PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Bahana Kedai RM2

Hai pembaca blog PM kali ni PM akan mengutarakan isu yang orang ramai seringkali terlepas pandang, "Bahana Kedai RM2" walaupun nampak ringkas serta tidak mempunyai apa apa kaitan dengan anda. Tapi PM nasihatkan anda untuk tidak berganjak dari membaca entri PM kali ini. Sebelum kita meneruskan bicara ke isi yang penting, jom sama sama bantu PM untuk klik. Klik la satu kalau sudi, kalau tiga pun tak salah. Mekasih
SINI , SINI atau SINI
Apa sebenarnya bahaya berkaitan kedai RM2 ni. PM bercakap berdasarkan pengalaman diri PM. Jadi kalau anda tak dapat menerima pandangan ini, maaf lah ea. Hanya pandangan dari seorang lelaki yang cetek ilmu mengenai perniagaan.

Bila bercakap mengenai sesuatu perniagaan sudah pasti apa yang ada dalam pemikiran pemiliknya adalah keuntungan. Jadi bagaimana kedai RM2 memperolehi barang barang yang mempunyai kadar harga yang rendah? pernah anda terfikir bagaimana ini berlaku? Pemilik membeli secara pukal? PM yakin pemilik di pasaraya besar memesan barangan dengan nilai yang lebih besar dari kedai RM2. Jadi bagaimana semua ni berlaku?

Bila PM kaji balik, banyak barangan yang dijual di kedai RM2 tu lebih banyak ke arah penipuan pelanggan, dan mungkin akan membahayakan pelanggan. Terutamanya dalam penjenamaan barangan yang dijual, sukatan dalam sesuatu barang,dan peranan pengilang. Tiga elemen ni PM tafsirkan selepas PM berhenti di sebuah kedai RM2 tadi. Semua barang di situ bernilai RM2, tapi bila PM tilik barang yang dijual, ada barangan yang akan membahayakan pengguna terutamanya bekas plastik, sudu, senduk, dan barang barang yang seringkali kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Dan yang paling bahaya mengenai kedai RM2 ni,  strategi pemilik untuk mengekploitasi minda pengguna dalam membeli, rata rata pengunjung yang mengunjungi kedai tersebut akan membeli barangan yang di jual. Eh! PM untung ke jual satu barang RM2? di sini la perang harga psikologi digunakan untuk mendorong pengguna membeli lebih dari satu barang, hampir 90% pengunjung membeli barangan di kedai RM2 itu melebihi jumlah bayaran RM20. Di sini anda dapat lihat bagaimana kedai tu cuba mendapatkan keuntungan walaupun dia menjual dengan harga rendah.

Lebih malang nya lagi bila kedai itu menjual satu pek choki choki dan dua botol air soya dengan harga RM2 setiap satu. Ternyata itu sedikit sebanyak menyebabkan PM terpengaruh dan gagal untuk mengawal nafsu dalam membeli niat di hati hanya ingin melihat barangan yang dijual. Tapi kerana dua item ini, PM telah mengorbankan RM4 untuk membeli. ah tidak!!! lebih buruk lagi, kedai itu berada di tengah laluan rumah PM ke kampung PM , maka ini akan menyebabkan PM akan seringkali tergoda melalui jalan tersebut..tidakkkkkkkkkkkk... Sekian sahaja dari PM

Ps ada sapa sapa nak belanja PM choki choki ngan air soya?

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

20 bicara cinta:

iAmCekbolat said...

bolat nak coki2 !!! T___T

Niahix_01 said...

choki2... hehe... ^_^...

best2... terpengaruh bace...

Putry said...

wow coki2 mkan ngan roti best tuuuuu

Miss Purple Ungu said...

lama dah x mkn choki2 neh
ntah bila la PM nak blanje miss purple choki2 hehehe :)

Falling . said...

hahaha ta bule wt pe la lau da tergoda..

tp kan,brg2 yg dijual majority ta thn lama cth pggan mgkuk,frame, bla bla bla..

Unknown said...

suke coki2 rupenya...

CikTeddyCorner said...

kdai tu mcm ku kenal aje..hehe
om kongsi la skit ngn cik kasih ni..huhu x baek tau mkn sorang2!

ascil.punye.lah said...

haha nah coki2!

NUARAHMAN said...

ternoda ek? haha
kelakar2...

Sya said...

mhalnya! choki2 xdela smpai RM2.. x silap sye, RM1 lebih jer.. ish3. pepun, mehla 1 choki2, tergoda.. hikhik

reenapple said...

itu yang dinamakan startegi marketing..=P

Amyra said...

hahah...tergoda tue yang tak tahan..tak pernah pegi kedai rm2 pun.. :)

PM nak choki-choki satu.. :)

Khai_Sol said...

kedai rm 5 pulak? hehe,choki2x abis bro=p

widiea azira said...

siyes!! choki choki peberet sy. .kdai 2 inggit la murah..adeh!!

Zehan Ilyana said...

haha...
alamak teringin pulak nak makan choki2..
asal lah dekat sini tak ada kedai rm2.. -_-'

kim heeruul said...

choki2 punya pasal.. haaha

Qienah said...

kt dungun ni, nm je kdai RM2 tp brg byk lbih dr rm2..mhl2 de..huhu..

Rul said...

Lamanya x datang sini :)
hurm. kat sini pun kedai RM2, hampeh !

fiQRa said...

choki2 sepekert tu berapa herganya? RM2 ke

Honey Kumicky said...

PM..

t lau jln tutp mata la..konfom x tergoda punyer..heeheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD