PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Kenapa Meniru?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai buat semua pembaca...kali ni pendamba ingin berbicarakan tentang 'kenapa meniru??' ok meniru di mana? peperiksaan?penulisan blog? ok kita akan huaikan satu persatu ye.. 
Kenapa awak meniru kertas kawan tadi??saya..saya...saya.... mesti tiada alasan kan?? 
Jarang kita menjawab law kita kantoi meniru dalam peperiksaan.. cuba kita menjawab seperti,,'dia pandai cikgu,sebab tu saya tiru..' agak agak apa cikgu akan cakap??.. persoalan pendamba,kenapa perlu meniru?bukankah kita da diberi masa untuk membaca dan menghafal? dulu masa sekolah pendamba pun suka jugak meniru terutamanya subjek sejarah..siap tukar kertas jawapan.. keputusan memang la ok untuk ujian... tapi apa yang pendamba dapat?? kosong dalam kepala tentang subjek tu..


pensyarah pernah pesan sebelum final..nak meniru tu boleh tapi jangan sampai kantoi.. suka hati pendamba bila dengar cam tu.. tapi malam sebelum final selepas selesai solat hajat pendamba berfikir sejenak...kenapa pensyarah pendamba cakap cam tu? rupanya bicaranya ada maksud tersirat.. ya..kita boleh meniru..tapi macam mana kita nak sorokkan perbuatan kita?berbaloikah masa depan kita jika kita meniru sekarang?sangat tak berbaloi ok...


sama juga seperti penulisan blog..  tak guna kita copycat penulisan orang lain untuk dapatkan visitors dan pageview yang tinggi kerana semua tu tak kan lama..buat blogger baru termasuk la pendamba... cuba la buat penulisan sendiri...naik dan kenalkan nama anda dengan cara tersendiri ok.. lama kelamaan anda akan berjaya jugak..ok " blog saya simple je..segan la blog orang lain lawa lawa..." ok untuk pengetahuan anda..blog pendamba sendiri cam sekarang ni da banyak melalui proses pengubahsuaian.. law dulu pendamba bermula ngan pyzam template,lepas tu Shabbyblog.com template..sekarang ni baru pendamba design semua sendiri.. pendamba tak pandai coding coding ni..pendamba rujuk tutor yang ada dan ejas ikut kreativiti.. ya benar blog lain lagi lawa.. tapi rasa puas tu ada dalam diri bila hasil tu dari usaha kita sendiri..sama dengan penulisan..walaupun tak dapat nak cari 140 uv sehari tapi pendamba seronok bila ada orang masuk da komen entri pendamba..walaupun seorang...dan pendamba hargai komen tersebut...


buat adik adik yang bakal hadapi UPSR, PMR , dan SPM jangan meniru ok..yakin pada keupayaan anda sendiri....study smart never study hard..ahaks..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

comolot | Mawar Putih

Comolot pon ada khasiat ke? Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa kelebihan berciuman dari sudut kesihatan? 

 ** Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. 

** Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. 

 ** Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. 

 ** Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. 

** Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan. 

** Berciuman dikenali sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

** Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. 

** Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol. 

** Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut. 

** Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

** Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini. 

** Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.


*halal sajew!!jgn ngade nk cium non halal...keke

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bible Al Quran | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
When you carry the Bible, Satan gets a headache. When you open it, he collapses. When he sees you reading it, he faints. When he sees you living it, he flees. And just when you're about to re-post this, he'll try to discourage you. I JUST DEFEATED HIM! Copy and re-post if you can. Any takers?

hai, ini kepercayaan diorang yang bpegang pada bible... diorang pon takut syaitan..betapa mulia nya bible bagi diorang...tapi kita?yang berpegang pada kitab AL-Quran?? kenapa kita tak sanjung pegangan kita..kenapa kita tak takut pada Tuhan kita.. sesetengah dari kita sanggup membakar Al-quran,ada yang jadikan alas tmpat duduk,ada yang koyak Al-Quran..knapa semua tu berlaku..pendamba tak kisah la kalau yang buat semua itu penganut agama lain..masalah sekarang yang melakukan semua tu orang Islam...golongan remaja...diorang bakal meminpin negara..tapi kalau ini la yang blaku sekarang..pendamba tak tahu apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang..mungkin ada yang lupa Al-quran itu apa....

beberapa orang menteri setuju ngan satu perjanjian di mana kanak tidak mempunyai agama y sah sehingga mereka baligh..dan kanak2 tersebut boleh memilih sendiri agama mereka..agak agak anda la ,remaja nk ke pilih Islam???
berapa kerat jer akan pilih Islam..remaja zaman mmberontak..remaja zaman nk puaskan nafsu duniawi..semua tu ketika REMAJA...diorang akan pilih jalan yang senangkan mereka pada waktu muda sahaja...

Pendamba tahu pendamba cetek dlm ilmu agama Islam ...tapi tolong la sedar pendamba tak mahu kanak kanak selepas pendamba tak tahu langsung tentang agama Islam..didik la kanak kanak dengan ilmu agama..jangan abaikan semua tu demi mnjaga masa depan kita semua.... agungkan la agama kita,pegangan kita...

soalan terakhir dari pendamba.. berapa orang yang tahu ALLAH tu apa??sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

I'm Yours | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
Betul ke pendamba ni??haha.. betul la.. apa apa pon sapa sokong bicara itu.. ramai yang dengki,benci sebab mereka hanya cemburu...contohnya anda seeorang yang hensem,cantik dan mempunyai sedikit harta hasil titik peluh diri sendiri..mesti ada segelintir insan yang baik hati akan berbicara tentang anda.. oh berbicara perkara negatif la bukan positif.. kenapa? sebab mereka cemburu tak dapat miliki apa yang awak ada...


 Selepas tu mereka benci anda,mereka tak tegur anda, selalu bercerita keburukan anda yang kadang kadang diada adakan cerita tu..hehe.. sebab mereka cemburu,mereka jeles .... cemburu tengok sikap anda, cemburu dengan tingkah laku anda,cemburu dengan pergaulan anda terhadap orang lain .. Jadi anda pon tak payah lah nak benci diorang yer..sampai bila mereka akan membenci..lama kelamaan akan penat jugak..akhirnya putus asa jugak.. jika ada seseorang membenci anda, berdoalah untuk mereka supaya hati mereka tenang..


Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
ok kita teruskan ke bicara yang kedua, betul tak bicara tu.. anda mungkin insan yang terpenting bagi seseorang sama ada anda sedar atau tak sedar. kerana anda mungkin seseorang itu menitiskan air mata,dan kerana anda juga seseorang mampu mengukirkan sekuntum senyuman. Kerana anda mungkin hidup seseorang seperti disinari germelipan bintang dan kerana awak juga hidup seseorang mungkin akan mengalami kegelapan seperti gerhana...ahaks..kata omputih Love cures people — both the ones who give it and the ones who receive it .. kerana cinta dan sayang anda menjadi pujaan seseorang... jadi jagalah diri anda  sebaik baik nya ok..kerana anda seseorang yang memerlukan anda.. oh yang yang terakhir dari pendamba Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka ..sekian 




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pendamba | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“People will forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel…”

Mengapa lelaki agak berbeza dengan wanita? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan – lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
hai semua pembaca..  hari ni pendamba utarakan dua bicara , pendamba nak anda faham maksud kedua dua nya.. memang takde kaitan antara dua bicara tu.. tapi pendamba nak anda selami apa maksudnya..

bicara pertama, orang mungkin lupa apa yang kita buat dan katakan pada mereka,tapi mereka tak kan lupakan pada seseeorang yang buat mereka rasa sesuatu (pendamba cuma spesifikasi kan sebagai gembira la ye) .. betul tak?pendamba sendiri macam tu.. pendamba lupa la juga pada apa yang orang lain lakukan dan katakan pada pendamba.. ok la fitrah manusia la lupa kan.. tapi pendamba tak kan lupakan seseorang yang pernah buat pendamba gembira..buat pendamba terharu..buat pendamba sedih..pendamba tak kan penah melupakan mereka. sebab mereka la mencorak kan keindahan dalam hidup pendamba... melakar kesenian di rentangan kosong hidup pendamba... cam omputih cakap To the world you may be just one person, but to one person you may be the world ..ahaks..pendamba hargai sangat mereka ni..

bicara kedua, setiap dari kita lelaki mahupun perempuan ada kelebihan dan kekurangan masing masing.. Ish lelaki ni susah betul nak faham perempuan! itu kata perempuan.. kata lelaki.. kenapa perempuan ni tak faham aku?? ha dua persoalan sama ditimbulkan bagi kedua dua pihak.. kenapa sering mempersoalkan?kenapa tidak kita sendiri mulakan langkah untuk memahami..ahaks..sekian..renung renungkan dan selamat beramal..sekian..kekurang itu datang dari diri pendamba sendiri.



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenapa Pilih Mawar 2 | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Sebelum ni pendamba pernah berbicara kenapa pilih mawar kan >sini< dan sekali lagi pendamba akan berbicara kenapa pendamba pilih mawar.. 

kelopak bunga mawar yang kering juga dapat untuk mengharumkan teh. Caranya sangat mudah, anda campurkan sedikit kelopak bunga mawar kering bersama teh dan rebuskan air kemudian tapis, anda akan menikmati segarnya teh sambil menghirup aroma bunga mawar yang dapat meningkatkan mood.

Ternyata dalam kecantikan bunga mawar tersembunyi seribu kelebihan.. dalam ketajaman duri nya yang mampu melukakan sesiapa saja tersembunyi manfaat menjaga kelopaknya yang mekar.. Begitu jua seorang gadis dalam malu dan keseganannya tersembunyi seribu kelebihan pada dirinya.. jaga malumu,jaga aurat mu.. jaga maruahmu..sekian..
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Lelaki Makin Kaya Makin Gatal | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semakin Kaya Semakin Gatal apa pendapat anda?? pendamba setuju ngan ayat ni.. biarpendamba huraikan..ok Kaya yang pendamba cuba sampaikan adalah kaya material bukan kaya ilmu ok.. 

Kedengaran dua pemuda berbicara
A : Cantik nye pakaian kau sekarang.. kasut tu! ori ke?  
B : wah mulut! ori la der gatal la pkai barang murah and tak branded.. 
A : sambil berlalu pergi.. Ces dulu pakai barang bundle jer pun
Bila da kaya ni gatal la nak beli barang barang berjenama...mahal mahal..tapi dengan niat nak menunjuk.. nak gitau kat semua yang 'aku kaya' .. kalau dulu kasut pakai ADIDAS rm 50 je sekarang da pakai ADIDAS RM350.. ha bukan tu je.. kadang kadang bila da kaya ni gatal la beli kereta mewah..niat?? nak tarik la...


Pastu bila gatal da mula diinstall dalam minda mula la terasa nak buat yang bukan.. konon nya nak penuhkan impian masa dulu dulu .. kebayakkan yang negatif la..yang positif alhamdulillah..
A : mat nak kemana tu?? 
B : ada party.bosan la malam minggu, awek pon ramai nak test market la.. 
A :  party apa tu?? 
B : alamak lupa lak kau ni miskin, party ni untuk orang orang kaya jerA : berlalu pergi sambil berkata tapi aku kaya agama
begitu la kehidupan ni selalu kalah pada nafsu duniawi..pantang tengok perempuan..memang cair.. pendamba nak tanya la.. party bebas tu cam ner er??ahaks..
biasanya lelaki yang kaya tapi gatal ni lebih bermulut manis..so berhati hati wahai kaum Hawa ya.. bukan pendamba nak burukkan kaum sendiri.. tapi pendamba serik da tengok perempuan yang sering ditipu lelaki yang kaya +pakej rupa paras hencem ni..hati hati la ea... tentang kaya agama alhamdulillah la... k sekian
p/s : tak cukup mantap la.hurm..  sifu.. ni je mampu ku buat..ahaks....

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Blogging Itu Seni | Mawar Putih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" Blogging Itu Seni "  apa ya kaitan antara blogging dan seni?? dulu masa sekolah tak de la pula Cikgu pendidikan seni ajar blogging dalam kelas dia.. Jadi kenapa sifu pendamba pilih nama ni sebagai nama group bau untuk blogger?? kenapa pendamba tuduh dia?? sebab pendamba taw ni mesti idea dia  ni ..ahaks..ok terus kepada isi utama.. apa kaitan antara blogging dan seni?? Kalau tajuk nya " muzik dan seni " mungkin la ada perhubungan ..  ini " Blogging dan seni " ..tak masuk akal la..

Biar pendamba huraikan secara ringkas.. pendamba sokong blogging merupakan satu bidang kesenian, kenapa? ok secara ringkas nya kita mesti kreatif dalam blog untuk menarik minat orang lain untuk berkunjung... kreatif meupakan salah satu bidang seni *ye ker??ahaks.. kreatif bagaimana dimaksudkan?? kreatif dalam penulisan...juga! kreatif dalam susunatur widget di blog..yeah!.. kenapa? cuba korang cuba masuk blog yang serabut... dan lagi satu blog yang simple..rilex jer..blog mana yang akan korang lepak?? think yourself..

blogging itu seni.. seni dalam cara penyampaian..*ok pendamba tak cukup seni lagi.. macam mana seni dalam penyampaian?ok contohnya, kita semua tahu dalam dunia blog ni ramai yang mengklasifikasikan blogger kepada dua.. newbie dan otai... ok la walaupun pendamba tak setuju..ahaks..  macam mana korang nak bersaing dengan blogger otai yang da ada pembaca setia??berbanding blogger newbie yang belum dikenali? ok tips terbaik yang mampu pendamba berikan adalah ubah cara penyampaian supaya lebih kreatif..bagaimana?? contoh guna kelebihan yang korang ada..korang boleh menyampaikan sesuuatu dalam bentuk karikatur ke video ke..cuba kreatif.. sapa sapa yang ada kelebihan melukis kartun korang boleh buat satu jalan cerita yang menarik untuk menyampaikan point korang.. *ok pendamba tak pandai cam tu

Menurut kata-kata ahli perang China yaitu Tsun Tzu yang mengatakan bahwa perang adalah seni. Karena itu tidak semua taktik perang menghasilkan kemenangan! ..Perang dan blogging adalah sama... motif kita untuk berkongsi cerita.. dan blogger yang dapat menarik minat pembaca itu la kemenangan yang dicari.. Pelbagai taktik?apakah taktik yang pendamba maksudkan.. tentunya pelbagai cara dalam blogging yang kita lakukan untuk mendapat pengunjung dan menambahkan pembaca serta follower blog kita.. contohnya.. ramai blogger menggunakan tektik seperti segmen , contest , giveaway dan pelbagai lagi cara yang dilakukan untuk menarik pengunjung...  kan itu kesenian...bagaimana semua tu boleh mempengaruhi pengunjung untuk datang blog mereka.. mereka kena ada taktik la...promote sana sini..atau menggunakan pendekatan viral marketing..

terakhir dari pendamba ... korang sebagai blogger fiikir fikirkan lah ayat ni sebaik baiknya..semoga dapat meningkat blog korang..
“Good artists copy, great artists steal” Picasso ..sekian

p/s : Jom buat lawatan sambil belajar di sini (seriously bukan churp churp,nuffnang,or says)

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenapa Pilih Mawar | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai.. pendamba nak korang amik masa sejenak.. bace entri ni <sini>.. ok sebab ada kaitan ngan entri pendamba ni.. kenapa pilih Mawar?? ya kenapa mawar menjadi pilihan pasangan bercinta atau berkasih sayang.. selepas pendamba termenung berangan angan jap.. pendamba nak kongsikan sesuatu kenapa mawar menjadi pilihan hadiah untuk seorang kekasih kepada kekasihnya
Menurut para penyelidik Jerman, mencium bau-bauan yang kuat, seperti bau bunga mawar, boleh menyegarkan semuladaya ingatan mereka yang mudah lupa.
Para penyelidik itu mendapati bau-bauan boleh merangsang ingatan baru dalam otak manusia semasa mereka tidur.
Laporan penyelidik itu, yang dimuatkan dalam jurnal Science, menarik perhatian bahawa ingatan manusia mulaterbentuk dengan lebih teratur semasa tidur dan unsur rangsangan yang diterima didapati boleh menyegarkan semula laluan ingatan otak.
Dr Jan Born dari Universiti Lubeck di Jerman dan rakan-rakannya mendapatkan 74 sukarelawan untuk ujian ini. Mereka disuruh bermain permainan seperti Concentration, yang memerlukan mereka memandankan objek atau kad dengan menterbalikkan satu objek atau kad sekali saja dalam sesuatu masa.
Selepas satu malam, mereka yang menghidu bau mawar didapati boleh mengingati 97.2 peratus padanan kad dan objek yang mereka cuba ingati sebelum tidur.
Jadi pemilihan tu sesuai la..kerana kekasih nya tidak mahu ingatan pasangan nya cepat lupa pada dirinya.. wah indahnya ciptaan Allah.. dan pemilihan bunga amat bersesuaian dengan tema percintaan walaupun mawar itu berduri... sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hacker | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hacker??apa korang taw tentang hacker?Asal pertama kata "Hacker" sendiri berawal dari sekitar tahun 60-an di Las Vegas di adakan sebuah permainan  yang menggunakan sistem jaringan komputer (networking) dimana cara permainan itu satu sama lain berusaha untuk masuk ke sistem komputer lawan (pemain lainya) dan melumpuhkannya. dari sinilah kemudian orang-orang menamakan sekelompok anak-anak muda yang mengikuti permainanan ini sebagai "Hackers" iaitu sekelompok anak-anak muda yang mampu  melumpuhkan sistem komputer orang.

Pendamba ada try satu style yang hacke biasa buat la.. sama ada untuk menghilangkan bosan atau mendapatkan maklumat..



klik untuk besarkan... tu print screen akaun pendamba la.. dan pendamba ada cuba kat satu akaun tadi..ahaks..menjadi.. di mana dalam kes ni hacker akan jadi stalker kita la.. apa kita buat dia dapat taw..kita taip apa apa pun dia akan taw.. so hati hati.. hurm biasa nye aktiviti pishing yang memudahkan mereka mendapatkan maklumat korang.. 


sekian..tapi sebenarnya hacker ni bukan semua nya jahat..ada je hacker yang baik.. tak silap pendamba hacker yng ditahan polis suatu masa dulu atas kesalahan menghack akaun bank kini da berkhidmat under keselamatan negara.. so hati hati semua.. sekian..


<div align="center"><a href="http://pendambamawar.blogspot.com/" target="_blank"><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_ZrMAPF9q5ql1__wLnolz9d4txDQrAt4fTvIMRpDpWKA8kGtzKUlHbV5j4KlfvwNU5bmCPVcvdjTgAERA3op5Gmi8LCQOYebO4_fPTXeYNolOA0S_4z2kMXOutzSCBIddeBUpWA2HhCc/s1600/giygyygygy.gif" alt="pendambamawar.blogspot.com" border="0" /></a></div>
p/s ruang iklan masih dibuka..percuma jer.. baca sini.. 
<center><a href='http://pendambamawar.blogspot.com/'>IKLAN</a></center>


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tanda - Tanda | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai korang tentu susah nak faham orang lain kan..eh merajuk ker?tacink ker?susa kan.. ha ni pendamba list kan beberapa senarai apa yang akan pendamba buat law pendamba tacing ngan korang... so take a note please...bukan pendamba ngah merajuk sekarang tapi senang untuk rujukan korang nanti...


1. Pendamba tiba tiba diam dari sesuatu perbincangan
2. pendamba mungkin mintak izin undur diri
3. pendamba tak layan sebarang komen 
4. pendamba tak balas mesej( fon)
5. pendamba masih komen tapi ngan cara lain dari sebelumnya
6. pendamba tiba tiba off chat
7. like komen komen sahaja..tapi tidak komen..


ok da itu jer..senang kan?cam sama jer semua..ahaks...so law nampak pendamba cam ni..biarkan ajer... 


tanda tanda pendamba sayang seseorang


1. pendamba ambil berat tentang diri dia
2. pendamba cuba berborak walaupun dalam otak pendamba ni tak tahu nak cakap apa
3.pendamba selalu mention nama dia secara langsung mahupun tak langsung
4. pendamba cuba buat entri untuk dia
5. pendamba cuba buat apa sahaja untuk memberikan satu senyuman untuk dia..
6..ada lagi tapi biarlah rahsia pendamba...ahaks


sekian...
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Tutorial Do Follow Blog | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
First time buat tutorial di blog .. ok pendamba nak buat tutorial tentang 'DO FOLLOW BLOG'.. apa tu 'do follow blog' rujuk sini .. law ada masalah bagitahu pada pendamba ye.. peringatan.. Sila backup blog anda dahulu
1. Login akaun blog anda ,kemudian design, edit html dan tick pada Expand Widget Templates
2. Ctrl+f cari kode seperti di bawah
<a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>
kalau tak jumpa kod ni .. anda boleh find dengan keyword nofollow


3. Padamkan rel='nofollow untuk menjadikan blog anda dofollow


selesai..senang kan??


Tunggu!! biasanya tutor akan ajar sampai situ jer... ahaks.. pendamba bagi satu lagi... Bonus untuk anda ahaks

4. Ctrl + f cuba cari kod sepeti di bawah

<a expr:href='data:backlink.url' rel='nofollow'><data:backlink.title/></a>
5. Macam step 3 tadi padamkan rel='nofollow'


6. Preview dulu.. Jika tiada sebarang masalah boleh lah save..sekian 




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Beriklan Di Pendambamawar | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hai semua pembaca .. ada nampak sesuatu tak blog pendamba.. wah da banyak perubahan pendamba buat pada blog ni selama 2 bulan lebih pendamba berblogging.. nampak tak ruangan 'advertise here' .. tak nampak?? ok ni 

ada 5 slot ditawarkan.. sapa nak??ops bace ni dulu... Visitors pendamba takde la beratus beriban sehari... tetapi pendamba buat slot tu untuk menolong blogger yang mempunyai kurang follower dan pengunjung.. pendamba nak tolong korang sebab pendamba juga bergitu sebulan lebih yang lepas.. jadi pendamba cuba tolong anda semua...

kita sesama blogger mestilah tolong menolong ye dak? baru la best blogging..yeah.. pendamba tak lupa asal pendamba .. siapa pendamba dulu.. blogger yang tak tahu apa apa tentang blog.. so pendamba cuba tolong korang... berminat??

Buat satu entri : Iklan percuma di pendambamawar
letak banner dan link jer kat entri ni



Tag kawan?? tak perlu la..ahaks..
bagitahu sebab jer kenapa pilih untuk iklan di pendambamawar
post link kat ruangan komen..
tarikh tutup?? nanti la pendamba gitaw
ala senang jer..walaupon mungkin pendamba tak dapat bagi banyak pertolongan pada anda tapi insyallah.. 
oh ya.. law ada banner sendiri lagi bagus.. law tak der... cari tutor..ahaks..law tak jumpa saya ley editkan.. tapi simple la..ahaks.. 150x150 er

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

I Love You La | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Anda mesti biasa tengok post pendamba cam ni masa pendamba share link kan
" Meh la singgah dan KOMEN ' 
hehe..kenapa suruh komen?? pendamba nak tolong korang la.. ok korang pernah dengar istilah ' DO FOLLOW' ? blog pendamba menggunakan sistem tu..*takde kaitan ngan follower ok.. ok blog yang menggunakan sistem Do Follow ni memberi kelebihan pada pengunjung dan pengomen..ahaks.. tak percaya?? bonus satu backlink diberikan pada pengunjung yang memberikan komen pada blog ni..
Apa pula backlink?? ok selepas mendapat bantuan dari Bro , beliau menyatakan
if kita buat entry pasal sesuatu, dan ade sumber rujukan.. maybe dari blog orang lain.. so kita sertakan sekali link orang tue dalam entry kita..

itu istilah terbaik untuk mengambarkan backlink
maknanya sama seperti pendamba promote link korang la.. so terima kasih pada yang setia komen enti pendamba..harap pendamba dapat membantu meningkatkan trafik anda dengan bonus backlink yang blog pendamba berikan ni ..


Berbanding dengan blog yang menggunakan 'NO FOLLOW' komen yang diberikan tidak akan meningkatkan traffik pengunjung kerana link yang diberikan tidak akan tersenarai di search engine berbanding blog yang menggunakan do follow link anda akan tersenarai di search engine sekaligus akan membantu anda meningkatkan traffik blog anda..Guna la kesempatan ni yer.. pendamba bantu korang.. Jadi apa salahnya korang pun turut sama membantu pendamba.. win win strategy..


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta Kasih | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cinta? apa erti cinta yang sebenarnya??Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. 
Kasih sayang? apa erti kasih sayang?Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.
Bila Cinta dan Kasih disatukan?? wujudlah satu istilah............. *
* pembaca sila cari sendiri..
Keikhlasan Hati adalah kunci dalam satu perhubungan... bagaimana untuk mengukur tahap keikhlasan?? suka untuk kita mengukur apatah lagi merasai nya.. percaya pada diri...jika itu yang terbaik..teruskan...Insyallah 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jagalah Malumu | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ni pendamba agak gembira kerana dapat berjumpa dengan artis blogger..ahaks.. ok terus pada point..sedang asyik lepak di salah sebuah pasaraya terengganu tadi...pendamba terpandang dengan sengaja.. kat seorang awek..eehehe..ah cun... badan lawa.. tapi bukan itu yang menarik perhatian pendamba untuk menulis entri ni... tapi berkaitan pemakaian...


Fuh terus terang pendamba cakap..memang comel..tapi sayang cara pemakaian yang yang mendedahkan bentuk badan dan luah lurah yang tak sepatutnya....hurm kasihan pendamba tengok..cam tak cukup kain jer..apakah itu trend?? hingga maruah diri direndah rendahkan... tolongla.. walaupun kita nak follow dunia fesyen sekalipun tak perlu la berpakaian yaang mendedah kan aurat dan bentuk badan...


Tu tak termasuk golongan yang bertudung tapi pakaian ketat gilak..tension la pikiran  pendamba ni fikir bukan bukan taw... Pakai tudung da elok da jadi tutup la aurat tu betul betul..jangan pakai tudung semata mata trend sekarang... ada tu pakai tu pastu kain belah sampai nampak betis..ades...malas nak cerita lebih lanjut..takut jadi entri lain plak..


wahai kaum hawa kat luar sana..Jagalah maruah diri anda.. bukan nya pendamba baik sangat nak nasihat orang..tapi law cara pemakaian anda menyebabkan anda menjadi mangsa perbuatan tak senonoh?nak ke??fikir fikirkan la ea.. 


" sematkan dan benihkan sifat malu itu dalam dirimu..nescaya kamu akan memperoleh kekuatan untuk menghadapi dugaan duniawi ini. " ikhlas pendambamawar
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta Mawar | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sedar tak sedar pendamba telah menemui mawar yang pendamba idamkan..ops itu bukan bicara yang pendamba nak huraikan..pendamba nak berbicara tentang bunga mawar lambang sebuah percintaan.. pendamba rasa semua pembaca setuju kan jika pendamba menyatakan ' Mawar adalah bunga percintaan'.. 
Kenapa mawar dipilih menjadi bunga percintaan? pada pendapat pendamba mawar dipilih kerana sifat bunga mawar itu sendiri.. yang cantik tetapi berduri... duri itu la kecantikkan mawar itu.. pendamba percaya duri itu yang mengekalkan kesegaran mawar itu.. seperti kita tahu warna mawar yang paling popular dalam percintaan adalah putih dan merah.. merah membawa kehangatan dalam perhubungan dan putih melambangkan keikhlasan dan kesucian cinta itu..
Dalam sesuatu perhubungan kita tak kan lari dari masalah dan dugaan.. itu yang pendamba anggapkan duri pada mawar..untuk mendapatkan kuntuman mawar yang cantik kita mesti menghadapi durinya..begitu jua percintaan ..jika kita ingin mengecapi kebahagian dalam percintaan kita kena sabar dan kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang..
kenapa orang tak pilih barang barang seperti cokelat,teddy bear dan sebagai nya sebagai lambang percintaan tapi memilih mawar?.. apa yang pendamba dapat simpulkan... meterial yang disebutkan itu senang untuk diperolehi dan tidak ada kesukaran untuk menyentuhnya.. lain dari mawar..jika kita tersilap, kita akan dilukai durinya... mawar jua akan layu bermakna percintaan jua akan layu?? bunga mawar dapat dijaga ,jadi jagalah ia sebaiknya sehingga ia menghasilkan benih baru.. bergitu jua yang pergi tetap akan pergi tetapi akan wujud sesuatu yang baru dan kehangatan cinta itu akan terus kekal sehingga bila bila..insyaallah

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Dalam Senyuman Ada Tangisan | Mawar Putih

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dulu masa pendamba kecik kecik apa saja yang pendamba nak memang pendamba akan dapat.. nak basikal?dapat..nak baju?dapat.. nak teddy bear?dapat..nak pooh?dapat..nak teletubies?dapat..nak apa lagi ya?semua pendamba dapat la..gembira sangat.. sekarang pon..nak motor?dapat..nak kemeja mahal2?dapat..nak gitar?dapat.. nak apa laptop?dapat..handfon?dapat..bband?dapat..semua dapat la..gembira nya  hati..
tapi dalam kegembiraan tu buat pendamba berfikir sejenak macam mana ye bagi mereka yang tak mampu..bukan pendamba menghina..tapi mesti ibu bapa sedih kan bila tak dapat penuhi permintaan anak anak mereka..  tangisan mereka bukan harapan dari ibu bapa mereka..kadang kadang pendamba sedih..apa yang dapat bantu??hurm., 
oh satu lagi semua permintaan pendamba memang ibu bapa pendamba tunaikan.. tapi! bab keluar rumah memang ibu bapa pendamba tegas..pendamba bukan cam remaja seusia pendamba yang lain bebas nak kuar kul berapa nak balik kul berapa.. kebanyakkan pendamba akan keluar bersama ibu bapa pendamba.. tentang gathering yang jemput pendamba..bukan pendamba tak nak pergi.. tapi ibu bapa pendamba yang tak izinkan..berdosa bagi seorang anak jika melanggar cakap ibu bapanya.. maafkan pendamba..pendamba teringin nak jumpa anda semua.. tapi keutamaan ibu bapa pendamba harus pendamba dahulukan..
bersyukur la dengan kehidupan kita sekarang..lebih ramai orang yang kuang dari kita.. jika kita hanya makan nasi berlaukkan kicap..ada insan lain yang tak dapat makan sebutir nasi pun..syukur la padaNya akan kehidupan kita kini..Insyaallah

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Blogger Baru | Mawar Putih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mungkin entri berkaitan dengan ni da lama orang buat.. tapi pendamba blogger baru so baru buat la..hehe...
pendamba nak korang alert tentang ni...
komenhttp://www.emocutez.com

biasa nya faktor ni sebabkan visitors batalkan niat untuk komen entri anda..

law boleh gunakan la pop-up window comment..tak tahu nak buat??ok
klik on design->setting->comment->comment form placement-> tick on 'pop-up windows'

pastu tengok ke bawah cikit ada tulis show word verification  for comment.. tick on 'no'



Lagu http://www.emocutez.com

kalau boleh la...tak memaksa tapi nasihat... tak perlu la lagu lagu dalam blog..bukan tak sedap lagu korang...semua lagu best.. tapi ingat satu jer.. masa buat BW ramai blogger yang open blog di new tab..kadang kadang 8 9 blog skali dibuka.bayangkanla..law 8 blog tu ada lagu???serabut tak?sebab tu la ramai yang terus pergi tanpa meninggalkan jejak di blog kita..

dua fakto ni la yang utama..tentang kekemasan dan penulisan pendamba tak nak sentuh..hal ni yang penting skali untuk blogge baru..yeah..k sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Bersama Rakyat | Mawar Putih


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


alhamdulillah selesai sudah event bersama Yang Berhormat ..pendamba agak penat kerana event bermula sejak pagi..pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka,lucky draw.. dan sebagainya..ahaks..pendamba tak main la sebab pendamba hanya jemputan khas ke majlis tersebut..

event tersebut diadakan di sebuah kampung daerah Marang ,Terengganu tu dia aih jauh dari tempat tinggal pendamba...haha.. takpe la da nama jemputan khas so kena pegi jugak la.. ok la... dalam majlis tersebut banyak isu semasa yang diutarakan terutamanya tentang dadah,dan cuaca yang tak menentu sekarang..pendamba tunggu gak YB tu membahaskan tentang blogger dan hacker.. tapi takde plak..

apa apa pun terima kasih la atas layanan yang diberikan dari orang kampung .. pendamba hargai.. ok la ini je entri pendamba..agak letih untuk berbicara dengan lebih panjang.. ok pendamba nak selitkan sekeping gambar la.ahaks


baju nombor 9 yang tak berapa hensem tu pendamba
sebelah pendamba pakai baju XII tu mantan penghulu kampung tu En Adnan
baju batik hijau tu penghulu kampung sekarang juga En Adnan
baju putih tengah tu Yang Berhormat Yahya bin Khatib (Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu)
baju biru tu En Mohd Lazim Ismail ( Pengerusi Jabatan Penerangan Marang, Terengganu) 

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD