berbalik pada tahun baru ni, hah ramai kot kawan kawan blogger yang da lupa kat blog PM ni, fuh berhabuk bersawang berhantu kot, sebab lama sangat da tak menulis entri entri suka suki hati PM. Untuk entri permulaan 2014 ini PM nak berbicara soal kenapa hidup ni kita perlukan seseorang yang kita boleh anggap sebagai kawan. Dalam kehidupan yang kita tempuh hari hari banyak dugaan cabaran yang senantiasa hadir untuk mematahkan semangat kita tak kisah dari segi keluarga, teman, kekasih, duit termasuklah kerja sekalipun pasti ada ketika perkara perkara tersebut akan membuatkan diri anda stress,
Jadi untuk mengelakkan kita terus dibelunggu stress sekurang kurangnya kita memerlukan seorang kawan yang sentiasa memahami kita, yang sentiasa cuba buat kita tersenyum, yang tak kan tinggal kan kita tika kita dipinggirkan orang lain, Ya PM tahu pasti ada sesetengah daripada kita akan berkata, " eh PM ni kita kan orang Islam, Allah sentiasa ada bersama kita , sentiasa mendengar keluhan kita, dan akan menolong makhluk nya yang berada dalam kesusahan". Tapi tentu kita lupa bahawa kita sebagai manusia ada satu sikap yang dipanggi tak pandai bersabar. kita boleh bersabar tapi tak ramai yang mampu bertahan.
konklusinya Dalam kehidupan kita , pasti kita memerlukan kawan . titik. itulah entri pendek PM, nampak tak da pelik cara penulisan sebab da lama sangat tak menulis blog ni.... sekian...