Bicara Soal Hati

Hati mana tak pernah terluka ? hati mana tak pernah kecewa? Jika dia menjawab dia tidak mengenal erti kelukaan dan kekecewaan , PM yakin itu satu kerugian yang dialami oleh dirinya. Daripada kelukaan dan kekecewaan kita mengenal erti untuk bangun dan sembuhkan kembali hati kita. Kali ni izinkan pendamba berbicara soal hati. Senang untuk kita semua membicarakan mengenai perasaan tapi sukar untuk mendifinasikan apa sebenarnya perasaan yang terbuku di hati. Dari gerak laku kita mengenal seseorang dari hati kita mengenal peribadi.

Bila kita bercakap soal hati, ramai yang terfikirkan tentang perasaan. Tentang cinta, tentang rindu. Biar PM bahagikan soal hati ini kepada dua elemen terpenting dalam sebuah perhubungan. Yang pertamanya Jatuh hati dan yang keduanya adalah sakit hati. Sebelum PM terangkan dengan lebih lanjut mengenai elemen ini, PM nak anda layan ini,

Hati,
sangat mudah untuk dilukai
tapi sangat sukar untuk diubati
hati,
tidak membawa sebarang arti
tapi menyimpan segala memori
Kata orang tua
dari mata turun ke hati
Dari hati perasaan bersemi
dari hati timbul cinta dan ingin dikasihi
Tapi,
seringkali hati disalah erti
bila benci mula kembali
menghiasi hati yang telah sekian lama sepi
Pesanku agar engkau lebih berhati hati
Menerima insan untuk terpahat dihati
kerana kesannya sukar untuk dilupai...

Fahami apa yang PM cuba sampaikan , PM yakin anda mampu menjadi pemilik hati yang pandai menghargai, bila bercakap soal cinta, seringkali perkara pertama untuk sebuah perhubungan adalah JATUH HATI, bila hati mula terpaut dengan sesuatu,diri mula tak keruan. Hadirlah gejala gejala seperti mandi tak kenyang, tido tak basah mandi tak lena. Tapi itu bukan la sesuatu yang menghalangi suatu perasaan yang bergelar rindu.

Dari RINDU hadirnya KASIH, 
Dari KASIH datangnya SAYANG,
Dari SAYANG bertapaknya CINTA,
Dari CINTA wujudnya Cemburu.

Bila berbica mengenai cemburu, pasti sinonim dengan elemen kedua iaitu SAKIT HATI, bukan doaku untuk pasangan bercinta dan berkasih sayang, bukan impian ku untuk melihat ada kesulitan dalam perhubungan. Tapi lumrah sebuah perhubungan bila ada cinta pasti ada cemburu. Bak kata pepatah

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Teringat kata kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri(perhubungan). Percaya atau tidak dua elemen ini merupakan elemen terpenting dalam sebuah perhubungan. JATUH HATI serta SAKIT HATI. Jadi kita sebagai pemilik hati harus pandai untuk menjaga apa yang kita miliki(hati) supaya tidak melukainya.

Kata PM, Hati merupakan memori perasaan kita, jadi isi la dengan perasaan yang baik, peribadi cemerlang bermula dengan hati yang iklas. Kejujuran, kesetiaan,kepercayaan dan keikhlasan hadir dari hati yang suci. Pelihara hati terjagalah peribadi.sekian.

27 comments:

  1. suka~~

    mula2 baca asyik senyum je sbb pm wt n3 ni,tp mkin lama mkin sedih plak rasa.. sakit aty ni tuhan je yg taw..

    ReplyDelete
  2. heee. okey. memang sedih. hati ni lebh sakit dari sakit badan.

    ReplyDelete
  3. sdey kan.. anyway teng sbb jiwang ! he he he

    ReplyDelete
  4. nice PM..
    tengah2 malam macam nie layan best jugak..

    ReplyDelete
  5. hati itu mudah rapuh.. kalao tidak dijaga... jga lah hati dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. suka entry PM kali ni...
    sbb dh berkali2 hati ni dilukai
    lps ni kena jaga hati ni baik2 sampai la tiba masanya :)

    ReplyDelete
  7. luka dalam hati lebih sukar diubati dr uka yg jelas terpancar pada zahir...

    ReplyDelete
  8. bak kata karam sign walia

    "terbakar umah nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu?

    ReplyDelete
  9. Nice entry... hati ini sangat mistik kekadang tuh... hati hati lah dengan hati... :)

    ReplyDelete
  10. betol3...'pelihara hati terjagalah peribadi'..setuju :)

    ReplyDelete
  11. Hati mutlak hak kita, tak de org lain. Tanggungjawab kita untuk jaga ia dgn sebaiknya...

    ReplyDelete
  12. wewit jiwang siot :D i like it.

    ReplyDelete
  13. pm,,besttt la entry ni.. nice nice.. i like!

    *berbakat

    ReplyDelete
  14. gua pernah cemburu.
    tp dia salah anggap dgn cemburu gua. ..=(

    ReplyDelete
  15. pahit manis tawar masam masin dalam pcintaan smua saya dah rasa .. :)

    ReplyDelete
  16. caya la PM..jiwang btw..hatiku telah disakiti..air mata tak kan mengalir kalau ati tak terluka sob sob sob

    ReplyDelete
  17. hati ptry lag sakit pm huhuhu :'(

    ReplyDelete
  18. owhhhh PM :


    Dari RINDU hadirnya KASIH,
    Dari KASIH datangnya SAYANG,
    Dari SAYANG bertapaknya CINTA,
    Dari CINTA wujudnya Cemburu..


    setuju! *senyum sesaje bc entry PM yg ni..hehehe ^_____^





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  19. hati perempuan mcm span yang basah, even tersentuh sikit pun , pasti mengalir airnya. kenapa ye? hati terlalu susah utk melupakan? sejujurnya , NL benci hati sendiri. terlalu.

    ReplyDelete

Sekuntum Mawar Putih Dari Pendamba
Tanda Keikhlasan Pendamba menerima
bicara hati dari pembaca