PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

100plus dan DEMAM


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Demam dan 100plus.. apa kaitan antara dua perkara yang hangpa kata lain ni.. bila kita demam mesti kita cari 100plus kan? kenapa tidak kita makan  paracetamol atau bahasa yang biasa kita2 duk guna adalah Panadol.. 








Ok la ada segelintir masyarakat kata " Panadol bahaya la Pendabamawar..banyak bg efek negatif'..ok itu betul kerana ada satu teks yang saya pernah baca mengatakan "Mengikut statistik, panadol atau ubat tahan sakit yang lain adalah merupakan salah satu bahan utama orang membunuh diri. Malah, panadol juga merupakan punca kematian tertinggi akibat keracunan disebabkan tersalah makan oleh kanak-kanak. Tapi kenapa panadol berbahaya? Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat."..

Disebbkan panadol berbahaya jadi kita memilih 100plus yang 'dipercayai' boleh menyembuhkan demam kita..kenapa 100plus???knapa bukan F&N perisa anggur ke,strawberi k,oren k,ataupon Pepsi ker,Rootbeer ke? 

kalau hangpa ada perasan la pada label botol 100 Plus ni menyatakan "100 Plus dirumus khas untuk menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa hangpa menjalani gaya hidup aktif. Ini memastikan hangpa mencapai tahap prestasi maksimum".

Konsepnya begini, hangpa mula akan demam bila hangpa tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjalani gaya hidup yang aktif dan kesannya hangpa akan kehilangan banyak bendalir dalam badan. Dengan minum minuman 100 Plus, ia membantu mengembalikan bendalir dalam badan dan menyegarkan badan.

Sebenarnya ia dirumus untuk atlet sukan kerana atlet adalah individu yang paling kerap kehilangan bendalir dalam badan. Tetapi bila masyarakat kita percaya 100 Plus adalah  
penawar demam ia suatu bonus untuk 100 Plus bermakna customer mereka bukan sahaja atlet tetapi juga orang demam.


pada pendapat saya la, 'marketing advisor syarikat 100plus patut buat iklan 100plus tentang penyembuhan sakit demam ni dengan meminum 100plus.. Tapi! biasa la nak buat iklan bukan harga 100 ,200 ringgt..mahu tak mahu makan ribu ringgit juga...  

saya sendiri pon pernah demam dan ada mengamalkan minum 100plus ni dari makan panadol..alhamdulillah dengan izin Allah saya sembuh selepas dua botol 1.5liter habis diminum..mungkin ini hanya kebetulan atau sebaliknya..kerana kita semua tahu setiap penyakit ada ubatnya..dan dengan izin Allah kita sembuh..Kita ikhtiar dan Allah S.W.T yang mengizinkan kita utk sembuh.. 

Oh ya! saya pernah melihat cerita korea dimana law demam mereka akan minum arak yang dibancuh bersama telur mentah..sejauh mana keberkesanan saya tak taw sebb arak itu haram untuk kita semua yang beragama Islam...sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

9 bicara cinta:

sayaPRETTY :) said...

halamak demam yer...moga cept semboh =)

Pendamba Mawar said...

iya demam musim hujan panas nih..alhmdulillah da ok..:P

sayaPRETTY :) said...

mam lar ubt bebanyk,,,hahahaha

Pendamba Mawar said...

xnak2..da sembuh da dengan 100plus...

Liyana said...

Mesti cerita MyGirl kan, cerita korea tu.

Unknown said...

Dulu pernah kena demam denggi...doktor suruh minum air 100plus la smpai sembuh

Unknown said...

Yeke ? Boleh sembuh ke

Hisham said...

Harini aku demam dan aku telan panadol menggunakan air 100 plus.

Unknown said...

tak perlu bancuh dengan air ke? hanya buang gas dan minum?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD