PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Rantai rahsia perhubungan

Hai pembaca blog PM kali ni PM tak nak berbicara panjang. PM hanya ingin berbicara mengenai rantai. ye rantai yang dipakai kat keher tu. Yang perempuan memang tak pelik la yang lelaki ni nampak cam pelik betul tak. Ok jadi sempena tahun baru ni PM nekad nak berhenti pakai rantai. da lama sebenarnya PM tinggalkan tapi kadang kadang gatal jugak pakai. tapi untuk kali ni nekad walaupun rantai tu.....


Apa apa pun terima kasih pada saudara ni yang mengajukan soalan ni kepada ustaz. jom baca penjelasan ustaz
nampak tak jawapan ustaz, HARAM. Jadi dengan ini PM nekad berhenti dari memakainya.  Memang PM gilerkan rantai sebab PM dulu cita cita masa kecik nak jadi askar sebab rantai tu je. banyak sebenarnya bukti PM pakai rantai.. tak percaya?jom layan gambar dibawah
nampak?dalam bulatan tu?
nampak?
tu ada.nampak?
tu ha nampak?
tu terang lagi bersuluh

sebenarnya banyak lagi tapi ini je yang PM nak kongsikan. hurm jadi dengan ini say no to necklace. Betul sebenarnya tak elok lelaki ngan rantai ni, tapi ye la darah muda semua nak berstyle, sekarang ni da terang terang jawapan dan hukum depan mata. PM nekad berhenti pakai.Terima kasih baca entri merapu ni. Mungkin ini la penghijrahan pertama yang PM lakukan.sekian



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenangan Betamu

Sudah 4 pagi , PM masih tak dapat lelapkan mata. Bukan eksaited besday tapi PM teringatkan seseorang kalau PM ada kereta memang PM akan pi jumpa dia. PM teringin nak jumpa dia tapi apakan daya mungkin belum rezeki. Biarlah awak yang bertapak di hati PM, PM bukan seorang yang sempurna banyak kelemahan dalam diri PM, tapi PM cuba menjadi yang terbaik untuk awak jika diberikan peluang. 

"Kenangan akan membataskan kita", ya PM akan semat ayat ini dalam hati PM sehingga awak bersedia membuka pintu hati awak untuk seorang lelaki,jika bukan nama PM yang tercatat dihatimu PM akan menerima keputusan itu, jika PM yang tercatat dihatimu, PM akan menjadi yang terbaik dalam membimbingmu.

Bila PM selak lembaran lama, entri mu bertarikh 14 Julai 2011 betul betul membuat PM tersenyum, adakah engkau menerimaku, adakah engkau sudi memilihku.PM juga pernah mencoretkan sesuatu untuk awak pada bulan yang sama. Kita rapat melalui satu group, kita kenal melalui kata kata, kita berkongsi suka duka melalui bicara. Tapi kita tidak pernah membicarakan soal hati kerana PM hormati pendirian awak 2011 tahun untuk tidak mempunyai komitmen dengan hubungan sesama manusia. 

Entri awak 29 Julai 2011, dan 5 September 2011 membuatkan PM semakin percaya pada awak, membuatkan hati ini sedia untuk membuka pintu untuk awak tapi PM masih bersabar dengan semua ni. Komitmen awak untuk belajar, PM tak kan halang , teruskan untuk mencapai cita cita awak mungkin dari cita cita awak akan mendapatkan cinta. PM mampu redha jika awak bukan milik PM kerana awak da tunjukkan pada PM apa sebenarnya cinta. Pengorbanan itu cinta .dan cinta tak seharusnya memiliki.


PM sedar ramai yang cuba membuka pintu hati awak untuk mereka, dan mereka memiliki keistimewaan melebihi dari apa yang PM miliki, tapi itu bukan penghalang untuk PM putus asa. Kini walau awak sesibuk mana, walau awak jarang tegur PM. PM sentiasa mengingati awak dalam setiap doa PM, Insyaallah jika diizinkan tuhan kita akan membina sebuah mahligai kebahagiaan.

Pemberian pemberian awak akan PM jaga sebaik mungkin, mungkin tak seberapa bagi orang lain tapi sangat istimewa untuk diri PM, Benar kata orang jika merindui seseorang hubungilah mereka. tapi saya akan cuba untuk tidak mengganggu awak, saya nak awak fokus dan saya nak awak berjaya. Mungkin bila awak cuti nanti awak ada sedikit kelapangan masa untuk PM, sekarang ni musim exam jadi PM akan faham kepadatan jadual awak.


Akhir kata dari PM, Mungkin kata rindu, kata sayang dari PM awak anggapkan sebagai kata biasa yang keluar dari mulut seorang lelaki. PM tak kisah untuk itu, tapi apa yang PM nak awak tahu, awak setiasa berada dalam setiap doa PM. Semoga Allah memperkenankan doaku. sekian

p/s. siapa yang PM maksudkan biarlah rahsia.Kerana Allah kita bersua dan biarlah kerana Allah jua kita berpisah.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Asmara yang membara

Sedang leka aku membelek buku Mutiara Perkahwinan sambil mulut ku mengalunkan bait bait lagu,


Biar ku tanam cinta di hati,
cinta keramat mekar sejati,
cinta mulia setia menanti,
cinta suci dibawa ke mati,

andainya aku akan bertemu,
tiada yang lain hanya dirimu,
segar dimata dihati tak jemu,
seringku puja kusebut namamu.


Tiba tiba pintu bilikku diketuk seseorang , lantas dihulurkan sekeping sampul, bermarna merah. Seperti kita semua tahu jika sebuah surat dalam percintaan surat bermarna merah akan membawa arti " Asmara yang membara" tapi ini sampul surat, fikiranku ketika itu membawa maksud yang sama juga. Hati tertanya tanya siapakah penghantar surat ini terhadapku.
Aku tercari cari siapa gerangan menghatar surat ini kepada ku, adakah kata cinta yang menjadi isi sampul merah tersebut. Hati semakin tak keruan, fikiranku tertanya tanya. dengan berhati hati aku membuka sampul tersebut. Tulisan pada sampul surat seperti ku kenali. Tapi hatiku masih bertanya benarkah 'dia'? .Ternyata benar, sangkaan ku tepat menuju kepada pemilik surat tersebut. Ku amati pemberiannya, bentuk hati bisik ku. aku tersenyum sendiri melihat pemberian nya. oh ya, ku lampirkan gambar sebagai bukti bahawa kataku bukan kata kosong.
Ku cuba menyelak sampul tersebut, kot kot ada coretan buatku tapi takde,mungkin tercicir kot.hahaha..Terima kasih untuk pemberian ini , Saya sangat hargainya. Inilah hadiah pertama untuk hari jadi PM yang bakal tiba.. terima kasih. oh ya. anda mungkin tertanya tanya siapa pemberian siapa? Terima kasih lagi sekali.
My Dear FY
Ps: Mungkin ada yang terima hadiah yang sama. tapi pedulik apa. dia hantar kat PM. mekasih dear. ha klik link atas ni kalau nak gi blog dia.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Peminat Fatin Liyana? rapatkah PM dengan Ben Ashaari?

Hai pembaca blog PM, Kenal Fatin Liyana? kenal Ben Ashaari? Bukan PM cuba menumpang populariti diorang ni tapi entri ni betul betul ada kaitan dengan mereka berdua. Sekarang sudah 6 bulan setengah PM dalam dunia blogging ni banyak blogger yang PM kenal dan mereka berdua ni merupakan blogger terawal yang PM gelarkan popular sebelum ramai lagi blogger blogger popular yang lain PM kenali.
Nah besar punya gambar PM letak, comel kan? sapa tak mahu kenal ngan Fatin Liyana, ramai kot nak kenal. Tambahan dia pun sebaya PM. OK berbalik kepada isu, kenapa dua blogger ni menjadi sebutan PM hari ni? tadi sedang sibuk godek gode entri lama tiba tiba terklik pada link Ben Ashaari dan PM dengan senang hati PM klik link entri tu. eh korang tak tahu erk PM ngan Ben ni kawan baik. haha #bila entah. perasan je lebih. Tapi header blog PM pernah dipilih oleh Ben. PM perhatikan komen untuk entri tu. Salah satu nya tertulis seperti ini.


seperti sedia maklum, blog PM diwujudkan pada 13 April 2011, dan tempoh masa untuk komen tu hanya la sebulan lebih selepas blog ini diwujudkan. Tapi tengok kenyataan komen tu. "Mr Ben, Pendamba ni ke yang suka sangat kat Fatin Liyana tu ke? " Waw ada orang tanya kat  Ben Ashaari tentang PM. haha . Nantikan jugak jawapan Ben untuk soalan tu, tapi takde. ahaha.


Tapi baru sebulan berjinak dalam dunia blog , cam ner dia tahu PM ni suka gila kat Fatin Liyana ni? mungkin disebabkan entri Luahan Untuk Awak atau, entri Cinta 4 segi yang menarik kehadiran Fatin Liyana yang mengaku dia malas dan Yuyu zulaika yang nak pilih PM sebagai calon kekasih dia. Tak percaya? boleh klik link tu.


Apa apa pun secara jujurnya blogger yang pandai buat entri yang dapat menarik perhatian PM untuk membaca memang akan menjadi tempat persinggahan PM. sekarang da setengah tahun PM bersama blog ni.alhamdulillah hasil usaha dan cara blogging PM mendatang kan hasil ada yang dapat terima blog ni walaupun PM ni hanyalah blogger picisan. sekian .mekasih sudi baca entri ni.sudi sudikan untuk komen.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ieyza Afieyna realiti bukan lagi fantasi

Hai semua, kali ni PM nak cerita tentang perasaan rindu. PM sedar kita tak dapat menghalang perasaan ni. walaupun sekuat mana kita, sehebat mana kita, secekal mana ,rindu akan tetap datang bertamu di lubuk kecil ruang hati kita yang suci ini. kata orang putih kalau kita rindu seseorang tiba tiba dia muncul,
For every word you say, another piece of my heart you take
Lebih kurang cam tu la. Setiap bait dari nya akan membuat kita semakin teringat pada dirinya. Kenapa tiba tiba berbicara soal rindu? sebab PM tahu ada orang ngah rindu PM ni. Baru setengah malam tak online mencari dia siap buat entri lagi.bukti?ada jangan risau setiap bait dari PM pasti ada bukti.
ha da terang lagi bersuluh,walaupun tak ditulis RINDU, tapi kul 2.20 pagi mencari PM maknanya tengah rindu la tuh. ha senang je tanggapan PM ni.ahaha. siap entri lagi.

klik untuk ke entri tersebut
ha bukti. fake lover dia adalah PM. Siap frust lagi tu. Ha cam ner ni?PM bukan artis?oh silap la dia ni. haha..  Jom be my real lover. haha. Dia siap jeles lagi dengan seseorang.
klik untuk ke entri tersebut
It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason! 
ha kenapa tetiba keluar ayat ni?entah PM pun tak tahu, haha apa apa pun PM nak promote blog kekasih PM ni
Ieyza Afieyna
P/s : mungkin ieyza ley tanya Fake love min hoo ni
ha jangan lupa lawat blog ini. PM atuk Dia nenek kepada atuk.
Nenek

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kau Miliki Hatiku Ini

Hai pembaca blog pendamba mawar, kali ni pendamba nak berbicara mengenai gadis, perempuan, wanita yang menjadi pilihan hati pendamba. Ya pendamba juga insan yang serba kekurangan tapi tak salah jika pendamba memasang angan angan. Pendamba akan senaraikan apa kritiria yang pendamba inginkan untuk bakal teman hidup pendamba.
Pendamba berharap 'awak' dapat memenuhi apa yang pendamba impikan. Dan pendamba cuba penuhi apa yang 'awak' impikan.
Manja
Pendamba suka seorang gadis yang manja bukan mengada ngada. Manja pada pendamba bukan pada insan lain. Dari manja kita dapat lihat kelembutan seseorang. 
Bertudung atau 'freehair'
Pendamba bukan jenis yang memilih dalam soal bertudung atau tidak untuk menjadi pasangan pendamba. Tapi ini sebelum menjadi milik pendamba yang sah, bila 'awak' dah sah menjadi milik pendamba, pendamba tadahkan harapan 100% kepada anda untuk kekal bertudung dan menutup aurat.
Boleh memasak atau tidak
Pendamba inginkan seorang permaisuri hati yang boleh memasak, pendamba tak cerewet dalam makanan, jadi awak tak perlu risau nak masak apa pun. Selagi itu air tangan 'awak' pendamba akan menjamah nya tanpa alasan. Jika awak tak pandai nak memasak, tak perlu risau, pendamba akan sentiasa bantu anda di dapur. Pendamba akan tolong awak masak.
Kaki Fesyen
Pendamba harap sangat awak pandai dalam berfesyen, pendamba tak mahu permaisuri hati pendamba hanyut dalam arus fesyen yang mengalir deras seperti air. Pendamba nak sangat tengok anda pakai pakaian yang tak mencolok mata, tutup la mana bahagian yang perlu ditutup. 
Kaki cermin
Pendamba harap awak juga suka melihat cermin, ya pendamba maksudkan cermin diri sendiri, siapa kita, apa kelebihan kita, apa pula kekurangan kita. supaya kita sedar diri kita yang sebenar, tidak sombong dan riak.
Hormat orang tua
Ni la salah satu pilihan yang buat pendamba padam awak dari menjadi permaisuri hati pendamba, pendamba nak sangat awak seorang yang menghormati orang tua,ibu bapa awak dan ibu bapa pendamba. Tanpa mereka siapalah kita. Jika sudi biarlah kita bawa orang tua kita hidup bersama sama kita.
Minat pada budak
'Comel nye budak tu' itu pandangan pertama anda jika melihat seorang budak. kan bagus  senang la nanti kita nak menjaga zuriat kita nanti. Takde la kita nak susah payah upah pembantu rumah untuk semua itu. itu kan anugerah Allah kepada kita, jadi kita harus la bertanggungjawab untuknya.
Terima seadanya
Pendamba akan terima awak seadanya ,jika awak ada kekurangan pendamba akan cuba tutup kekurangan tu dan pendamba juga berharap awak juga mampu lakukan perkara yang sama buat pendamba.  Pendamba seorang yang ramah dengan orang lain, tapi hati pendamba masih kukuh terpahat erti kesetiaan . Jadi pendamba berharap awak mampu percayakan pendamba juga.
Agama
Ni kritiria paling penting buat awak, agama adalah segala galanya. Pendamba berharap sangat awak mampu jadi makmum pendamba. Pendamba nak sangat awak cium tangan pendamba selepas kita solat berjemaah. dan pendamba harap awak mampu hadiahkan pendamba dengan surah Al Fatihah, Yassin serta bacaan ayat ayat suci Al Quran jika ditakdirkan pendamba pergi dahulu daripada awak.
Itu lah senarai yang pendamba impikan, memilih sangat pendamba ni? pendamba akan terima siapa jodoh pendamba. Tapi pendamba akan doakan semoga Allah memperkenankan jodoh buat 'kita'. Sekian


P/s: Kenapa tetiba tulis pasal ni?idea ni muncul selepas 'awak' call saya .terima kasih ,saya hargai.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kau Ingin Lafazkan



Ini yang pendamba ingin lafazkan pada dirinya. Percayalah diri pendamba ini


Actually after our first meeting
Saying I like you
Isn’t something easy for me

If I don’t contact you first
I’m afraid of missing you
I type out the text, hesitate a bit, then delete it again
I keep repeating this process over and over

If my love for you gets any deeper
It will only result in getting hurting
My fears are filling my mind
This is the truth

Praying with all my heart, the person I’m yearning for
I believe that person is you

Woo… I’m in love
Woo… I’ll fall in love
Never feel any more fear
As long as I’m with you
The world is so beautiful

I thought I’m never gonna fall in love
But I’m in love, cause I wanna love you baby

Actually from the first time I met you
Somewhere deep in my heart
You crashed in like a strong wave
You’re the only thing in my mind all day
I can be your good lover
Wanna be your four-leafed clover
It feels like I’ve become the happiest woman in the world

Please you gotta believe me
Make you never gonna leave me
I won’t be suspicious, I’ll trust you

Ahhh… I’m in love
Ahhh… I’ll fall in love
Never feel any more fear
As long as I’m with you
The world is so beautiful

Woo… I’m in love (I’m so deep in love)
Woo… I’ll fall in love
Never feel any more fear
As long as I’m with you
The world is so beautiful

You are so beautiful




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Missing Someone


Tak suka perasaan cam ni,
benar rindu itu anugerah
tapi menyiksakan
bagaimana untuk ku nyatakan rinduku padanya?
Adakah dia mengerti kerinduan ku ini 
bermaksud aku menyayangi dirinya

When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around, you might look around to find them.
At that moment, you are in love

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Rindu Cinta Padamu

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu


Waw! Rindu nya pada awak! ok apa sebenarnya rindu ni ea?

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu




Pendamba petik bait dari lagu Hijjaz, rindu itu anugerah dari Allah tapi kita seringkali menyalahgunakan nya. Walaupun Rindu ini anugerah tapi apa yang sering kita rasa bila kita sedang rindu pada seseorang? Tersiksa bukan? terutamanya bila seseorang yang kita rindui itu tiada di sisi kita.


Bila ada sayang mesti ada benci, bila ada kemesraan mesti ada pertelingkahan


Betul atau tidak mengenai bicara diatas? semasa perkenalan kita menjadi sahabat, kita sangat selesa tanpa masalah tanpa perselisihan faham. kita rasa kita boleh menjadi pasangan yang sempurna. Tapi bila satu hubungan cinta mula terjalin. Ini kebanyakkan yang terjadi. Jangan dinafikan bicara pendamba kerana ini perkara benar. Kenapa terjadinya perkara seperti ini? adakah daripada KERINDUAN juga?


Bila berbicara mengenai cinta, Kenapa seringkali dikaitkan dengan hati? pendamba juga menjadi bingung kenapa bila cinta seringkali dikaitkan dengan hati. Ada apa cinta dengan hati? Cinta hadir di hati ,benar tapi kenapa ia mampu terpahat di hati? sebenarnya cinta adalah akal fikiran kita. Akal yang mengarahkan cinta berada di hati. Sebab tu bila kita gagal dalam bercinta hati yang sering terluka kerana kita leka untuk mengawal dengan akal kita mengenai sesuatu yang kita pahatkan dihati .


Siapa tak pernah rindu? atau tak tahu macam mana nak rindu?meh la ajarkan pendamba caranya. Pendamba malu untuk menyatakan rindu kerana pendamba sedar siapa diri pendamba. Tapi pendamba selitkan kerinduan pendamba dalam gurauan agar dia dapat menerima secara perlahan lahan rindu yang tersembunyi di dasar hati.


Ok la pendamba sebenarnya tak pandai dalam soal cinta tapi pendamba minat untuk berbicara soal cinta.haha. amacam?pengakuan ikhlas tak.haha..dan pendamba mintak maaf buat seseorang kerana pendamba buat dia sedih.




Tengok! pendamba buat seseorang sedih, awek plak tu.Bersalah pulak rasa diri ini.kihkih.. ada lagi ke sesiapa yang sedih , kecik hati ke, frust ke cam buah hati(#bila masa plak jadi buah hati?) pendamba ni? hehe.. meh ngaku cepat.


maafkan jika entri pendamba tiada kualiti, pendamba hanya berminat untuk berkongsi apa yang pendamba nak kongsikan dengan anda..sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Thinking



Thinking thinking and keep thinking.. what will happen to me??
Jangan spesifikkan ini soal cinta pada manusia ok.
Pendamba cuma terdetik hati nak menulis benda ni bila pendamba termenung sorang sorang. 
BUKAN TAK SETIA..
aka
KELEKAAN DAN KELALAIAN


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Laksa Penang dan Diet



Hai pembaca blog pendamba mawar, hari ni pendamba sedih oooo. Semua kerana laksa, laksa dan laksa. Kesedihan ni da sampai tahap cam kematian isteri dah ni. haha. bermula nya kisah pendamba bangun je tido pagi tadi, sarapan roti sekeping. ok la tahan la lagi . Masuk tengahari ma tak berapa sihat jadi tak masak tengahari, telan lagi sekeping roti buat alas perut.


Da masuk waktu lepas asar tiba tiba berangan macam duk kat peneng, balik kelas perkena laksa dulu. best ooo laksa kat peneng sumpah tak tipu. tapi pendamba tak main la LAKSA SHACK main laksa tepi jalan je. nama pun pelajar harus la jimat kan?




Tapi pendamba terlupa satu perkara, pendamba sekarang bukan warganegeri peneng lagi, pendamba da jadi anak jati terengganu, dalam mood membuak buak nak menelan laksa peneng, pendamba pun mencari port port yang biasa makan laksa peneng. dekat dekat umah je malas nak pi bandar jauh sangat tu.


Masuk kedai pertama, " laksa ada pakcik?" tanya pendamba, "ada,duduklah" .. selang 3 minit, dik laksa ada kuah nya da habis. dalam hati pendamba ni, haih nak melawak ke pakcik ni ngan aku. ' ok la pendamba terus mintak izin g kedai lain. singgah kedai kedua, 'dik nak makan apa?' , tanya akak kedai tu. ' laksa ada kak?' jawab pendamba, 'ada' ,kejap ye. da gembira akhirnya dapat gak pendamba melepaskan sangap pendamba ni. Tiba tiba " dik laksa da habis la" omo! ok la kak. pendamba terus bla.




Hati sangat kecewa tak dapat makan laksa, harapan terakhir pendamba kat sebuah kedai, pendamba terus menuju ke sana dengan harapan yang positif. sampai je depan kedai tu . pendamba tersenyum kegirangan. kerana ada tulisan menyatakan " Minta maaf kedai kami ditutup untuk hari ini" . owh sangat 'gembira pendamba membaca tulisan itu.


P/s: masih mengidam nak makan laksa ni.sedih sedih. agak agak law pendamba tulis macam ni setiap hari dapat ke UV 100? haha. saja la tu nak suruh pendamba diet kan?tak bagi makan laksa.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Group Blogger Menyampah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai pembaca blog pendambamawar yang dikasihi, entri kali ni izinkan pendamba menyentuh satu perkara berkaitan GROUP BLOGGER,  terlebih dahulu pendamba minta maaf buat semua admin group blogger yang pendamba join. bukan pendamba nak burukkan anda tapi entri kali ni sekadar pandangan dan teguran buat semua ahli group.


Seperti kita tahu seorang blogger tak kan dapat kekal lama dalam dunia blog jika tidak mendapat sambutan daripada orang lain, betul ke? haruslah betul kerana UV datang dari mana? Pageview datang dari mana?Komen datang dari mana? tentu sekali dari pengunjung. Jadi macam mana nak tarik pengunjung? 




Tapi! bukan ini isu yang pendamba ingin utarakan, sebenarnya isu komen dalam post di group blogger. Seperti kita sedar ramai kaki spamming dalam group blogger. tak kurang juga ahli yang suka tinggalkan link di ruangan komen supaya dilawati. tapi tidak melawati. baik lah pendamba akan terangkan, sebenarnya pendamba tak berapa gemar terhadap ahli yang suka tinggalkan link mereka di post yang kita kongsikan. kenapa? sebab mereka tak pernah masuk pun blog kita. sekadar meninggalkan link dan senyap.


Pendamba tahu anda tinggalkan link untuk orang masuk dan follow, pendamba tak kisah dengan cara itu. Tapi yang buat pendamba mula 'anti' pada nama anda dan blog anda bila tiada lawatan balas yang dilakukan. ok untung sebelah pihak diamalkan. sangat bagus, bagaimana anda nak menjadi blogger yang mempunyai pembaca jika anda melakukan perkara sedemikian rupa?


Perbuatan cam ni bagi pendamba sangat sangat 'mengarut', dan pendamba harap la, law anda betul mahukan peembaca. apa salahnya ada masuk blog yang di kongsikan dalam post group blogger anda komen atau tinggalkan kan jejak.apa salahnya? Ya anda masih memilih. hanya masuk pada blogger yang anda kenal. Macam ni ke anda nak maju jika ini pendirian yang anda amalkan dalam dunia blog. 


Maafkan pendamba atas keterlanjuran entri ini. Tapi pendamba tak suka bila anda buat tak tahu terhadap pengunjung blog anda. Macam mana orang nak hormat anda jika anda sendiri tidak hormat pada orang lain.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pelacur Esklusif Sahaja PES

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai pembaca blog pendamba mawar, kita nak berbicara soal PES, memang salah satu ketagihan pendamba. Pantang ada masa terluang memang PES menjadi tumpuan pendamba. nak kata sangap tu takde la sangat, tapi bila asyik melayan memang best. Anda jangan la jadi cam pendamba yang gila kan PES ni ya. takut banyak masa anda akan terbuang buat aktiviti tak berfaedah cam ni.


setiap dari kita mempunyai nafsu muda yang sukar dibendung jadi apakah daya pendamba untuk menewaskan nafsu yang sedang rancak bergelora, yang mampu pendamba lakukan hanya lah mengurangkan aktiviti ini kerana tak mahu banyak masa pendamba terbuang dengan aktiviti yang tidak seberapa memberikan faedah ini. 
PRO EVOLUTION SOCCER 2011 ( PES)
ni la PES yang pendamba maksudkan, pendamba memang gila gila la main game ni faveret pendamba ni. jangan fikir bukan bukan ya.haha. game berkonsepkan bola sepak memang menjadi pilihan pendamba untuk diistall dalam lappy pendamba. pendamba tak nak cakap banyak tengok la screenshot dibawah.




sekian.sebarang aduan dan kritikan sila kemukakan diruangan komen.terima kasih

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kekurangan Diri Ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Haih(mengeluh) kenapa la dengan aku ni, nak beli benda yang aku suka tak dapat. haih(mengeluh lagi) kenapa la aku ni tak hensem/cantik, kenapa la takde orang nak kawan ngan aku.
Biasa dengan keluhan?rintihan? oh hindarkan diri anda dengan semua ni. Bicara pendamba kali ni mengenai kekurangan yang patut kita hargai dan kita manfaatkan. Seringkali kita mengeluh atas apa yang kita tak dapat buat ,apa yang kita tak dapat miliki. Cuba ambil masa sejenak, fikir apa yang kita impikan? bagi remaja apa yang anda impikan? salah satu yang bermain di fikiran anda adalah fon canggih, kereta, laptop, kekasih dan material material yang agak tinggi harganya. tapi! pernah tak kita berfikir insan yang serba kekurangan? tak mampu nak memiliki sebuah hanfon sedangkan kita hanfon hampir setiap tahun hendak bertukar. bab fesyen berapa ramai insan yang tak mampu membeli pakaian? tapi kita? hampir setiap minggu membeli belah. fikir tentang ini seketika.
alahai aku tak hensem/cantik. Tapi pernah tak kita bersyukur kerana diberi peluang mendengar?berbicara?melihat? Jika anda merasakan anda tidak sempurna yakin la anda masih lagi beruntung daripada insan yang lebih bernasih malang dari anda. Bukan pendamba menghina mereka yang serba kekurangan. Tapi pendamba nak anda sedar bahawa apa yang anda miliki sekarang adalah lebih baik dari insan lain.
kenapa blog aku takde orang nak masuk? kenapa follower dia ramai? kenapa blog dia cantik?kenapa entri dia ramai komen?#jeles. 
Biasa?rintihan diri sendiri bila masuk blog blogger lain? kali ni kita beralih kepada isu blogger, perkara diatas biasa berlaku dalam diri kita sendiri sebagai seorang blogger terutama yang masih baru dalam dunia blog. persoalan pertama.
Kenapa takde orang nak masuk blog kita?
Pada pendapat anda kenapa takde orang nak masuk blog kita? kita lihat pada 'pandangan pertama' bloger masuk blogger lain melakukan 'blogwalking' di blog kita, adakah blog kita sudah cukup kemas? sudah cukup menarik? fikir balik adakah citarasa orang lain sama seperti kita? Jika anda betul betul membuat blog untuk berkongsi dengan blogger lain. Cuba anda kaji serba sedikit mengenai 'gelagat pengguna' apa yang mereka nak bila masuk blog? kemas, laju loading, tidak diganggu dengan muzik yang bising dan tidak membaca penulisan yang berbentuk personal dan mempunyai ayat gedik. Jadi apa yang anda harus lakukan? senang, anda fikir mengenai gelagat pengguna ya. apa mereka nak. 'Pelawat adalah Permaisuri' Jadi jaga lah mereka sebaik baiknya.
Kenapa follower dia ramai?
Isu follower , anda rasa kenapa blog mereka ramai follower? sedangkan mereka tak mengamalkan 'i follow and u follow me back' . Apa yang anda fikirkan? mestilah kerana entri mereka , betul tak?  Jadi jika anda ingin memperolehi follower anda haruslah mencari point point menarik untuk dijadikan entri. Tentang isu 'follow mollow' ni pendamba tak nak menunding jari kepada sesiapa kerana pendamba juga amalkan cara ini dulu, sangat best bila follower meningkat. Kita akan dapat semangat untuk terus berada dalam dunia blog. Tapi lama kelamaan anda sendiri akan fikir apa kekurangan jika amalkan follow mollow ni. Pendamba tak kan menghalang sesiapa yang nak main follow mollow ngan pendamba. Tapi anda harus ingat kualiti blog anda harus dijaga selari dengan follower.
Kenapa Blog dia Cantik?
Ni perkara yang paling banyak pendamba merungut, kenapa blog dia cantik? kenapa blog pendamba tak cantik cam dia. ok pendamba nak ingatkan anda satu perkara kepada anda yang ingin mencantikkan blog. Jangan terlalu banyak widget yang merapu. dan paling penting jangan anda busuk hati pada owner blog yang mempunyai blog yang cantik tapi usaha macam mana nak dapatkan blog yang cantik macam mereka. bagaimana penat lelah mereka ngadapa coding untuk dapatkan blog yang mereka idamkan. Jangan pernah bersangka buruk pada blogger kerana kita tak tahu kelak kita akan memerlukan bantuan dari mereka. Nak cantikkan blog? anda rajin la google. Jangan mengharapkan orang datang menyuap anda. yakin anda mampu lakukan.percaya diri anda 


Pendamba berharap entri kali ni dapat membantu anda semua. yakin pada diri anda. jika anda melihat blogger lain berjaya, jangan fikir dia senang untuk berjaya tapi fikir la berapa banyak halangan yang telah dia berjaya tempuhi untuk berjaya. Anda fikir anda serba kekurangan?Pasti anda ada kelebihan yang anda mampu manfaatkan.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bukan Aku Benci, Tapi Aku Tak Suka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Selamat pagi pembaca blog pendamba mawar, pagi ni pendamba akan berbicara mengenai tiga perkara. pendamba boleh je nak asingkan jadikan tiga entri untuk upkan 'pageview' tapi biarlah tak kejar pun. Jadi izinkan pendamba mengutarakan tiga perkara yang pendamba pikir sangat 'annoying'.




Bicara pertama pendamba mengenai isu cukai topup, pendamba tak tahu nak terang lebih lanjut mengenai ni kerana dah terlalu ramai blogger lain menulis tentang isu ini. 6% cukai dikenakan? 1% je bertambah. jadi apa yang korang susah sangat? sebelum ni cukai kan 5% tak tahu ke? dan! yang paling penting, jika cukai ni berkuatkuasa anda fikir orang tak beli ke? sekarang ni Topup,sim card, talefon bimbit dan menjadi 'keperluan'. Jadi tak perlu la nak tulis merapu dalam blog cuba nak dapatkan kembali cukai 6% tu. ala 60sen je pun. ni la perkara pertama yang pendamba tak suka. komplen semua anak melayu. siap ada fan page nak mansuhkan cukai. Anda buat tindakan yang ' kurang bijak' .


Hal ini pendamba cuma ingin menulis sedikit kerana pendamba tak berminat nak hentam blogger, pendamba tak suka hal ni berlaku dalam blogging. Blogger A hentam Blogger B,C dan D , pastu muncul blogger E hentam A . kecoh bergaduh. TIba tiba wujud blogger F tulis sal A dan E . anda fikir perkara cam ni berlanjutan sampai mana? tak kan habis ok. Jadi pendamba harap takde da isu ni dalam blogging. Bukan pendamba jaga tepi kain orang tapi pendamba segan jugak la tengok korang blogger ramai follower apa la persepsi mereka pada ANDA?? fikirlah balik ya.


Dan bicara terakhir untuk entri ni mengenai..


WELCOME IMAGE
Ramai blogger guna widget ni, ala gambar yang klik Enter pastu baru masuk blog tu. soalan pertama pendamba, korang sedar tak widget ni menggangu? setiap kali refresh kena klik welcome image tu. sama la fungsi cam welcome pop up massage yang ramai blogger tak suka tu. hati hati sebelum memasang sesuatu widget. bukan pendamba jeles. Tapi susahkan orang nak masuk blog anda. Persoalan kedua, anda sedar tak jika anda da pasang widget ni anda tak boleh nak delete balik? Jadi anda da buat backup ke? law belum maaflah memang tak dapat nak remove widget ni. jika da buat backup alhamdulillah anda masih pulihkan blog seperti asal. nak bukti?


daripada Lyssa.. maaf tak buat backlink. 3 isu pendamba utarakan.harap dapat ambil isi penting yang pendamba cuba sampaikan.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hanya Ingin Kau Tahu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai salam perkenalan dari pendamba, yang pertamanya pendamba rasa gembira sebab pagi pagi buta online tengok tengok orang wat entri penghargaan kat pendamba. melompat kegembiraan pendamba.ahaks.. 
satu je ayat yang buat pendamba termenung untuk seketika.
Tapi dengar2 beliau sekarang sedang di usha oleh seseorang..so gadis2 malaya jangan frust ye.
Baiklah pagi ni pendamba sebenarnya nak berbicara sedikit mengenai soal Cinta. Bilakah kita ni betul betul dapat menerima cinta. dan bagaimana pula kita nak tahu bahawa cinta sejati yang kita cari telah muncul dalam hidup kita. Kekecewaan penghalang kita menemui cinta yang lain? layan lagu ni ea. 


Benarkah kekecewaan dalam percintaan menghalang kita dari terus untuk membuka pintu hati untuk menerima cinta yang lain? mungkin sesetengah akan kata susah sangat untuk bukak lagi sekali dan ada pula kata mungkin masa yang akan menentukan.

Bagi pendamba biarlah masa yang menentukan sesukar mana kenyataan yang harus kita terima,kita tetap kena teruskan hidup ini sebab bukankah kita diajar untuk terus berusaha sehingga detik nadi kita yang terakhir. Usaha la, ikhlas dalam usaha pendamba yakin akan dapat kemanisan diatas keikhlasan anda.

pada pendapat anda?wajarkah kegagalan yang pernah dilalui menjadi batu penghalang? itu persoalan yang pendamba tinggalkan untuk anda.sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Mood Ok

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah,nampaknya masalah semalam da ok. maaf buat semua yang masuk blog ni. pendamba akan terjah blog anda secepat mungkin. dan pada yang support pendamba semalam terima kasih ye. pendamba hargai komen anda semua.


kenapa ley down sampai cam tu? ni pertama kali jadi cam tu.pendamba takut IP pendamba dibanned sebenarnya..ok la pendamba masih not in mood lagi untuk menulis sebenarnya kerana kurang sihat..apa apa pun pendamba akan berada di teratak anda dalam tempoh masa yang singkat




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD