السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Milo! Ada siapa2 yang tak kenai Milo tu apa??Pendambamawar ,milo yang kita minum badan jadi sihat dan kuat tu ke??ha! ye la tu,pandai untuk tekaan itu..milo ni salah satu minuman feveret saya la ni..patut la ‘sihat’ dan kuat..hehe..
Dulu masa saya sekoloh milo ni saya suka makan bersama roti..hehe ..best..sapa2 yang tak pernah try pi la try..satu lagi law kita beli milo ni mesti ada jer hadiah percuma kan..itu yang best tu..hehe..tapi untuk tin besar la law beli air milo kotak tak dapat la dik...
apa2 pon milo salah satu produk yang telah mengekploitasi minda pengguna bahawa semua minuman coklat adalah milo.fuh ayat skema maketing..
Meh kita bace sikit tentang sejarah MILO yang saya petik dari wikipedia
Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam,Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.
Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya.
Milo dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne. Pada asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey, New South Wales, Australia.
Itu je la saya nak cakap pasal milo..ni saya selitkan beberapa keping gambar sejarah tin milo..
^
sekian
0 bicara cinta:
Post a Comment