Hai pembaca blog PM, kali ni izinkan PM berbicara mengenai Kata kata, luahan hati, percakapan, bicara seharian lebih tepat lagi mengenai mulut. Ramai diantara kita sedar bahawa mulut memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, kita makan menggunakan mulut, minum menggunakan mulut, membaca kalimah kalimah suci Al Quran menggunakan mulut dan berbicara juga menggunakan mulut. Sedar tak sedar mulut lebih banyak berfungsi daripada anggota badan yang lain. Ada pepatah mengatakan
Menusia memiliki sepasang tangan, sepasang telinga, sepasang mata,dan sepasang kaki,tetapi manusia hanya memiliki sekeping hati kerana kita diseru untuk mencari sekeping lagi hati untuk dijadikan pelengkap hidup kita.
eh.. kejap! ni bukan soal cinta jadi PM akan tukar pepatah itu
Menusia memiliki sepasang tangan, sepasang telinga, sepasang mata,dan sepasang kaki,tetapi manusia hanya memiliki satu mulut, dan kekurangan dalam penciptaan ini supaya kita lebih sedar kita perlu mengurangkan dalam berbicara, tapi perbanyakkan dalam mendengar, melihat serta melakukan aktiviti.
Apa sebenarnya PM cuba tekankan mengenai sikap kita dalam berbicara bersama teman teman, kata orang tua kata kata yang keluar dari mulut mampu melukakan hati seseorang dan mampu membuatkan kelukaan itu kekal sehingga akhir hayatnya. jadi kita semua harus la berhati hati dalam berbicara.
Berbalik isu ini dengan dunia maya kita sekarang, kata kata ini PM tafsirkan sebagai apa yang kita tulis di blog, facebook bahkan di laman sosial yang lain. PM mengaku kadang kadang kata kata PM juga tajam seperti mata pedang, tapi PM masih menjaga tutur kata bila bersama orang lain, masih tahu mana yang patut ditutur dan mana yang tak patut ditutur.
PM berharap la anda jaga pertuturan anda dan PM ingatkan sekali lagi, dengan siapa anda berbual. seseorang mungkin anda lihat mudah untuk dipijak tapi sebenarnya tidak. Jangan sampai ramai yang mula menjauhi diri dengan anda kerana bicara anda. Bergurau tak salah tapi biar berpada, berkata, menegur juga tidak salah tapi biar lah ada batasnya, pada siapa anda nak tegur dan bagaimana cara teguran anda. itu yang harus dipentingkan.
Akhirkata dari PM Jaga bicara terpelihara hati. Jangan sampai bicara anda mampu melukai hati insan lain.sekian.
jom klik sini
29 bicara cinta:
Em,setuju..Thankz ingatkan^^
kadang2 apa yang kita tulis perlu dijadikan peringatan utk diri kita jugak. kan PM? NL tau kot why PM buat entry ni, nice :)
suka kata2 tu. hee
erm..mybe ika ade terlepas ckp kt PM ika mnta maaf ye..
mlut sy xde tapis.. lau ade slh silap tegur la ye ;)
setuju sangat... :D
tula..sblm berkata fikir dlu..
kdg2 kt tak sedar..maafkan yui lau ada slh silap ea..
kadang2. sy ter-laserkan mulut. kadang2 sengaja. kadang2 tak sengaja. hehehe
nice sharing PM...
kadang2 risau gak klu ada sesapa terasa ngan kata2 kita huhuhu
setuju.nice advice pm :)
kdg2 org ckp tu mcm mulut xde insurans.. main lepas je xreti jaga perasaan org lain
pm putry setuju giler....maaf kan Putry jika selama kita berkwan ni tutur kata ku kurang senang..maaf kan Putry :/
setujuuuuuuu ! ;)
ada sorg member gua kene pulau sebab ni la.
setujuuu dengan PM...mekaseh ingatkan..
setuju, tapi kalau Amirah buat salah Amirah prefer org ckp straight forward :)
pandangan PM sangat tajam dan memang ada benarnya. Sentiasa beringat dalam berbicara. :)
stuju sgt ngan PM :D
Perkongsian yang baik . :)
nasib diberi satu mulut. kalau mulut pun ada sepasang memang haru la. apa pun, jaga bahasa dan percakapan seharian. fikir perasaan orang lain sebelum berkata-kata :)
kerana mulut badan binasa .
kiranya bhsa2 sy ad yang kasar . tgur la ye :)
bahaya woo kot tesalah cakap . means terluka kan hati orang . perghhh tak boleh blah penangan nya nanti .
betul3x..
terima kasih sebab mengingatkan..:))))
terbaik lah PM :D
setuju dgn kata-kata PM ni :D
wah..dalam sakit hati masih dpt hasilkan entry yg amat berhemah mcm nie? bgsnye :)
bnykkan bersabar ye PM..mulut manusia nie mmg susah nak tutup.ikut sedap ht je nak ckp kan :(
terbaik.
p/s: tahu apa yg pm maksudkan. pelik juga, tetiba je dia cakap macam tu. kalau kawan pun, memang terasa juga la. apa2 pun ambik yg positif k.
huishhh,knp ?
ske entry ni :)
setuju sesangat :),penah gk terasa dgn mbe2 dulu..sakit gile hati,,,haha mmg stuju sesangat la..
setuju dgn PM . salwa suke ayat , jaga bicara terpelihara hati . jgn sampai bicara anda mampu melukai insan lain ♥
InsyaAllh setakat nie tutur kata masih terjaga..... if sy lalai tlg la ingat2kn yer... xsalah... :)
Post a Comment