السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terkaku di suatu sudut, seorang lelaki memegang satu lembaran berukir kata, bicara terakhir dari buah hati tercinta. Pendangannya mula kelam, tiada apa yang terbayang pada kotak fikirannya untuk menempuhi sebuah alam bernama masa hadapan akibat kegagalan dalam percintaan, gadis yang didambakan hati sucinya telah memilih untuk memutuskan ikatan yang terjalin di antara mereka tanpa sebab.
Sambil memegang cebisan di tangan nya, mindanya mula memutarkan kenangan antara beliau dan pujaan hatinya,bagaimana pertemuan mereka di alam maya. Sejak itu mereka mula akrab, mula mesra. Persahabatan yang terjalin telah membenihkan kuntuman cinta yang mekar. bak kata pujangga For every word you say, another piece of my heart you take. macam tu la mereka mula bercinta.
Mereka bercinta tanpa pernah bersua muka, berutus perasaan cinta melalui alam maya, berkongsi rindu dan kasih sayang melalui SMS dan bual bicara melalui fon. Tiada persengketaan tiada unsur tidak percaya antara satu sama lain. Jalinan kasih yang terikat tidak pernah longgar walaupun jarak menjadi penghalang percintaan mereka. Tapi atas kepercayaan terhadap diri masing masing mereka berjaya melalui percintaan ini. seperti kata pujangga Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.
Tapi benar bicara cinta yang pernah diutarakan, kasih sayang disemai dan dijaga rapi tidak menjanjikan hasil kebahagiaan yang diimpikan. Dalam kebahagian cinta mereka tiba tiba datang satu perkara yang tidak diingini berlaku. Hanya beberapa minit berlaku, saat posmen menghantar sepucuk surat kepada lelaki tersebut. dengan senyuman lelaki itu membuka surat tersebut sebelum titsan mutiara menerjah jatuh kedasar bumi. Kesedihan menyelubungi sanubari lelaki tersebut. Terkaku beliau membaca kalimat terakhir dari kekasihnya itu.
Sayangku,
Izinkan diri ini mengutuskan bicara buatmu,
mungkin coretan akhir dari diriku ini,
sayang bukan insan seperti yang abang impikan,
sayang percaya akan cinta kita,
sayang setia terhadap perhubungan kita.
Tapi bukan untuk kali ini ,
sayang tak mampu untuk meneruskan jalan cerita ini,
mungkin sayang bukan watak utama,
untuk kekal bersama putera tercinta.
maafkan untuk pengunduran ku ini,
usah dibenci diri ini,
sayang tak mampu untuk menerima semua dugaan ini,
padamkanlah ukiran nama cinta sayang,
hilangkan kesan nya di hati abg.
Meski ia menjadi sejarah,
biarkan itu kenangan terindah bersama kita,
suka duka kita berdua
tangis tawa yang kita rasa
biarkan itu menjadi coretan memori di sanubari.
izinkan sekali lagi,
pengunduran insan bernama kekasih
dari nota cinta dirimu.
salam sayang,
kekasihmu.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan
Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Cinta bukanlah dari kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
p/s: maaflah jika entri ini tidak disukai, pendamba da lama tak menulis entri cinta. Jadi penggunaan bait bait puitis sangat ringkas dari pendamba. semoga terhibur.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT