PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Jadilah seperti syaitan

Assalam semua, walaupun pos pertama saya tak mendapat sambutan namun PM akan tetap kuatkan semangat untuk terus blogging, banyak cerita yang PM nak kongsikan dengan anda semua, dah terlalu banya PM pendamkan seorang diri. Dan kali ni kita akan berbicara mengenai syaitan. 'Aik!' kenapa plak syaitan? jom kali ni PM nak seru semua kawan kawan kita jadi macam syaitan . erh jap! korang kenal tak syaitan tu apa? jadi PM terangkan sikit apa tu syaitan ye, ni maklumat yang PM dapat dari Ensiklopedia.


“Jin kafir” juga sebagai syaitan atau iblis. Dari segi bahasa, kata “syaitan“ (Arab) berasal daripada bahasa Ibrani yang bermaksud “ lawan” atau “musuh”.

 “syaitan“ ialah bahasa Arab asal (syaitan) kerana sejumlah kata Arab asal dapat dibentuk daripada kata itu, misalnya syatana yang bermaksud “jauh”, “sesat” dan “fanatik”.

jadi kita teruskan kenapa PM kata kita perlu jadi syaitan, ambil masa seketika fikir positif tentang syaitan ada sikap syaitan yang kita boleh ambil sebagai pegangan. Syaitan ni satu satu nya makhluk yang takkan pernah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara . Syaitan ni akan buat apa jua cara, akan mencara pelbagai helah untuk mencapai apa yang diingini. PM cuba menegaskan suatu perkara disini, kita ikut sikap syaitan yang tidak putus asa untuk berjaya jangan tertipu dengan cara kotor untuk berjaya.


sebagai contohnya dalam kehidupan seharian kita syaitan sentiasa ada bersama kita untuk mengambil peluang menghasut dan menggoda kita. contohnya.

subuh : kita - erh da lewat nak terlepas solat subuh da nisyaitan - kejap la, masih awal untuk bangun, lena mu,mimpimu masih indah. (berjaya atau tak itu kita)

tengahari ke petangkita - ' wah kerja banyak ni, malas nya nak buat, nak copy and paste je la" "kerja banyak solat belum lagi" syaitan - kerja lagi penting menjamin kamu hidup di dunia ni,harta tu...

Ok PM terangkan pendek je, apa sekalipun syaitan akan berusaha menggoda kita dari melakukan kebaikan dan sentiasa mengajak kita untuk leka,lalai dan jauh dari Allah. OK kita beralih kepada persepsi manusia plak di mana kita mestilah berusaha tanpa mudah putus asa untuk mencapai apa yang kita ingini. nak berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, cinta keluarga dan sebagainya. 

akhir kata dari saya, sekali sekala musuh kita memberi kita kekuatan dan 'hint' untuk kita terus berjaya sebenarnya, jadi luaskan pandangan anda untuk mencari apa yang tersembunyi dalam musuh kita. Cari dan aplikasikan apa yang kita tahu untuk berjaya.akhir kata dari PM, berusaha la untuk berjaya sampai bila kita nak terus bergantung pada belas ihsan orang lain untuk berjaya,. berpijak di bumi nyata.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Alasan demi alasan

Salam 1 PM, dah lama sebenarnya tak update tak tulis story mory kat blog 'kesayangan' ku ini , bukan niat untuk berenggang dengan blog tapi masa dan gadget tak dapat memenuhi nafsu di hati. #cam apa je ayat. Semakin lama tinggal blog semakin malas jadinya, walaupun jeles dengan blog blogger baru yang cantik serta teknik penulisan blogger baru memang 'mantap'. Jadi di kesempatan ini PM buat keputusan untuk blogging lebih awal daripada tarikh yang telah dirancangankan. Sebagai permulaan PM tak mahu bercerita apa yang terjadi selama PM meninggalkan blog, apa yang telah PM tidak dapat laksanakan sebelum ini. Tapi PM akan berbicara mengenai sesuati yang sinonim dalam hidup,anda, guru anda, majikan anda, pekerja anda, kawan kawan anda, kekasih anda, dan juga diri saya sendiri.

Apa yang bakal PM bicarakan adalah mengenai ALASAN. ALASAN dan diri kita tak pernah berenggang, kita sering menggunakan alasan untuk melepaskan diri kita dari pelbagai masalah, daripada sekolah? alam pekerjaan? keluarga? kawan? kekasih? Rasanya kalau kita dapt catitkan alasan yang pernah kita gunakan berkemungkinan besar pasti alasan kita melebihi daripada amal kebaikan dan keburukkan kita. #anggaplah pernyataan PM ini sebagai metafora kerana kita pasti tak tahu berapa banya sudah kebaikkan dan keburukan  yang kita pernah lakukan. Sebagai contohnye...

di sekolah
cikgu : kenapa tak siapkan homework?
saya : "elektrik takde" "buku tertinggal" " tak faham: dll

di pejabat
bos : saya rasa masa yang saya bagi da cukup lama untuk siapkan kertas kerja ini.kenapa awak tak boleh siapkan?
saya : banyak kerja lain lagi yang kena hantar sebab tu tak dapat siapkan sehingga deadline.

di rumah
mak ayah : kau ni tak pernah duk rumah asyik nak keluar je.
saya : ala duk rumah bukan ad apa pun . "kawan" ajak minum.

dengan kawan
kawan : weh! ko napa lambat?berjam aku tunggu
saya : la , sori ar ada hal sikit tadi.

dengan kekasih
awek : abang ni, janji nak keluar tapi tak jadi plak
saya : sori la banyak kerja

Ok semua tu alasan yang biasa sangat kita guna. kita tak pernah nak mengaku kesalahan kita.  Seringkali alasan je yang kita gunakan untuk melepaskan diri. APa salahnya kesalah kita kita akui ia datang dari kekurangan dan kelalaian kita sendiri? PM yakin kalau kita mengaku kesalahan kita itu lebih baik daripada selalu memberi alasan.

"ko sedap je nasihatkan orang suruh mengaku kesalahan diri la apa la, yang pasti ko pon selalu guna alasan jugak PM oi' . sebab tu la kita susah nak maju bila kita cuba berubah, pasti ada insan yang 'sayang'; kita akan cuba kondem diri kita. kebanyakkan dari kita pula cepat terpengaruh dengan kata kata negatif kawan kawan kita yang 'baik' tu. jadi lepas ini tetapkan pendirian . kita hidup dalam dunia yang sementara dengan cara kita sendiri.

Akhir kata dari PM kekurangan dan cacat cela entri ini berpunca dari diri PM yang serba kekurangan ini. segalam maklum balas,komen cadangan dan kutukan boleh ditulis diruangan komen.sekian.


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD