Hakikat Cinta | Pendamba Mawar



Layan lagu ni dulu
Izinkan pendamba untuk sekali lagi berbicara soal cinta. CINTA merupakan ungkapan yang sering kali meniti di bibir terutamanya di kalangan remaja. Dari mana datangnya cinta,dari mata turun ke hati. Cinta datang tanpa diduga. Bagi yang sibuk dilanda cinta, peria yang pahit pun terasa gula kerana keseronokan dibuai perasaan.

Apatah lagi cinta pandang pertama.. sehebat itukah cinta??alangkah indahnya jika cinta itu berakhir di jinjang pelamin. Bagi pasangan yang belum berkahwin jadikanlah ikatan kasih sayang tersebut sebagai sandaran untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam kehidupan. perasaan cinta tersebut perlulah selari dengan kehendak Islam dan tidak melanggar batas agama.

Tidak salah untuk bercinta namun elakkan la bercinta tyme usia yang terlalu muda ni,maksud pendamba budak budak sekolah la, sebab bercinta kat alam sekolah ni banyak undang kekecewaan ,penderitaan pastu ada kalanya boleh jejaskan masa depan pelajar. 

Nafsu muda dan ada kalanya lebih banyak godaan dan akhirnya akan kecundang ke arah maksiat...eeeewwww.. hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: ' Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk(yang membawa kerosakan).' (al -isra':32)

Bercintalah disaat diri benar benar untuk berkahwin setelah memiliki kerjaya yang mantap,berkemampuan dari segi mental dan fizikal,bukan sekadar cinta mainan. binalah cinta yang hebat,sudah pasti bahagianya di dunia dan akhirat. itu lah yang dikatakan Hakikat sebuah cinta.sekian

8 comments:

  1. setuju sgt jgn la nak bercinta pada usia muda2..byk sgt masalah yg akan mendatang

    http://aaain90.blogspot.com/2011/05/panas-terkini-video-seks-siapa-pula.html

    boleh refer entry ni
    follower ke 220

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. nanti sy akn trjh blik.. :)

    ReplyDelete
  3. cinta hakiki hnya pada SAng Pencipta.
    cinta manusia hnya tipuan semata.
    ianya seindah pelangi di awn sana.
    tetapi ianya juga bisa menusuk jiwa.
    indahnya kengn memaut memori
    lagi indah jika terjalin iktn suci ;)

    ReplyDelete
  4. seperti mawar indah rupanya,
    silap jngkaan kita merana
    dek duri yng mnjganya..hihi
    cinta y dicri cinta sjti,
    ianya cinta tulus dan suci

    ReplyDelete
  5. cinta itu tulus dan suci
    moga ia menjelma di kelak hari
    andai ini penantian
    pautkan imanmu bersama seikhlas haty
    pasty akn jua menemui ;)

    ReplyDelete
  6. betul2...budak2 skewl jgn la bercinta..parah nnti

    ReplyDelete
  7. ku phatkan impian ku
    ku ikatkan bersama tali kesetian.
    moga penantian ku takkan sia2

    ReplyDelete

Sekuntum Mawar Putih Dari Pendamba
Tanda Keikhlasan Pendamba menerima
bicara hati dari pembaca