PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Blog Pilihan 2011

Hai sempena hari terakhir tahun 2011 ni PM akan tutup bulan Disember sekaligus Tahun 2011 dengan 20 blog yang PM paling minat. Jangan tanya kenapa sebab ini pilihan PM. adakah anda pemilik blog ini. jom kita kenali.





















Dan Tambahan satu group yang bakal PM lewati tahun 2012..


Terdapat banyak blogger blogger yang mempunyai penulisan yang bagus dan ini adalah pilihan PM untuk 2011, mungkin PM pilih dari segi rupa?jalan cerita?blog?itu citarasa PM.hehe.. Jangan bersedih. anda rajin komen entri PM, maka PM akan rajin komen entri anda. 

Dua blog yang menjadi pilihan PM tapi tak dapat disenaraikan kerana ditutup atas sebab sebab tertentu.

Itu saja pilihan PM. Jangan persoalkan kenapa. anda tidak terpilih? tidak bermakna PM tidak ke blog anda. sejujurnya blog pilihan PM 2012 akan bertukar kerana PM dapat lihat potensi blogger di Group FiQ'Ra mampu naik seperti blogger lain.

Jom bantu PM klik SINI.mekasih

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hadiah Tahun Baru dari Celcom

Hai pembaca blog PM, kali ni PM nak berbicara sedikit sahaja kerana PM tak dapat nak online lama . Kemas kemas barang nak pi PLKN plak esok. haha ko ingat ko umo 18 ke PM?


Nampak gambar awek kat atas? jangan la tengok awek tu je. cer tengok apa yang dia post.haha. Broadband da overlimit dah. Setiap kali refresh pasti ini yang kuar jadi ini bermakna PM tak dpat online dah.ahaha. Gembira nye saya bagus la cam ni. 

apa apa pun 2011 bakal melabuhkan tirainya, banyak kenangan suka duka PM dalam 2011. Tahun ni PM kenal apa itu blog, tahun ni PM hampir mati. Tahun ni PM tahu apa makna kawan. Tahun ni banyak mengajar PM untuk sabar dalam perhubungan tahun ni banyak membantu PM untuk mempersiapkan diri menghadapai dugaan masa hadapan.

PM tak perlu nak cerita semua tu sebab semua da tertulis dalam blog ni. Apa apa pun PM harap 2012 bakal menerima azam PM untuk lebih baik dari tahun ini.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kerana RM0.10 7Eleven hampir musnah

Hai pembaca blog PM, kali ni PM ingin mengutarakan satu isu hangat tentang bahaya bagi pengguna 7Eleven. Rangkaian perniagaan francais yang bergitu popular di Malaysia, seringkali menjadi pilihan pembeli barangan runcit di malaysia. Tapi satu kemalangan kecil telah berlaku di 7E berhampiran PM dimana kedai serbaneka itu hampir dimusnahkan oleh seseorang bernama PM dek kerana duit RM0.10.


Wah! berkira sangat PM ni ker? dek kerana RM0.10 PM bertikam lidah dengan penjaga kaunter. Biar PM jelaskan kenapa PM marah dengan situasi macam ni. Perkara ni mungkin terjadi pada anda tanpa anda sedari. Kita seringkali leka dengan situasi ini hinggakan kita seringkali juga tertipu oleh permain pemilik perniagaan yang cuba mengaut keuntungan daripada permainan perniagaan mereka ini.

Situasi yang mengakibatkan PM bertikam lidah, PM singgah di 7E untuk membeli maggi , harga untuk secawan maggi, RM 2.10 dan PM ambil 3 cawan ye la satu untuk ma, satu untuk abah satu untuk PM. Lalu nak bayar, dia scan la harga tu. Jumlah yang PM kena bayar RM 6.40. PM pelik mana datang RM0.10 ni, lalu PM tanya penjaga kaunter tu, plastik kena caj jugak ke sebab hari sabtu? dia jawab tak. pastu PM tanya lagi 7E ni kenakan caj perkhidmatan ker? dia jawab tak. Jadi PM pun tanya dia, mana datang lagi RM 0.10 ni dalam jumlah PM kena bayar. Dia pun cakap dah scan kuar cam tu ,bayar je la. Itu salah satu sebab kenapa PM tetiba nak marah kat dia. Tak hormat pelanggan. 

PM bayar pastu blah je, kita sebagai pelanggan seharusnya ada hak untuk tahu tentang itu, lagi satu PM plik patut nye pengurus seharusnya ada di setiap cawangan, tapi tadi yang ada dua orang pekerja je. haih. Tak patut la. ini dah dikira penipuan dalam perniagaan . Kalau ikutkan PM boleh adukan hal ini pada tribunal tuntutan pengguna berkaitan akta perihal dagangan 1972 yang memberikan hak pada pengguna untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu barangan. Tapi tak berbaloi plak sebab RM 0.10 PM nak lapor bagai kan. Jangan ingat PM bodoh mengenai perniagaan.

Sekali lagi PM ingatkan anda, jika membeli sesuatu barangan , perhatikan betul betul jumlah yang harus dibayar kadang kita leka tentang itu, dan ini akan memudahkan sesetengah pihak berjaya mengaut kuntungan berlipat kali ganda atas kelekaan kita dalam berurus niaga. sekian.

Jom bantu PM klik SINI



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Saya Suka Awak, eh! Sayanglah

Hai pembaca blog PM, kali ni PM nak berbicara mengenai soal sayang. dan kenapa? sebab PM rasa PM dah mula sayangkan seseorang, sayangkan dia. PM pun keliru adakah ini cinta atau sayang. Sebelum PM berbicara dengan lebih lanjut PM mohon bantuan untuk klik sini. Sedekah la RM0.20 ye.


PM betulkan soalan dia agar anda faham ye.
" berdosa ke saya sebagai seorang yang bukan muhrim dengan ustaz, lepas tu tiba tiba ada rasa sayang terhadap ustaz."

Jadi apa bezanya sayang dan suka? jom kita lihat dari segi pemilikan seseorang sebagai kekasih hati, bila kita menyukai seseorang kita akan berusaha untuk mendapatkan untuk kepentingan kita sendiri. Tapi bila kita sayangkan seseorang ,kita ingin melihat dia gembira saa ada dia menjadi milik kita atau tidak.

anda nampak perbezaan antara kita sayangkan seseorang dengan bezanya kita menyukai seseorang, bila kita sayangkan seseorang pastinya dia seringkali hadir di hati kita lantas membenihkan imaginasi di akala kita untuk sentiasa teringat pada dirinya. Bagi PM sayang ni dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu kasih pada keluarga, pada teman pada insan tersayang dan pada Tuhan.

Sayang juga dapat diumpamakan seperti saat insan kita sayangi itu menangis, kita jua turus menangis. Suka duka kita akan merasai bersama. Berbanding dengan menyukai seseorang, saat dia menangis, anda akan berkata"sudahlah jangan menagis lagi'.

Dan paling penting bila kamu mula sayangkan seseorang, kamu melihatnya dari hati kamu bukan lagi dari mata kasar kamu. menyayangi dan disayangi adalah kenikmatan dalanm sebuah perhubungan dan kehidupan. sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tagline Blog Aku CUN

Hai pembaca blog PM, kali ni izinkan PM untuk menyertai aktiviti ke 6 oleh FiQ'Ra. Aktiviti berkenaan tagline, sememangnya tagline sentiasa berubah daripada awal PM mula blogging, tapi tagline sekarang insyallah adalah identiti untuk blog PM sendiri. Sebelum lebih lanjut PM mintak kawan kawan untuk klik

SINI , SINI dan SINI untuk menyertai aktiviti ini.

Apa ya tagline blog PM? kalau diamati pada header blog PM, tagline blog ini adalah 
BILA JIWA PM DIEKSPLOITASI
Jadi apa sebenarnya yang PM cuba sampaikan melalu tagline ini, dan kenapa PM memilih kata ini sebagai tagline blog usang PM ni.

PM akan terangkan maksud Eksploitasi , dari segi pemahaman PM ekploitasi ini membawa maksud perubahan, dimanipulasikan, juga membawa maksud menggunakan satu benda untuk digunakan dalam banyak tujuan. Jadi tagline blog PM "BILA JIWA PM DIEKPLOITASI"

Ini membawa maksud bahawa semua penulisan dari blog PM tiada entri copy paste dan semua bicara yang terlukir di dalam lembaran blog PM ni datang dari jiwa PM sendiri, sebab itu la PM memilih kata ini sebagai tagline di blog PM. 

Sebab kedua kenapa PM memilih kata ini , kerana kita sangat mudah untuk memanipulasikan sesuatu melalui kata kata. Jadi tagline ini juga memberi maksud yang tersirat sebagai BILA JIWA PM DIUBAH MENJADI KATA KATA, maka terhasil la penulisan di setiap entri PM ini. 

Tak cukup cun ker?hehe sekian dari PM.>kategori 1<

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hadiahkan sekuntum senyuman

Hai pembaca PM, penghujung tahun 2011 ni PM harap anda semua senyum senyum je. PM juga ingin senyum seperti semua, tapi ada lagi yang PM terpaksa rahsiakan dalam senyuman ini. Untuk teman biar kita semua gembira walau hati kita berduka. Jom sebelum PM berbicara lebih panjang.

PM mohon bantuan daripada kalian untuk klik 
SINI
mekasih

Senyuman, satu hadiah yang sangat bermakna dari seseorang kepada seseorang. Dari senyum kita dapat menaikkan semangat seseorang, melalui senyuman kita dapat redakan kemarahan seseorang, dari senyuman kita dapat mengubah pemikiran seseorang, dari senyuman kita dapat memikat hati seseorang. Banyak fungsi tersenyum. Jadi senyum la. Jangan dibaziri airmata kerana kesedihan , tapi titislah kerana syukur kegembiraan. PM nak kongsi bait baik,mungkin dapat kembalikan senyuman kita semua. Harap lepas ni kita semua masih mampu tersenyum.

smile, dont always be sad
its going to be all right. Dont cry anymore
the word that im said now
i hope it can comfort you a little

smile,dont just feel pain
its all right, even if the entrire word 
send hardships your way
as time passes, you will understand everthing

smile. look, am i not by your side?
i love you. can you hear my heart
no matter what others say
arent we together?

smile. look, right into my eyes
i love you. This heart that loves you
wont ever change. just lean on my shoulder
just take a break
smile

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kembalikanlah keceriaan dulu

Hai pembaca blog PM, dalam sedar tak sedar keseronokkan yang PM alami untuk hari hari sebelum ni adalah bekalan untuk kesedihan dan kesunyian yang akan PM lalui mulai hari ini. Hujan rahmat turun mencurah bagai memahami apa yang terbuku di hati. Berat untuk PM pergi tinggalkan adik adik yang PM sayang. Berta untuk PM jauhkan diri dari adik adik yang memahami cam diorang. Tapi PM harus lakukan untuk kembalikan semuanya seperti dulu kala.

Tak jauh PM dapat lari, tak jauh PM dapat hindari masalah ini selagi PM ada akaun FB dan blog. Sejujurnya pengunduran PM kerana PM tak mahu lebih ramai member yang akan menunding jari kepada admin kerana PM. PM hormat admin, dan PM tak nak admin sedih. Jadi PM berundur supaya member dapat menerima admin group tu kembali.

Pertamanya PM mintak maaf pada dua orang admin group Mas dan Afiq sebab PM naikkan post itu. kalau PM tak suarakan semua tu mesti kes ni tak terjadi. PM akui itu salah PM. Buat NL , PM mintak maaf untuk semua tu, Dan buat semua memeber group PM harap anda semua mampu jaga group tu leklok ok. Jangan ada lagi orang yang buat hal cam PM lakukan.

Mungkin PM tak dapat nak bersama anda lagi, tapi PM akan perhatikan dari jauh apa jua perkembangan group ni. Dan kad blogger, PM akan tetap bbiarkan di sidebar PM tandanya PM masih lagi geng walaupun PM takde kat group FB lagi.

akhir kata dari PM, maaf untuk semua salah silap PM. Manusia tak lari dari lakukan salah silap. harap korang semua maafkan semua salah Pm yang menyebabkan berlaku ketegangan dalam group..

ps PM tak tahu cam ner nak sampaikan post ni pada FiQ'Raian.. hurm :( bosan la PM lepas ni. Pm online pun sebab group ni..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #26

Khamis terakhir sebelum tahun baru, Azam PM 2011 dah tercapai nak memiliki satu blog. Azam kedua PM dah tercapai nak jadi diri PM sendiri. Selama 9 bulan PM blogging banyak yang dapat belajar. Anda pula bagaimana?

jom bantu PM klik.
mekasih

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #28 Skill Fotografi


Macam mana skill fotografi PM .. Fon c3 je
komen la ea.. oh ya
mintak bantuan klik 
mekasih
nak jadi wife PM kenal la ngan orang atas ni ea

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Just for Fiqra

Salam PM bosan sangat sangat dan takde idea untuk taip entri. JAdi PM saja nak mengeratkan lagi hubungan PM dengan member di Geng Fiq'Ra . PM izinkan diorang bertanya soalan dan PM akan jawab sejujur mungkin. Pertamanya PM minta maaf sebab tak tag blog kat nama korang disebabkan masalah internet. PM tulis nama berdasarkan nama geng di Fiq'Ra ok

Tapi boleh tolong PM klik . satu je.. boleh ye.hehe
SINI
Siti Normastura : Bila nak mendirikan rumah tangga?
Kalau boleh 3tahun lagi, tapi itu pun kalau PM da ada keja tetap, duit yang cukup, serta pasangan yang dapat terima PM dan keluarga.

Hafizah Fitrah : Bila PM nak belanja dorayaki?
Jom carikan kedai dorayaki untuk PM, pastu jumpa PM.. Nanti PM belanja.

Fatin Farzana: Ada choki choki lagi?
Ada lagi dalam peti sejuk dalam 15 batang lagi
: Gigi PM ada berapa?
atas ada 16, bawah pun 16..#kira satu satu tu.
: PM suka warna apa?
Biru, tapi kalau berpakaian prefer white or black
: PM bila nak jadi perdana menteri?
boleh erk apply jadi perdana mentri. kalau boleh sekarang pon PM nak.

Joel Leslie: Bila nak datang melawat JLo kat miri?
Miri kat Serawak kan? kalau ada rezeki nak ke sana. Teringin gak nak gi malancong belah sabah serawak ni.
: pehal PM femes?
soalan dia, haha yang pertamanya PM nak tahu gak dari sudut mana anda klasifikasikan Pm sebagai femes. nak kata rupa PM tak hensem pun kacak ada la sikit. sama je cam orang lain. entah mungkin PM ni ramah kot bukan femes.
:nak tips kuruskan badan tanpa excercise.
fuh PM pun cam doraemon ,tapi nak bagi tips plak. Apa apa pun klik tips untuk kurus atas sana bawah header. Insyallah berjaya.
: bila nak berkarok?
karok sentiasa je. haha tiap tiap hari melalak
:cita cita apa?
penganalisis pemasaran
:Bila start pandai berjalan
Bila da pandai melangkah.haha
:faveret makan apa?
Jagung boleh? ayam
:minuman?
soya la

Wan Nurul Zur Ain: PM, saya comel tak?
PM memang comel. ok la wan meamng la comelllll.
: PM kalau kahwin nanti PM nak honeymoon kat mana?
kalau boleh PM nak wif PM yang tentukan.. sebab PM akan cuba penuhi impian dia.
: PM keja kat mana?
Kat umah je
: PM suka Mawar er?
Da terang terang PENDAMBA MAWAR .hehe suka sangat sangat.
: PM suka durian tak?
Tahun ni baru PM belajar makan durian. tak gemor sangat la
: PM bila start blogging
13 April 2011 baru PM kenal blog

ok la itu je soalan yang PM terima,. haha terima kasih

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #27


ada sapa sapa ley tolong hadiahkan or carikan PM teddy ada gitar tu..
da cari tapi tak jumpa la kat sini...

oh ya minta bantuan klik

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bahana Kedai RM2

Hai pembaca blog PM kali ni PM akan mengutarakan isu yang orang ramai seringkali terlepas pandang, "Bahana Kedai RM2" walaupun nampak ringkas serta tidak mempunyai apa apa kaitan dengan anda. Tapi PM nasihatkan anda untuk tidak berganjak dari membaca entri PM kali ini. Sebelum kita meneruskan bicara ke isi yang penting, jom sama sama bantu PM untuk klik. Klik la satu kalau sudi, kalau tiga pun tak salah. Mekasih
SINI , SINI atau SINI
Apa sebenarnya bahaya berkaitan kedai RM2 ni. PM bercakap berdasarkan pengalaman diri PM. Jadi kalau anda tak dapat menerima pandangan ini, maaf lah ea. Hanya pandangan dari seorang lelaki yang cetek ilmu mengenai perniagaan.

Bila bercakap mengenai sesuatu perniagaan sudah pasti apa yang ada dalam pemikiran pemiliknya adalah keuntungan. Jadi bagaimana kedai RM2 memperolehi barang barang yang mempunyai kadar harga yang rendah? pernah anda terfikir bagaimana ini berlaku? Pemilik membeli secara pukal? PM yakin pemilik di pasaraya besar memesan barangan dengan nilai yang lebih besar dari kedai RM2. Jadi bagaimana semua ni berlaku?

Bila PM kaji balik, banyak barangan yang dijual di kedai RM2 tu lebih banyak ke arah penipuan pelanggan, dan mungkin akan membahayakan pelanggan. Terutamanya dalam penjenamaan barangan yang dijual, sukatan dalam sesuatu barang,dan peranan pengilang. Tiga elemen ni PM tafsirkan selepas PM berhenti di sebuah kedai RM2 tadi. Semua barang di situ bernilai RM2, tapi bila PM tilik barang yang dijual, ada barangan yang akan membahayakan pengguna terutamanya bekas plastik, sudu, senduk, dan barang barang yang seringkali kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Dan yang paling bahaya mengenai kedai RM2 ni,  strategi pemilik untuk mengekploitasi minda pengguna dalam membeli, rata rata pengunjung yang mengunjungi kedai tersebut akan membeli barangan yang di jual. Eh! PM untung ke jual satu barang RM2? di sini la perang harga psikologi digunakan untuk mendorong pengguna membeli lebih dari satu barang, hampir 90% pengunjung membeli barangan di kedai RM2 itu melebihi jumlah bayaran RM20. Di sini anda dapat lihat bagaimana kedai tu cuba mendapatkan keuntungan walaupun dia menjual dengan harga rendah.

Lebih malang nya lagi bila kedai itu menjual satu pek choki choki dan dua botol air soya dengan harga RM2 setiap satu. Ternyata itu sedikit sebanyak menyebabkan PM terpengaruh dan gagal untuk mengawal nafsu dalam membeli niat di hati hanya ingin melihat barangan yang dijual. Tapi kerana dua item ini, PM telah mengorbankan RM4 untuk membeli. ah tidak!!! lebih buruk lagi, kedai itu berada di tengah laluan rumah PM ke kampung PM , maka ini akan menyebabkan PM akan seringkali tergoda melalui jalan tersebut..tidakkkkkkkkkkkk... Sekian sahaja dari PM

Ps ada sapa sapa nak belanja PM choki choki ngan air soya?

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cantiknya awak, geram saya

Hai pembaca blog PM, isu panas?isu hangat? budaya remaja masa kini? kali ini izinkan PM berbicara soal cantik, dari perspektif rupa dan fizikal. Kebanyakkan remaja kini terlalu obses pada kecantikkan luaran hinggakan sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kecantikkan yang diimpikan. Berbalik soal ini pasti ramai yang sedar bila mereka telah mendapatkan rupa rizikal yang mereka impikan, pastinya mereka akan cuba mempamerkan aset yang mereka miliki.

Dan lebih utama, PM akan berbicara mengenai wanita, perempuan dan gadis diluar sana. Ini sekadar pandangan mata nakal PM. Ye la PM lelaki kan takkan nak usha lelaki. Harap semua dapat terima dengan terbuka pandangan PM mengenai kecantikkan wanita sekarang. Terpulang jika anda menilai PM sebagai lelaki yang suka melihat pada perempuan. Tapi mungkin berguna untuk awak ni. Salah satu hobi PM adalah melihat gelagat manusia. sebab tu cita cita PM yang sebenarnya adalah Penganalisis pemasaran.

Menjadi budaya remaja kini bila memiliki rupa yang cantik sikit ,mula la nak tunjukkan segala aset yang anda meliki kepada orang ramai. Contohnya masa PM bercuti di Kuala Lumpur PM dapat lihat betapa murahnya nilai remaja sekarang. Kuar di tempat orang, pakai baju tanpa lengan, cantik orangnya tapi sayanglah sebab macam tu, berkawan plak dengan lelaki yang da macam apa sorang sorang. Bertindik sana sini. Ini ke bakal pemimpin masa hadapan?

Itu belum lagi perempuan yang pakai yang tak terdedah tapi ketat. Apa faedahnya korang pakai ketat ketat? tak rimas ker? kalau baju tu pakai hingga nampak bentuk badan baik tak payah pakai baju. Tak boleh nak salahkan lelaki yang tengok anda bagai harimau nak terkam mangsa, tapi cuba fikir anda sendiri, pakaian aku ke yang menarik mereka untuk melihat? apa gunanya aku bagi orang ramai tengok aku secara percuma? Mesti ramai perempuan akan bidas PM mengatakan, "ala kalau lelaki tu tundukkan pandangan mesti takde pape" . Jawapan PM manusia mana tak mahu melihat "kecantikkan"?

Pakaian sekarang pun PM dah klasifikasikan sebagai masalah sosial utama negara kita sekarang, sejujurnya ramai remaja yang dah hanyut dalam dunia fesyen sekarang hinggakan lupa apa sebenarnya apa maksud BERPAKAIAN. Sejujurnya PM bukan la baik sangat tengok perempuan pakai seksi sampai berpaling muka seperti Rasulullah SAW yang berpaling muka selepas kaki seorang bidadari terselak semasa berebut ingin menyambut roh pejuang Islam yang mati syahid dalam peperangan menentang musuh Islam. PM tengok je kalau perempuan yang pakai ketat seksi. Tapi kasihan la pada diorang, orang ramai dapat menjamah tubuh badan mereka secara percuma. 

Kata Mat Luthfi cantik itu sesuatu yang subjektif, kata PM plak kecantikkan dalaman iaitu pada hati akan menzahirkan kecantikkan pada luaran. jadi fikir fikirkan lah. sekian

boleh bantu PM untuk klik >SINI<

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kau Hadir bila ku mula berblog


Bosan tak tahu nak update apa. tenet cam hape slow... 
kalau seseorang muncul dalam hidup ini mesti best.. 
insyallah PM akan layan yang terbaik untuk dirinya.
ringan tangan sikit klik

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Story aku dan Lagu

Hai pembaca blog PM lama tak update ni. mana la PM menghilang. Usah dipersoalkan ok. tentang pengomen blog PM maaf sangat sangat tenet ni ada masalah nak blogwalking tak dapat jadi PM cuba sedaya upaya bila internet kembali ok PM akan terjah semua bloggeer yang komen 2 3 entri PM sebelum ini. Maaf.. kalai ni PM nak mennyertai aktiviti ke 5 geng fiqra.

Jom bantu PM klik SINI dan SINI



Lagu dan kehidupan masa kini bergerak seiring, setiap lagu pasti ada ceritanya tersendiri bergitu jua PM, ada lagu yang mengingatkan PM pada seseorang , ada lagu yang menyebabkan PM bersedih mengenangkan seseorang, ada lagu yang menaikan semangat PM untuk terus maju. Dan satu lagu yang PM nak kongsikan bersama pembaca semua untuk aktiviti ini adalah D' Hearty - Di Hati. PM akan terangkan dari satu baik ke satu bait kenapa dan mengapa dan pada siapa lagu ini..


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku


Rangkap ini mengingatkan siapa sebenarnya PM? siapa sebenarnya pemilik hati yang sering PM kecewakan, pada siapa sebenarnya patut PM cintai, Pada siapa sebenarnya PM dambakan. Kelekaan lepas membuatkan PM sering alpa siapa sebenarnya PM. 


Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Rangkap ini menaikkan semangat PM supaya cepat untuk lupakan segala kesedihan, kesulitan lampau untuk terus maju ke hadapan. Menuju ke arah jalan yang diredhaiNya. Hanya padaNya seharusnya PM memperhambakan diri bukan pada nafsu, juga bukan pada duniawi yang seringkali melekakan mata dan tingkah laku kita.


Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

Kadang kala bila kita cuba memperhambakan diri menjadi hamba yang diredhai dan dirahmati ,kita seringkali diganggu oleh anasir yang seringkali tidak pernah putus asa untuk memesongkan arah tujuan. Bergitu jua PM yang seringkali dihasut duniawi bila cuba mencari keredhaan dariNya. Hanya teman yang menjadi pendorong diri PM agar PM mampu untuk terus mencapai apa yang PM impikan.


Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Pada tika inilah PM rasakan PM perlukan sahabat sejati yang akan sentiasa bersama tika susah dan senang. Tidak mengharapkan PM pada waktu sulit sahaja. PM juga manusia biasa yang mempunyai hati yang mudah untuk dilukai. Dan PM rasakan hanya teman teman PM yang mampu mengubah persepsi siapa sebenarnya kita di dunia ini. Agar kita tidak leka dengan segala hasutan dan godaan terutamanya daripada nafsu kita sendiri Supaya kita terus menuju ke jalan yang diredhai untuk menjadi kekasihNya.


Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara..
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..

Akhir kata dari PM ini yang PM harapkan agar ukhwah yang pernah terjalin tidak akan putus. walaupun PM pernah merasai nya dulu.Tapi kali ini PM cuba untuk mengukuhkan semua perhubungan yang telah terpatri di hati..

sekian sahaja dari PM.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jatuh Cinta tanpa bersua

Hai pembaca blog PM kali ni, PM nak umumkan sesuatu. PM jatuh hati . Ada saya kisah PM jatuh hati?haha gurau je. Kali ni PM nak berbicara mengenai isu Cinta tanpa bersua. Wujud ke cinta seperti ini, kalau ada PM nak memiliki cinta seperti ini. Sebelum itu PM mintak maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan entri PM sebelum sebelum ni. Andai PM ada terkasar bahasa terlanjur bicara PM susun 10 jari memohon kemaafan dari anda. PM juga manusia biasa yang penuh dengan khilaf ,jika PM salah tegur lah PM. 

Sebelum tu jom sedekahkan 40sen untuk PM, klik sini dan sini . Mekasih pada yang sudi, budi yang baik pasti akan dibalas baik.

sebelum tu, jika kita bercinta dan bersua, keluar bersama PM tak fikir plak itu cinta, bagi PM itu kapel. bila da kapel yang lelaki ganas gans boleh buat ayat jiwang ooo contohnya.

Setiap tidurku dihiasi ayu wajahmu dalam mimpiku,
Hatiku mula berdegup kencang tatkala aku melihat wajahmu,
Saat kita berdua lena bersama, 
genggaman cinta kita berdua semakin hangat terasa..
hanya dalam mengemudi pelayaran cinta kita


Cair awek dia baca, hehe maaf la ayat tak seberapa ciptaan sendiri. Ok la berbalik pada tajuk Cinta tanpa bersua wujud ke? Bagi PM cinta ni hadir tanpa permintaan kita, hilang tanpa kerelaan kita. Kadang kadang kita leka bila cinta berada di hati kita kerana kita sibuk mencari sesuatu yang sempurna dalam perhubungan. sehinggalah cinta itu mula meninggalkan kita. Saat itu kita mula menyedari bahawa kesempurnaan tak akan menjanjikan kebahagiaan.

Wei PM, mustahil la cinta boleh wujud tanpa bersua. Jawapan PM, bukan kah kita menyintai Allah SWT, bukankan kita menyintai Rasulullah SAW? Pernah kita bersua mereka?pernah kita melihat Allah? tapi kenapa kita boleh kata kita cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW? cinta ni satu perasaan yang benihnya tersemai dihati kita, tanpa sedar kita menjaganya hingga ia mekar, itu la Cinta, kapel bukan cinta. Cinta adalah cinta.

Doaku, agar siapa jua jodohku, harap engkau menerima diriku, dapat menerima keluarga, dapat menerima kekuranganku. Insyallah engkau akan ku jaga sepenuh hatiku kerana engkau permaisuri hatiku

PM mahukan anda menjawab , mampukah kita jatuh cinta tanpa pernah bersua??

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #26

i wish i could play a guitar for her

jom bantu PM klik 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Follower beribu, komen kosong

Hai pembaca blog PM, kali ni PM akan bicarakan satu persoalan mengenai blog. Kenapa dan mengapa terjadi perkara seperti ini. PM sedar mengenai isu ini dan banyak berlaku pada blogger juga tapi kali ni biar PM mengemukakan pandangan PM untuk blogger yang mengalami masalah ini. Persoalannya

klik sini dulu ye >sini< dan sini untuk tahu siapa yang bertanya soalan tu >sini<.
Follower blog itu mencecah nilai ribu, serta owner blog itu seringkali mengajurkan contest, segmen, dan giveaway. Sambutan untuk aktiviti yang dianjurkan olehnya begitu memberangsangkan, tapi bila kita baca entri dia yang lain, takde seorang pun yang datang komen. Entri penulisan dia tak da komen? kenapa ini berlaku sedangkan bila dia menganjurkan aktiviti jumlah komen begitu tinggi.

Pandangan PM, perkara ni berlaku kerana pengunjung blog dia hanya terengaruh dengan ganjaran aktiviti yang dianjurkan tapi bukan kerana penulisan dia di blog. Dan follower tu meningkat secara mendadak kerana ingin memenuhi kelayakkan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan. 



Mengenai penulisan entri lain, jika dilihat dari sudut positif, mungkin penulisan dia bukan mengenai persoalan yang menyebabkan pengunjung hanya singgah membaca dan tidak meninggalkan sebarang jejak untuk entri lain. Dari satu la pandangan dari sudut negatif dari PM, berkemungkinan pemilik blog tersebut tidak mesra dengan pengunjung. Seperti tiada lawatan balas atau respon yang diberikan pemilik tersebut keatas pengunjung blog dia. Kita memang ikhlas untuk meninggalkan jejak seta membuat blogwalking ke blog orang lain, tapi tak salah jika tuan blog tu membalas balik apa yang kita lakukan.

Persoalan kedua, Tak rajin blogwalking, bila nak buat contest/giveaway tetiba muncul nama nak cari sponsor

Jawapan untuk persoalan ni da tulis di atas, nampak kenapa pentingnya membalas lawatan pengunjung?? sebab tu PM selalu ingatkan kalau ada orang datang komen, anda pergi la komen balik entri dia jangan la buat buat malas. keran kita tak tahu mungkin satu hari nanti kita perlukan pertolongan orang yang selalu datang blog kita. percaya cakap PM tak rugi pun anda membuat lawatan balas.


Kata kata PM, jika anda nak entri anda mempunyai komen, jadi rajin rajin la untuk tinggalkan komen untuk entri orang, jika nak mudah dalam mencari bantuan orang, anda harus lah rajin membantu orang. Sesibuk mana pun anda, PM yakin anda boleh membuat lawatan balas terhadap blog lain, internet slow?? update entri boleh plak?? alasan je tu, walaupun internet slow hari ni , esok esok da ok pergi la buat lawatan balas ye. Orang yang susah mencapai kejayaan adalah orang yang selalu mencari alasan. sekian. 


kecuali blogger yang bermain SEO ye.. tambahan . lupa plak tentang blogger yang amalkan ini.heeeeee.:) mekasih Nazihan Ali ingatkan

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Sakit hati tahu tak

Hai pembaca blog PM, kali ni izinkan PM berbicara mengenai Kata kata, luahan hati, percakapan, bicara seharian lebih tepat lagi mengenai mulut. Ramai diantara kita sedar bahawa mulut memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, kita makan menggunakan mulut, minum menggunakan mulut, membaca kalimah kalimah suci Al Quran menggunakan mulut dan berbicara juga menggunakan mulut. Sedar tak sedar mulut lebih banyak berfungsi daripada anggota badan yang lain. Ada pepatah mengatakan
Menusia memiliki sepasang tangan, sepasang telinga, sepasang mata,dan sepasang kaki,tetapi manusia hanya memiliki sekeping hati kerana kita diseru untuk mencari sekeping lagi hati untuk dijadikan pelengkap hidup kita.
eh.. kejap! ni bukan soal cinta jadi PM akan tukar pepatah itu
Menusia memiliki sepasang tangan, sepasang telinga, sepasang mata,dan sepasang kaki,tetapi manusia hanya memiliki satu mulut, dan kekurangan dalam penciptaan ini supaya kita lebih sedar kita perlu mengurangkan dalam berbicara, tapi perbanyakkan dalam mendengar, melihat serta melakukan aktiviti.
Apa sebenarnya PM cuba tekankan mengenai sikap kita dalam berbicara bersama teman teman, kata orang tua kata kata yang keluar dari mulut mampu melukakan hati seseorang dan mampu membuatkan kelukaan itu kekal sehingga akhir hayatnya. jadi kita semua harus la berhati hati dalam berbicara. 

Berbalik isu ini dengan dunia maya kita sekarang, kata kata ini PM tafsirkan sebagai apa yang kita tulis di blog, facebook bahkan di laman sosial yang lain. PM mengaku kadang kadang kata kata PM juga tajam seperti mata pedang, tapi PM masih menjaga tutur kata bila bersama orang lain, masih tahu mana yang patut ditutur dan mana yang tak patut ditutur.

PM berharap la anda jaga pertuturan anda dan PM ingatkan sekali lagi, dengan siapa anda berbual. seseorang mungkin anda lihat mudah untuk dipijak tapi sebenarnya tidak. Jangan sampai ramai yang mula menjauhi diri dengan anda kerana bicara anda. Bergurau tak salah tapi biar berpada, berkata, menegur juga tidak salah tapi biar lah ada batasnya, pada siapa anda nak tegur dan bagaimana cara teguran anda. itu yang harus dipentingkan.

Akhirkata dari PM Jaga bicara terpelihara hati. Jangan sampai bicara anda mampu melukai hati insan lain.sekian.

jom klik sini

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jangan Terpengaruh dengan Handfon

PM nasihatkan anda jangan terpengaruh dengan talefon.. sebab nanti banyak membazir.. contohnya PM ni.. nak tengok koleksi fon PM. Biar PM ceritakan ok..


oh ya bermurah hati ye klik SINI , SINI dan SINI ala 3 je.. please...



Ni la dua jenis fon yang PM pertama kali guna masa PM form 4, masa tu tahun 2004.. talefon kekal bersma PM sehingga
Datang tahun 2007 selepas tamat PLKN PM terus beli fon atas ni. tapi tak lama pun, PM beli fon atas ni April 2007 dan tukar fon
pada julai 2007 PM guna dua fon ni sehinggalah 2010 dimana selesai pengajian PM di Pulau Pinang, PM sekali lagi menukar fon kepada
PM sayang fon ni , PM guna berhati hati je.. tapi disebabkan

PM terpaksa tukar sekali lagi kepada
bukti?

Anda pula bagaimana?apa revolusi fon anda??hehe 


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jom beromen

PM nak mood blogging PM mungkin tahun depan baru sampai, jom layan entri ni.. Sebelum tu jom bantu PM klik Sini dan sini. Tolong ye
situasi 1 : mengayat
L : sayang , jom tengok wayang malam ni.
P : cerita apa?
L : Sayang nak tengok cerita apa
P : cerita romantik la..
Situasi 2 : Da sampai
P : Abang , tu ombak rindu la...
L : Jom, Jap abang beli pop corn
Situasi 3 : klimaks
L : Kita kongsi satu er air ni
P : #kedek nye cakap dalam hati
L : Abang sejuk la .. nak pegang tangan sayang sikit boleh.
P : ......................
Situasi 4..
PM nak tahu apa reaksi anda selepas itu.... Orang cam ni ker nak jadi kekasih? rupa hensem kalau perangai cam ni. Harap ko pikir berkali kali la er... 

Ps PM tak jeles orang pegang tangan ke, peluk ke, cium , beromen ke apa ke. PM tak kisah. Yang PM takut kalau kau jadi milik PM nanti.. Bukan tak redha tapi fikir lah sikit. kalau nak yang terbaik anda sendiri kena baik..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Lafazku buatmu


Always under exactly the same sky, always exactly the same day
Other than your not being here, there’s nothing different at all
I just want to smile, want to forget everything
Just like absolutely nothing has happened, smiling to live my days

Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you
Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

I thought I’d let go, not leaving anything behind
No, no, now I still can’t let you go
Miss you, miss you so much, because I miss you so much
Everyday all by myself, calling and calling you

Want to see you, want to see you, because I want to see you so much
Now it’s like I have this habit, keep calling out your name
It’s the same today

Everyday, everyday, it feels like I’m gonna die, what should I do?

Love you, love you, I love you
I hadn’t even spoken the words, I just let you go
Sorry, sorry, do you hear my words
My late confession, can you hear it
I love you

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Segan nak makan

Hai kali ni PM nak kongsikan sesuatu yang best dan comel...tapi boleh bantu PM klik







Agak agak anda apa ni? Kalau PM kata coklat anda percaya tak? apa tak?tolonglahhhhhhhh percayaaa..sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD