mereka berbual berkongsi kerinduan, betautkan kasih sayang. Semua nya indah dalam perhubungan mereka berdua, hari demi hari, bula demi bulan berlalu hubungan mereka kukuh berdua. Saat hari terakhir SPM arman menyatakan sesuatu kepada zara.
“Zara, arman terpilih menjalani latihan khidmat negara, kemungkinan kita tak kan dapat bersua untuk 3 bulan akan datang.” Tenang bicara arman, tetapi wajah zara berubah sebelum kembali tersenyum.
“tak mengapa arman, selagi jodoh kita bersama insyallah kita akan masih berdua.” Jelas zara walaupun pada awalnya dia seakan tidak merelakan pemergiaan arman untuk menjalani latihan khidmat negara.
Hari hari berlalu , arman di PLKN ,manakala zara di rumahnya mereka memendam kerinduan di atas sekeping kertas kerana mereka tidak dapat berhubung menggunakan talefon. Pada saat ini la kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mereka teruji. Kerinduaan yang makin menebal tidak mampu tertahan oleh mereka berdua tapi mereka terpaksa akur dengan keadaan yang mereka lalui.
Hampir setiap minggu Arman menghabiskan masa menghubungi zara ,kerana pada tika dan saat itu sahaja dia dapat menggunakan talefon. Tapi.. itu tidak kekal lama, apabila masuk bulan kedua ternyata zara telah menukar nombor talefonnya sekaligus memutuskan cara mereka berhubung. Tika ini hati arman tidak keruan memikirkan apa yang berlaku terhadap zara, fikiran nya masih positif mungkin talefon zara hilang.
Pada sekeping kertas dia mencurahkan kerinduan, pada sekeping lembaran dia mencoretkan kasih sayang.
Pada tika itu, kau telah mencuri hatiku
kau masih menyimpan hatiku
dan aku tapi kenapa kini
kau sunyi, kau sepi
tanpa khabar kau biarkan aku di sini
sadarkah kau aku di sini merindui dirimu
merindui gelak tawamu
merindui senyumanmu
Kasihku,
impian ku hanya satu
kabulkan hasratku
penuhi impianku
hadirlah dalam diriku
hiasi kesunyian diriku
temani kesedihan hatiku ini
yang mendambakan kasih sayang darimu
yang dahagakan kerinduan dari dirimu itu
sayangku...........
Coretennya terhenti di situ, tak mampu diteruskan lagi. Arman hanya mendoakan agar tiada apa apa yang buruk berlaku terhadap zara. Kemana sebenarnya zara menghilang? Bisik hatinya. Hari hari dilalui dengan kesedihan dan kesunyian. Sehinggalah tamat latihan nya selepas tiga bulan arman kembali.
Kepulangan nya disambut dengan sekeping warkah di biliknya, ibunya mengatakan surat tu diberikan oleh zara 3hari sebelum arman pulang. Hatinya sedikit ceria setelah mendengar ibunya menyebut nama zara. Tanpa membuang masa dia terus membaca coretan yang dikirimkan zara.
Teristimewa buat arman,
Maafkan diri ini hilang secara tiba tiba dari dirimu
Maafkan diri ini menyeksa kerinduan hatimu
maafkan diri ini melukai kepercayaan mu
ku undurkan diri ini buat sementara waktu
usah kau cari kehilangan ku
usah kau ratapi pemergiaan ku
aku menyayangimu seikhlas hatiku
jika kau juga ikhlas menyintaiku
dengan izinnya kita akan bersua
Usah kau membenci diriku
aku pergi atas dasar cinta
aku hilang atas dasar sayang
jika engkau masih memerlukan diriku
percayalah aku memerlukan dirimu lebih dari itu
izinkan aku mengundurkan diri
Tersentak arman membaca warkah tersebut, tidak apa yang dapat difikirkan nya lagi......
Bersambung..
nantikan apa sebenarnya yang berlaku pada zara? dan apakah tindakan arman...