Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa geloranya hati ini tak 'ku sangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Soal hati sukar untuk difahami, ade yang kata cinta tu hadir dari sesuatu perkenalan yang lama, ada yang mengatakan perasaan cinta tu hadir hanya selepas 3 saat kita melihat seseorang, dan ada yang berkata perasaan cinta mampu hadir walaupun kita tak pernah bersua. jadi apa pilihan ada.. 1,2 , atau 3... apa pun yang anda pilih anda patut sedar , kita dihadiahkan satu 'perasaan' istimewa, yakni rasa sayang pada orang sekeliling..
Waw selepas beberapa purnama senyap ,pm hadir dengan entri cinta.. haha bukan kerana pm jatuh cinta, tapi kerana perasaan cinta dan sayang tu meluas . ramai yang melihat cinta hanyalah satu perkara subjektif mengenai perhubungan antara seorang lelaki dan wanita , tapi sebenarnya perasaan cinra dan sayang itu sangat meluas, terutamanya perasaan sayang dan cinta pada sesuatu atau seseorang yang telah pergi tinggalkan kita untuk selamanya.
Sekarang permulaan jun dimana kita berada di pengakhiran ramadhan untuk tahun 2019, ramai yang telah membuat persiapan untuk menghadapi aidilfitri yang bakal datang menyapa tak lama lagi, tapi berapa lama juga yang meratapi kesedihan kerana ramadhan bakal berlalu pergi, mungkinkan ada lagi ramadhan untuk kita semua akan datang.. itu salah satu perasaan cinta jugak.. cintanya untuk beribadah di bulan yang penuh barakah..
sampai sini je la entri pm kali ni.. mungkin esok, mungkin bulan depan.mungkin tahun depan..atau ni mungkin entri terakhir pm..hehe. kita semua tak tahu.. apa apa yang berlaku kita hadapi dengan semangat yang kuat ye... jangan kerana satu kesedihan ,hidup kita terbuang bagai kapal tanpa nakhoda.. sekian..selamat berpuasa... semoga kita semua dilindungi oleh Allah...