawa, eh awak nak duk dunia empat musim ni sebab awak nak nantikan musim bunga yang penuh seri dan keindahanya kan? masa ini memang waktu sesuai nak berjalan jalan ditambah segala keindahan yang dilukirkan di tanah dunia ni. Tapi kekurangan musim ni bila suhu musim sejuk masih lagi tidak berganjak di mana awak terpaksa mengenakan jaket yang tebal tebal untuk berjalan jalan. Dan kadangkala hujan mencurah curah pada musim ini jadi harus diingat dalam keindahan mungkin berlaku sesuatu yang tak diingini. Kekurangan musim bunga ni PM tak dapat nak cari banyak plak sebab tak tahu kekurangan apa. apa apa pun musim bunga paling gembira.Kekurangan musim ini pada pengalaman PM tak banyak cuma cuaca dan suhu mula berubah meningkat kerana kita akan menerima kehadiran musim panas

Pada musim luruh ni sangat indah dimana kita dapat lihat bunga bunga berguguran, terutamanya bila kita melalui jalan nak ke Yeongdeok,Korea kita akan melintasi satu batang jalan yang dihiasi dengan pokok bunga sakura, pada tika ini awak akan dapat melihat keindahan bungan sakura yang jatuh berguguran ke tanah . Pada saat ini juga pantai merupakan destinasi terbaik untuk menenangkan jiwa.

Cinta ibarat empat musim yang datang silih berganti. Hadirnya cinta bukan untuk di adili. Ia suci dan datangnya amat di nanti. Kehebatan cinta itu sendiri terletak pada dua hati yang tidak pernah putus asa dalam memberi. Segala yang indah di dunia ini hadirnya dari cinta. Kekuatan cinta itu bukti kasih sayang yang tidak ada tolok bandingnya. Ia ibarat empat musim yang bertukar ganti. Musim mana yang menjadi sandaran bergantung kepada pilihan kita. Jangan menyalahkan cinta kerana hancurnya cinta akibat dari kesilapan manusia. Cinta itu asyik dan terlalu indah untuk di hakimi. sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

20 bicara cinta:

Falling . said...

msti pm wt researh dlu an b4 wt n3 ney .. tbaik la bro ~

Cik Asma BLuppy said...

musim khatulistiwa pom ok da. alhamdulilah..hehe

Hun_eyes said...

Waaaa xtau nak cakap ape... nk copy ke tak ey.. huhu.... Thank you so much awak =)

Nisa Greennnpanda said...

sy mmg suke tenangkn pikiran kat pntai, mmg rs aman aje..

hehehe..sy penah gi ngara 4 musim.. tp bkn korea la.. >_<

monologmalamhari said...

wahhhh ..
antara musim bunga dgn musim luruh . sy suka musim luruh lg .

kenapa tak pilih musim sejuk or pnas?
sebab sy tak tahan sejuk dan tak tahan panas :P

RinsyaRyc said...

x pastila pulak kalau cinta tu 4 musim tapi mood pempuan memang ada banyak musim . herrherr

widiea azira said...

saya nantikan musim durian jer..haha

Amalina Lee said...

Pergh ayat.... Guwa pun tak mampu nak buat ayat mcm ni;p

Idzanfashila said...

nice info PM. hebat !

vendoline said...

cntiknye 4 musim...klau mlaysia ade pon mcm best gak

Putry said...

putry lebi suka musim luruh.... hihhihi....

Diyana Ali said...

4 musim, musim bungaa. indahnyaa :))

Jey said...

nice post ;)
papepun musim buah jugak yg best..heehe

Unknown said...

cinta 4 musim. Hee. Suka musim bunga. Bahagia je sentiasa :)

CikTeddyCorner said...

huarghh..xtau nk kate ape dh..best sngt pnjelasan pm..haha neway,cik suke musim luruh..keh3

Nadia said...

bestnyer kalau dpt pergi luar negara dapat rasa perubahan 4 musim ni..:)

nak tengok musim bunga..:)

PM suka musim apa??

Amoychanteks said...

teringin nak rasa salji :(

Zul De Alexis said...

sm teringin nak rasa musim salji dan msim bunga...mesti best ka..

anamizu said...

nak musim bunge je spnjg tahun!! tulip+roses harum je blooming! wahhhhhhhhhh konfem cantek ^_____^







luv,
cik ana

Unknown said...

What a lovely 4 musim...hmmmm....cantik kan musim luruh..terbaik la tuan punya blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD