PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Pakcik cuba tipu PM RM 14,000

Hai pembaca blog PM, ha kali ni PM nak merapu apa plak?kali ni PM nak berbicara mengenai sesuatu yang berlaku atas diri PM. Sejujurnya semoga ini dapat memberi teladan pada anda semua. Pertamanya PM nak tanya, RM 14,000 banyak tak? bukan RM140, bukan RM14 tapi RM14k. Boleh beli 3 biji motorsikal secara tunai. Dan ini la yang PM alami.

Berbalik pada cerita, pada awalnya PM bercadang untuk membesarkan lagi rumah teres tempat PM menetap bersama ibu bapa PM ini untuk kesenangan PM dan bakal isteri PM masa hadapan. Tapi mungkin semua ni takkan terlaksana tahun ini bila PM hampir ditipu oleh seorang berumur lingkungan pakcik , dia mengenakan UPAH sebanyak RM14K , logik di akal ke?PM nak besarkan depan je, saiz garaj kereta je, tapi apa yang diminta? UPAH sebanyak RM14K, upah sahaja tak termasuk pembelian barang barang.


Mungkin dia ingat PM ni budak kecik yang senang ditipu hanya menggunakan gula gula.PM tak sebodoh itu la, PM terus batalkan untuk berurusan dengan beliau, PM nak bagi dia pendapatan, tapi dia cuba menikam atas budi bicara PM. Macam ni la sikap orang kita, suka mencari keuntungan berlipat kali ganda atas untung sebenar,akhirnya terpaksa menanggung kerugian atas ketamakkan diri sendiri.

Bila difikirkan balik RM14k, Kalau harga tu termasuk pembelian barang,mungkin PM sanggup bayar RM15k. Tapi ini Upah sahaja RM14K, nak beli barang? dalam RM6k or RM7k. Memang nampak sangat dia cuba menipu belanja upah. PM tak tahu apa motif dia tapi PM sedih tengok perangai orang cam ni, nak amik kesempatan akhirnya dia rugi.

Nasihat PM, berhati hatilah bila berurusan dengan orang ye, silap langkah kita menyesal di kemudian hari. Alhamdulillah Allah bantu PM untuk "nampak" penipuan yang cuba dijalankan.sekian

buat bakal permaisuri  hatiku, bersabarlah ,akan ku cuba penuhi segala keperluan buat dirimu..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

13 bicara cinta:

Putry said...

pm orang tua menipu tu melayu ke?

Saddila said...

mak aihh . hati2 ye :)

Anonymous said...

kalo nak tau betul ke tak.

cube kira hari die keja x berapa orang x RM80.00.

tu baru la standard hrga orang nak buat rumah...

saje bagi info. hehe

kim heeruul said...

agak melampau pak cik tu.sampai 14k dia minta.

Unknown said...

untunglaaa permaisuri hati abg PM nih kan???

AZMI KHAN said...

giler mahal.....
bagi kat indon mungkin murah lagi....
umah sy tu org yg buat janji lain bila dah siap nak ketuk tak beragak....

Noraien said...

org sekarang mmg suka menipu lagi2 bila berkaitan macam nie .

kne berhati2 lepas nie ;)

mizz_pua said...

kesian,...crikk jee org lain..jimat duit..

Nisa Greennnpanda said...

isy..mahalnye.. bknnye nk renovate byk pun kn? nsb baik PM xupah die..

echa takashimaya said...

dunia dunia.bersabar yer :)

sobri yaacob said...

2 la mslah skrg.. kita nak tlong dia lpas 2 nak tpu balik.. byakan sbar je la..

Puteri Katek said...

mahal tu!! kwn sy dia besarkan umah besar garaj kete, dia ckp sume skali rm15 termasuk pasang syiling kapur n mozek kat tempat letak kete

RinsyaRyc said...

gilo la 14 k.. =.=" boleh buat sebijik rumah kayu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD