PENJENAMAAN SEMULA BLOG PENDAMBA MAWAR

PRINCESS WIDIEA AZIRA

Kelibat Kawan Lama

Hai pembaca blog pendamba mawar, sihat ke? Pendamba da macam nak demam ni. ala tak mao la demam kan? nanti ramai gadis gadis yang risau.ahaks. Perasan la plak pendamba ni kan. Kali ni izinkan diri pendamba untuk berbicara mengenai KAWAN? SAHABAT?




Korang pernah ada kawan masa kecik tak?pastu bila dewasa da tiba tiba kawan korang terpaksa berpindah ke tempat lain? izinkan pendamba berbicara sedikit mengenai kawan pendamba ni ea, dulu dari tadika sampai darjah 4 pendamba ada seorang teman yang rapat sangat ngan pendamba, oh ya PEREMPUAN. nama nya Diana. sekarang pendamba lost hanya berhubung melalui fon. tapi jarang maklumla masing masing ada komitmen.


Ok kita beralih kepada apa yang pendamba nak bicarakan, seperti yang anda tahu tadi pendamba keluar dengan seorang blogger perempuan Yunz Zatie aka PA pendamba .Ok Pendamba bawak mama dan abah pendamba sekali keluar ngan dia, apa yang buat pendamba terkejut. Rupanya seperti pendamba melihat kawan lama pendamba muncul kembali di hadapan pendamba. Ingatkan pendamba je yang berfikiran bergitu, sampai je rumah tadi abah dan mama mula memberitahu sesuatu pada pendamba. "muka kawan fyzal cam diana". ha jadi pendamba tak salah. memang sama.


Hari ni pendamba dan family bawak dia kenal Kuala Terengganu dan teman dia beli barang barang yang dia nak. Dan selesaikan masalah broadband dia. semua selesai. best kuar ngan dia walaupun first time. tapi ok la. Haih dia main peluk peluk ngan mama pendamba. nak jadi menantu la tu. haha.


oh pendamba baru pulang dari pesta Konvo UMT tengok street dance gila gempak, teringat plak kenangan lama. hahaa. Tapi pendamba rasa cam nak demam la. haih . ok perlu ke pendamba tulis ni. ahaks. 


Mengenai kawan lama, anda pernah tak mengalami apa yang pendamba alami sekarang?jom kongsikan


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Cinta

Mencari yang sempurna, tapi diri belum sempurna
mencari yang cantik, tapi hati sendiri tidak cantik
mencari yang baik, tapi diri sendiri belum baik
mencari yang setia tapi diri sentia tak setia
mencari cinta yang ikhlas, tapi diri sendiri tidak ikhlas

ps : ramai yang frust pendamba cakap nak kahwin..kekeke.. single ni..meh ngorat pendamba.penat sikit baru pas date ngan Yunz Zatie .. Date bawa parent?hahananti pendamba cerita

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Jemputan Perkahwinan

Hai pembaca blog pendamba mawar, maaf pendamba terlalu sibuk semalam, insyallah pendamba akan melawati semua blogger yang datang bertandang ke blog pendamba ini. Dan pada masa yang sama pendamba telah menerima satu berita sedih. Tapi takpe demi anda semua pendamba akan tetap bersama anda.


Biar pendamba bicarakan mengenai berita sedih dulu ya, petang semalam pendamba telah menerima satu surat elektronik. Yang menyatakan
Content: Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ
Jadi faham fahamkan la jika pendamba lambat sikit membalas lawatan saudari dan saudara. Pendamba juga berharap anda tak lari dari membaca bicara yang pendamba sampaikan. 


Sekarang kita lebih serius, mengenai jemputan kahwin. Mungkin ini kejutan buat pendamba dan anda juga. Eh tetiba pendamba nak kahwin? pendamba tahu mesti ramai yang kecewa dengan keputusan pendamba ni. Tapi nak buat macam mana apabila da sampai seru kita harus melaksanakan.


Pendamba jugak terkejut kerana secara tiba tiba pendamba akan bernikah. Pendamba baru mengenali gadis itu dalam tempoh masa yang singkat. Tapi keputusan penikahan telah diambil. segala persiapan telah disiapkan. Pendamba mintak maaf buat gadis gadis yang mendambakan cinta suci dari pendamba.


Pendamba sertakan sekali bukti bahawa kami akan melangsungkan pernikahan. Maaf jika pendamba tak setia dengan anda semua. Insyallah pendamba akan pegang madah ini

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumah tangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggung jawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan, cinta akan bertukar menjadi tanggung jawab apabila terbinanya sebuah rumah tangga.



haha .. Terkejut pendamba baca komen dia.. miahaha.. semua cerita diatas hanyalah rekaan. kecuali pasal celcom. pendamba sayang korang semua..sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Percintaan Mengarut

Hai pembaca blog pendamba mawar,  hari ini pendamba ingin berbicara soal percintaan. Izinkan pendamba memulakan bicara ini dengan sebaris pujangga.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. 
Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta


Pendamba melihat budaya sekarang remaja sudah pandai melakukan hubungan percintaan. Benar cinta tidak mengenal usia, tapi mampukah kita mengawal nafsu muda kita untuk kekal bersama hingga akhir hayat. kebanyakkan percintaan pada usia muda seawal zaman persekolahan tidak semua akan bersama sehingga alam pernikahan.


Kenapa cinta zaman persekolahan digelar cinta monyet?pendamba hairan. adakah disebabkan evolusi manusia yang dieksploitasi oleh Inggeris kah yang mengakibatkan kita menggelarkan cinta zaman persekolahan itu cinta monyet? Bagi pendamba cinta zaman persekolahan hanya lah atas dasar nafsu dan budaya. Percaya atau tidak kebanyakkan budak sekolah sekarang berbangga bila mereka telah mempunyai kekasih masing masing. 


Itu tidak melibatkan laman sosial yang mereka gunakan, Facebook terutamanya mereka menggunakan medium ini untuk berbangga dengan buah hati mereka. Tapi! bila berlaku 'sedikit' perselisihan faham. Apa yang mereka lakukan? anda boleh fikir?


Pendamba tidaklah bergitu mahir mengenai selok belok percintaan, pendamba juga teringin bercinta tapi apakah daya jika pendamba sendiri tidak mahu nafsu menguasai diri ini. Bersabarlah mengenai cinta nescaya kamu akan memperolehi erti keindahan nya kelak. Percintaan yang lama akan menimbulkan pelbagai masalah kelak. benar atau tidak? sesetengah daripada kita akan memberikan jawapan yang berbeza dari sudut positif dan negatif. Jadi tak perlu pendamba terangkan dengan jelas.


relevankah bercinta zaman persekolahan? Bagi pendamba , cinta yang ikhlas akan membenihkan hasil kepada pasangan tersebut. Jadi bercinta pada zaman sekolah atau lepasan sekolah .tidak salah, jika anda mampu mengawal nafsu anda.


da pendamba mula mengarut. sebenarnya pendamba nak cakap. kenapa bila kapel mesti ada pergaduhan. tapi bila kawan ok je. hehe.. 


pendamba rasa ni entri pendamba paling mengarut..haha..maaf ye.. mood tak betul. lepas fon yang dibaiki mula menunjukkan impak negatif..arghhhh. ada sapa nak belanja pendamba compact camera tak?
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #17


Jika benar dirimu tercipta untuk berada dihatiku ini, 
permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah,
Jika hadirnya dirimu sekadar menjadi sahabat disisiku,
Restuilah persahabatan kami agar tidak tercemar dengan pndangan negatif insan lain,
Jika hadirmu hanya untuk sementara,
ku pohon padamu Ya Allah agar Engkau sentiasa menjaga dan merahmati dirinya.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Akhirnya Dia Melafazkan

Hai pembaca blog pendamba mawar. sihat ker? pendamba berbesar hati untuk berbicara mengenai perasaan. bila seseorang telah melafazkan kata cinta pada pendamba. Agak terkejut kerana tidak percaya, tapi ternyata lafaz itu benar. Pendamba berada di alam nyata bukan di alam fantasi. Menjadi lumrah seorang manusia ingin dicintai dan menyintai, jadi pendamba tak kan lepaskan peluang ini.


Jika Benar dia dah tercipta untuk pendamba apa salahnya pendamba menerima hati beliau dari mengharap pembalasan cinta yang tak pasti. kata pujangga,
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,  raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Jadi peluang ni akan pendamba gunakan sebaik baik nya. pendamba tak ingin hidup sendirian lagi.


Ah tipulah pendamba ni! buat cerita jer.. ok anda tak percaya kat pendamba?ok jom pendamba ada bukti.


Permulaan cinta kami


Jika ini yang anda katakan penipuan dari pendamba, tak tahu la nak bagi bukti macam mana lagi. tu terang da tulis. LOVE U 2!! IndaHnya hidup ini..

Dan untuk buah hati pendamba ni. Terima Kasih kerena,
Menjadi follower pendamba yang ke 1100.  Anda boleh klik link dibawah untuk ke blog beliau.
NORLIDA RAMLI
LUAHAN HATI PADA PENDAMBA

sekian. Terima kasih.

p/s: ni entri penghargaan.. hehe.. segala cerita tu nak bagi best je..maaf norlida.dan pendamba ngan norlida takde apa apa pun.hehe..


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless wednesday #18






THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Diambang Maut

Hai pembaca blog pendamba mawar, malam ni pendamba nak update sedikit mengenai kejadian  ribut dikuala Terengganu yang hampir meragut nyawa pendamba. alhamdulillah walaupun cedera sikit kena tiang khemah tapi Tuhan masih panjangkan umur pendamba.


tepat pukul 9 malam lebih sikit la, 27hb September dataran Shahbandar dilanda ribut yang amat dasyat. Bermula dengan hujan lebat menyebabkan pendamba dan keluarga terpaksa berteduh dibawah khemah jualan. Tepat pendamba selesai melafazkan azan, tiba tiba ribut kuat terus datang menerbangkan khemah khemas jualan. Pendamba tidak dapat melarikan diri kerana mama pendamba telah terjatuh dan pendamba hanya mampu memeluk mama pendamba untuk mengelak dia dari terkena benda bbenda asing yang berterbangan dibawa ribut.


Kejadian yang berlaku selama setengah jam, memusnahkan kesemua khemah jualan serta khemah pameran,pendamba tak dapat nak kenalpasti sama ada masih ada orang yang terperangkap dalam khemah, kerana apabila ribut semakin perlahan, dalam hujan yang masih lebat pendamba bergegas kearah kereta untuk menyelamatkan diri .


ni je gambaran yang mampu pendamba berikan.kerana tiada gambar yang sempat dirakan.pendamba ada simpan video beberapa saat sebelum ribut tu, tapi.. malang nya fon pendamba tak dapat diselamatkan dalam kejadian tu. ada dalam tangan pendamba tapi rosak. untuk pengetahuan pendamba tak guna fon la ea sekarang.


apa apa pun pendamba bersyukur masih mampu bernafas di muka bumi ini.sekian. pengalaman pertama pendamba berada di tengah tengah ribut melihat khemah berterbangan. cam dalam filem.sekian.


p/s:  tunggu je la berita kot kot ada pasal ni.. orang terengganu yang berada di perantauan sila la bertanya khabar tentang family anda ok.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Apa Pendapat anda

hai pembaca blog pendamba mawar, petang ni pendamba nak mintak pendapat sikit mengenai blog pendamba mawar, tulis je kat ruangan komen tu ea. Yang pertama background




apa pendapat anda background ni berbanding background stripe pendamba yang lama. Kenapa guna ini? jika anda perasan dalam kotak tu ada pendamba edit tulisan PM yang membawa erti PENDAMBA MAWAR. Sebenarnya pendamba dalam proses nak bentuk blog pendamba ke arah identiti pendamba sendiri.


Kedua nya mengenai Header, anda ada suggestion untuk header pendamba tak?hehee. Pendamba tak pandai sangat nak design design ni. Tapi semua header pendamba buat sendri je.  Mungkin ada cadangan? boleh je kemukakan.


Dan yang terakhir pendamba rancang nak reka satu logo la untuk blog pendamba , ye la mungkin boleh digunakan sebagai banner blog ni. Dan juga salah satu penjenamaan blog pendamba ni. agak agak apa yang sesuai untuk logo blog pendamba ya.


Ya ini saja pendapat yang pendamba nak mintak dari pembaca blog pendamba. Pendamba masih baru dalam dunia blogging masih mentah dalam selok belok dunia blog. Jadi segala kekurangan pendamba harap dimaafkan. sama sama la kita berkongsi jika anda ada ilmu ya.sekian.




THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kejutan Maxis



Hai pembaca blog pendamba mawar, hari ni pendamba ingin berbicara mengenai salah satu syarikat gergasi komunikasi di Malaysia, jangan semua tak tahu bahawa syarikat komunikasi terbesar adalah MAXIS bukan nya celcom mahupun digi. Maxis adalah pengendali talian 012,017 dan 0142.


Apa yang pendamba ingin bicarakan adalah megenai salah satu produk MAXIS iaitu MAXIS HOME BROADBAND  , kita lihat carta, kualiti broadband MAXIS berdasarkan liputan .Kelajuan broadband MAXIS adalah 15 kali lebih laju daripada internet biasa yang ditawarkan syarikat lain.
dan! kenapa kita perlu menggunakan MAXIS BROADBAND.


Liputan lebih meluas 
Mempunyai banyak pakej mengikut kesesuaian pengguna
khidmat pelanggan 24jam
Rebat istimewa untuk pengguna pospaid.
Jadi pendamba sarankan penggunaan MAXIS BROADBAND diluaskan di Malaysia. Dan kepada Nuffnang , terima kasih kerana sudi meletakkan MAXIS BROADBAND sebagai buffered earning  di blog pendamba mawar.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Pilihan





Pilihan korang?? dari segi muzik dan fesyen??

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Dirindui atau Dibenci

Hai pembaca blog pendamba mawar, sihat? hari ini pendamba akan berbicara soal rindu dan benci. waw! siapa merindu?dan siapa pula yang membenci. Entri santai petang ni pendamba akan mengulas serba sedikit mengenai pandangan orang lama tentang bulu mata jatuh tandanya ada seseorang yang merindu. Kenapa isu ini yang pendamba kemukakan? sebab tadi ada bulu mata pendamba jatuh. ha! ada yang rindu pendamba ya? ok kita lebih serius ok.




Kata orang lama, jika bulu mata sebelah kanan kita jatuh ertinya ada seseorang yang sedang merindui dan mengingati kita. betul ke? petanda ini. mungkin benar atau tidak itu diluar kotak pemikiran pendamba. tapi jika benar ada seseorang yang sedang merindui pendamba alhamdulillah tandanya dia masih mengingati pendamba.


Kita pandang pula teori ini melalui perspektif yang berbeza , kita cuba anggapkan bahawa setiap bulu mata sebelah kanan kita jatuh disebabkan Allah SWT merindui kita, merindui kita untuk berdoa padanya, merindui suara kita mengalunkan bacaan Al Quran, mendambakan tenaga dan keikhlasan kita memuji kebesaran Nya. Apa salah nya jika kita membalas kerinduan dari Nya itu, pendamba percaya rindu ini akan terbalas dari Nya.


Terdapat satu versi lain pula mengatakan bahawa jika bulu mata sebelah kiri yang jatuh maknanya ada orang yang sedang membenci pada kita, Jap nak periksa ada tak?haaha alhamdulillah setakat hari ni takde lagi orang yang membenci pendamba. betul ke teori ini? jika benar, pendamba berharap tiada la insan lain yang membenci pendamba.

Kita beralih ker sudut yang berbeza, siapa yang membenci kita? pendamba percaya syaitan akan membenci kita jika kita selalu mengingati Allah SWT , melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Syaitan benci kita untuk menuntut ilmu, Syaitan juga benci jika ibadah kita bertambah baik.

Jadi persoalan pendamba relevan kan bulu mata jatuh dengan rindu serta benci. Apa pandangan anda?jom kongsikan bersama pendamba. segala kekurangan datang dari diri pendamba.sekian


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Thinking



Thinking thinking and keep thinking.. what will happen to me??
Jangan spesifikkan ini soal cinta pada manusia ok.
Pendamba cuma terdetik hati nak menulis benda ni bila pendamba termenung sorang sorang. 
BUKAN TAK SETIA..
aka
KELEKAAN DAN KELALAIAN


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Laksa Penang dan Diet



Hai pembaca blog pendamba mawar, hari ni pendamba sedih oooo. Semua kerana laksa, laksa dan laksa. Kesedihan ni da sampai tahap cam kematian isteri dah ni. haha. bermula nya kisah pendamba bangun je tido pagi tadi, sarapan roti sekeping. ok la tahan la lagi . Masuk tengahari ma tak berapa sihat jadi tak masak tengahari, telan lagi sekeping roti buat alas perut.


Da masuk waktu lepas asar tiba tiba berangan macam duk kat peneng, balik kelas perkena laksa dulu. best ooo laksa kat peneng sumpah tak tipu. tapi pendamba tak main la LAKSA SHACK main laksa tepi jalan je. nama pun pelajar harus la jimat kan?




Tapi pendamba terlupa satu perkara, pendamba sekarang bukan warganegeri peneng lagi, pendamba da jadi anak jati terengganu, dalam mood membuak buak nak menelan laksa peneng, pendamba pun mencari port port yang biasa makan laksa peneng. dekat dekat umah je malas nak pi bandar jauh sangat tu.


Masuk kedai pertama, " laksa ada pakcik?" tanya pendamba, "ada,duduklah" .. selang 3 minit, dik laksa ada kuah nya da habis. dalam hati pendamba ni, haih nak melawak ke pakcik ni ngan aku. ' ok la pendamba terus mintak izin g kedai lain. singgah kedai kedua, 'dik nak makan apa?' , tanya akak kedai tu. ' laksa ada kak?' jawab pendamba, 'ada' ,kejap ye. da gembira akhirnya dapat gak pendamba melepaskan sangap pendamba ni. Tiba tiba " dik laksa da habis la" omo! ok la kak. pendamba terus bla.




Hati sangat kecewa tak dapat makan laksa, harapan terakhir pendamba kat sebuah kedai, pendamba terus menuju ke sana dengan harapan yang positif. sampai je depan kedai tu . pendamba tersenyum kegirangan. kerana ada tulisan menyatakan " Minta maaf kedai kami ditutup untuk hari ini" . owh sangat 'gembira pendamba membaca tulisan itu.


P/s: masih mengidam nak makan laksa ni.sedih sedih. agak agak law pendamba tulis macam ni setiap hari dapat ke UV 100? haha. saja la tu nak suruh pendamba diet kan?tak bagi makan laksa.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Syurgamu





Kenapa negara kita tak de band yang boleh main lagu macam ni?
lagu yang ada sekarang banyak nak rap je
tapi entah apa apa.
sebab tu banyak lagu indo pendamba layan
lirik lagu ni sangat sangat mendalam buat hati remaja cam pendamba

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Egokah Cinta Ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Percintaan merupakan suatu keindahan dan kenikmatan yang lahir di lubuk hati makhluk Allah SWT yang menginginkan  perkongsian kasih sayang di antara dua individu yang berlainan jantiina. Cinta hadir tanpa kita sedari , dan kebanyakkan insan merenung kekesalan apabila mereka menyedari cinta yang mereka idamkan, kebahagiaan yang mereka angankan selama ini telah terbang bersama hembusan kerinduan yang mereka sendiri semaikan sebelum ini.


Tapi kenapa kita seringkali terleka apabila cinta sudah mula bertapak di lubuk hati yang mendambakan. Mungkin kerana kita terlalu mencari yang sempurna sehinggakan kita telah terlepas cinta sejati buat kita. Benar cinta yang hakiki hanya pada Allah SWT tapi kita sebagai insan yang penuh khilaf memerlukan pasangan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang fana ini di samping menutup kekurang yang kita miliki.

Persoalan pendamba, benarkah kita menerima cinta kita dengan seikhlas hati? Pendamba pernah merasai erti kebahagiaan , jua pernah mengenal erti mengecewakan dan dikecewakan . Tapi itu lah keindahan dalam percintaan. Pahit manis dilalui dengan hati yang terbuka. Jadi layakkah kita untuk menemui cinta sejati. Egokah kita menyintai seseorang walaupun secara luarannya kita takkan dapat memiliki hatinya apatah lagi menyunting dirinya menjadi teman sehidup semati kita.

Jika benar kata orang, cinta itu buta. Kenapa kita mengatakan cinta pada Allah itu cinta yang hakiki? kenapa kita cintakan ibu bapa kita? cinta sebenar adalah suci, tapi kerana kita manusia yang seringkali digoda oleh nafsu, kita menyalah tafsirkan erti cinta yang sebenar.



Bukan paras rupa yang menjadi nilaian,bukan pula kerana harta yang menjadi landasan, tapi kerana hati kecil ini membenihkan sekuntum mawar percintaan, walaupun hati seringkali terluka kerana durinya, tapi demi cinta yang ikhlas hati ini masih mampu setia menanti mawarnya membuka pintu hatinya untuk menerima dirinya.

sekian

p/s: nukilan pendamba


THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Music On Saturday 10





Who am I living for?
The cloudy days pass me by.
This weakness, this pain:

Do I feel all of it, or just a little?
I drowned myself in memories, but it didn’t help.
So I’ll start living for today.
But even if I’m a bit lost, yeah, yeah
Before dawn, the twinkling stars vanished.
I wonder: are they really gone?
Or will they be back tomorrow?
Tomorrow never knows
It’s Happy Line.


What should I believe in?
My life flies past me and I don’t even know it.
No matter what the night brings,
Please, don’t frown.

Everyone has happy faces and voices,
I wonder if I can see them.
But even if I can’t laugh, yeah, yeah.
I’ve found my courage at last.
I saw your red eyes and I tried to laugh.
Tomorrow never knows
It’s Happy Line.


I drowned myself in memories, but it didn’t help.
So I’ll start living for today.
But even if I’m a bit lost, yeah, yeah
Before dawn, the twinkling stars vanished.
I wonder: are they really gone?
Or will they be back tomorrow?
Tomorrow never knows
It’s Happy Line.



THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ditemani Persoalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terkaku di suatu sudut, seorang lelaki memegang satu lembaran berukir kata, bicara terakhir dari buah hati tercinta. Pendangannya mula kelam, tiada apa yang terbayang pada kotak fikirannya untuk menempuhi sebuah alam bernama masa hadapan akibat kegagalan dalam percintaan, gadis yang didambakan hati sucinya telah memilih untuk memutuskan ikatan yang terjalin di antara mereka tanpa sebab.




Sambil memegang cebisan di tangan nya, mindanya mula memutarkan kenangan antara beliau dan pujaan hatinya,bagaimana pertemuan mereka di alam maya. Sejak itu mereka mula akrab, mula mesra. Persahabatan yang terjalin telah membenihkan kuntuman cinta yang mekar. bak kata pujangga For every word you say, another piece of my heart you take. macam tu la mereka mula bercinta.

Mereka bercinta tanpa pernah bersua muka, berutus perasaan cinta melalui alam maya, berkongsi rindu dan kasih sayang melalui SMS dan bual bicara melalui fon. Tiada persengketaan tiada unsur tidak percaya antara satu sama lain. Jalinan kasih yang terikat tidak pernah longgar walaupun jarak menjadi penghalang percintaan mereka. Tapi atas kepercayaan terhadap diri masing masing mereka berjaya melalui percintaan ini. seperti kata pujangga Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.

Tapi benar bicara cinta yang pernah diutarakan, kasih sayang disemai dan dijaga rapi tidak menjanjikan hasil kebahagiaan yang diimpikan. Dalam kebahagian cinta mereka tiba tiba datang satu perkara yang tidak diingini berlaku. Hanya beberapa minit berlaku, saat posmen menghantar sepucuk surat kepada lelaki tersebut. dengan senyuman lelaki itu membuka surat tersebut sebelum titsan mutiara menerjah jatuh kedasar bumi. Kesedihan menyelubungi sanubari lelaki tersebut. Terkaku beliau membaca kalimat terakhir dari kekasihnya itu.

Sayangku,
Izinkan diri ini mengutuskan bicara buatmu,
mungkin coretan akhir dari diriku ini,
sayang bukan insan seperti yang abang impikan,
sayang percaya akan cinta kita,
sayang setia terhadap perhubungan kita.

Tapi bukan untuk kali ini ,
sayang tak mampu untuk meneruskan jalan cerita ini,
mungkin sayang bukan watak utama,
untuk kekal bersama putera tercinta.

maafkan untuk pengunduran ku ini,
usah dibenci diri ini,
sayang tak mampu untuk menerima semua dugaan ini,
padamkanlah ukiran nama cinta sayang,
hilangkan kesan nya di hati abg.

Meski ia menjadi sejarah,
biarkan itu kenangan terindah bersama kita,
suka duka kita berdua
tangis tawa yang kita rasa
biarkan itu menjadi coretan memori di sanubari.

izinkan sekali lagi,
pengunduran insan bernama kekasih
dari nota cinta dirimu.

salam sayang,
kekasihmu.


Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


Cinta bukanlah dari kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

p/s: maaflah jika entri ini tidak disukai, pendamba da lama tak menulis entri cinta. Jadi penggunaan bait bait puitis sangat ringkas dari pendamba. semoga terhibur.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Spontaneous Thursday #16

Mencari yang kesempurnaan hidup tidak susah, anda hanya perlu jatuh cinta pada Nya. 
Mencari insan yang sempurna juga tak susah, anda hanya jatuh cinta pada dirinya
Tapi usah dikejar kesempurnaan, jika anda tak mampu menjadi sempurna.

Jatuh cinta sangat mudah
Menjaga cinta itu susah
berkongsi kasih sangat indah
menanggung rindu itu parah
kerana hati yang tidak bersalah
kau hadiahkan perasaan yang penuh resah.

Mencari teman tidak lah payah, hanya perlukan erti keikhlasan

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

What Im Gonna To Say



Im totally miss you
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Wordless Wednesday #18







THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Asal Cam pelik?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai pembaca blog pendamba mawar, petang ni pendamba nak bicara ringkas jer. Taknak la cakap banyak nanti orang bosan plak.ahaks. soalan pendamba ,


Apa perfume pilihan anda?


Jom kongsikan dengan pendamba,tapi terlebih dahulu biar pendamba bicara apa perfume pilihan pendamba. Pendamba bukan la dilahirkan dalam golongan yang berada, tapi sederhana la. bab perfume ni pendamba tak pakai pun yang beratus ratus tu. mana mampu der.


Sekrang perfume yang menjadi teman pendamba adalah perfume RM 15 je,hikhik ala yang botol kecik tu. untuk pengetahuan bukan one drop yang dalam kotak tu taw. tapi perfume jenis Carolina Harrera dan Dunhill Red dua jenis perfume ni yang selalu pendamba gunakan. 


Tapi tadi ma pendamba masuk bilik pendamba dan dia tegur, wah wangi bilik pakai sembur apa kat bilik. pendamba pun tunjuk la botol Adidas Spirit kat mama pendamba. dia kata ni bukan perfume ke? aku jawab la ye. pastu dia tanya lagi kenapa buat sembur dalam bilik? aku jawab ringkas je. 'wangi'. Korang tahu tak perfume adidas yang mana?
Pendamba da lupa harga dia berapa tapi murah je la, tapi bau dia fuh wangi der. sebab tu pendamba buat sembur dalam bilik.haha.. em tapi ma pendamba pelik?tak leh erk guna perfume untuk sembur dalam bilik. Ha apa pula perfume pilihan anda?kot best ke ley beli. selalu girl memang minat perfume kan?jom kongsi.mana la tahu pendamba nak hadiahkan unutk wife pendamba ker.ahaks
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Blogger Apa Kau Ni?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai pembaca blog pendambamawar, kali ni betul betul luahan hati pendamba. Harap ada yang sudi komen. Isu yang bakal pendamba utarakan adalah mengenai blog dan sikap blogger. Da lama pendamba pendamkan perkara ini kerana pendamba tak de pengaruh untuk suara kan hal ini. Blik balik ramai yang attack pendamba dengan komen negatif. Tapi kali ni pendamba amik risiko juga untuk berbicara soal ini


Terlebih dahulu pendamba mintak maaf pada yang terasa untuk entri ini, kadang kadang bukan pendamba nak jatuhkan seseorang tapi pendamba nak anda sedar kenapa anda tak patut buat cam tu. Pendamba insan lemah serba kekurangan, segala kesilapan pendamba dalam dunia blogging harap dimaafkan. Sebelum kita terus ke isu yang ingin dibicarakan sekali lagi maafkan segala kekhilafan pendamba.
FOLLOWER VS COMMENT 
Follower
Hal yang paling banyak dipertikaikan dalam dunia blogging. Pendamba tak nak sentuh isu kenapa follower ramai. kenapa blog anda takde orang follow tapi apa yang pendamba nak tekankan adalah, kenapa tak bukak hati nak follow balik? 
ok diorang follow ikhlas terpulang la pada saya nak follow balik ke tak.
Apa perasaan anda lihat follower anda bertambah?? gembira kan? ada yang sudi follow blog kita. Da tu anda tak fikir ke orang yang follow tu? law anda pi follow balik anda mampu beri satu senyuman untuk dia. Anda tak fikir, anda tak pandai lagi nak berkawan. Memang la dia follow blog kita ikhlas, tapi tak salah kan jika kita bagi balasan dalam keikhlasan mereka.
"Ala dia yang nak follow tak suruh pun" Sangat sempit ok kotak pemikiran anda. Diri kita sendiri, baik buruk yang kita lakukan pasti ada balasan dan ganjaran yang menanti. Jadi tak salah jika kita mengamalkan di dalam blog. Tolong la! jangan letakkan ego anda diatas nanti anda sendiri yang rugi. Pendamba tak kisah jika anda blogger yang mempunyai komitmen lain selain nak follow orang tapi anda sendiri buat tak tahu je terhadap follower yang masuk. ubah lah fikiran anda ok.
Komen
Satu lagi isu yang pendamba nak pertikaikan, susah sangat ke nak tinggalkan komen kat entri blogger lain? Cam kena bayar je law nak tinggalkan komen untuk satu satu entri. Maaflah buat 'silent reader' tapi pendamba meluat tengok blogger yang #bajet sibuk sangat sampai tak de masa nak pi komen entri blogger yang komen entri beliau. Eh! rajin la sikit blogger oi. Sampai bila awak nak maju law awak masih malas untuk menghargai komen di entri anda. 
Saya tak suruh pun dia komen di entri saya
Pernah dengar tentang pepatah, orang memberi kita merasa?kau rasa apa jika orang komen entri? 
Wah ada jugak yang sudi komen entri saya. 
Begitu juga blogger yang komen entri anda tu, sedarlah wahai blogger, amalkan sikap toleransi, baru la best blogging. ni nak menag sebelah pihak untung la anda. Yang maju terus maju, yang menolong diorang maju makin terpinggir.




Daripada anda menjeri tak tentu hala di shoutbox tu baik anda pi komen entri dia, senang. sekurang kurang nya jejak anda masih boleh dibaca disitu. sekali lagi, ubahlah pemikiran anda. Sampai bila anda inginkan mereka komen entri anda dan anda sedikit pun tak heran tentang entri mereka. Tolong la bersikap profesional. Tak kisah la anda ni dan berdotcom ke newbie ke, pendamba harap sangat hargai mereka yang komen entri anda, pendamba yakin mereka juga akan menghargai anda.


Setakat 30 ,40 komen tu pendamba yakin anda boleh la terjah semua blog tu, alang alang nak blogwalking kan?tak payah sibuk sibuk mintak mintak link, guna je cara yang pendamba berikan tu.senang. kreatif la wahai blogger. Usaha la jika anda inginkan kejayaan.


Yang terakhir dari pendamba, segala teguran ini datang dari diri pendamba sendiri, sebarang ketidakpuashati anda boleh kemukakan diruangan komen dibawah. Pendamba akan hargai komen komen anda.salam blogging dari pendamba. Nak jadi yang terbaik, anda harus tunjukkan anda ni baik terlebih dahulu.sekian.
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Gaduh Ngah Shah Rukh Khan


Sapa tak kenal shah rukh khan? di gaduh ngan pendamba plak


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jangan marah..shah rukh khan ni kembar besday ngan pendamba.ahaks

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenapa Er?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hai pembaca blog pendambamawar, dalam keasyikkan blogwalking tiba tiba persoalan ini muncul dalam kotak pemikiran pendamba. pendamba akan sertakan soalan soalan tersebut. Dan pendamba berharap anda amik berat terhadap apa yang pendamba persoalkan.


Kenapa er pakai welcome image?
Kenapa er guna pop up welcome alert?
Kenapa er ada lagu tak boleh pause?
Kenapa er tak pakai pop up komen?
kenapa er nak komen kena isi 'verification'?
Kenapa er dekat cursor ada huruf yang ikut pusing pusing cursor tu?
Kenapa er ada burung twitter terbang sana sini?
kenapa er guna font yang susa orang lain nak baca?
Kenapa er ada goodbye alert?


Ini merupakan persoalan yang akan bermain difikiran pendamba. ada lagi ker yang pendamba tertinggal? meh kongsi pandangan anda. Kenapa persoalan ni muncul? sebab semua benda ni atas ni mengganggu tumpuan pungunjung untuk masuk ke blog anda. terutamanya 'LAGU' pendamba tak kisah la jika nak letak lagu, tapi letak la lagu best best sikit,instrumental je ker. Jangan la lagu yang mempunya muzik kuat sangat kadang kadang pendamba sampai tersentak bila masuk blog anda. ye la Headset Sonic Gear HS 555 kualiti bunyi dia agak gempak, pastu masuk blog yang pasang lagu tak leh pause plak. memang jarang la kali kedua.


Yang lain tu pendamba harap anda amik berat sikit.iya itu blog anda. tapi utamakan la keselesaan pengunjung juga. segala kekurangan dari diri pendamba.sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Kenapa aku Deactive Tagged

Nak Tahu punca nya??






Ni la punca nya, Sedih tengok anak melayu dedahkan itu ini merata rata.. ni semua member di tagged pendamba. maaf bukan nak menjatuhkan maruah. Tapi malu tengok manusia sekrang terlalu ber'style' sampai lupa maruah yang harus dijaga. Pendamba harap tiada kawan pendamba di blog mahupun di facebook yang macam ni ok.

Maaf untuk entri ini.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Ku Menangis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Pendamba tengah demam jadi tak dapat nak update entri panjang panjang malam ni. Kenapa pendamba sekitkan lagu ni, pendamba tak tahu apa yang buatkan hati pendamba tersentuh dengan lagu ni. Lirik nya mengingatkan betapa lemahnya diri pendamba betapa kerdil nya pendamba di dunia ini. Mungkin titisan yang terbit dari mata pendamba tidak la sebebrapa berbanding kesilapan yang pendamba telah lakukan tapi pendamba diri pendamba banyak kekurangan. Dan buat pembaca blog pendamba mawar. maafkan jika ada yang tidak selesa selama mengenali diri pendamba. Pendamba juga manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan.Maafkan diri pendamba yang penuh khilaf.


P/s : Demam kenapa muncul pada saat ini.. Ku terlalu memikirkan sesuatu.

THANKS FOR READING ♥ COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2011PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD