Hai pembaca blog PM tahu kan gambar atas merujuk tentang cerita apa?Ombak rindu la duk HOT sekarang ni. Tadi petang PM menitiskan air mata gak melihat ombak rindu ni. Entah lah hati PM ni mudah tersentuh bila melihat sesuatu yang mampu buat PM mengalirkan air mata. Terasa diri ni penuh khilaf , apa yang PM da lakukan slama 22 tahun PM hidup ni.
Menangis tengok cerita ombak rindu? apa la PM ni. Oh makluman ye, PM tak menonton pun cerita ombak rindu ni. hehe. Tapi tadi petang tadi PM pi pantai tenangkan diri. Sejujurnya walaupun kita ramai kawan untuk memberikan kita semangat, menemani kita dikala kesedihan tapi PM ingin bersendirian untuk menenangkan hati. PM tak sedih kerana Cinta, tapi PM frust dengan diri PM..
Suaramu, menghempas ke gigian
menghayutkan segala dukaku
bayumu, membelai wajahku
meniupkan segala kelukaan yang tersemat di hatiku
keindahan alunan mu,
mengingatkan aku tentang Penciptaku,
Siapa aku untuk melawan takdirmu,
hanyalah ciptaanmu yang penuh khilaf,
hanya hambamu yang harus menurut perintah.
Tatkala aku sedih aku mencari ciptaanMu,
tatkala aku buntu aku merujuk padaMu,
tika aku sulit aku berdoa padaMu permudahkan untuk ku,
saatku hilang arah aku menangis memohon petunjuk dariMu
tapi tika aku bergembira?
aku lupa mengucapkan syukur padaMu,
Tika aku leka dengan dunia?
Aku lupa untuk sujud padaMu
Bila aku capai segala impianku
aku lupa Engkau yang permudahkan urusanku
aku leka dengan mainan dunia,
aku hanyut dengan irama nafsu
aku hanya lah insanMu,
yang mendambakan Cinta dariMu,
Tapi kenapa aku leka dengan buaian dunia,
aku sedih bila Cinta manusiaku gagal,
aku menangis tidak mendapat balasan cintaku
aku kecewa bila impian tu tak tercapai,
sedangkan aku sedar
Engkau akan menyediakan yang lebih baik untuk diriku
Aku insan yang penuh khilaf Ya Allah
Kadang kadang Allah sediakan keindahan untuk kita supaya kita ingat dan sedar tentang kekuasaan Nya, Tapi kita seringkali tertipu dengan hasutan nafsu kita sendiri.
17 bicara cinta:
erk,ingatkan nangis tgok ombak rinduu .
erm,chill lah abang.happy kayh ;)
jgnlah sedih2 cam nie ~
ske n3 ni.. mcm bg semangat kt gugu *perasan jap ;)
sabo aje la...
igtkan PM gi tgk wayang tgk ombak rindu sambil bawak tisu sekotak :)
huhu..
cantiknya pantai kt umah pm tu :)
kat ganu mmg pntai cmtik2 kn..hehe
sabar lah PM , semua manusia mmg ade khilafnya masing2 cuma, terletak pada kita nak betulka atau tau. chill okay .
besttt nye dkt dgn tmpt2 mcm ni.. :)
urmmmmm.......
harap PM dapat tenangkan diri PM ok,,
^____^
harap esok Pm mempnyai hari yang lebik baik daripada hari ini ya...
:))
sedih jugaq ... sebab x dpt tgk cite ni lagi, hik3~~
citer ni memang sedih tp time tngok tu orang belakng slalu gelak2 tak jadi nak sedih..heh~
ye..trkdang itulah yg cik rse bile sndirian..kdng2 bgus tuk sndiri,buat kita muhasabah diri kita..
erm kadg2 allah tarik matahari ..
allah bagi kte ujan yang lebt petir yang kuat ..
kte trcari2 mana hilangnya matahari .
rupanya allah nk bgi kte plangi .. :)
ingat tengok movie mbak rindu tapi ombak rindu lain....hiihihi tak pe PM semoga cekal....
dunia dunia..
; tak sempat lagi nak tengok ombak rindu:)
tenang je kn3 tgk ombak~~
Pm, yg tu puisi dlm cerita tu ke? sebab tak tgk lagi ombak rindu ni :)
kita hanya sang hamba yg penuh dgn noda.
hanya meniti zaman bertali arus masa.
moga ada sudi yng melihat dan menerima
jiwa kalbu yang penuh dgn dosa.
;)
Post a Comment