PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Relationship satu dosa

Hai pembaca blog PM, betulkan ke kita tak dapat bernafas dengan mulut ketika kita sedang jelirkan lidah?hehe , ok dah dah jangan buat. haha. hari ni PM nak berbicara soal ini

Relationship di Facebook, apa pendapat anda. PM pernah membaca satu artikel di FB mengatakan BERDOSA jika buat relationship di FB dan penjelasan Ustaz Azhar pula mengatakan sebaliknya. Jadi mana yang boleh diguna pakai? kita persoalkan persoalan di benak fikiran kita sendiri.

Betul ke jika membuat relationship di FB boleh menimbulkan fitnah? jika kita lihat dari sudut negatif, memang benar ya. Sedangkan Islam menyeru kita untuk menghebahkan tentang perkahwinan, tetapi menyembunyikan pertunangan apatah lagi perhubungan percintaan yang belum sah dari hukum agamanya. Dan apa yang bakal anda katakan pada PM, tak salah mereka cuba berkongsian perkhabaran yang baik untuk semua. Dan PM pun tak kata salah buat relationship di FB ni.

Berbalik kepada isu fitnah? pandangan serong orang atas relationship di FB ,PM rasa ada lagi benda yang patut anda nampak selain relationship ini. Ya, berkenaan GAMBAR dan POST anda di FB, Itu salah satu perkara atau perbuatan kita yang paling mudah untuk ditimbulkan fitnah atau kata buruk terhadap seeorang. Contohnya, seorang perempuan, meletakkan gambar tanpa menutup aurat/seksi di FB sedikit sebanyak dia telah melakukan perkara yang membuatkan orang lain memberikan tanggapan negatif terhadap beliau.

Sebaliknya bagi lelaki, yang meletakkan gambar diri sendiri dalam keadaan shirtless , kononnya nak menunjukkan badan yang 'taf' tu. Kadangkala gambar yang tak menutup aurat. Jadi di sini kita dapat lihat betapa sempitnya pemikiran kita dalam menilai seseorang. kita nampak sesuatu relationship yang dikatakan bakal menimbulkan fitnah akhirnya memberikan dosa. Tapi perkara perkara yang sedia ada di hadapan kita?di home kita?kenapa tidak kita tegur? dan bila bercakap pasal pahala dan dosa. Siapa kita untuk menilai ?

Nasihat PM, jaga la tingkah laku kita di FB, satu lagi gambar, jaga la aset yang anda miliki sebaik baiknya. Setiap manusia suka pada kecantikkan tak kira lelaki mahupun perempuan. Jangan jadikan aset anda sebagai bahan untuk orang lain berbicara. sekian. Maafkan kekurangan atas entri ini sekadar perkongsian dari insan yang penuh khilaf.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

19 bicara cinta:

Halimatun Sa'adiah said...

xpayah nk showoff sgt la dgn mende yg lum tentu.

Noraien said...

relationship dengan kawan sendiri takpe kan ? :)


FB bukan tempat untuk tunjuk segala benda.Tak suka sesetengah individu yg terlalu suka upload gmbar dekat fb sampai jadi berbelas2 album.teringat bila dah meninggal nanti,sape nak tolong delete semua tue .Lain lah kalau ade org lain simpan kita punye email n password . :)

fikir2 kan lahh :D

CikTeddyCorner said...

sbaik2 nya xyah la wat relationship yg bukan2 kan..fb tu siape yg cipta?org kafir kan..tngok,cara halus je die masuk..dlm x sedar,kite lak brdose..kalo wat rlatinship yg x btol,kire mnipu la kan..mnipu kn brdosa..=)

Nadia said...

betoi tu PM...nad buat relation awai2 pon xkekal jugok..huhu..PM sihat??

lama xdgr kabo kt skype..:(

windus tangat tangat..

iyka syafika said...

betul tu...tak berdosa pn buat benda tu...cume org kita ni memandai je...agpun xkn disbbkn buat relationship tu haram dan bile msokkan pic yang dedahkan aurat boleh pulak..huhuhuhuhu

Idzanfashila said...

perlu ke tayang r/ship tu ?? erk! senyap2 sudah, ta jd kn malu. tmbah2 bila bulan ni dgn org ni, bulan dpn da tukar pulak ke org lain. tanggapan org sure da -ve.
so, elakkan kontroversi, tingkatkan prestasi ^^

Kim Bulan said...

yang biasa buat relationship tu budak budak kan? Hooo, :)

syira syah said...

single jugak untung. hakhak!

AnakPakZohar said...

kite buat relationship.. tapi die kawan kite jekkk.. hehehehee.... ^^

Unknown said...

bg sy, takde salahnya.. cuma tak payah nak beriye sgt. takyah nak upload gambar nak bermesra bagai ke hape..

kim heeruul said...

gua buat relationship..gua harap tidak timbul fitnah la..

EyqaLuvender said...

guna facebook biar berpada-pada...sendiri buat,sendiri tanggung akibatnye...tak gitu PM?

Khai_Sol said...

tak take part apa pun pasal fb sebab tak da fb,haha ^_^

Falling . said...

bg sy, better tayah menunjuk bnde yg tak psti ~

Miss Purple Ungu said...

setakat relationship sbg kawan2 dlm FB ok la kot kan PM ^^

Nisa Greennnpanda said...

relationship kat fb xkekal, huhu~.. T_T

khatgrafik said...

Sokong dengan pendapat PM. Saya pernah share artikel tentang FB ni di blog saya. Intipatinya gunakanlah FB untuk kebaikan misalnya berdakwah. Kenapa begitu? Sebab istilah 'Wall' FB itu sendiri ada perkaitan rapat dengan 'wall' sebenar masyarakat Israel. 'Wall'atau dinding tempat mereka meluahkan kesedihan dan ratapan. Jadi kita, sebagai umat Islam gunakanlah 'wall' FB kita dengan mengelakkan perkongsian emosi, ratapan, caci maki dan sebagainya. Jika kita disiplinkan diri kita daripada berkongsi perkara2 terlalu peribadi, Insya-Allah terpelihara kita dari maksiat dan fitnah. Apa perkaitan FB dan Israel? Silalah Google heheheh :)

Maaf atas pendapat saya.

|jomtonton.net|

anamizu said...

tak perlu pon nak show off segala bnde kat fb kan :)





luv,
cik ana

Putry said...

betul kata2 pengomen.. tp putry ngaku putry wat in a relationship kat fb :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD