PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Showing posts with label madah cinta. Show all posts
Showing posts with label madah cinta. Show all posts

Kenangan Cintamu

Pada kedinginan petang yang indah. 



kelihatan seorang jejaka sedang menanti puteri impian nya,


Beliau masih setia menanti, hatinya yang leka menunggu menanti kehadiran puteri idamannya menyebabkan dia terleka dengan kehadiran puterinya itu


Hatinya yang berisi cinta dan kasih sayang dibawa kepada ku



Kenangan suka duka kami lalui bersama


kami bergurau, bergelak tawa bersama


Tapi itu tak kekal lama, bila jejaka itu terpaksa mengundurkan diri dari perhubungan mereka atas permintaan ibu bapa puterinya itu


itu lah kali terakhir pertemuan mereka dan itu la pengakhiran perhubungan mereka


Hanya kesunyian dan kesedihan yang dialami puterinya tanpa mengetahui sebab sebenar puhubungan yang terpasa diputuskan


Hanya kenangan yang menjadi memori yang takkan terpadam dalam ingatan mereka berdua


Buatmu ku ukirkan kata cintaku,

pertemuan dengan mu 
telah menerikan seluruh hidupku
kau terangi kelam laluku
kau cipta sebuah kebahagiaan baru
aku 
hanya mampu tersenyum
tatkala ibu bapamu tidak merestui ku
mereka lebih tahu dari ku
dalam menetapkan jodoh buatmu
maafkan aku untuk pengunduran ini
aku tetap mengimpikan dirimu
kau tetap puteriku
usah kau tangiskan pengundurankan
kerana itu tidak menjanjikan
kepulangan ku kembali
jadilah seorang isteri yang mampu
menggembirakan hati seorang suami.
sekian

p/s : tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati. betul ke tipu ni? nilai la sendiri..hehe. #rekaan semata mata..erk..haha
ok lelaki tu PM....



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hanya Kamu


Lirik lagu dan PM memang tak dapat dipisahkan, PM minat lagu tu kerana liriknya bukan kerana penyanyinya. KAdang kadang liriknya sama seperti yang terbuku di hati ini. Jadi kenapa PM berkongsi lirik ini dengan anda kali ini.

Lagu yang berentak slow cam ni memang mempunyai lirik lirik yang mendalam, lagu apa? PM biarkan anda sendiri mencari lagu dan penyanyinya.

Shining right before our eyes,
The glittering sunset
Inside my chest, a profound love
Like nothing I have ever felt before

If I say to myself that I'm fine on my own,
I'm telling a lie

I've been passing time like this, but from now on,
You're the only one I'll never part from

Time and time again
I'll send it to you, what you're looking for
All your hesitation will melt away,
Let's live and FOREVER LOVE

With shadows inching closer on a steep path,
The feel of your clasped hand

It seemed like that gently, tenderly
Erased the pain

What kind of a future are you painting?
The image of your young self

Finding the first star of the evening
Now, I'll give it to you

Time and time again I'll sing for you,
My precious one
The single most undeniable
Treasure in this world, BELIEVE IN LOVE
You're the only love forever

No matter when
I'm confident that I'll protect you forever
The thorns stuck deep within your heart
If they're pulled out, I'll hold you close
An endless dream

Time and time again I'll grant it for you,
Everything that you wish for
The single most undeniable brilliance in this world,
BELIEVE IN LOVE

Time and time again I'll give it to you,
What you're looking for
All your hesitation will melt away
And let's live, together

You're the only love forever


FOREVER LOVE mudah ke untuk mendapatkan nya? tapi sesukar mana itu bukan penghalang untuk kita bukan? 

Mendambakan seseorang tidak salah, tapi kita harus persiapkan hati kita untuk menerima sebarang kemungkinan jika perasaan kita tidak dapat diterima oleh nya. Percintaan sangat indah bila dua hati bertemu dan berkembang membina impian. Jika hati itu dilukai seseorang usahlah berharap dia juga yang akan merawat luka itu, tapi cari lah seseorang yang menggembirakan hati anda. Insyallah hati dan perasaan itu akan kembali mekar. sekian.


What do you think about my new header?

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Persahabatan sebuah Percintaan

Hai pembaca blog PM maaf lama tak update, internet bermasalah. Kali ni PM nak kongsikan satu lirik lagu yang menarik hati PM. Jangan tanya kenapa. Sebab PM sendiri tak tahu kenapa. mungkin kerana hati dan perasaan yang buatkan PM tertarik dengan lirik lagu ni.
It's been a while
since my heart has been changing,
since I've been dealing with it lonesome..
every time you came back,
I hated the guy that made you cry

I'd rather protect you,
although I don't know if it will make it better...
This time I'll hold you and love you
is what I thought

Baby, come to me now
And be my lady
I've watched you for too long
I stood there with no words,
hiding my pitiful heart.

As a friend, to remain as friends,
I had to push the confessions down my throat
But now I'll confess to you,
I love you...

You hold my hand and tell me you only have me
Keeping me as a friend,
you say it's a blessing
Whenever you say let's never change,
I had to push my feelings down

It might be best if I protect you,
not knowing if it will be better
I kept hearing it but I kept cool
I was too scared to lose you, but...

Baby (Baby) Come to me now (Come to me)
And be my lady (lady)
I've watched you for too long
I stood there with no words,
hiding my pitiful heart (No)

Mampukah sebuah persahabatan menjadi sebuah percintaan. Atau terpaksa sembunyikan perasaan demi sebuah persahabatan. Dari sebuah persahabatan kita mengenali diri masing masing lalu kita aplikasikan kemesraan itu kedalam perhubungan yang lebih serius . Walaupun tidak secara menyeluruh kita mengenali diri seseorang melalui persahabatan tapi saya yakin kita sudah mengetahui tingkah laku teman kita. 
Sebuah percintaan tidak memerlukan sebuah perkenalan yang lama untuk mekar disekeping hati yang telah lama mendambakan nya. Tapi yang menjadi masalah bila percintaan itu tidak dihiasi dengan kepercayaan ,kesetiaan,kejujuran dan juga keikhlasan.sekian
If love is the answer , can you please repeat the question?

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bila Kau Membuka Hatiku

Dalam sebuah perhubungan , terselit beberapa perasaan yang akan kekal melekat di hati kita, dalam percintaan kita mengenal apa itu erti kerinduan, apa itu makna cemburu, dan kadang kala kita mencari cari fahaman kesetiaan dan keikhlasan. Bila kita telah membuka pintu hati kita untuk seseorang kita perlu bersedia untuk menerima satu tugas baru dan beberapa perasaan baru yang telah dimuaturun di dasar hati kita.


I said i fell in love at first sight
i said i love you
i said we'll be together forever
i though they were just lines that appear in movie
but what should i do..?
i've become the main character in the movie

Bila kita jatuh cinta, secara automatiknya diri kita akan berubah. Berubah dari segi cara pemikiran kita. Jika dulu kita hanya memikirkan tentang kita, kita dan kita. Tapi kini bila hati kita telah terukir satu nama baru yang perlu kita jaga sebaik baiknya apa yang bakal bermain di benak fikiran kita hanya dia, dia dan dia.


Kadangkala apa yang tersebunyi di dasar hati insan yang kita sayangi dapat kita rasai melalui satu getaran cinta. Jika kita berhadapan dengan orang yang kita cintai, bagaimana untuk kita sedar bahawa kita telah jatuh cinta? Sukar untuk mengetahui tentang cinta dalam sekelip mata, kerana biasanya kita akan merasainya bila kita sudah kehilangan dirinya. Tapi percayalah jika benar dia adalah milikmu, engkau sendiri akan mengatahuinya. Ikhlas kan hatimu dalam menerima cinta.

My dear, 
i can hear everything
the sound of your heartbeat
if two hearts that are already apart grow futher apart
they will not trust each other anymore

i'm very curious
can i know how you came into my heart
i want to be in your heart too
i hope you have the same feelings..

Cinta hadir tanpa kita sedari, tapi kita pasti dapat merasainya memiliki sebuah percintaan adalah satu anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan manusia, lebih lagi bila kita dicintai oleh insan yang kita cintai. Itu adalah kenikmatan dan keindahan yang paling agung dalam hidup. Kita akan merasai apa itu nikmat kebahagiaan dan kegembiraan.Akhir kata dari PM, terimalah madah cinta terakhir dari PM,sekian.

Please don't forget the heart throbs you feel now
also,next time, even if we're just wishing for something small
even when we're both a little tired
please remember this feeling
and come back to this very moment
but i believe in you

p/s: maaf menggunakan bahasa bercampur baur english malay. Saja nak test english PM.hehe.. 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bicara Cinta

Hai pembaca blog PM kali ni izinkan PM untuk "berjiwang" boleh tak. PM tak pandai dalam soal madah madah cinta, kata romantik apatah lagi mengayat. Tapi jika berbicara soal hati dan perasaan PM yakin anda semua mampu untuk membicarakannya dalam selembar warkah mahupun sebuah novel. Bercakap soal cinta, pernah kah kita mengimpikan sebuah perhubungan yang sempurna? mesti kita semua inginkan pasangan yang terbaik dalam hidup kita kan? PM jua bergitu.


Tidak ku kejar kesempurnaan dirimu kerana aku akan menjadi pelengkap buat dirimu,
Tidak ku pandang kecantikkan rupa parasmu, kerana aku menatap apa kecantikkan isi hatimu,
Tidak ku peduli kekayaan hartamu , kerana ku menagihkan kekayaan akhlak dan peribadi mulia mu,
Tidak ku persoalkan kekurangan mu kerana aku bakal mengisi segala kelemahan dirimu,

Apa sebenarnya cinta? 
adakah ia sebuah perasaan kasih sayang seorang insan terhadap insan lain?
apa sebenarnya cinta?
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah 
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
apa sebenarnya cinta?
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. 
Apa itu cinta?
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Mudah berbicara dan menafsir mengenai cinta. Tapi PM masih persoalkan apa sebenarnya cinta?kenapa ia digelar cinta? PM sendiri masih bersama soalan itu.


Jika dia mengambil berat mengenai kita, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali bertanya keadaan kita, adakah itu cinta?
Jika dia sering menghubungi kita, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali berkongsi suka duka dengan kita, adakah itu cinta?
Jika kita tempat dia mengadu segala kesulitan,adakah itu cinta?
Jika dia seringkali menyebut nama kita ,adakah itu cinta?
Jika dia memanggilmu sayang, adakah itu cinta?
Jika dia seringkali merinduimu, adakah itu cinta?
Adakah dia menyintai PM? atau sekadar PM teman biasa seperti teman nya yang lain?
Suka duka kita kongsi bersama,
kesulitan dirimu akan cuba ku selesaikan
kesedihan dirimu akan cuba ku gembirakan
air mata darimu akan ku padamkan,
kesunyian dirimu akan ku ceriakan,

Adakah kita seringkali bermimpi di siang hari menggapai bintang yang belum pasti untuk kita  temui. Bicara soal cinta tidak akan pernah luput dalam hati seorang insan, siapa kita ,pasti kita akan mampu berbicara soal cinta.  Oh terlalu panjangkah bicara cinta kali ni? dah lama sebenarnya PM tak berbicara soal cinta. akhir kata dari pendamba
Menyintai dan dicintai adalah satu kenikmatan, menyintai tanpa dicintai adalah keindahan, dicintai tanpa menyintai adalah satu kerugian.

Buatmu ku titipkan sebuah doa, semoga impian ku menjadi kenyataan,

Tuhan dari setitis cintamu kau limpahkan serumpun cinta ini, cinta warisan adam dan hawa, cinta yang berputik di taman syurga tumbuh dan berbunga di taman dunia, naluri hati seorang lelaki yang bakal bergelar suami, mengimpikan seorang wanita solehah sebagai isteri merindukan pertemuan di pelamin keredhaan , sama berganding menuju keagungan sebuah rumahtangga bahagia bayangan syurga idaman. Kau yang ditakdirkan disuratan azali untuk hadir dalam hidup ini. Bukan permata yang ku janjikan sebagai mahar perkahwinan tapi sebuah cinta yang ku bina di dasar iman, sebuah kasih yang ku semai di taman islam, moga kau sudi menerimaku agar impian kasihku menjadi kenyataan kau dan aku segera dipertemukan

sekian.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hatiku dilukai duri Mawar

Tatkala hujan mencurah di tepian tingkap rumahku, hatiku juga terluka dihiris duri sekuntum mawar.  menjadi impian seorang pendamba memiliki sesuatu yang didambakan kan nya tapi ternyata impian nya kali ini terlalu besar untuk digalasi apatah lagi untuk digapai. Kecewa nya hati bila insan yang didamba mula berubah.


Saat ku tinggalkan dirimu untuk mencapai impian mu, kau mula berubah. sayangmu mula berpaling. cinta mu mula mencari arah baru rindu mu hilang dibawa angin kesepian oh Mawarku kenapa engkau berubah? tak cukupkan kasih sayangku, tak kukuhkah cintaku?tak setiakah pendirian ku memiliki dirimu. Atau kau sengaja mencuba menguji hatiku ini. agar engkau tahu betapa mulianya sayang yang ku semaikan di hatimu agar mekar menjadi kuntuman cinta yang bergitu indah.


Zul tu PM .tanya dia sendiri kenapa dia panggil zul. tengok hadiah lempang yang dia kirimkan. selepas berapa lama tak berbicara bersamanya. kenapa ini yang mawar hadiahkan pada PM. kenapa?
"fine la nak spent kat sini tak bagi kan zul!" nampak ? ada tekanan itonasi yang dibuat untuk ayat tu.maknanya tengah marah tu. Dah pandai marah PM sekarang. tapi PM suh berhenti sebab dia nak exam lusa fokus la pada buku. salah ke.?Tolong lah jelaskan semua ni mawar. kenapa mawar berubah tak seperti dulu lagi.adakah PM yang salah?Terimalah warkah terakhir PM untuk mawar,


Mawarku,
sesungguhnya engkau dilindungi oleh durimu,
kerna itu aku meminati dirimu,
tapi engkau lupa bahawa duri itu juga,
yang telah melukai hatiku,
izinkan aku membawa diriku,
kita putuskan perhubungan kita,
usah kau cari dimana akan ku pergi,
usah kau nanti kata maaf dariku lagi.
tak perlu lagi
perhubungan kita diuji sebergini,
aku sudah pasti dengan semua ini,
pengakhiran hubungan kita hanya sampai disini.
usah kau tangisi warkahku ini,
kerana hanya coretan untuk menambah isi 
diruangan blog ku yang sepi,
bila idea tidak bertandang ke mari,
ku mainkan kata blog yang ku hargai
bukan berniat untuk menipu pembaca blog ini,
tapi sekadar membuatkan kamu tersenyum sendiri
maafkan diri ini,
kerana entri yang kosong ini. 

P/s haha entri promote blog sebenarnya. Jangan salah faham antara kami berdua ok. dia sudah dimiliki.miahaha.klik mana mana gambar untuk ke blg beliau.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bahagia itu sempurna

Bila berbicara soal impian, pasti setiap orang mengimpikan kesempurnaan tak kira dari segi taraf hidup, perhubungan dan segalanyanya. Pasti impian yang diciptakan bergitu sempurna. Tanpa ada cacat celanya, dan kali PM akan berbicara mengenai kesempurnaan atau kebahagian dalam perhubungan. sama dalam perhubungan kita memerlukan kebahagiaan atau kita tetap mengejar kesempurnaan dalam perhubungan percintaan.
PM tertarik dengan satu dialog yang dilafazkan oleh Lisa Surihani dalam cerita Semerah Cinta Stilleto.
Apa yang awak rasa tak sempurna pasal diri awak, keluarga awak hidup awak itu la kesempurnaan untuk diri saya. Kesempurnaan dalam hidup tiada, yang wujud kebahagiaan.
Kadang kadang kita seringkali merasakan bahawa hidup kita serba kekurangan, kenapa tidak mendapat itu, tidak mendapat ini.Sentiasa mengeluh dengan kekurangan yang dimiliki. Tapi pernahkah kita meletakkan diri kita dalam keluarga yang lebih bernasib kurang baik dari kita?bila kita renung kehidupan insan lain yang kurang dari kita baru kita sedar betapa sempurnanya kehidupan kita sekarang. Bergitu juga soal cinta, kita sering mengeluh dengan kekasih kita , tapi kita lupa bahawa mereka telah berkorban untuk mengukir senyuman di wajah kita.


Dari mana nak cari kesempurnaan? memang kita takkan pernah mengecapi erti kesempurnaan kerana kita tahu tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Apa yang kita boleh lakukan adalah menggapai kebahagiaan, dari kebahagiaan kita sudah hampir pasti menemui apa itu kesempurnaan. Hidup ini seperti sebuah novel.setiap bab merupakan perjalanan hidup kita, kadang kadang kita senang dengan hidup kita dan kadang kadang bila kita berda di ruangan konflik kita akan diuji dengan pelbagai ujian, dan akhirnya kita akan menemui pengakhiran cerita kita. Tapi harus diingat setiap kenangan kita itu la kebahagiaan sebenar yang perlu kita rasai. 

Pernahkah anda berfikir tentang ayat, " Pahit manis kehidupan" kenapa tidak disebut sebagai "manis pahit kehidupan" cubalah dengar siapa siapa yang berbicara mengenai ini, PM pasti sebutan nya akan berbunyi "pahit manis kehidupan" bukan nya "manis pahit kehidupan" .Pernahkah kita persoalkan? PM tak rasa kita pernah mempersoalkan. kali ini biar PM terangkan, setiap perjalanan hidup kita, pasti diiringan dengan cabaran dan dugaan, pastinya itu merupakan kepahitan buat kita kerana kita seringkali tertekan,bersedih dengan setiap ujian yang diberikan. tapi kita lupa setiap cabaran dan dugaan yang kita alami pasti memberikan seribu keindahan dalam kehidupan kita nanti. Percaya lah Allah menjanjikan yang terbaik untuk makhluk ciptaan Nya. Cuma kita seringkali didatangi ujian kerana kita seringkali terleka untuk mengingati Nya dalam kehidupan seharian kita. 
Mengikut teori Maslow yang diperkenalkan oleh Abraham Maslow iaitu Bapa Perdagangan kita diajar bahawa keperluan manusia terbahagi kepada lima bahagian di mana bahagian kelima iaitu puncak keperluan manusia adalah kesempurnaan diri. dan untuk mencapainya kita perlu melalui empat elemen keperluan yang lain. Secara logik nya kita dapat melihat untuk mencapai kesempurnaan kita akan melalui pelbagai kesulitan dan cabaran sebelum kita berjaya mengecapi nya.

Keperluan kita yang pertama adalah dari segi psikologi iaitu keperluan asas dalam kehidupan. Pada tahap ini
kita diajar untuk memenuhi keperluan utama kita iaitu dari segi pakaian, makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Pada tahap paling asas kita telah diuji bagaiman untuk mendapatkan makanan?tempat tinggal diuji dengan kemampuan kita. Pada tahap dua kita diseru untuk memenuhi keperluan dari segi keselamatan iaitu perlindungan untuk menjaga kita, kerana pada tingkat ini kita telah diajar untuk berjaga jaga dengan dugaan dan ujian yang bakal dialami apabila kita telah memiliki keperluan asas.

pada tahap tiga dan empat kita memerlukan perhubungan, dan penghargaan ,pada tahap ini kita akan menemui erti kebahagiaan. Percaya atau tidak pada PM? cabar diri anda untuk mencapainya dan anda akan merasai nikmat pengorbanan anda dalam ujian yang dialami sebelum ni. Pada tahap terakhir kita akan merasa nikmat kesempurnaan dari kebahagiaan yang kita kecapi. Jika PM kaitkan teori ni kedalam perhubungan cinta. pada tahap pertama kita melalui proses perkenalan, pada tahap ni kita akan diuji dengan perlbagai ujian,kesetiaan,keikhlasan dan kejujuran. kemudia pada tahap kedua kita akan beralih kepada proses mengenal dengan lebih mendalam,iaitu berjumpa dengan keluarga masing masing.

Pada tahap tiga kita mendirikan sebuah ikatan sah iaitu perkahwinan di sini kita akan merasa nikmat kebahagian bergelar suami isteri yang sah, yang keempatpada tahap ini kita sudah memiliki cahaya mata. dan satu lagi kebahagiaan telah muncul dalam kehidupan kita. pada tahap kelima kita merasa sempurna dengan semua ni. setiap yang diimpikan menjadi kenyataan dan kebahagiaan itu memberikan kesemournaan.Nasihat PM usah dikejar kepada kesempurnaan tapi berusahalah untuk mengecapi kabahagiaan. sekian.

ps maaf jika entri ini membosankan. tapi jika anda faham apa yang PM cuba sampaikan insyaallah anda akan gembira membacanya. semua ayat diatas adalah hasil idea PM hanya dialog yang dicuri.hehe..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Janji Kekasih

Hai pembaca blog PM, kali ni PM nak cerita kan tentang kisah cinta PM boleh tak. mungkin disebabkan ini PM boleh bermadah dalam entri entri PM. Soal hati memang senang untuk dibicarakan berbanding melalui, kini PM da dapat lupakan dia selepas dia memilih untuk bertunang dengan orang lain.

hancur hati ini bila PM mendapat call dari dia memutuskan perhubungan kami, nekad untuk bertunang dengan insan lain. mungkin PM bukan jodoh buat dirinya, PM redha dengan kehilangan ini. Ma pun terkejut dengan berita pertunangan kekasih PM ni. Di bawah salah satu lagu yang pernah dia hadiahkan kepada PM , PM simpan lagu ni sebab PM percaya pada dia. Jom layan lagu ni seketika.


Bila PM kenangi kembali lirik lirik yang diungkapkan,
Mencari-cari ku mencari
Cari cinta yang hilang
Bermimpi-mimpi ku bermimpi
Mimpi engkau datang
Menangis-nangis ku menangis
Nangis oh kerana mu
Merintih-rintih ku merintih
Rintihan kesedihan
Kau teramat ku kasihi
Jika diselami ini rangkap pertama buat PM, semua ingatan dan fikiran hanya untuk diri PM. hanya PM kekasih hatinya, PM gembira bila mendengar rangkap pertama yang terbit dari dirinya. PM rasakan PM orang yang sangat bertuah kerana berjaya memiliki insan sepertinya.

Hanyalah kau kekasih ku
Tiada duanya
Aku sayang kepada mu
Sepenuh jiwaku
Kasihnya ku terhadapmu seharum kasturi
Tidak pernah aku curang
Kepadamu percayalah sayang ku
Aku cinta kepada mu
Engkaulah kekasihku
Kesetiaan, kasih sayang dan cinta nya buat diri PM, PM percaya kata kata manis nya kerana PM tekah dibuai erti pelayaran cinta yang mendalam.

Sungguh aku rindu
Rindu belaian mu
Diri kehausan cebisan kasih mu
Penawar resah ku
Sungguh aku pilu pilu keranamu
Pergi tanpa kata tersiksa batin ku
Sunggu aku sendu sendunya hati ku
Tapi aku mahu bersama dengan mu
Untuk selamanya
Rindu nya sentiasa bertandang dilubuk hati nya, hanya diri PM berada di hati nya. dan kami berjanji untuk bersama buat selamanya.
Sungguh aku rindu
Rindu kepada mu
Menjelmalah kasih merawat diri ku
Yang terluka dan sengsara
Merayu-rayu ku merayu
Rayu sesungguh hati
Menunggu tunggu ku menunggu
Engkau pasti kembali
Kasihanilah diri ku
Rangkap terakhir ni kerana PM pernah buat keputusan untuk berpisah dengan nya kerana desakan keluarga, tapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan hubungan kami kembali seperti biasa.
Tapi kenapa kini, perpisahan yang engkau pinta. kenapa? kenapa insan lain menajdi dambaanmu. apa apa mu, hadiah lagumu ini tetap menjadi simpanan dalam hati suci PM.selamat tinggal kekasihku.
P/s: Ni la bekas kekasih pm nama dia elly.. tapi selamat tinggal elly.. kau curang dengan PM.haha.. PM minat lagu kat atas tu sebenarnya.tapi cam bosan kalau post lagu jer.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta tak Kesampaian

Sejauh mana kesetiaan ku teruji? sejauh mana keikhlasan aku pada dirinya? sekuat mana sayang hati ini untuk dirinya. aku persoalkan pada diri. Bukan aku tak mahu hidup denganmu. Tapi aku cuba memahami situasi mu. Engkau sibuk di sana sedangkan aku pula jauh di sini. Ingin ku cipta perhubungan diantara kita tapi layakkah aku untuk menjadi penentu jalan buatmu? Keluh Zairul mengenangkan nasib nya.


Sedang leka menghayati malam yang dingin kedengaran bunyi talefon nya yang menghantar isyarat bahawa ada sekeping mesej baru telah diterima. malam ni Esya balik ke kampung. Esya nak jumpa irul esok. Zairul mengukirkan senyuman di bibirnya selepas membaca isi mesej tersebut yang dikirim oleh Esya gadis yang diimpikan olehnya sejak dulu lagi. Dalam senyuman , tiba tiba raut wajahnya berubah. "Mimpi apakah Esya mengajak ku berjumpa esok hari." Persoalan itu terus bermain di mindanya sehingga Zairul tertido.

Seawal jam 9pagi Zairul telah bersiap siap untuk menjemput Esya di rumah nya, zairul terus memandu Honda Civic miliknya ke rumah Esya. Selama 5minit dia menunggu di hadapan rumah esya sebelum gadis idaman nya muncul dihadapan nya dengan berpakaian baju t shirt, jeans dan bertudung. Zairul tersenyum melihat Esya. Esya terus menyapa Zairul, "awal jugak awak bangun ye. Jom kita ke pantai."  tanpa membuang masa zairul terus menuju ke pantai selama 20 minit di dalam kereta mereka berdua hanya bertanya khabar.


Sesampainya di laut mereka terus menuju ke sebatang pokok untuk berteduh dan menikmati keindahan pantai. Matahari mula meninggi, tapi dek hembusan angin yang membelai pipi mereka ,kehangatan itu tidak memberikan kesan terhadap mereka. "Zairul tahu kenapa esya ajak keluar?" tanya Esya. "tak" ringkas sahaja jawapan yang dijawab zairul. 

Kita da berkawan dari sekolah lagi, irul kenal esya. dan esya juga kenal irul. Esya nak kongsikan sesuatu yang gembira dengan Irul. Hati zairul mula gelisah. mungkin kesedihan buat dirinya. " Esya da ada kekasih dan kami akan bertunang hujung bulan ni" ujar Esya. Zairul memandang tepat kearah mata Esya. " tepat sangkaan ku, kegembiraan nya ada luka buat diriku. "keluh ziarul di dalam hati kecil nya. Tiba tiba Esya bersuara, "kenapa diam irul? irul tak gembira ke dengan semua ni?" esya mula bertanya selepas melihat raut wajah zairul yang mula berubah.

Zairul terdiam selama beberapa minit sebelum menjawab " Tahniah esya, akhirnya kawan saya ni bertemu jodoh jugak, tak macam irul ni" zairul cuba berjenaka walaupun hatinya sedang mengalami kehancuran. Selama 3 jam mereka berada di pantai sebelum Esya mengajak pulang kerana hari sudah menjelang tengah hari. mereka menuju pulang.Zairul menghantar Esya dan terus pulang ke rumahnya. sesampainya di rumah...

Zairul terus menuju ke biliknya, menuju di sudut biliknya tempat dia termenung dan mengingati kisah kisah lama, tiba tiba tanpa disedari air mata mula mengalir, kenapa semua ini terjadi padaku? kenapa bukan kami yang disatukan? kenapa? kenapa dan kenapa? semua perkara mula bermain di fikirannya. kesedihannya tak dapat disembunyikan lagi. Dia mencapai talefon nya dan terus menghatar sekeping mesej kepada Esya.


 "Tahniah Esya, Irul doakan jodoh esya dengan kekasih esya akan kekal berpanjangan sampai bila bila, maafkan irul sebab tadi tidak semesra dulu, kerana cuaca sangat terik, (bohongnya menyembunyikan perasaannya kepada esya, apa apa pun esya adalah kawan irul yang terbaik pernah irul miliki, leoas ni jangan mula lupa irul ya"

Selang lima minit tiba tiba talefon berbunyi, balasan masej daripada Esya " terima kasih irul, esya tak kan lupakan persahabatan kita. maafkan Esya jika esya melukai hati irul."

Selepas irul membaca mesej itu, baru dia sedar,persahabatan adalah yang abadi, percintaan hanya la persinggahan sementara buat kita. Jangan terlalu mengharap kelak kita yang kecewa, peristiwa ini telah membuka mata irul untuk mengenal apa itu perngorbanan dalam percintaan. Melepaskan orang yang kita sayang untuk insan yang mereka cintai adalah pengorbanan yang paling besar dalam soal percintaan. Harus diingat setiap percintaan dan pengharapan tidak menjanjikan sebarang keindahan untuk memiliki. Tapi pengorbanan dalam percintaan akan memberikan seribu kepuasan dalam perhubungan. sekian


ps cerita rekaan PM sendiri, maaf kalau tak best PM tak pandai sangat nak menulis tentang cerita.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ieyza Afieyna realiti bukan lagi fantasi

Hai semua, kali ni PM nak cerita tentang perasaan rindu. PM sedar kita tak dapat menghalang perasaan ni. walaupun sekuat mana kita, sehebat mana kita, secekal mana ,rindu akan tetap datang bertamu di lubuk kecil ruang hati kita yang suci ini. kata orang putih kalau kita rindu seseorang tiba tiba dia muncul,
For every word you say, another piece of my heart you take
Lebih kurang cam tu la. Setiap bait dari nya akan membuat kita semakin teringat pada dirinya. Kenapa tiba tiba berbicara soal rindu? sebab PM tahu ada orang ngah rindu PM ni. Baru setengah malam tak online mencari dia siap buat entri lagi.bukti?ada jangan risau setiap bait dari PM pasti ada bukti.
ha da terang lagi bersuluh,walaupun tak ditulis RINDU, tapi kul 2.20 pagi mencari PM maknanya tengah rindu la tuh. ha senang je tanggapan PM ni.ahaha. siap entri lagi.

klik untuk ke entri tersebut
ha bukti. fake lover dia adalah PM. Siap frust lagi tu. Ha cam ner ni?PM bukan artis?oh silap la dia ni. haha..  Jom be my real lover. haha. Dia siap jeles lagi dengan seseorang.
klik untuk ke entri tersebut
It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason! 
ha kenapa tetiba keluar ayat ni?entah PM pun tak tahu, haha apa apa pun PM nak promote blog kekasih PM ni
Ieyza Afieyna
P/s : mungkin ieyza ley tanya Fake love min hoo ni
ha jangan lupa lawat blog ini. PM atuk Dia nenek kepada atuk.
Nenek

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta dan Kehendak

Mood: Achik dan Nana - Mainan Cinta


Hai pembaca blog PM, pernah tengok cerita 3,2,1 cinta?PM tertarik dengan satu dialog yang diucapkan oleh 'Ayam'
Dalam dunia ni ada dua jenis orang ,yang pertama orang bertuah dan yang kedua orang bodoh macam aku yang buang masa menantikan kau supaya kau tak terasa asing nanti.Tapi bila kau dah dapat kawan ,kau da jumpa manusia bertuah kau lupakan orang macam aku.
PM da olah ayat tu upaya dapat disesuaikan dengan situasi am, kadang kadang bila kita sudah jatuh cinta kita akan melakukan perkara yang terbodoh dalam hidup kita tanpa kita sedari. contohnya bagi lelaki yang sebelum ni tak pandai nak memujuk dan romantik tiba tiba akan berubah menjadi lembut sebab kekasih mereka. sesetengah yang merokok akan berhenti mrokok disebabkan kekasih. Tapi berapa ramai yang nampak pengorbanan yang dilakukan kekasih?dan berapa ramai yang pandai menghargainya?




Tapi itu bila mendapat cinta, bagaimana yang masih berharap dan bertepuk sebelah tangan?PM jugak tertarik dengan satu ayat,
'anda selalu mengeluh dengan sikap kekasih kamu, tapi tahukah kamu berapa ramai yang sentiasa berdoa untuk dianugerahkan seorang pasangan hidup buat mereka'
Seperti entri sebelum ni PM pernah bicara bahawa PM lebih suka entri personal untuk dibaca, berapa ramai yang mengeluh tentang kekasih, kerja , tempat tinggal di asrama tak selesa, tak dapat nak beli "kehendak" mereka impikan, pernahkah anda fikir orang yang tak pernah merasa perkara tu?


PM kadang kadang sedih bila baca entri korang mengeluh tentang tempat belajar, bersyukur lah anda masih mampu menyambung pelajaran, anda tak fikir berapa ramai yang kecewa sebab tak dapat tempat di IPTA, anda mengeluh tentang kerja anda penat la balik lewat la, pernah fikir tak berapa ramai yang menangis disebabkan gagal masa temuduga? 




Bergitu juga soal cinta, ramai yang mengeluh tentang kekasih mereka, PM harap anda sedar betapa ramai diluar sana masih berharap cinta hadir dalam diri mereka. Kenapa kita nak mengeluh tentang pasangan, kenapa kita tak cuba penuhi kekurangan yang ada pada pasangan anda. dalam satu perhubungan kita saling melengkapi bukan saling berharap. 


akhir kata dari pendamba, jadi lah seseorang yang kenal erti bersyukur, penuhi keperluan . Dan jangan pernah terfikir bahawa kehendak dapat dipenuhi, kerana secara logik dan mengikut fakta kehendak adalah infiniti. Dan bagi pendamba kehendak merupakan nafsu yang harus kita jaga sebaiknya.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta Membawa maut

Hai pembaca blog pendamba mawar, benarkah cinta mampu membawa keburukkan kepada seseorang ? pendamba yakin dengan keputusan ini kerana ramai yang bercinta atas dasar nafsu akan melakukan banyak perkara diluar jangkaan kita.


Zaman dunia yang serba maju ini ramai remaja yang menggunakan kesempatan ini untuk hidup mengikut arus pemodenan. kenapa pendamba berkata bergitu? percaya atau tidak budak sekolah rendah sekarang sudah pandai melakukan perbuatan perbuatan terkutuk seperti sumbang mahram. Pada zaman pendamba sekolah rendah pendamba tak pernah tahu apa itu seks yang pendamba tahu bola sepak je.

Kemungkinan kemudahan yang mereka miliki sekarang banyak mempengaruhi akal fikiran mereka , ya dunia dihujung jari ini salah satu sebab remaja sekarang lebih maju dalam fikiran. jika kita tidak mengawal mereka berkemungkinan besar mereka akan terpengaruh dengan budaya negatif.

brbalik kepada cinta yang membawa maut adalah cinta yang dipengaruhi nafsu, dimana hasil kerjasama secara haram yang membenihkan hasil yang subur akan memberikan kesan negatif pada mereka. contohnya jika seorang perempuan hamil anak luar nikah, dan pihak lelaki tidak mahu bertanggungjawab. apa keputusan mereka akan buat? selain dari terus menjaga kandungan tersebut, statistik lain menyatakan mereka cuba bunuh diri. 

Inilaha yang digelarkan cinta membawa maut, jadi pendamba nasihatkan anda semua agar berhati hati dalam percintaan. tolong la jangan gatal gatal nak mencuba 'main sukan' dengan kekasih. pikir halal haram dan baik buruknya pada anda . akhir kata dari pendamba becinta la kerana Allah. sekian

-Pendamba tak dapat online lagi buat seketika maaf - 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kekasih Atau Sahabat

hai pembaca blog pendamba mawar, apa cerita anda hari ni? Hari ni izinkan pendamba berbicara isu kekasih dan sahabat. Kenapa pendamba pilih isu ni?pendamba ada masalah dengan kekasih ke? ok pendamba single lagi tak de kekasih ok. Pendamba cuma tertarik dengan teman blog pendamba reenapple yang meluahkan perasaan mengenai perubahan yang berlaku terhadap teman nya selepas memiliki kekasih. Izinkan pendamba berbicara mengenai isu ini.


Tak perlu pendamba jelaskan dengan lebih mendalam mengenai KEKASIH dan KAWAN kerana pendamba yakin anda dapat bezakan antara dua ini. Terlebih dahulu pendamba minta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa dengan bicara pendamba kerana pendamba ingin anda semua sedar mengenai isu yang anda katakan lapuk ini.




Ramai kawan kita yang berubah selepas mereka memiliki kekasih, kawan pendamba juga ramai yang bersikap demikian rupa. Dan pendamba yakin anda juga mengalami perkara yang sama dimana kawan kita tiba tiba berubah selepas mereka mempunyai kekasih. Kenapa terjadinya hal sedemikian rupa? Pendapat pendamba kekasih mereka mengawal tingkah laku mereka dengan siapa mereka 'harus' berkawan.


Persoalan pertama dari pendamba, antara KAWAN dan KEKASIH siapa yang anda kenal terlebih dahulu? Diantara PERSAHABATAN dan PERCINTAAN mana yang anda lalui terlebih dahulu? Jadi layak kah anda untuk mengabaikan seorang Sahabat untuk sebuah percintaan? Jawab soalan pendamba.




Biasa nya Mereka yang bercinta mampu luangkan hampir 24jam sehari untuk Kekasih mereka, Tapi untuk kawan? seperti teman pendamba cakap kawan hanya wujud dalam percintaan bila mereka ada masalah dengan kekasih, bila mereka sedih dengan sikap kekasih, bila mereka putus. Ya masa itulah anda mula mencari kawan. Tak malu ke macam tu? bila senang anda lupakan seseorang yang pernah gembirakan hati anda, sentiasa bantu anda.sentiasa menjadi pendengar setia anda. Bila susah? masa itu anda baru teringat akan kehadiran mereka.




Kita beralih pula kepada isu kekasih tak benarkan mereka berkawan terutamanya dengan kawan yang lain jantina dengan mereka. Ini la perkara paling mengarut pendamba tak dapat terima. Dalam satu hubungan percintaan,salah satu perkara yang penting adalah KEPERCAYAAN, jika pasangan anda tak benarkan anda berkawan ngan seseorang yang pernah bergelar 'KAWAN' bagi anda, cukup la perhubungan tu sampai di situ kerana erti kepercayaan terhadap pasangan tiada dalam diri dia. Maaf buat yang terasa tapi ini la alasan yang sangat mengarut pernah pendamba terima.




Ada madah lama yang mengatakan ' hilang kekasih boleh dicari, tapi hilangnya teman sukar untuk diganti' ,pada pandangan anda madah ni saja saja je ke diorang cipta?mesti ada maksud yang tersurat dan tersirat. Mengikut pemahaman pendamba madah ni menyeru kita supaya kita lebih mengutamakan persahabatan walaupun kita dalam percintaan. Kerana kawan adalah segala galanya. 


Pendamba cukup tak suka bila seseorang tu lupakan sahabat bila mereka telah mempunyai kekasih, tapi pendamba bukan seorang yang kejam, pendamba masih mampu untuk menjadi peneman yang setia dikala mereka ada masalah. Jadi pendamba harap anda hormat dan jangan la abaikan kawan anda jika anda da mempunyai kekasih. Kerana kekasih sebuah pershabatan boleh terputus, tapi dari sebuah persahabatan sebuah percintaan boleh terjalin.fikirkanlah.
Diantara PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN anda pilih la ea yang terbaik. Pilihan terletak pada anda. jika anda rasa kekasih adalah segala galanya teruskan dengan cara anda. pendamba tak kan pernah menghalang. tapi pendamba rasa anda da cukup matang untuk hal ini. sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD