PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

1 Group 10 Suara



Selamat datang undangan penyeri 
Apam Polkadot memperkenalkan diri 
Bicara kami terlukir dihati 
Segala kekhilafan harap dimaafi. 

Assalamualaikum pengunjung dihormati 
Pemberi cetusan idea dan inspirasi kami 
Usaha dari kami bakal dilayari 
Buat tatapan dan ingatan di hati 

Alhamdulillah selesai sudah sesi perbincangan dari kami 10 orang ahli kumpulan Apam Polkadot untuk menjayakan aktiviti ke sembilan Geng FiQ’Ra yang bertemakan 1kumpulan 10 suara. Ternyata dengan aktiviti ini kami semua dapat mengenali dengan lebih rapat siapa ahli kumpulan kami. Jika sebelum ini kami hanya bertegur secara biasa kini kami telah pun berusaha mencapai motif utama Geng FiQ’Ra untuk menjadi sebuah family. 

10 Ahli bukan mudah untuk berkongsi
namun atas usaha ini yang kami hidangi
buat jamahan pengunjung disini
ku perkenalkan senarai ahli kami

Aqidah Nuwairah ☜♥☞ http://iniblogciknuwairah.blogspot.com/
Aziera Adenan ☜♥☞ http://ierasukamenaip.blogspot.com/
Hafizah fitrah ☜♥☞ http://izamindorayakis.blogspot.com/
Nurin Najwa ☜♥☞ http://qesahsaya.blogspot.com/
Intan Syazwani ☜♥☞ http://msyarz.blogspot.com/

Bila berbicara lebih lanjut mengenai aktiviti ini, kami ditugaskan untuk mencipta sebuah kumpulan kami sendiri, bagaimana kami merancang strategi, bagaimana kami berkomunikasi bagaimana kami mencorakkan aktiviti yang diberi. Alhamdulillah dengan izin dari Allah SWT kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberi pada waktu yang diingini tanpa menghadapi kesulitan. 

Kami akan mempersembahkan hasil perbicangan kami. 

Idea dikongsi bukan untuk dibaziri, 
Menjadi panduan dalam merancang strategi, 
Biarpun simple tapi mudah untuk diingati 
Kupersembahkan nama ahli kumpulan kami 



Walaupun kami berbeza dari segi jantina, umur, asal dan padangan tapi bila bersama satu gabungan yang berkualiti kami hasilkan. Sesukar mana dugaan yang kami hadapi untuk berkomunikasi itu bukanlah satu halangan yang besar untuk menidakkan kami mencapai apa yang kami hajati. 

10 nama sudah ku hidangi 
Buat tatapan hadirin kesini 
Menjadi bualan bukan itu yang kami impi 
Hanya ingatan yang sudi tersemat di hati 

Penat lelah kami berusaha 
Akhirnya hasil ini yang kami terima 
Resepi kita, kejayaan bersama 
Menjadi tagline kami semua


Apam polkadot, cantik ditatapi enak dirasai . Apa acuan nya? Apa pula resepinya?jadi melalui nama kumpulan , kami semua menetapkan satu tagline yang akan menjadi pengenalan kumpulan kami iaitu resepi kita, kejayaan bersama. Apa resepi kami ? apa strategi kami? Itu menjadi rahsia kami. Bersaing itu kami pasti, ukhwah bersama juga tak lupa kami pahatkan dihati. 

Pemilihan tagline ini berdasarkan apa yang bakal kami lakukan, apa pula perancangan kami untuk menjadi salah sebuah kumpulan yang mampu memberikan saingan secara “challenger” kepada kumpulan lain. 

Animasi menjadi pilihan dihati
Agar tertarik indah dipandangi
Banner ku hamparkan untuk ditatapi
agar engkau menjadi penilai sejati


Mesti anda tertanya tanya kenapa banner kumpulan kami seperti tu. apam polkadot kecil kemudian besar, kami akan terangkan, banner ini terhasil menepati kesesuaian tagline kami, resepi kita, kejayaan bersama. Apam polkadot kecil tu sebenarnya merujuk apa resepi kami, apa strategi kami. Manakala apam polkadot yang besar tu menujukkan kejayaan yang bakal kami kecapi.

Seperti kapal perlukan arah untuk ke destinasi 
Begitu juga Apam polkadot sekumpulan 
Matlamat sudah diukir bakal kami turuti 
Menjadi landasan mencipta kejayaan 


Kesedihan bakal kami tutupi dengan senyum tawa, susah senang bakal kami penuhi dengan kelebihan yang ada pada ahli kumpulan kami, yang akan menghasikan kami sebagai sebuah kumpulan yang happening dan ceria sokmo. Oh ya sokmo itu bermaksud selalu. Apa jua berlaku, sesukar mana dugaan yang bakal kami hadapi insyallah kami hadapi dengan tenang . Berpegang pada matlamat.sebuah group yang happening dan ceria sokmo. 

Hampir selesai persembahan kami,
tapi video kami tak nampak dicari
lupakah kami atau ini hanya konspirasi
video intro kami ada di SINI

Bukan menjadi kumpulan yang sepi 
Diam diam kami diam berisi
Indah rangkap tersusun bait berpuisi 
Menjadi irama hiasan di hati 

Madah bicara inspirasi di hati
didendangkan pula bersama irama melodi
lagu dicipta bukan untuk khazanah diri
tetapi sebagai penghibur pengunjung kemari
Lirik Percaya pada Apam Polkadot

Aku tak tahu apa yang kurasakan,
Dalam kumpulan ku semuanya bersatu,
Lihat leaderku lihat member kumpulanku

Resepi kita kejayaan bersama,
Itu tagline kita untuk slamanya
Walau dugaan menimpa kita tetap bersama

Rahsiakan resepiku juga strategiku,
Percaya padaku juga kumpulanku
Hingga akhir waktu ku tetap bersatu..
-nada percaya padaku-ungu.
Kami akhiri pengenalan kumpulan kami
bukan tugasan seorang kerana kami kumpulan
hasil terhidang kami rasa berkualiti
harap kepuasan terukir dihati kalian

Dengan lafaz Terima kasih kami sudahi
kerana sudi menjadi penyeri
Idea kami, penulisan kami
tetap bersama walau ada yang mencaci.

sekian.

P/s : alhamdulillah nampak hasil kerja kami sekumpulan. semua idea diolah dan berbincang bersama bersama.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tersenarai blog yang dihack

Hai pembaca blog Pm nak update ringkas mengenai hack, PM sedar tujuan hacker hack blog tu nak tunjukkan kelemahan keselematan blog korang. Dan hacker tak buat untuk tujuan bukan bukan. Apa apa pun PM tetap respek hacker sebab mahir untuk hack sesebuah blog. 

Apa kaitan ngan blog PM, hurm PM tak tahu manusia mana yang sudi berlakon menjadi diri PM menawarkan diri sendiri untuk dihack. PM tahu hacker yang hack blog tu mesti tahu macam mana cara nak detect siapa yang komen entri tu kan? tolong la bagi hukuman kat orang yang sudi menyamar jadi PM kat entri tu. 


Macam mana PM tahu ni? PM check traffic source terkejut la tengok pengunjung dari satu blog ni ramai giler, pi tengok apa yang mereka buat hingga ramai yang datang blog PM, PM pun pertama kali masuk blog tu. tengok tengok ada seseorang yang baik hati sangat mintak blog PM dihack.

Harap hacker tu dapat kesan la kerja sapa ni, busuk hati sangat dengan blogger lain. Mungkin dia nak merasa blog dia dihack kot. Sejujurnya PM memang nak marah kat sapa yang buat ni sebab PM tak kacau blog orang pun tapi ada je yang tak puas hati. tapi apa guna PM marah dia, nanti PM jadi satu level cam dia ni.

Harap harap hacker pertimbangkan dulu er kalau nak hack blog.. terima kasih hacker. guna kelebihan korang untuk membantu ye. Dan boleh la kalau nak test power kat orang orang "kedengki" seperti diatas tu. PEACE HACKER

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #30

I Think I Love You,
You Are The APPLE Of My Eyes

ps tentang WW#32
itu la maksud PM. Perhatikan betul gambar tu. Budak tu pakai beg sekolah means perempuan tu......



oh ya.. selamat hari lahir adik Siti Noorhusna

happy Birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to Una..
happy birthday to you..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #32


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Berhanti Blogging

Hai pembaca blog PM, rasanya masa da tiba untuk berhenti kot. Idea dah hilang dihempas ombak di pantai, sejujurnya PM dah hilang idea nak menulis pasal apa. Cinta? cinta cinta cinta diri sendiri tak bercinta nak menulis bicara cinta plak. Mana la perginya idea. Banyak sangat PM guna otak nak pikir benda lain.


Seminggu dua ni badan tak larat giler tambahan duk bantu bantu renovate umah. memang otak beku nak fikir idea idea bernas. apa apa pun PM ucapkan terima kasih pada yang sudi jejak dan komen entri PM. tunggu la semua da ok baru PM boleh menulis macam dulu. best menulis masa idea banyak.

Kadang kadang teringin gak nak tutup blog tapi bila pikir balik, nanti cam ne nak stalk cikgu lagi, macam mana nak luah perasaan lagi, macam mana nak kenal kawan baru lagi kalau takde blog. Eleh FB kan ada. PM bukan artis FB post "hai" dah dapat beratus like dan komen. PM hanyalah facebooker yang picisan. blogger pun picisan gak.

Bab tutup blog ni, hurm nanti la risau gak takut PM tutup blog sekarang tuptup bukak balik automatik jadi pendambamawar.com.hahaha Angan angan beb PM nak maju gak cam orang lain, Tapi idea PM tak setanding lagi dengan orang lain. masih banyak kena belajar. Maaf merepek dalam entri ni. mekasih pada yang masih sudi jenguk blog picisan ni.

saya memerlukan ketenangan dan sumber inspirasi..
hehe
dan kenapa jadi berhanti bukan berhenti? sebab tu maksud dia berhati hati dan berhenti.hahaha.. berhati hati nak buat entri baru..atau berhenti blogging...ramai blogger baru.kena bersaing ni

Teringat pada satu madah :"sesungguhnya janji Allah itu benar, Dia tidak akan mengubah nasib umatnya, melainkan kita berusaha kearah perubahan"

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pening

Pening








pening










pening








jangan korang pening plak baca entri PM ni..
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bikin aku panas je

memang panas dapat signboard cam ni.
haha sekadar gurauan.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Skype Jom sembang

Hai pembaca blog PM, Hari ni setelah didesak oleh jiran sebelah rumah, dimarahi penghulu kampung PM, diberi amaran oleh pegawai polis kampung PM, PM telah mengaktifkan akaun SKYPE. hahaa ketinggalan zaman betul PM ni baru nak buat akaun skype.


Dah lama PM tinggalkan zaman skype ni, PM kena mula main balik dengan email baru. jadi sapa sapa berminat untuk sembang atau nak bincang apa apa jangan segan silu untuk menghubungi PM di..


oh ya skype ni boleh video call erk?hahaha maaf lappy PM takde webcam.lalala #bohong sunat takpe kan.aahaa

ID PM : 
pendambamawar

jom sama sama kita meriahkan..haha

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ku tak pernah melupai dirimu

Hai pembaca blog PM kali ni PM nak kongsikan sebuah lagu dengan anda.. Mungkin anda tahu apa perasaan PM sekarang.. 



Baby won't you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
but there is something left in my head 

You're the one who set it up now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
but there is something left in my head 

I won't forget the way you're kissing
The feeling's so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know 

You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
but there is something left in my head 

Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There ain't so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore 


apa yang PM boleh katakan... I Don't Wanna Say Goodbye to You
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Manusia yang didoakan Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) 



Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat : 

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37) 
2. Orang yang duduk menunggu solat. 
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469) 
3. Orang - orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat. 
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang - orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf). 
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272) 
5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. 
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782) 
6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat. 
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini) 
7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. 
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir) 
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733) 
9. Orang - orang yang berinfak. 
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'.  (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang makan sahur. 
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519) 
11. Orang yang menjenguk orang sakit. 
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih") 
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. 
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

ps: ada bahasa indon. PM ambil dari lappy kawan. so kredit kat lappy kawan.. mungkin ramai yang dah berkongsi tentang ini. tapi takpe la PM buat peringatan lagi sekali.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Group Apam Polkadot | Geng FiQ'ra

Hai pembaca blog PM kali ni PM nak kongsikan satu idea untuk kumpulan PM sempena aktiviti ke 9 untuk Geng FiQ'Ra. Alhamdulillah kita sekumpulan akan berkomunikasi dan berkongsi pandangan juga walaupun masing masing tidak dapat berinteraksi pada masa yang sama. Jadi kali ni PM nak kongsikan satu idea dari PM untuk logo dan banner kumpulan.

Tagline yang PM pilih adalah .. "resepi kita kejayaan bersama" kalau diikutkan tagline sebenarnya salah satu cabang untuk promosi dalam pemasaran. Kenapa PM pilih ini? kerana ringkas mudah untuk diingati. Itu lah tujuan tagline untuk memudahkan orang ingat siapa KITA. Dan kenapa PM pilih perkataan resepi? kerana kita kumpulan berdasarkan makanan.. Apa resepi yang perlu ada untuk menghasilkan apam polkadot yang cantik dan sedap. sinonim dengan kumpulan kita, apa resepi kita untuk bersaing dengan kumpulan lain? itu la rahsia yang akan menjadi kejayaan dalam satu kumpulan.

Logo beserta nama member juga tagline.

Logo kumpulan

Banner kumpulan




Tentang lagu? liriknya amacam?member da ada?

Jom bagi pendapat tentang idea PM.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cerita hati

Hai pembaca blog PM, kali ni PM nak kongsikan satu lagu. Lagu lama Hafiz Hamidon. Apa apa pun lirik dia menarik minat PM



Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang 
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi 
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Part paling PM minat adalah..

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

PM tak tahu apa istimewanya tapi mungkin ada sesuatu dengan perasaan PM sekarang. Mungkin betul katanya
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Mood layan perasaan ...

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ajalku lagi 8 tahun

Hai pembaca blog PM, kali ni PM nak update sikit je sebab takde idea. PM terkejut doktor cakp PM dapat hidup 8 tahun je lagi. 8 tahun bukan satu tempoh masa yang lama, pejam celik pejam celik akan tiba 8 tahun tu. Adakah PM da bersedia untuk menemui Pemilik Jasad Ini. Adakah PM yakin PM dapat melepasi titian Siratal Mustaqim. PM berada di kumpulan manakah ...

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Muhammad berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Muhammad kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!
Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Ajal maut bukan la permainan kita untuk diteka , tapi jika tiba masanya seperti doktor ucapkan. Biarlah PM pergi dengan aman. Biarlah PM menjadi insan yang ditangisi ketika kematian bukan insan yang dikeji dan dicaci ketika kematian. Bijak doktor tersebut mengaturkan hidup manusia. PM bukan nak percaya kata doktor tersebut. Kerana semuanya telah ditetapkan olehNya.

PM memohon maaf buat semua untuk salah silap PM dengan anda semua. Jika diizin Tuhan sudah sampai masanya PM pergi, PM tetap kena pergi meninggalkan anda semua. Sedekahkanlah bacaan surah dari kitab suci Al Quran buat PM. Bukti dari doktor mengatakan PM mampu hidup lagi 8 tahun.


hehe entri saja promote mengingati akan kematian. Maafkan segala salah silap PM ye. PM nak hidup bahagia ngan insan yang sudi menerima PM dulu.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Senyum Secomel apampolkadot | Geng FiQ'Ra

Hai dalam keadaan Pm terpaksa mengejar masa untuk bersaing, Pm cuba siapkan entri ni sekemas mungkin. Berikutan Group FiQ'Ra telah membahagikan member kepada beberapa kumpuluan untuk memudahkan kami menyertai aktiviti seterusnya di Geng FiQ'Ra. Amacam ? Agak bersistematik kan? jadi Pm telah dilantik untuk menjadi ketua untuk salah satu kumpulan. Walaupun sibuk komitmen kena bagi jugak kan. Jom PM kenalkan ahli kumpulan APAM POLKADOT.


Aqidah Nuwairah ☜♥☞ http://iniblogciknuwairah.blogspot.com/
Aziera Adenan ☜♥☞ http://ierasukamenaip.blogspot.com/
Anis Haniz ☜♥☞ http://honeyzhasdi.blogspot.com/
Hafizah fitrah ☜♥☞ http://izamindorayakis.blogspot.com/
Nurin Najwa ☜♥☞ http://qesahsaya.blogspot.com/
Intan Syazwani ☜♥☞ http://msyarz.blogspot.com/

Buat masa ini Tagline Dan Logo yang telah kami pilih seperti berikut.

Tagline: Senyum Secomel Apampolkadots.

Mungkin entri ni tak sekemas group lain kerana masa amat mencemburui PM, untuk aktiviti pertama kumpulan PM, PM akan buat icebreaking untuk mengenali siapa anda. Supaya mudah untuk kita mengetahui kelebihan dan kekurangan masing masing. sedikit sebanyak dapat melakukan aktiviti aktiviti untuk mempertingkatkan kumpulan kita dalam persaingan dengan kumpulan lain. Selain itu kita kana membincangkan balik mengenai logo dan tagline baru mungkin ada lagi cadangan dari member lain. Harap member semua dapat memberi kerja sama.. Terima kasih


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Senarai Blogger Desktop Pilihan PM

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinNya PM dapat menamatkan segmen PM dengan jayanya tanpa sebarang konflik. PM juga mengucapkan ribuan.. eh sikit sangat tu, JUTAAN terima kasih pada blogger yang sudi memeriahkan segmen tak seberapa PM.


Sejujurnya segmen ni dibuat untuk PM mengenali korang, apa yang menjadi pandangan korang setiap kali on lappy, ternyata korang memang terbaik, bagaimana korang susun widget di desktop, dapat menunjukkan sikap anda, adakah anda seorang yang teratur, kemas atau sebaliknya. Apa Apa pun sekali lagi Terima kasih untuk kerjasama yang korang bagi. Kali ni PM akan senaraikan blogger yang join segmen Desktop pilihan PM ni.

PM ucapkan jutaan terima kasih pada semua blogger yang sudi menjayakan segmen tak seberapa PM ni. PM keluarkan senarai ini untuk memudahkan anda melakukan blogwalking blogger yang join segmen ini..terima kasih semua.sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kau Hadir, Tapi Aku kantoi dengan mak

Hai anda pernah bermimpi? lebih tepat lagi mimpikan seseorang. Sesetengah pengamal perubatan ada mengatakan jika kita seringkali mimpikan orang yang telah meninggal dunia maknanya kita sebenarnya sedang disihir oleh seseorang. Tapi bukan persoalan ini yang bakal PM bicarakan , ada hal lebih penting dari ini yang patut PM bicarakan.

Hari ni PM kantoi ngan mak, haha. Sadis betul. PM tak sedar PM sebut nama DIA time tido, sesaat sebelum PM terjaga, dan kebetulan pada masa tu mak PM dah berada kat pintu bilik. Dengan muka tak bersalah PM buat tak tahu je. mak tanya sapa budak tu, PM buat buat lupa PM 'menjerit' nama dia.haha.

Jom PM ceritakan sikit jalan cerita bagaimana dia boleh muncul dalam mimpi PM. Dalam mimpi tu ditunjukkan PM berada di kampung PM Kelantan. PM sedang leka bersiar siar seorang diri, tanpa disedari langkah PM menuju ke suatu tempat, kelihatan seperti sebuah rumah, PM perhatikan rumah tu, eh Dia ada atas tangga rumah tu. Tapi di tepi rumah tu kelihatan ada dua orang budak yang lebih kurang sebaya PM memegang bunga, anggapan PM mungkin untuk Dia. 

Tapi tak semena mena PM capai sekuntum bunga yang entah dari mana datang nya. Langkah kaki PM terus menuju ke arah Dia, tanpa sepatah bicara yang keluar dari bibir PM, PM hulurkan sekuntum bunga berwarna putih untuk nya. Dia kelihatan terkejut , tapi selepas itu dia mengukir senyuman. PM terus berlalu selepas melihat sekuntum senyuman yang terukir dari bibirnya. Berlalu tanpa berpaling kembali kepadanya..

Tiba tiba kedengaran bunyi mesej di talefon PM.. tertera namanya.... 

Sampai situ je PM mimpi. hehe.. mungkin menjerit baca nama dia kot. entah lah. apalah lah petanda mimpi kali ni. sekadar mainan tidur atau satu petunjuk mengenai sesuatu. PM hanyalah hamba yang penuh khilaf terbatas pemikiran untuk mencaturkan ramalan pada mengenai sesuatu. sekian. Maaf untuk entri ni..PM sangat penat....#motif gitau penat?haha

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tak Tahu lah!!

Nak update apa erk? bila mood da kelaut tambah badan penat penat ni PM pun tak tahu nak tulis apa kat entri. Haih Adus mengeluh lagi . Jangan mengeluh PM dia bukan milik kau lagi.. eh silap bukan soal cinta la. Tapi mana hilang idea idea PM ni. oh ya tadi nak tulis pasal awek tu pakai baju nipis pastu pakai plak bra yang ada polka dot. memang jelas kelihatan la walaupun dari jauh. Adus Tajam betul mata ko PM oi. TERnampak ok.

Pastu tadi terus cancel nak cek mata sebab rasa mata ni cam jelas dan terang lagi. haha #nakal betul PM. Dan PM nak tulis pasal kauntar AEON , taw la khamis separuh hari je kerja tapi tak perlu la bukak satu kaunter untuk pembayaran. Geram jugak la bila kena berdiri selama sejam setengah semata mata nak bagi duit kat kaunter tu. Kalau ambil duit tu cam berbaloi jugak la.

Pastu niat dihati nak tulis pasal perempuan tu, dia kena rogol, silap dia sama sama nak tapi sekarang dia bersedih sebab pakwe dia dah putus ngan dia. ha cam ner? PM cakap kat dia buat la laporan polis. tapi dia takut, takut ibu bapa dia tahu. Pulak, buat projek tak takut Allah tapi ngan mak ayah takut. PM simpati gak, sebab dia termakan pujuk rayu lelaki tu. umur? budak sekolah je pun, adus rosak rosak. tak tahu nak cakap cam ne lagi. sian dia.

Itu je la, takde idea la... korang bagi la idea sikit..

Lagi niat nak tulis pasal eksiden kat kawasan berhampiran rumah PM ni, ala ada dalam metro semalam, kereta honda terbang ke seberang jalan jatuh atas kancil . 4mati, persona yang langgar belakang tu cedera je. PM pun pelik, PM gi ar kat tempat eksiden tu, cam pelik sebab honda tu boleh terbang kat seberang jalan.ada tinang lampu plak tengah tengah tu. fuh cam filem la kan. apa apa pun takziah buat keluarga. kasihan kat kereta kancil tu,tak salah apa apa tapi terima padah, kereta honda tu plak bawak laju nak 'test' kereta agaknya.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #29

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda. Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Lima perkara annoying tentang jiran

Hai pembaca blog PM , kali ni PM nak berbicara mengenai jiran. Sapa takde jiran?awak tinggal kat mana?gua?hehe PM pasti korang semua berjiran, tak kira la jiran rumah mahupun jiran bilik. Pasti banyak ragam yang korang dapat lihat kan? jom PM nak kongsikan 5 perkara annoying jiran PM. 

Pasang lagu kuat kuat
Ni la masalah utama bila berjiran dengan orang 'pekak' asal lagu je memang kasi kuat ke? adus.. pening kepala PM . Masalah utama yang PM hadapi bila diorang ni yangn jenis tak faham bahasa pasang lagu kuat kuat tak kisah di dalam rumah mahupun dalam kereta pada masa tak sesuai. patut ke pasang lagu kuat masa azan asar? azan maghrib?ish.. pastu kalau hari minggu jam 2 3 pagi tu cam pukul 2 3 petang la. kuat giler pasang lagu. tak faham.

cakap kuat kuat kalau berkumpul
Ni pun salah satu yang sering mengganggu PM, perlu ke nak cakap kuat kalau orang tu ada depan mata? PM tak faham memang sah pekak atau style cakap kuat. tapi memang tak taw nak jaga suara langsung. terutamanya kalau marah anak diorang adus, jeles sebijik sebijik apa yang dia duk menyumpah kat anak dia. buat malu family je

buat bising/menukul/memaku
Yang ni satu lagi masalah BESAR, PM tak tahu apa yang dia ubah kat rumah dia sampai setiap hari duk menukang je kerja, bising kot kadang kadang waktu maghrib pun nak menukul lepas subuh pun nak menukul tak faham betul dengan sikap jiran PM ni.

lepak waktu tak sesuai
Ha ni memang PM tak suka, marah anak diorang balik lewat. Tapi yang mak ayahnya maghrib pun duk potpetpotpet lagi . apa entah yang khusyuk sangat sembang tu. PM pun paling lewat balik main bola bila kat masjid dah kedengaran BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Ni diorang mahgrib makin rancak. Kalau yang muda tak kisah la, ni yang dah HAJI .haih. fikir fikir lah sikit. 

main ekzoz motor
Ni ada budak pernah kena lempar kayu ngan PM sebab kes motor ni, dia boleh main 'wengweng' ekzos motor dia tengah malam. memang PM menyampah giler, taw la pakai motor rxz tapi tak perlu la nak wengweng bagai.
korang pulak cam ne?ada hadapi masalah yang sama ngan PM..jom kongsikan.
p/s: bukan aibkan jiran tapi sekadar berkongsi sikap rakyat kita.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #31




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Maaf

aku mintak maaf untuk semua salah silap aku kat korang
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Segmen Desktop Pilihanku

Hai pembaca blog PM . Kali ni PM nak buat satu segmen mudah.  Saja je nak tahu dan kenal pengunjung blog PM. Jom baca. Harap ada la join segmen ringkas dari PM.

Syarat

1. FOLLOW BLOG - tak kisah
2. LIKE FAN PAGE -tak perlu
3. Buat satu entri - Desktop Pilihanku bersama PM -
4. Korang letak gambar desktop lappy korang tu dan gitau la secara ringkas kenapa pilih gambar tu.
5. Tag - Kalau sudi tag la 2 orang. kalau malas takyah tag.
6. siap? post link kat blog PM

Amacam?senang kan?heheh jom la.. PM nak tahu apa gambar pilihan korang dan cam ne desktop korang.

CONTOH PM punya.
desktop Lappy PM


-sebab PM pilih gambar ni -
Yang pertamanya ada gambar mawar kat situ dan ada perempuan. sesuai la ngan pendamba mawar, PM suka gambar ni bila tengok gambar ni ish rasa cam dia la puteri impian PM.hehe.. -

Mudah je kan?jom join
tarikh tutup
jumaat: 20hb Januari 2012
-Tapi takde hadiah cam ner?mesti taknak join kan?hehehe -

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Indahnya Cintaku

PM nak kongsikan satu lagu ni.. PM tak tahu kenapa PM jadi tertarik dengan lagu ni nak kata lirik kena dengan PM sekarang.. hurm no komen.





ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu
dekat denganmu setiap hariku
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya

ku tak melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu

cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu

cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku

sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
ku ingin hanya satu tuk selamanya

ku tak (ku tak) melihat dari sisi sempurnamu
tak peduli kelemahanmu
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu

cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu

cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku, cintaku

cintaku tak pernah memandang siapa kamu
tak pernah menginginkan kamu lebih
dari apa adanya dirimu selalu

cintaku terasa sempurna karena hatimu
selalu menerima kekuranganku
sungguh indah cintaku
sungguh indah cintaku, indah cintaku

Jatuh hatikah aku.....

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD