Hai pembaca blog PM, best ke bergaduh? kurang ajar ?meninggikan suara ?perli? dengan orang lain. Kalau anda jawab bagus tolong la jelaskan kat PM, PM sebenarnya malas nak cari pasal ngan anda. Tapi itu memang salah satu tanggungjawab PM nak menegur. ok izinkan PM meneruskan bicara kali ini.
Sedar tak sedar da setengah tahun PM menegur blogger mengenai isu SPAM, setengah tahun. bukan masa yang sekejap , Daripada aktiviti menegur Spam ni kenal banyak gelagat blogger, ada yang boleh menerima teguran, ada yang tak boleh terima,ada yang meninggi kan suara bila ditegur, ada yang memaki hamun, ada yang buat entri perli dan sebagainya. Anda fikir PM nak ke semua tu? nak ke cari gaduh dengan anda? PM tegur untuk kebaikkan anda.
PM akan terangkan daripada aspek promosi blog, kenapa ramai yang tak suka aktiviti spam,Mungkin ramai fikir ini cara tidak berhemah atau mengganggu orang lain. Ada yang marah apabila ditegur melakukan spam, dan fikir admin sesebuah group atau fanpage malah profil sebagai tak beri peluang kepada mereka.
Sebenarnya sebab terpenting anda tidak boleh spam ialah tindakan anda menyebabkan anda promosi anda menjadi tidak berkesan. Orang menganggap penyepam sebagai pengacau dan penganggu jadi mereka tidak memperdulikannya dan membecinya. Oleh sebab itulah apabila anda sering spam, promosi anda tidak dipeduli malah lebih teruk lagi dicemuh.Bila anda melakukan spamming ke atas post seseorang, sama la seperti anda tak menghormati orang yang melakukan promosi cara yang betul. Bila dah tak menghormati orang cam tu, mana adab anda?
Itu hanyalah pandangan dari sudut promosi blog, da nampak kan kenapa orang tak bagi anda spam? Setahu PM aktiviti spamming ni bukan sahaja tak dibenarkan di FB atau lebih jelas GROUP di FB bahkan spamming juga tak dibenarkan di mana mana forum online. kalau anda pernah join mana mana forum online,salah satu undang undang yang ditetapkan adalah mengenai pengharaman aktiviti spamming.
Spam dalam bahasa inggerisnya bermaksud “the abuse of electronic messaging systems (including most broadcast media, digital delivery systems) to send unsolicited bulk messages indiscriminately”. Panjang sangat ker? ok PM akan tukarkan kepada ayat yang senang untuk anda fahami.
SPAM= UNWANTED LINK
Dalam bahasa melayu nya digelar sebagai link yang TIDAK DIKEHENDAKI, jadi faham kenapa admin, atau ramai yang tak suka bila orang spam, sebab orang tak nak pun link tu.
Dua kesan jelas yang anda dapat melalui spamming di sesebuah group adalah, akaun anda akan di mark sebagai spam, dan kesan nya pada anda, anda tidak akan dapat mempromosikan link anda selama 3 hari atau seminggu. kesan kedua spamming adalah, kemungkinan besar anda akan dibanned dari group tersebut. kesannya? anda tak dapat nak masuk dan promosi link anda di group itu lagi.
SPAM mungkin orang pandang ringan, kenapa nak tegur, sekadar letak link biru je. ingatan PM pada anda orang takkan tetapkan undang undang jika itu tak memberikan kesan buruk pada anda. Hormatilah orang yang mencipta undang jangan nak langgar sesuka hati.
Dan buat yang selalu perli perli tentang penegur spam, PM cabar anda. kenapa anda sendiri tak nak amik tindakan menegur dengan cara berhemah jika anda rasa teguran kami agak kasar dan kurang ajar. PM nak tengok anda yang menegur, jangan hanya sekadar perli. sekian.


