PENDAMBAMAWAR BACK IN 2019

Aku Dia & Blogging

Kem badminton China Rasuah Dato Lee Chong Wei

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak habis habis dengan isu yang sedang dibicarakan di Malaysia mengenai pihak pembangkang meragui ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam isu pengundi,bergitu jua dengan isu Nur Izzah yang mengatakan bahawa pihak pakatan rakyat mengadakan hubungan diplomatik dengan German..pendamba juga tak mahu berbicara mengenai Rejimen 501 Askar Serawak yang ingin menubuhkan satu kompeni berbangsa Cina.. dan pendamba tak kisah pun berita mengenai Tiger Wood yang gagal dalam PGA Championship.


Apa yang pendamba ingin bicarakan mengenai Kem China berdepan Dato Lee Chong Wei dalam kejohanan YONEX BWF World Championship 2011,London.. Seperti kita semua sedar kem badminton China mempunyai ramai pemain pemain yang mampu menggoyangkan lutut pemain dari negara lain seperti yang telah diramalkan China telah menghantar beregu campuran dan perseorangan wanita ke pusingan akhir setelah harapan ke 4 china iaitu Chen Jin gagal di pusingan separuh akhir setelah ditewaskan Dato Lee Chong Wei.


Pendamba ingin mengulas sedikit mengenai pertemuan antara Dato Lee Chong Wei menentang Chen Jin yang berkesudahan dengan kemenangan milik Dato Lee Chong Wei 21-13 pada game pertama dan 21-9 pada game kedua di mana Malaysia hanya mengambil masa selama 44 minit untuk menundukkan wakil daripada China ini. Pada game pertama penguasaan banyak dilakukan oleh Dato Lee Chong Wei walaupun tidak menunjukkan corak permainan yang pantas tapi pukulan pukulan mengelirukan banyak memberikan mata kepada beliau.


Pada game yang kedua Dato Lee Chong Wei banyak melakukan kesilapan pada awal game dimana pukulan dari Chen Jin yang menuju tepat ke arah base line disangkakan keluar oleh Dato Lee Chong Wei.. tapi selepas mengikat kedudukan 9-9 pada game kedua Dato Lee Chong Wei mula menunjukkan corak permainan beliau yang sebenar, pukulan smash di tepi line banyak memerangkap Chen Jin , walaupun Chen Jin muda 4 tahun daripada Dato Lee Chong Wei ternyata stamina yang diunjukkan Chen Jin pada awal game kedua tidak dapat dikekalkan.. 


pemain yang bakal berdepan Dato Lee Chong Wei adalah pemain ranking kedua dunia iaitu Lin Dan yang bakal turun 12.30pagi nanti berdepan dengan wakil Denmark iaitu pemain yang memegang ranking ketiga dunia Peter Hoeg Gade. Pendamba harapkan Lin Dan tidak berlakon lagi kali ini kerana beliau telah dua kali menipu dalam kejohanan sebelum ni...


seramai 15 pemain yang menyertai Kem badminton Malaysia untuk kejohanan ini dan hanya seorang pemain yang menggalas tugas ini ke peringkat akhir.. sama sama la kita doakan kejayaan tunggal yang bakal dikecapi oleh Dato Lee Chong Wei..Majulah Sukan untuk Malaysia. sekian
THANKS FOR READING ♥ COMMENT

12 bicara cinta:

Ku Azhar said...

muda 4 tahun..kira ok aaa

Pendamba Mawar said...

taw takpe.. :)

nuruhuda_329 said...

kim slm kt datuk lim chong wei..eh boley ke? lalalalala=P

Pendamba Mawar said...

ok.. akan smpaikan

ZaNaUs said...

lin dan tipu ape, pendamba?? xtahu pulak isunye =.=

Falling . said...

lebih tertarik pd PENDAMBA MAWAR yg kt tgk2 pic tu ;)

Pendamba Mawar said...

zana>isu penipuan Lin dan da lama da dibngkitkan dalam BWF

cik Gugu>hehe amcam ok tak?

Anonymous said...

kalau main cantik, kemas masa lawan lin dan nnt..boleh menang punya..huhu

imah said...

tapi an.. nak tengok boleh ke datuk lee chong wei over lin dan .. selalu je kalah.. not that he`s not good enough.. maybe both of them were too good and perfect until there is no room of attacking thier opponent..

sekali sekala, ego si lin dan kena digores.. tak gitu??

Pendamba Mawar said...

fahmie>thanks...i'll be there

faiz>harap cam tu ar sebabchong wei injured

imah>aih..boleh je..hari tu chong wei da kalahkan lin dan dalam kejohan all england kan? hehe

TrigYy said...

wah. dh ada lporan sukan.. hehhe.. eh, ak mnat n maen bdmnton tw. sje nk kabo. mne tw mu gitu jgk.. lallallala

Pendamba Mawar said...

edie aku minat gop..tapi sejok raket patoh dop main doh lening..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
PRIVACY POLICY ©2019PENDAMBA MAWAR ALL RIGHT RESERVED -- COPYRIGHT NOTICE BY PENDAMBAMAWAR | YOUR DASHBOARD