PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Jatuh Cinta tanpa bersua

Hai pembaca blog PM kali ni, PM nak umumkan sesuatu. PM jatuh hati . Ada saya kisah PM jatuh hati?haha gurau je. Kali ni PM nak berbicara mengenai isu Cinta tanpa bersua. Wujud ke cinta seperti ini, kalau ada PM nak memiliki cinta seperti ini. Sebelum itu PM mintak maaf pada sesiapa yang terasa hati dengan entri PM sebelum sebelum ni. Andai PM ada terkasar bahasa terlanjur bicara PM susun 10 jari memohon kemaafan dari anda. PM juga manusia biasa yang penuh dengan khilaf ,jika PM salah tegur lah PM. 

Sebelum tu jom sedekahkan 40sen untuk PM, klik sini dan sini . Mekasih pada yang sudi, budi yang baik pasti akan dibalas baik.

sebelum tu, jika kita bercinta dan bersua, keluar bersama PM tak fikir plak itu cinta, bagi PM itu kapel. bila da kapel yang lelaki ganas gans boleh buat ayat jiwang ooo contohnya.

Setiap tidurku dihiasi ayu wajahmu dalam mimpiku,
Hatiku mula berdegup kencang tatkala aku melihat wajahmu,
Saat kita berdua lena bersama, 
genggaman cinta kita berdua semakin hangat terasa..
hanya dalam mengemudi pelayaran cinta kita


Cair awek dia baca, hehe maaf la ayat tak seberapa ciptaan sendiri. Ok la berbalik pada tajuk Cinta tanpa bersua wujud ke? Bagi PM cinta ni hadir tanpa permintaan kita, hilang tanpa kerelaan kita. Kadang kadang kita leka bila cinta berada di hati kita kerana kita sibuk mencari sesuatu yang sempurna dalam perhubungan. sehinggalah cinta itu mula meninggalkan kita. Saat itu kita mula menyedari bahawa kesempurnaan tak akan menjanjikan kebahagiaan.

Wei PM, mustahil la cinta boleh wujud tanpa bersua. Jawapan PM, bukan kah kita menyintai Allah SWT, bukankan kita menyintai Rasulullah SAW? Pernah kita bersua mereka?pernah kita melihat Allah? tapi kenapa kita boleh kata kita cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW? cinta ni satu perasaan yang benihnya tersemai dihati kita, tanpa sedar kita menjaganya hingga ia mekar, itu la Cinta, kapel bukan cinta. Cinta adalah cinta.

Doaku, agar siapa jua jodohku, harap engkau menerima diriku, dapat menerima keluarga, dapat menerima kekuranganku. Insyallah engkau akan ku jaga sepenuh hatiku kerana engkau permaisuri hatiku

PM mahukan anda menjawab , mampukah kita jatuh cinta tanpa pernah bersua??

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

39 bicara cinta:

Noor Maizan said...

boleh...my first love...cinta muka buku..bwahaha..zaman skolah dulu la..lepas spm jumpa...walaupun dah clash,tapi dia bnyk tinggal kesan.hahaha

wah sory komen merepek2

Honey Kumicky said...

Ada org yg blh tima..ada yg x blh..

Honey..

YESSSSS...

iAmCekbolat said...

Bersua lepas berkhwin ^^ hiiii

Putry said...

pm jawapan putry mampu....kadang2 cinta yang tidak bersua ni lagi ok dr cinta yang sokmo bersua muka...hihihi :)

ascil.punye.lah said...

bercinta tanpa bersua?itu tak mustahil.kalau Allah dah tetapkan macamtu,maka macamtu lah jadiknya.

najihahfara said...

wah..

Unknown said...

hati tertarik2 nak baca. hehe

boleh PM. benda tu tak mustahil. ehemmm jatuh cinta ke ? :P hihi

Falling . said...

suka n3 cmni.. hehehe sometimes ble x penah bsua, kte jd lbh mhargai dia~~

Just Mini Love said...

semoga ditemukan jodoh yang baik ;)

Mrs Aya said...

truthhh..xmustahil..seperti saye skang hubungan kami sebelum ini cinta tanpa bersua..kenal melalui kawan kepada kawan..

Anonymous said...

setuju dengan PM,Allah dan tentukan jodoh untuk setiap hambaNya,walau tidak bersua,bila tiba masanya insyaAllah ada.

msredcheesecake said...

Boleh, tapi bukan semua org....

Unknown said...

Mampukah? Eza tiada jawapan yang pasti. Berbalik kepada jodoh ketentuan Allah. Bila cinta ditakdirkan perlu bersua, begitulah jalannya. Andai sebaliknya, begitu jugak la jalannya.

Moga PM mendapat jodoh yang terbaik! InsyaAllah. :D

Ana Farhana said...

ecece.. ^^

Zehan Ilyana said...

saya tiada jawapan...:)

reenapple said...

cakap pasal ni.. entah..rasa pernah kot. tapi masa tu tak tahu whether tu cinta ke atau kagum.. entah. but then rasanya... mengelakkan perasaan itu.. sebab yakin tu bukan perasaan cinta.. =)

*sedang mengelakkan diri dari jatuh cinta lagi..=)

Noraien said...

wooooo,entry jiwang .lame tak singgah cnie n komen2.maap abang .

btw,sangat setuju.asenyee cinta tak bersua lagi okay .klu asyik bersua jee,cepat bosan lahhh ;)

ain akasyah said...

taksuke lelaki yang jiwang ayat berbunge2 bagai..nak mengayat sikit punye power..ayat je lebih tapi tak seiring dgn keromantikan nya..biar nampak serius tp romantik..(dalam hati ada taman) hehe

Anonymous said...

:D hehehe

Miss Butterfly said...

gua pernah je jatuh cinta tanpa bersua.. hahaha

AmirahRamli said...

ewahh, Jiwang gila! muehehe x)

widiea azira said...

cinta itu rahsia tuhan,bersua atau tidak.kapel atau tidak. .
jika terbit dr hati perasaan cinta,maka ia tetap cinta.!!!

kemas x ayat??

vendoline said...

mcm2 care nak bercinta skrg ni

CikTeddyCorner said...

boleh ^^

monologmalamhari said...

cinta itu unik :)

Sharifah Salwa said...

boleh je bercinta tak pernah bersua . lg okea dari cinta yg dah 'bersua' beberapa kali tu

Ikam said...

kapel ngan cinta beza maksud..kapel is like kite suka seseorang dan ingin memilikinya..tapii..bila dah memiliknya..kite mudah bosan ngan kapel kita dlm masa yng singkat..
cinta pulak..kita sayngkan seseorang lebih dari diri kite..kite tak pernh bosan dengar suaranya and ketika bersamanya..

~Love is Cinta~ ::Prof madya Ik hanif..merangkap profesor cinta..ceewaah..>_<

Nisa Greennnpanda said...

yes, of course leh je.. love doesn't have any rules.. ^_^ sy dh penah experience, hehe.. >_<

fiezah91 said...

boleh je jatuh cinta tak bersua. dalam keluarga ada dua orang kot bercinta tanpa bersua. :)

AZMI KHAN said...
This comment has been removed by the author.
AZMI KHAN said...

Mampu je....
Cinta itukan indah.....
yg pasti setiap dr kita pernah cinta tanpa bersua.....

cik ika said...

jatuh cinta pd siapa ni~~
wee~~

Saddila said...

cinta boleh apa tanpa bersua . dila pun mcm tu jugak .
tak kisah orang nak kata apa pun .
relax bang . ehh ? *tetiba

yes . CINTA IALAH CINTA .
ingat . CINTA SEJATI TIDAK MEMERLUKAN SESEORANG YANG SEMPURNA :)

Miss Purple Ungu said...

ni miss purple nak jawab lak
cinta kan 1 yg universal
walaupun berjauhan dan x pernah bersua namun cinta mampu berputik sekelip mata ;)

Amira Sakinah Sulaiman said...

boleh,cinta itu buta..

cehh ;)

Zul De Alexis said...

boleh, sebab kita mengcintainya kerana hatinya bukan wajahnya..:D

SM dh kembali..:D

Ca Ezah said...

boleh jer...ca pernah alami.. :)

Hun_eyes said...

if u want, it's owez possible to happen rite??? huhuhu

Aku Bernama Hanisa said...

Salam..
Hmm...sedang alami. Tp bukan sy...tp si dia & Sy pn still xpercaya 'cinta tanpa bersua' ni blh terjadi. Dgn si dia hanya sekadar teman, cuma rase lebih senang & selesa. Until now xbg ape2 jawapan.. hanya mnuggu jawapan dri Yang Maha Esa. Mohon kalian doakan ape yg terbaik utk jodoh sy. Tq2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD