PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Cinta

JUN Selamat datang.. Blog.. KUdakap lagi sekali..

Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa geloranya hati ini tak 'ku sangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu


Soal hati sukar untuk difahami, ade yang kata cinta tu hadir dari sesuatu perkenalan yang lama, ada yang mengatakan perasaan cinta tu hadir hanya selepas 3 saat kita melihat seseorang, dan ada yang berkata perasaan cinta mampu hadir walaupun kita tak pernah bersua.  jadi apa pilihan ada.. 1,2 , atau 3... apa  pun yang anda pilih anda patut sedar , kita dihadiahkan satu 'perasaan' istimewa, yakni rasa sayang pada orang sekeliling.. 

Waw selepas beberapa purnama senyap ,pm hadir dengan entri cinta.. haha bukan kerana pm jatuh cinta, tapi kerana perasaan cinta dan sayang tu meluas . ramai yang melihat cinta hanyalah satu perkara subjektif mengenai perhubungan antara seorang lelaki dan wanita , tapi sebenarnya perasaan cinra dan sayang itu sangat meluas, terutamanya perasaan sayang dan cinta pada sesuatu atau seseorang yang telah pergi tinggalkan kita untuk selamanya. 


Sekarang permulaan jun dimana kita berada di pengakhiran ramadhan untuk tahun 2019, ramai yang telah membuat persiapan untuk menghadapi aidilfitri yang bakal datang menyapa tak lama lagi, tapi berapa lama juga yang meratapi kesedihan kerana ramadhan bakal berlalu pergi, mungkinkan ada lagi ramadhan untuk kita semua akan datang.. itu salah satu perasaan cinta jugak.. cintanya untuk beribadah di bulan yang penuh barakah..  

sampai sini je la entri pm kali ni.. mungkin esok, mungkin bulan depan.mungkin tahun depan..atau ni mungkin entri terakhir pm..hehe. kita semua tak tahu.. apa apa yang berlaku kita hadapi dengan semangat yang kuat ye... jangan kerana satu kesedihan ,hidup kita terbuang bagai kapal tanpa nakhoda.. sekian..selamat berpuasa... semoga kita semua dilindungi oleh Allah...



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pertamanya 2019

Assalamualaikum... lama sudah tak ku hadap blog ku yang penuh sawang ini. Ramai yang ingat pada pm lagi? 2019 ni tahun pm nk main blog balik la, walaupun banyak da lupa nk tukar itu ini , id pon da banyak da bertukar . agak pening la disitu tapi insyaAllah pm cuba selesaikan secara perlaan lahan ye.

Berbalik pada isu blog , sekarang apa yang tengah trending dalam dunia blog kot kot awak semua boleh kongsikan dengan pm. ye la dari segi penulisan blogger sekarang banyak menulis tentang apa sebenarnya , isu semasa? artis? review barangan atau makanan? tips atau menulis tentang peribadi. maklumla pmda lama xbuka blog jadi banyak ketinggalan. nak menulis entri ni pon tak tahu apa yang nak dikarang.

tapi. tapi! jangan risau idea boleh dicari dimana mana sahaja , dan sebagai 'orang baru' ni pm pening sikit dengan interface blog sekarang banyak kena study lagi ni. hahaha


AKhir kata pm ucapkan Selamat hari lahir buat teman blog pm ye...terima kasih...


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

DSLR Nikon pilihan dihati

Assalamualaikum, entri kedua tahun ni yeah semangat walaupun sukar untuk kali pertama menarik kembali pembaca blog PM ni. Walaupon Pm cuba untuk ceburi bidang muzik dan fotografi namun pm sedar bukan mudah untuk bertapak selepas mulakan langkah pertama dalam bidang nih, proram muzik dan karaoke pertama yang diadakan kurang mendapat sambutan kemungkinan berpunca dari lokasi kerana tak ramai remaja yang join. kebanyakkan mat motor yang datang melepak.



Apa apa pon tu bukan halangan untuk PM putus asa,lokasi akan dipindahkan ke kawasan lebih mendapat tumpuan di kawasan bandar dan tempat orang main rollerblade. Oh ya sekarang da mula sesi persekolahan sebab tu tak ramai orang yang melepak pada waktu malam. berbalik pada tajuk asal, PM da berjaya capai impian yang da pm tanam dari 2006 lagi. peh lama gilak baru daat penuhkan impian ni. apa impian tu??? semestinya nak memiliki sebuah DSLR sendiri.  jom kita cie sikit pasal kamera ni.



PM memilih untuk membeli dslr entry level je dengan model D3300 dari segi kualiti memang la tak dapat nak tandingi d90 d7000 tapi untuk newbie cam pm ni da kira ok sangat la ni. Tambahan pulak kita kan ada adobe photoshop.hahhaa..PM beli kamera ni dengan harha RM22++ dapat sekali tripod, memori 16gb  ok la tu kot harganya kat terengganu berbanding negeri lain. Nampaknya untuk tajamkan skill fotografi pm mungkin kena rajin pikul kamera tu dan amik je mana mana gambar yang menarik untuk dipandang.Nanti kita kongsi hasilnya kat blog ni ye,,



Yang terakhir berkenaan GA untuk dijalankan kat blog ni.ada sapa sapa yang nak menjadi patner..dan ada cadangan ga berkaitan apa yang patut pm anjurkan. boleh la kemukakan di rungan komen yerk.. dan yang terakhir. printer apa yang sesuai untuk cuci gambar ye,,terima kasih..hahaha
 cam hape entri aku!

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

2016 PM atau Insp Peza

Assalamualaikum dunia ~ itonasi lagu faizal tu ye. fuh sekejap saje masa berlalu pejam celik da melangkah ke tahun 2016, dan blog pm ni da pon barumur 6 tahun lompat beberapa tahun tak menulis blog, akhirnya permulaan 2016 ni pm akan menulis blog kembali mungkin dengn isu sama sepeti dlu berkenaan tips hubungan percintaan dan sebagainya serta pm akan menambah mengenai isu isu baru yang bakal pm lalui antaranya berkenaan pa system , forografi ..hubungan?? entah itu da pkir lagi walaupon da suku abad lebih umur ni.

pada mulanya pm berat hati untuk meneruskan penulisan di blog ni disebabkan faktor faktor tertentu tapi bila berfikir untuk mulakan langkah dari kosong popn agak berat disebabkan persaingan dari segi penulisan, dan 'interface' blog. Oh ye satu soalan la macam mana korang semua promote blog korang sekarang, sebab pm nampak beberapa group blogger di fb da tak macam dulu lagi takde da sembang sembang, yang ada pin post dan senyap gitu je la.



Berkenaan design blog, rasanya da agak lama jugak pm guna design cm ni. nak buat baru la adobe photoshop da ada tapi sat masalah yang terpaksa pm hadap. kena belajar blik cara nk guna adobe tu pastu kena belajar balik coding semua ni.ayark! nak upah orang tak mampu aih pm. apa apa harap ada lagi blogger yang boleh support pm dalam dunia blog ni, nak bersaing dengan bloger bloger lain fuh. kita 'try'.


Akhir kata untuk permulaan 2016 ni tak nak bebel banyak takut korang bosan plak,jadi kita buat entri biasa biasa dulu...elok kekal PM atau sebagai Insp peza cam kat fb tu, dan buat kawan kawan yang masuk blog ni boleh la bagi cadangan panduan dan apa saja yang patut pm ubah di blog ni dan mungkin korang ada cadangan untuk pm menulis berkaitan apa di blog usang pm ni....


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

PM cuba aktif

Assalamualaikum, setelah sekian lama tak menulis blog hari ni rasa terbuka hati plak nak menulis op menaip. KEkok gile bila lama tak guna kan blog sebagai medium untuk melepaskan apa yang terbuku du hati dan minda. huih cam banyak sangat je terbuku. Apa cita???? bila masuk nya tahun baru ni ramai orang mulakan dengan menanam azambaru untuk kehidupan mereka. Termasuklah PM sendiri, ada jugak la azam baru tapi biasa biasa je. Ok sebelum nak diteruskan citer jom kita imbas sikit apa yang berlaku tahun lepas. Seperti sedia maklum tahun lepas PM kehilangan Ibu tercinta PM dan tahun ni bagi mengelakkan rasa kesunyian tu PM cuba untuk kembali aktif blog tapi dengan keadaan takde laptop, agak susah la nak laksanakan misi tu. Tapi jangan risau cyber cafe kan ado.haha...

berbalik pada tahun baru ni, hah ramai kot kawan kawan blogger yang da lupa kat blog PM ni, fuh berhabuk bersawang berhantu kot, sebab lama sangat da tak menulis entri entri suka suki hati PM. Untuk entri permulaan 2014 ini PM nak berbicara soal kenapa hidup ni kita perlukan seseorang yang kita boleh anggap sebagai kawan. Dalam kehidupan yang kita tempuh hari hari banyak dugaan cabaran yang senantiasa hadir untuk mematahkan semangat kita tak kisah dari segi keluarga, teman, kekasih, duit termasuklah kerja sekalipun pasti ada ketika perkara perkara tersebut akan membuatkan diri anda stress,


Jadi untuk mengelakkan kita terus dibelunggu stress sekurang kurangnya kita memerlukan seorang kawan yang sentiasa memahami kita, yang sentiasa cuba buat kita tersenyum, yang tak kan tinggal kan kita tika kita dipinggirkan orang lain, Ya PM tahu pasti ada sesetengah daripada kita akan berkata, " eh PM ni kita kan orang Islam, Allah sentiasa ada bersama kita , sentiasa mendengar keluhan kita, dan akan menolong makhluk nya yang berada dalam kesusahan". Tapi tentu kita lupa bahawa kita sebagai manusia ada satu sikap yang dipanggi tak pandai bersabar. kita boleh bersabar tapi tak ramai yang mampu bertahan.


Jadi di sini la tugas seorang kawan di perlukan, idak la teman kata kawan tu diperlukan hanya ketika susah. Tapi masa susah cam nilah kita dapat kenal kawan kita. masa susah cam ni lah kita dapat tengok siapa yang ikhlas dengan kita,. ada sesetengah juga akan beranggapan, " eh  aku da ada kekasih , buat apa nak perlukan kawan lagi, kekasih aku 24jam ada bersama aku, sentiasa buat aku tersenyum, sentiasa jadi orang pertama yang akan dirujuk kalau aku ada masalah. " . Jawapan PM. Kalau awak ada masalah dengan kekasih tu?? nak cari sapa? 

konklusinya Dalam kehidupan kita , pasti kita memerlukan kawan . titik. itulah entri pendek PM, nampak tak da pelik cara penulisan sebab da lama sangat tak menulis blog ni.... sekian...



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jadilah seperti syaitan

Assalam semua, walaupun pos pertama saya tak mendapat sambutan namun PM akan tetap kuatkan semangat untuk terus blogging, banyak cerita yang PM nak kongsikan dengan anda semua, dah terlalu banya PM pendamkan seorang diri. Dan kali ni kita akan berbicara mengenai syaitan. 'Aik!' kenapa plak syaitan? jom kali ni PM nak seru semua kawan kawan kita jadi macam syaitan . erh jap! korang kenal tak syaitan tu apa? jadi PM terangkan sikit apa tu syaitan ye, ni maklumat yang PM dapat dari Ensiklopedia.


“Jin kafir” juga sebagai syaitan atau iblis. Dari segi bahasa, kata “syaitan“ (Arab) berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud “ lawan” atau “musuh”.

 “syaitan“ ialah bahasa Arab asal (syaitan) kerana sejumlah kata Arab asal dapat dibentuk daripada kata itu, misalnya syatana yang bermaksud “jauh”, “sesat” dan “fanatik”.

jadi kita teruskan kenapa PM kata kita perlu jadi syaitan, ambil masa seketika fikir positif tentang syaitan ada sikap syaitan yang kita boleh ambil sebagai pegangan. Syaitan ni satu satu nya makhluk yang takkan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara . Syaitan ni akan buat apa jua cara, akan mencara pelbagai helah untuk mencapai apa yang diingini. PM cuba menegaskan suatu perkara disini, kita ikut sikap syaitan yang tidak putus asa untuk berjaya jangan tertipu dengan cara kotor untuk berjaya.


sebagai contohnya dalam kehidupan seharian kita syaitan sentiasa ada bersama kita untuk mengambil peluang menghasut dan menggoda kita. contohnya.

subuh : kita - erh da lewat nak terlepas solat subuh da nisyaitan - kejap la, masih awal untuk bangun, lena mu,mimpimu masih indah. (berjaya atau tak itu kita)

tengahari ke petangkita - ' wah kerja banyak ni, malas nya nak buat, nak copy and paste je la" "kerja banyak solat belum lagi" syaitan - kerja lagi penting menjamin kamu hidup di dunia ni,harta tu...

Ok PM terangkan pendek je, apa sekalipun syaitan akan berusaha menggoda kita dari melakukan kebaikan dan sentiasa mengajak kita untuk leka,lalai dan jauh dari Allah. OK kita beralih kepada persepsi manusia plak di mana kita mestilah berusaha tanpa mudah putus asa untuk mencapai apa yang kita ingini. nak berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, cinta keluarga dan sebagainya. 

akhir kata dari saya, sekali sekala musuh kita memberi kita kekuatan dan 'hint' untuk kita terus berjaya sebenarnya, jadi luaskan pandangan anda untuk mencari apa yang tersembunyi dalam musuh kita. Cari dan aplikasikan apa yang kita tahu untuk berjaya.akhir kata dari PM, berusaha la untuk berjaya sampai bila kita nak terus bergantung pada belas ihsan orang lain untuk berjaya,. berpijak di bumi nyata.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Alasan demi alasan

Salam 1 PM, dah lama sebenarnya tak update tak tulis story mory kat blog 'kesayangan' ku ini , bukan niat untuk berenggang dengan blog tapi masa dan gadget tak dapat memenuhi nafsu di hati. #cam apa je ayat. Semakin lama tinggal blog semakin malas jadinya, walaupun jeles dengan blog blogger baru yang cantik serta teknik penulisan blogger baru memang 'mantap'. Jadi di kesempatan ini PM buat keputusan untuk blogging lebih awal daripada tarikh yang telah dirancangankan. Sebagai permulaan PM tak mahu bercerita apa yang terjadi selama PM meninggalkan blog, apa yang telah PM tidak dapat laksanakan sebelum ini. Tapi PM akan berbicara mengenai sesuati yang sinonim dalam hidup,anda, guru anda, majikan anda, pekerja anda, kawan kawan anda, kekasih anda, dan juga diri saya sendiri.

Apa yang bakal PM bicarakan adalah mengenai ALASAN. ALASAN dan diri kita tak pernah berenggang, kita sering menggunakan alasan untuk melepaskan diri kita dari pelbagai masalah, daripada sekolah? alam pekerjaan? keluarga? kawan? kekasih? Rasanya kalau kita dapt catitkan alasan yang pernah kita gunakan berkemungkinan besar pasti alasan kita melebihi daripada amal kebaikan dan keburukkan kita. #anggaplah pernyataan PM ini sebagai metafora kerana kita pasti tak tahu berapa banya sudah kebaikkan dan keburukan  yang kita pernah lakukan. Sebagai contohnye...

di sekolah
cikgu : kenapa tak siapkan homework?
saya : "elektrik takde" "buku tertinggal" " tak faham: dll

di pejabat
bos : saya rasa masa yang saya bagi da cukup lama untuk siapkan kertas kerja ini.kenapa awak tak boleh siapkan?
saya : banyak kerja lain lagi yang kena hantar sebab tu tak dapat siapkan sehingga deadline.

di rumah
mak ayah : kau ni tak pernah duk rumah asyik nak keluar je.
saya : ala duk rumah bukan ad apa pun . "kawan" ajak minum.

dengan kawan
kawan : weh! ko napa lambat?berjam aku tunggu
saya : la , sori ar ada hal sikit tadi.

dengan kekasih
awek : abang ni, janji nak keluar tapi tak jadi plak
saya : sori la banyak kerja

Ok semua tu alasan yang biasa sangat kita guna. kita tak pernah nak mengaku kesalahan kita.  Seringkali alasan je yang kita gunakan untuk melepaskan diri. APa salahnya kesalah kita kita akui ia datang dari kekurangan dan kelalaian kita sendiri? PM yakin kalau kita mengaku kesalahan kita itu lebih baik daripada selalu memberi alasan.

"ko sedap je nasihatkan orang suruh mengaku kesalahan diri la apa la, yang pasti ko pon selalu guna alasan jugak PM oi' . sebab tu la kita susah nak maju bila kita cuba berubah, pasti ada insan yang 'sayang'; kita akan cuba kondem diri kita. kebanyakkan dari kita pula cepat terpengaruh dengan kata kata negatif kawan kawan kita yang 'baik' tu. jadi lepas ini tetapkan pendirian . kita hidup dalam dunia yang sementara dengan cara kita sendiri.

Akhir kata dari PM kekurangan dan cacat cela entri ini berpunca dari diri PM yang serba kekurangan ini. segalam maklum balas,komen cadangan dan kutukan boleh ditulis diruangan komen.sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Please Stay


Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can't
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it's you!
C/o
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don't ever want you to go
Please stay


With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay


-bridge
Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny
It's just you


Try and think about it
If your heart is closed don't lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through


Repeat c/o
Please stay
Just stay with me
I'll take you to forevermore
Just stay




apa yang mampu PM katakan. PLEASE STAY..

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Mad market aku ketinggalan

Hai pembaca blog PM semalam PM rasa cam katak bawah konkrit kot bila bukak tv9 lepas tu terpampang muka awek ni. Skandal PM gak ni. hahaha #tipu je jangan marah tuan empunya badan. Korang kenal dengan pemilik belog

http://inibelogsaya.blogspot.com/


Kenal? kalau tak kenal tu tolong la kenal kenal ye, cun wo.. semalam PM ternampak dia ni dalam rancangan MAD MARKET kebetulan rancangan mengenai shopping and fesyen memang faveret la. Sekali tengok pengacara HANIS ZALIKHA. wah! baru PM taw untung nya jadi blogger.hahaha


nah ni header blog dia.. apa apa pun PM kebas dari google. memang diri ini ketinggalan sekarang..syok dapat jadi DIA..haha sekian

p/s nak jadi pengacara gak

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Eh hampeh je jadi blogger!

Assalam semua kepada semua pembaca blog ini, kalau ada la. Ramai yang telah mempersoalkan kemana menghilang keriangan,kehebatan, keagungan zaman blog. PM dalam sedar tak sedar turut merasai tentang nilai blog yang dihasilkan sekarang. Bagi sesetengah penulis blog yang berjaya mereka tetap dengan penulisan mereka yang memberikan banyak info kepada pembaca, tapi PM dapat lihat juga penulis blog baru yang kebanyakkan terdiri daripada budak budak sekolah, mereka menulis blog untuk dua perkara, satu mendapat follower, dua bercerita mengenai personal.

Tak salah bercerita mengenai diri sendiri , PM pun banyak menulis tentang diri sendiri, sekurang kurangnya anda tulislah sesuatu yang dapat memberi moral atau 'isi' kepada pembaca. barulah anda akan dapat nikmat sebagai penulis blog. Jangan blog je cantik tapi isi kosong , tak mau la cam tu ye adik adik. Satu cara terbaik untuk anda semua menulis blog dan merasai best nya  hidup sebagai penulis blog , anda perlu....


IKHLAS DALAM PENULISAN ANDA..



Saje la tulis pendek pendek, malas nak mengarang panjang panjang.. haha ni la faktor blog jatuh #malas
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

raya jadi ke tak



Apa nak jadi dengan blog PM ni. takde ke keyword yang 'cantik' sikit. Silap silap ari bulan kena boikot blog PM ni. haha. nak update pasal raya tapi keadaan di cyber ni tak mengizinkan dengan ramai kanak kanak bawah umur yang asyik melayan game..arghh tekana bising kot...

Apa apa pun raya tahun ni ok la, nak kata meriah tu simple je bagi PM tapi dapat jumpa kawan kawan blogger ,kawan kawan sekolah pun da ok bagi PM. tapi ku merindui dirinya.. itu je nak gitau.tata..

sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Aiman Hakim Redza


kenapa gambar ni? sebab nama dan gambar fb PM adalah dia..hahaha...hensem
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Aku jumpa Lailatul Qadar

Hai , nampaknya masih ada yang baca blog PM ye.alhamdulillah la sebab masih ada yang ngat kat PM ni ha. #ces padahal da inform kenkawan  blog da bukak..hahaha. Raya semakin tiba ,tatkala semua penduduk yang berpuasa sibuk untuk menyediakan persiapan raya PM maih lagi statik tidak memeli sebarang keperluan untuk raya. Saat semua orang sibuk membeli pakaian raya, PM masih dibuai mimpi dalam bulan ramadhan. Lailatul qada? PM nak kongsikan satu cerita mengenai malam penuh barakah.

seorang lelaki, yang pergi ke masjid utuk mendengar ceramah berkaitan lailatul qadar, diteliti apa yang diutarakan oleh ustaz mengenai malaikat yang turun ke bumi untuk mengaminkan doa insan yang beramal, pokok sujud ke bumi dan kubah sujud ke bumi. jelas apa yang difahami olehnya berlainan dengan apa yang diceritakan oleh ustaz.

Tiba pada suatu malam malam terakhir ramadhan beliau baru pulang dari membeli belah, ketika melalui sebuah surau, tiba tiba beliau terlihat kubah sebuah masjid menyentuh bumi, lantas dengan sepantas kilat beliau bergegas ke dalam masjid tersebut untuk menunaikan segala amalan sunat yang dilakukan.

keesokkan harinya dengan bangga dia memberitahu kepada kawan kawan nya di pejabat bahawa mereka semua rugi kerana "semalam " adalah lailatul qadar, dengan kehairanan kawan - kawannya bertanya "macam mana ko tahu?" dengan penuh kenyakinan beliau menjawab " aku nampak kubah masjid sujud ke bumi". Dengan serta kedengaran gelak tawa penuh hilai dri teman temannya itu, sambil menepuk bahu beliau " lain kali rajin la sikit untuk jengah ke masjid ye, kubah tu da tiga hari duk "sujud" ke bumi, JKR yang sujudkan.. Dengan muka merah padam beliau meninggalkan kawannya - kawannya. Moral yang PM nak sampaikan beribadah la dengan ikhlas, jangan jadi seorang yang hanya beribdah dalam kesusahan sahaja..

sekian.
rindu nak komen blog ni  Princess
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

PM bangkit dari kematian

Salam semua buat semua pembaca blog PM ni, tu pun kalau masih ada yang ingat blog ni selepas sekian lama PM tak dapat nak sign in akhirnya hari ni dengan kepandaian dan usaha untuk mendapatkan balik kawan kawan blogger PM, jadi PM berjaya mendapatkan balik blog PM ni.

wahai pengunjung pengunjung blog pendambamawar, harap kita boleh lupakan apa yang terjadi sebelum ni, dan PM nak ambil peluang ni untuk mulakan sesuatu yang baru, lagi pun setting kat blog da baru masih pening pening lagi. ok la tak mau cerita panjang hati banyak gembira.

ok buat kawan kawan PM yang selalu duk tanya tu, PM bila nak update, bila nak buat blog baru,ok sekarang da update, tapi disebabkan PM ni takde lappy harap anda faham la waktu online PM tak macam dulu. haha #bajet femes je..puih..

Dan sekarang PM boleh la nak menjengah kawan kawan blogger PM lagi.yahuu.. excitednya saya. ops bercakap tentang raya, sapa nak post kad raya kat PM? nah alamat ,sombongnya terus bagi alamat bajet ada orang nak bagi.

Mohd Faizal Bin Ghazali
Bekalan 'B' kompeni,
Pasukan Gerakan Am,
Kubang Badak,
21300 Kuala Terengganu
Terengganu

ha boleh la pi cari kad raya untuk PM ye.hahahaa.. sampai di sini je la PM nak tulis . 
SALAM PERKENALAN DARI BUDAK BARU BELAJAR MENULIS BLOG.ASSALAMUALAIKUM!

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Fantastic Friday Mawar 8

Hai pembaca blog PM , PM agak bizi untuk mengupdate blog  kerana PM sedang melakukan pengubahsuaian dalam bilik PM jadi PM tak dapat nak buat lawatan balas komen komen dari anda. Insyallah bila semua selesai PM akan terjah blog korang tu dengan penuh keazaman.. jangan lupa join segmen PM .klik je banner kat atas nuhhhhhhh... mekasih semua yang masih sudi baca entri ni dan komen entri PM.


Apa apa pun fon PM sentiasa terbuka ok.cuma port untuk online je dah hilang buat sementara waktu. sekian maaf ye semua. Tengok nak buat entri ni pun PM tak tulis panjang panjang. bukan apa update takut ada yang rindu.hahahaa


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #32

Aku Insan Penuh Khilaf Serta Cetek Dalam Ilmu ,
Tapi Aku Masih Tahu Apa Erti Hormat Dan Mengenang Budi

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pesongkan agama, marah orang kita dulu

Hai pembaca blog PM, patut nya entri PM da taip semalam tapi PM malas plak.jadi PM kuarkan hari ni. Taknak berbicara panjang ,kenapa PM nak berbicara mengenai ini? sebab ramai sangat yang share mengenai lagu IT WILL RAIN by BRUNO MARS dengan bait lagu


There’s no religion that could save me
No matter how long my leaves are on the floor..


Tapi bukan itu yang PM nak bicarakan,PM nak anda hayati video ni


Dah layan penjelasan UAI? perasaan satu nama yang memainkan watak penting dalam perayaan Hari kekasih? Dapat apa yang PM maksudkan? Tak dapat? tengok video ni pula


Amacam? biasa dengar lagu ni? ni Indonesia punya, kita pun ada dari kumpulan search. Dan lagu ni da lama berada di industri seni kita, dan telah menjadi siulan anak anak muda dari dulu kini mungkin selamanya. Jadi apa releven nya video pertama dengan video kedua dan apa yang PM cuba sampaikan.

Cuba kita fikir sejenak siapa ISABELLA yang dimaksudkan? layan bait lagu Isabella tu. Dan PM percaya anda dapat fikir. 

P/s betul kata orang tua kuman diseberang kita nampak, gajah depan mata kita buat tak tahu. jadi ini la yang berlaku, lagu barat yang sememangnya bukan islam tu kita nampak dia cuba pesongkan agama Islam. Tapi lagu kita sendiri?yang dinyanyikan anak muda kita?melayu? Islam?renung renungkan...

Jangan lupa join segmen PM > SINI

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #34



P/s : Snap by myself
join my new segment : here
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Percubaan pertama menjadi ...

Hai pembaca blog PM wah kali ni PM nak berbicara mengenai sesuatu. Cewah penantian PM selama ini akhirnya terjawab tengahari tadi, apa bila "papaku puolang dari kota ,papa ku belikan kereta" eh silap menyanyi plak. Abah bawak balik sesuatu , ya! sesuatu yang ditunggu, kini telah berada di genggamanku.

Tu dia bungkusan telah ku sambut dengan senyuman, dengan rakus tanpa menghiraukan keselamatan dirimu aku meraba seluruh pelusuk tubuhmu ,mencari ruang untuk ku masukkan jariku dengan niat membuka baju yang membaluti tubuhmu, tanpa ku sedar nafsu mudaku telah mengawal mindaku untuk melayanmu tanpa belas kasihan..

bajumu telah ku lemparkan ketepi, ku lihat, ku tatap dengan nafsu yang membuak buak kearahmu, ku cium, harum baumu, ku raba seluruh badanmu, licin kulitmu. cantikknyaaaaaaa.......

comelnye. akhirnya penantianku untuk memakai baju ni kesampaian.hohoho alhamdulillah encik posmen, pegawai yang bertugas di bilik gerakan, pegawai yang bertugas ni pejabat kompeni kerana sudi menjaga hartaku ini.

Admin, PM da dapat ni baju ni. Gembiranya.. dan satu lagi PM nak tanya tentang header ni


ni la yang PM maksudkan percubaan pertama PM buat header untuk blog orang lain. haha segan plak rasanya. cer komen sikit. owner dia?
tak letak lagi kot.haha

dan jangan lupa join segmen PM
sekian

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Hari Pertama sebagai guru Ganti

Hai kali ni nak berbicara mengenai cikgu la, sebab PM frust terlepas rezeki jadi cikgu ganti. Hurm takpelah bukan rezeki PM. Kalau tak esok PM da bergelar CIKGU FAIZAL .. haha.. Takpe ada rezeki lain yang menanti tu, kali ni taknak berbicara banyak sebab PM nak kongsikan beberapa karangan dan jawapan yang PM rasakan agak kelakar.. Petik dari google je.jom kita baca.







amacam? lawak. PM tak dapat bayangkan kalau PM jadi cikgu nanti murid murid tu jawab cam ni. tak ke guling guling PM gelak dalam bilik guru tu.haha. Apa Apa pun memang sedih ar tak dapat jadi cikgu ganti.ahhhhhh...

pesanan penaja...Jangan lupa join segmen PM


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD