PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Story aku dan Lagu

Hai pembaca blog PM lama tak update ni. mana la PM menghilang. Usah dipersoalkan ok. tentang pengomen blog PM maaf sangat sangat tenet ni ada masalah nak blogwalking tak dapat jadi PM cuba sedaya upaya bila internet kembali ok PM akan terjah semua bloggeer yang komen 2 3 entri PM sebelum ini. Maaf.. kalai ni PM nak mennyertai aktiviti ke 5 geng fiqra.

Jom bantu PM klik SINI dan SINI



Lagu dan kehidupan masa kini bergerak seiring, setiap lagu pasti ada ceritanya tersendiri bergitu jua PM, ada lagu yang mengingatkan PM pada seseorang , ada lagu yang menyebabkan PM bersedih mengenangkan seseorang, ada lagu yang menaikan semangat PM untuk terus maju. Dan satu lagu yang PM nak kongsikan bersama pembaca semua untuk aktiviti ini adalah D' Hearty - Di Hati. PM akan terangkan dari satu baik ke satu bait kenapa dan mengapa dan pada siapa lagu ini..


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku


Rangkap ini mengingatkan siapa sebenarnya PM? siapa sebenarnya pemilik hati yang sering PM kecewakan, pada siapa sebenarnya patut PM cintai, Pada siapa sebenarnya PM dambakan. Kelekaan lepas membuatkan PM sering alpa siapa sebenarnya PM. 


Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Rangkap ini menaikkan semangat PM supaya cepat untuk lupakan segala kesedihan, kesulitan lampau untuk terus maju ke hadapan. Menuju ke arah jalan yang diredhaiNya. Hanya padaNya seharusnya PM memperhambakan diri bukan pada nafsu, juga bukan pada duniawi yang seringkali melekakan mata dan tingkah laku kita.


Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

Kadang kala bila kita cuba memperhambakan diri menjadi hamba yang diredhai dan dirahmati ,kita seringkali diganggu oleh anasir yang seringkali tidak pernah putus asa untuk memesongkan arah tujuan. Bergitu jua PM yang seringkali dihasut duniawi bila cuba mencari keredhaan dariNya. Hanya teman yang menjadi pendorong diri PM agar PM mampu untuk terus mencapai apa yang PM impikan.


Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Bersama menuju gerbang impian kita harapkan

Pada tika inilah PM rasakan PM perlukan sahabat sejati yang akan sentiasa bersama tika susah dan senang. Tidak mengharapkan PM pada waktu sulit sahaja. PM juga manusia biasa yang mempunyai hati yang mudah untuk dilukai. Dan PM rasakan hanya teman teman PM yang mampu mengubah persepsi siapa sebenarnya kita di dunia ini. Agar kita tidak leka dengan segala hasutan dan godaan terutamanya daripada nafsu kita sendiri Supaya kita terus menuju ke jalan yang diredhai untuk menjadi kekasihNya.


Di hati kita bersama.. Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara..
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..

Akhir kata dari PM ini yang PM harapkan agar ukhwah yang pernah terjalin tidak akan putus. walaupun PM pernah merasai nya dulu.Tapi kali ini PM cuba untuk mengukuhkan semua perhubungan yang telah terpatri di hati..

sekian sahaja dari PM.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

21 bicara cinta:

anamizu said...

perhhh! PM mmg the best la kalo bab huraian.. dari awal cik ana bace smpailah habis :)


selagi mampu,hiasi ukhwah yg terjalin dgn keikhlasan :)




luv,
cik ana

Unknown said...

fuhhh , memang mesti A plus kan karangan. ayatnya superb gile. hihi good luck eh PM :) moga ukhuwah kita dalam GF terus berkekalan hendaknya. aminn

Miss Purple Ungu said...

mmg entry yg terbaik dr PM setelah sekian lama menghilang
marilah kita bersama membina ukhwah :)

Nur Aisyah said...

abg PM,suke jugak lagu ni..best....
suke kalau abg bt entry..ayat2 sume sedap....

reenapple said...

tak pernah dengar lagu ni pom..=P

salam perkenalan..=)

Qienah said...

pjg tol huraiannya..hihi..mmg terBAIK..

Saddila said...

sahabat sejati . ye sahabat bang . semoga ukhawah kita kekal selamanya . amin .

Anonymous said...

good luck

Putry said...

pm ni boleh jadi cikgu sastera la.... memang pandai

CikTeddyCorner said...

cik pon hrap psahabtan kita akn trus brkekalan di bwh keberktanNya :)

Nur Atikah said...

ni mesti karangan A++ punyaaaa hihi :D

نور الشهيرة بنت مجلن said...

fuh.. ayat abg.. cayalah ..haha.. insya-allah :D~

Falling . said...

pm, nak jadi editor tak? hehehehe sume puji ayat pm ;)

kim heeruul said...

pandai lu mengolah setiap rangkap yerk.

ascil.punye.lah said...

menyentuh hati.tsk tsk =(

Unknown said...

wahh abg.. thumbs up !
best ! rse cm nk copy,hehe

Nisa Greennnpanda said...

wah...ayat2 yg mantap la PM..
hee..

Anne Wahid said...

"ukhwah yang pernah terjalin tidak akan putus" amin...

Noor Maizan said...

rajin ye menghurai lagu..

Niahix_01 said...

setiap rangkap lagu ade makna dan kaitan dengan kehidupan... bgus2... TERBAEK!!!

fiQRa said...

di hati..gud luck pm ;)

admin,
GF ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD