PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kerana RM0.10 7Eleven hampir musnah

Hai pembaca blog PM, kali ni PM ingin mengutarakan satu isu hangat tentang bahaya bagi pengguna 7Eleven. Rangkaian perniagaan francais yang bergitu popular di Malaysia, seringkali menjadi pilihan pembeli barangan runcit di malaysia. Tapi satu kemalangan kecil telah berlaku di 7E berhampiran PM dimana kedai serbaneka itu hampir dimusnahkan oleh seseorang bernama PM dek kerana duit RM0.10.


Wah! berkira sangat PM ni ker? dek kerana RM0.10 PM bertikam lidah dengan penjaga kaunter. Biar PM jelaskan kenapa PM marah dengan situasi macam ni. Perkara ni mungkin terjadi pada anda tanpa anda sedari. Kita seringkali leka dengan situasi ini hinggakan kita seringkali juga tertipu oleh permain pemilik perniagaan yang cuba mengaut keuntungan daripada permainan perniagaan mereka ini.

Situasi yang mengakibatkan PM bertikam lidah, PM singgah di 7E untuk membeli maggi , harga untuk secawan maggi, RM 2.10 dan PM ambil 3 cawan ye la satu untuk ma, satu untuk abah satu untuk PM. Lalu nak bayar, dia scan la harga tu. Jumlah yang PM kena bayar RM 6.40. PM pelik mana datang RM0.10 ni, lalu PM tanya penjaga kaunter tu, plastik kena caj jugak ke sebab hari sabtu? dia jawab tak. pastu PM tanya lagi 7E ni kenakan caj perkhidmatan ker? dia jawab tak. Jadi PM pun tanya dia, mana datang lagi RM 0.10 ni dalam jumlah PM kena bayar. Dia pun cakap dah scan kuar cam tu ,bayar je la. Itu salah satu sebab kenapa PM tetiba nak marah kat dia. Tak hormat pelanggan. 

PM bayar pastu blah je, kita sebagai pelanggan seharusnya ada hak untuk tahu tentang itu, lagi satu PM plik patut nye pengurus seharusnya ada di setiap cawangan, tapi tadi yang ada dua orang pekerja je. haih. Tak patut la. ini dah dikira penipuan dalam perniagaan . Kalau ikutkan PM boleh adukan hal ini pada tribunal tuntutan pengguna berkaitan akta perihal dagangan 1972 yang memberikan hak pada pengguna untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu barangan. Tapi tak berbaloi plak sebab RM 0.10 PM nak lapor bagai kan. Jangan ingat PM bodoh mengenai perniagaan.

Sekali lagi PM ingatkan anda, jika membeli sesuatu barangan , perhatikan betul betul jumlah yang harus dibayar kadang kita leka tentang itu, dan ini akan memudahkan sesetengah pihak berjaya mengaut kuntungan berlipat kali ganda atas kelekaan kita dalam berurus niaga. sekian.

Jom bantu PM klik SINI



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

21 bicara cinta:

Putry said...

kalau kena cas plastik meti 20 sen haihhhh

saya_arief said...

salah scanner. haha.
:D

ruby sarip said...

Dah jadi tebiat kalau beli kat kedai tak tengok resit. main bayar je.. lepas ni kena berhati hati. huhu

ruby sarip said...

pendamba, nanti join tau segmen sy, sy ade tag awk..

Honey Kumicky said...

PM... mang da byk sgt kes mcm 2..kita kena la peka as a consumer..

cik ika said...

utamakn HAK pengguna..heee~

Zul De Alexis said...

hak penguna penting!...
kalau sm bakar jew..hehe

Khai_Sol said...

em,mcm2x T_T'

Idzanfashila said...

1 pelanggan, RM0.10
10 pelanggan, RM1.00.
maju 7e !

Admin said...

kena hati2 selalu sebab tu baru kita sorang yg kena kalo sejuta org kena x ke ke tokey 7e leh g mekah balik hari

Qil_Zawawi said...

xde adab betol pkerje tuh.,ayok.,

Saddila said...

err nak cakap . dalam ekonomi , PENGGUNA SEBAGAI RAJA ! Raja ? RAJA BERHAK BUAT APA SAHAJA . Abg boleh saman dia tanpa segan silu . Kalau nak bukti ? bawak buku ekonomi form 4 ke 5 tu ha .

kim heeruul said...

rm0.10 tu kalau simpan bnyk2 leh jadi kaya juga..

Noor Maizan said...

Selalu dh jumpe pekerja biadab mcm tu....huhu..bikin panas..report je PM

Falling . said...

baik pi kdai runcit biasa drpd pi seben eleben ney.. gugu pnh kne gak dlu.. skt aty tol.

Sharifah Salwa said...

kadang-kadang penjual suka amek kesempatan . walaupun seposen . kalau tak cukup seposen , mane boleh jd seringgit :)

[k]o{q}i[n] said...

kekurangan kebanyakan rakyat malaysia ialah, selalu berkata... "takpelah..."

ハミザ・ハスナン said...

tak boleh cakap camtu jugak..
kadang-kadang diorang salah letak shelftag dengan tanda harga..
cara terbaik nak tanda tangani benda ni..
mintak receipt setiap kali beli..
tu yang selalu mizah buat..
mizah pernah keje 7e..
mizah tau apa yang berlaku...
kadang2.. budak jaga kaunter tu bukan tau pun..
rakan sekerja yang tak buat kerja,
cashier yang kena tanggung..
hmmm pengurus bukan hari2 ada..
kadang2 pagi ja ada..
sebab pengurus keja opis hour ja..
kadang2 dtg pagi ja sbbb mgkin kena pi buat audit..
tapi budak tu cakap macam tu biadap jugak la..
salah cashier tu sebab kuangjaq la..

ハミザ・ハスナン said...

satu lagi...
kita nampak cashier tu ja salah sebab kuangjaq kan??
customer kuangjaq pernah tgk??
http://budakampung90.blogspot.com/2011/07/ragam-pelanggan-7-eleven.html

Unknown said...

biasalah tu PM..

Hun_eyes said...

erm nga ada masalah rumahtangga la tue. hik3 :p

jgn mrh gurau jek =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD