Hai pembaca blog pendamba mawar, malam ni pendamba nak update sedikit mengenai kejadian ribut dikuala Terengganu yang hampir meragut nyawa pendamba. alhamdulillah walaupun cedera sikit kena tiang khemah tapi Tuhan masih panjangkan umur pendamba.
tepat pukul 9 malam lebih sikit la, 27hb September dataran Shahbandar dilanda ribut yang amat dasyat. Bermula dengan hujan lebat menyebabkan pendamba dan keluarga terpaksa berteduh dibawah khemah jualan. Tepat pendamba selesai melafazkan azan, tiba tiba ribut kuat terus datang menerbangkan khemah khemas jualan. Pendamba tidak dapat melarikan diri kerana mama pendamba telah terjatuh dan pendamba hanya mampu memeluk mama pendamba untuk mengelak dia dari terkena benda bbenda asing yang berterbangan dibawa ribut.
Kejadian yang berlaku selama setengah jam, memusnahkan kesemua khemah jualan serta khemah pameran,pendamba tak dapat nak kenalpasti sama ada masih ada orang yang terperangkap dalam khemah, kerana apabila ribut semakin perlahan, dalam hujan yang masih lebat pendamba bergegas kearah kereta untuk menyelamatkan diri .
ni je gambaran yang mampu pendamba berikan.kerana tiada gambar yang sempat dirakan.pendamba ada simpan video beberapa saat sebelum ribut tu, tapi.. malang nya fon pendamba tak dapat diselamatkan dalam kejadian tu. ada dalam tangan pendamba tapi rosak. untuk pengetahuan pendamba tak guna fon la ea sekarang.
apa apa pun pendamba bersyukur masih mampu bernafas di muka bumi ini.sekian. pengalaman pertama pendamba berada di tengah tengah ribut melihat khemah berterbangan. cam dalam filem.sekian.
p/s: tunggu je la berita kot kot ada pasal ni.. orang terengganu yang berada di perantauan sila la bertanya khabar tentang family anda ok.

alhamdulillah selamat :)
ReplyDeleteluka tue jgn lupa sapu ubat ea .
alhamdulillah selamat:)
ReplyDeleteskrg musim hujan dan angin kuat akibat tempias dari Typhoon. kene berhati-hati la.
nsib bek pendamba ngan mama selamat..
ReplyDeleteribut? mama nya ok tak? awak ok?
ReplyDeletesyukur slmat... take care.=)
ReplyDeletesyukur alhamdulillah lu dgn family lu selamat..hope org awam yg berada di tempat kejadian juga turut selamat..amin..
ReplyDeletehati hati ye..... mama ok x?
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletekesiannye pendamba+family..
mak ayah pendamba ok tak?
pendamba ok??
cik ana.
Subhanallah.. Dasyat ye. btw take care
ReplyDeleteya allah...hrp semua baik :(
ReplyDeleteteruknye ribut..
ReplyDeletealhamdulillah pendamba cedera sikit je.. semoga cept sembuh nye..
semoga family pun baik2 je..
syukur alhamdulillah la semua selamat...:D
ReplyDeleteya Allah..nasib pendamba baik la..nasib x terkorban..huhu..
ReplyDeletekadang2 ape yg berlaku 2 rasa macam mimp je...
wahhh jadi macam saya masa kat pd dulu . hehe kalau khemah tu jatuh ats saya memang tak de dh la . :)
ReplyDeletesyukur slmat .
alhamdulillah selamat :)
ReplyDeleteteranung kte nk kne bala da..sy hk dup kt umh pn dbor prut dgr gruh...huhu
ReplyDelete