PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

PM cuba aktif

Assalamualaikum, setelah sekian lama tak menulis blog hari ni rasa terbuka hati plak nak menulis op menaip. KEkok gile bila lama tak guna kan blog sebagai medium untuk melepaskan apa yang terbuku du hati dan minda. huih cam banyak sangat je terbuku. Apa cita???? bila masuk nya tahun baru ni ramai orang mulakan dengan menanam azambaru untuk kehidupan mereka. Termasuklah PM sendiri, ada jugak la azam baru tapi biasa biasa je. Ok sebelum nak diteruskan citer jom kita imbas sikit apa yang berlaku tahun lepas. Seperti sedia maklum tahun lepas PM kehilangan Ibu tercinta PM dan tahun ni bagi mengelakkan rasa kesunyian tu PM cuba untuk kembali aktif blog tapi dengan keadaan takde laptop, agak susah la nak laksanakan misi tu. Tapi jangan risau cyber cafe kan ado.haha...

berbalik pada tahun baru ni, hah ramai kot kawan kawan blogger yang da lupa kat blog PM ni, fuh berhabuk bersawang berhantu kot, sebab lama sangat da tak menulis entri entri suka suki hati PM. Untuk entri permulaan 2014 ini PM nak berbicara soal kenapa hidup ni kita perlukan seseorang yang kita boleh anggap sebagai kawan. Dalam kehidupan yang kita tempuh hari hari banyak dugaan cabaran yang senantiasa hadir untuk mematahkan semangat kita tak kisah dari segi keluarga, teman, kekasih, duit termasuklah kerja sekalipun pasti ada ketika perkara perkara tersebut akan membuatkan diri anda stress,


Jadi untuk mengelakkan kita terus dibelunggu stress sekurang kurangnya kita memerlukan seorang kawan yang sentiasa memahami kita, yang sentiasa cuba buat kita tersenyum, yang tak kan tinggal kan kita tika kita dipinggirkan orang lain, Ya PM tahu pasti ada sesetengah daripada kita akan berkata, " eh PM ni kita kan orang Islam, Allah sentiasa ada bersama kita , sentiasa mendengar keluhan kita, dan akan menolong makhluk nya yang berada dalam kesusahan". Tapi tentu kita lupa bahawa kita sebagai manusia ada satu sikap yang dipanggi tak pandai bersabar. kita boleh bersabar tapi tak ramai yang mampu bertahan.


Jadi di sini la tugas seorang kawan di perlukan, idak la teman kata kawan tu diperlukan hanya ketika susah. Tapi masa susah cam nilah kita dapat kenal kawan kita. masa susah cam ni lah kita dapat tengok siapa yang ikhlas dengan kita,. ada sesetengah juga akan beranggapan, " eh  aku da ada kekasih , buat apa nak perlukan kawan lagi, kekasih aku 24jam ada bersama aku, sentiasa buat aku tersenyum, sentiasa jadi orang pertama yang akan dirujuk kalau aku ada masalah. " . Jawapan PM. Kalau awak ada masalah dengan kekasih tu?? nak cari sapa? 

konklusinya Dalam kehidupan kita , pasti kita memerlukan kawan . titik. itulah entri pendek PM, nampak tak da pelik cara penulisan sebab da lama sangat tak menulis blog ni.... sekian...



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jadilah seperti syaitan

Assalam semua, walaupun pos pertama saya tak mendapat sambutan namun PM akan tetap kuatkan semangat untuk terus blogging, banyak cerita yang PM nak kongsikan dengan anda semua, dah terlalu banya PM pendamkan seorang diri. Dan kali ni kita akan berbicara mengenai syaitan. 'Aik!' kenapa plak syaitan? jom kali ni PM nak seru semua kawan kawan kita jadi macam syaitan . erh jap! korang kenal tak syaitan tu apa? jadi PM terangkan sikit apa tu syaitan ye, ni maklumat yang PM dapat dari Ensiklopedia.


“Jin kafir” juga sebagai syaitan atau iblis. Dari segi bahasa, kata “syaitan“ (Arab) berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud “ lawan” atau “musuh”.

 “syaitan“ ialah bahasa Arab asal (syaitan) kerana sejumlah kata Arab asal dapat dibentuk daripada kata itu, misalnya syatana yang bermaksud “jauh”, “sesat” dan “fanatik”.

jadi kita teruskan kenapa PM kata kita perlu jadi syaitan, ambil masa seketika fikir positif tentang syaitan ada sikap syaitan yang kita boleh ambil sebagai pegangan. Syaitan ni satu satu nya makhluk yang takkan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara . Syaitan ni akan buat apa jua cara, akan mencara pelbagai helah untuk mencapai apa yang diingini. PM cuba menegaskan suatu perkara disini, kita ikut sikap syaitan yang tidak putus asa untuk berjaya jangan tertipu dengan cara kotor untuk berjaya.


sebagai contohnya dalam kehidupan seharian kita syaitan sentiasa ada bersama kita untuk mengambil peluang menghasut dan menggoda kita. contohnya.

subuh : kita - erh da lewat nak terlepas solat subuh da nisyaitan - kejap la, masih awal untuk bangun, lena mu,mimpimu masih indah. (berjaya atau tak itu kita)

tengahari ke petangkita - ' wah kerja banyak ni, malas nya nak buat, nak copy and paste je la" "kerja banyak solat belum lagi" syaitan - kerja lagi penting menjamin kamu hidup di dunia ni,harta tu...

Ok PM terangkan pendek je, apa sekalipun syaitan akan berusaha menggoda kita dari melakukan kebaikan dan sentiasa mengajak kita untuk leka,lalai dan jauh dari Allah. OK kita beralih kepada persepsi manusia plak di mana kita mestilah berusaha tanpa mudah putus asa untuk mencapai apa yang kita ingini. nak berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, cinta keluarga dan sebagainya. 

akhir kata dari saya, sekali sekala musuh kita memberi kita kekuatan dan 'hint' untuk kita terus berjaya sebenarnya, jadi luaskan pandangan anda untuk mencari apa yang tersembunyi dalam musuh kita. Cari dan aplikasikan apa yang kita tahu untuk berjaya.akhir kata dari PM, berusaha la untuk berjaya sampai bila kita nak terus bergantung pada belas ihsan orang lain untuk berjaya,. berpijak di bumi nyata.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD